You are on page 1of 13

FOLIO SEJARAH

LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS

NAMA:
SITI AQILAH BINTI AZIZAN

TINGKATAN:
3 AGAMA HANAFI

NAMA GURU:
PUAN RUSLITA BINTI MOHD GHAZALI

MATA PELAJARAN:
SEJARAH

LATAR BELAKANG PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)


1. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di negara kita pada tahun 1930.
2. Matlamat utama PKM adalah untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya.
3. Banyak kader telah dilatih oleh PKM untuk menyusup ke dalam kesatuan
sekerja.Kader PKM merupakan anggota baru PKM yang dilatih untuk menjadi
penyokong yang taat setia.
4. Komunis berusaha meluaskan pengaruhnya ke Sarawak tetapi gagal.
5. Kegiatan PKM semakin agresif menjelang tahun 1935.Kegitan PKM
termasuklah:
Meluaskan pengaruh di kalangan pekerja kereta api, pekerja limbungan
kapal, pekerja ladang dan kilang serta pelombong bijih timah.
Menggalakkan kegiatan mogok, sabotaj, dan tunjuk perasaan.
6. Tujuan PKM melancarkan sabotaj dan mogok adalah untuk melumpuhkan
ekonomi British di Tanah Melayu.
7. Mogok yang berlaku di lombong arang batu di Batu Arang,Selangor
merupakan mogok yang paling hebat.
8. Sebanyak 6000 orang buruh melancarkan mogok dan mengambil alih
lombong tersebut.
9. Sebanyak 300 anggota polis dihantar oleh British untuk menamatkan mogok
itu dan banyak pemimpin yang terbabit dihantar pulang ke China.
10. PKM telah menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
semasa Jepun menyerang Tanah Melayu.
11. Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura memberi latihan taktik perang gerila
kepada anggota PKM.
12. Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura menjadi markas pasukan gerila untuk
menentang tentera Jepun di Tanah Melayu.
13. Malayans People Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun
Rakyat Tanah Melayu telah ditubuhkan oleh PKM.
14. Pasukan ini dibekalkan senjata oleh pihak British melalui Force 136.
15. Pentadbiran Tentera British meminta agar pasukan MPAJA dibubarkan dan
menyerahkan semua senjata mereka apabila perang tamat.
16. PKM bersetuju membubarkan MPAJA tetapi mereka tidak menyerahkan
semua senjata, sebaliknya menyembunyikan sebahagian daripada senjata
tersebut.
17. Pihak British menawarkan $ 350.00 dan satu beg beras kepada setiap
anggota MPAJA yang menyerahkan senjata.
18. Anggota PKM yang telah menyusup dalam kesatuan sekerja aktif dalam
pergerakan politik.

KEGANASAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PKM


1. Persidangan Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Culcutta, India pada
1948 dihadiri oleh beberapa orang wakil PKM.
2. Dalam persidangan tersebut, parti-parti komunis telah digalakkan untuk
mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka.
3. Unit gerila yang dikenal sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA)
ditubuhkan oleh PKM hasil daripada persidangan tersebut.
4. Pengganas komunis mula melancarkan pemberontakan dengan:
Menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah;
Membakar kilang;
Merosakkan landasan kereta api;
Menyerang balai polis;
Membakar bas;
Membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British.
j

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH BRITISH


Pengisytiharan Darurat
1. Peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah oleh
pengganas komunis di Sungai Siput, Perak menggemparkan pihak British.
2. Kesan daripada peristiwa itu, Pesuruhjaya Tinggi British, iaitu Sir Edward Gent
telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948.
3. Tindakan ini adalah untuk mempertahankan kepentingan ekonomi British di
Tanah Melayu.
4. Kerajaan menguatkuasaan Undang-undang Darurat 1948 selepas
pengisytiharan tersebut.
5. Dengan adanya undang-undang Darurat 1948 kerajaan boleh:
Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis;
Memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu
pengganas komunis;
Menggeledah rumah kediaman;
Memindahkan penduduk ke penempatan baru.

