You are on page 1of 4

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa


pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan.
Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari
Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan Auxiliary Police/Pengawal
Kampung Home Guard).
Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah
kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung.
Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas komunis yang
menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal,
shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.
Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh.
Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan
bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya
berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling
bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar
pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung
Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi
memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh
komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut
terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika
itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat
melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung
mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan
polis dari Muar.

ALI MUSTAFA
Apabila bunyi pertempuran didengari oleh beberapa kampung dipersekitaran,
pengawal kampung telahpun bersedia dan 7 orang daripada mereka bersama
penghulu Ali bergegas ke Bukit Kepong. Lebih kurang kilometer daripada
Bukit Kepong mereka diserang oleh sekumpulan pengganas komunis dan
terjadilah pertempuran di situ.Mereka berjaya menentang kumpulan pengganas
komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan
pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari rakan-rakan
mereka.
Perlawanan yang tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan
senjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifle,
senapang patah dan parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung
terkorban dan tercedera.
Keadaan ini memaksa Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera
berundur, sementara yang lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong.
Setelah bertahan selama 2 jam, pengganas komunis pun berundur setelah
membakar pejabat penghulu dan merompak kedai-kedai.
Semasa pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis,
sekumpulan pengawal kampung dari kampung Durian Chondong dengan
menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam
perjalanan mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka
yang hanya seramai tujuh orang tidak mampu melawan. Separuh daripada
anggota kumpulan ini bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada
jam 10.00 pagi, dan di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke
atas Balai Polis Bukit Kepong.
Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka
hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat
sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis
daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka
juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan
segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang
Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada
kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka
teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar yang diiringi

oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau
mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.

You might also like