Pengharaman Parti Komunis Malaya Dan Parti Berhaluan Kiri


1. Pada 23 Julai 1948, Parti Komunis Malaya telah diharamkan oleh kerajaan.
2. British juga mengharamkan parti-parti politik berfahaman kiri yang
memperjuangkan kemerdekaan.Contohnya:
Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Pemuda Radikal Melayu (PERAM)


Hizbul Muslimin

Memperbesar Pasukan Keselamatan


1. Pasukan tentera dan polis telah diperbesarkan oleh kerajaan.
2. Pasukan polis telah disusun semula dan diperbesarkan hingga
keanggotaannya bertambah menjadi sebanyak 70 000 orang.
3. Askar dari negara Komanwel telah dibawa masuk oleh pihak British untuk
menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu.Antaranya dari:
New Zealand;
Australia;
Fiji;
Afrika Timur.
4. Pasukan Home Guard yang terdiri daripada anggota lelaki dan wanita telah
ditubuhkan oleh kerajaan di peringkat kampung untuk membantu pasukan
polis dan tentera menjaga keselamatan.

5. Semangat untuk mempertahankan negara telah wujud dalam kalangan rakyat


hasil daripada penubuhan pasukan Home Guard.
6. Pesuruhjaya Tinggi British kagum akan kesanggupan dan keberanian orang
Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan.
7. Pihak British telah melatih sebanyak 24 000 orang mata-mata Khas Melayu
(Special Constables) dan dihantar untuk mengawal kawasan lombong dan
ladang yang terpencil.
8. Kawasan yang menjadi sarang komunis dibom dan diserang hendap oleh
pasukan keselamatan dengan bantuan Tentera Udara British.

Rancangan Briggs
1. Pada tahun 1950, Sir Henry Gurney melancarkan Rancangan Briggs dan
Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs dilantik menjadi Pengarah
Operasi.
2. Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir
hutan ke kawasan penempatan baru yang digelar kampung baru.
3. Tujuan rancangan ini adalah untuk menyekat bekalan makanan, maklumat,
ubat-ubatan dan wang untuk pihak komunis.
4. Tindakan ini sangat berkesan untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen.
5. Min Yuen merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan oleh PKM untuk
membekalkan makanan, ubat-ubatan dan maklumat kepada pengganas
komunis.Kebanyakkan mereka terdiri daripada pekerja ladang dan lombong.
6. Rancangan Briggs telah berjaya memindahkan lebih daripada 400 000 orang
penduduk setinggan Cina ke Lebih kurang 400 buah kampung baru di seluruh
Tanah Melayu.
7. Pelbagai kemudahan asas disediakan di kampung baru, contohnya:
Tempat tinggal;
Kemudahan kesihatan;
Sekolah;
Bekalan elektrik;
Bekalan air paip.

8. Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal rapi oleh Special
Constables (SC).
9. Setiap ketua keluarga di kampung baru diberikan kad catuan makanan.
10. Tujuan pemberian kad ini untuk memastikan setiap anggota keluarga mereka
memperoleh bekalan makanan secukupnya.
11. Pasukan keselamatan mengawal pergerakan keluar masuk penduduk di
kawasan kampung baru pada setiap masa.
12. Program Gerakan Kelaparan dilancarkan oleh kerajaan untuk memastikan
pihak komunis tidak dapat:
Bekalan makanan;
Ubat-ubatan;
Senjata;
Maklumat.
13. Malayan Chinese Association (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949
merupakan sebuah persatuan sosial masyarakat Cina.
14. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) disokong oleh Briggs kerana
MCA membantu setinggan Cina menjalani kehidupan di kampung baru.
15. MCA mengadakan kutipan derma melalui penjualan loteri kebajikan untuk
membantu penduduk setinggan di kampung baru.
16. Pihak British juga berusaha untuk mengelakkan bekalan makanan dan ubatubatan sampai ke tangan pihak komunis dengan mengadakan sekatan
jalanraya. Operasi ini dilakukan secara bekerjasama antara:
Pasukan polis;
Pasukan keselamatan;
Pasukan Home Guard.

17. Tanpa bekalan makanan dan ubat-ubatan,pengganas komunis terpaksa


keluar dari tempat persembunyian untuk mendapatkan bekalan. Keadaan ini
memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis.
18. Sistem pendaftaran kebangsaan telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk
mengawal pergerakan penduduk.
19. Mengikut sistem ini,setiap penduduk yang berumur 12 tahun atau lebih mesti
didaftarkan dan diberikan kad pengenalan untuk membezakan dengan
pengganas komunis.
20. Secara keseluruhannya,Rancangan Briggs telah berjaya melumpuhkan
perjuangan PKM dan PKM semakin kurang mendapat sokongan rakyat.
21. Dengan itu,PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman dan
berundur ke selatan Thailand.Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat di Pahang.

Perang Saraf
1. British telah melaksanakan perang saraf untuk menghapuskan pengganas
komunis melalui kempen memenangi hati dan fikiran rakyat.
2. Melalui perang saraf rakyat berbilang kaum dipujuk agar bersatu dan
menghapuskan perasaan perkauman.
3. Pada tahun 1952,Sir Henry Gurney telah ditembak mati dalam serangan
hendap semasa beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
4. Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu dan Pengarah Gerakan untuk menggantikan Sir Henry Gurney.
5. Sir Gerald Templer menyedari penggunaan senjata dan kekerasan sematamata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.
6. Beliau telah melaksanakan kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu
Menentang Komunis dengan jayanya.
7. Dalam kempen tersebut,penduduk pelbagai bangsa membawa sepanduk dan
membakar patung komunis.

8. Pihak British mengedarkan risalah menentang komunis.


9. Semua penduduk rela hati menyertai pasukan keselamatan untuk
mempertahankan tanah air.
10. Konsep kawasan putih dan kawasan hitam diperkenalkan oleh Sir Gerald
Templer.Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada komunis dan
kawasan hitam ialah kawasan yang masih terdapat kegiatan komunis dan
dikenakan perintah berkurung.
11. Perintah berkurung ialah individu dilarang keluar dari rumah bermula dari
pukul 6 petang hingga 6 pagi.
12. Melaka ialah negeri pertama di isytiharkan kawasan putih.
13. Neger Sembilan, Perlis, Keah dan Terengganu di isytiharkan kawasan putih
sehingga tahun 1957.
14. Dalam kempen perang saraf, Sir Gerald Templer berusaha menarik sokongan
orang Cina dengan melonggarkan syarat kewarganegaraan.Seramai 1.2 juta
orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara di Tanah Melayu.

15. Templer juga menawarkan hadiah kepada penduduk yang dapat menangkap
atau memberikan maklumat tentang komunis.Antara hadiahnya ialah:
Hadiah sebanyak $250 000 akan diberikan kepada sesiapa yang
berjaya menangkap Chin Peng sama ada hidup atau mati.
Hadiah sebanyak $200 000 akan diberikan kepada sesiapa yang
berjaya menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng.
16. Sultan dan menteri besar setiap negeri menggalakkan rakyat bekerjasama
dengan kerajaan untuk menentang komunis.Contohnya:
Datuk Onn Jaafar menyeru rakyat membantu kerajaan mengapuskan
komunis.
Sultan Pahang mengingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji
komunis.
Menteri Besar Pahang mengingatkan orang ramai agar tidak lupa akan
kekejaman komunis.
Pengampunan Beramai-ramai
1. Pengampunan telah ditawarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan
pengganas komunis menyerah diri.
2. Tawaran ini dilakukan dengan:
Mengedarkan sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan
dalam bahasa Cina, Melayu, dan Tamil;
Menampal poster di merata-rata tempat;
Mengadakan iklan dan wayang gambar untuk membantu penduduk
memujuk pengganas komunis agar menyerah diri;
Menyiarkan syarat tawaran pengampunan menerusi Radio Malaya
pada setiap hari.

Pertemuan Baling
1. Manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera serta menamatkan darurat
telah dikemukakan oleh Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis
Perundangan Persekutuan pada tahun 1955.
2. Tunku Abdul Rahman berjanji akan membuat rundingan dengan pihak
komunis jika diberikan mandat.
3. Tunku Abdul Rahman telah menerima sepucuk surat daripada Chin Peng
untuk mengadakan rundingan.

4. Lantaran itu, satu pertemuan telah diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29
Disember 1955.
5. Dalam Rundingan Baling, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh:
Tunku Abdul Rahman;
David Marshall;
Tun Tan Cheng Lock.
6. Parti Komunis Malaya pula diwakili oleh:
Chin Peng;
Chien Tien;
Rashid Maidin.
7. Dalam rundingan tersebut ,Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng
membubarkan PKM, meletakkan senjata, dan menyerah diri.
8. Chin Peng mengenakan syarat, iaitu sekiranya kerajaan Persekutuan
bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah, PKM akan
meletakkan senjata dan menyerah diri.
9. Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin
Peng.Keadaan ini menyebabkan pertemuan itu gagal.
10. Beliau bertindak demikian kerana sedar bahawa fahaman komunis tidak
sesuai dalam masyarakat berbilang bangsa tetapi beliau bersedia berunding
dengan PKM bila-bila masa sahaja sekiranya PKM berubah fikiran .
11. Sebelum undang-undang darurat ditamatkan, Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan.

12. Pengaruh komunis semakin lemah setelah Tanah Melayu mencapai


kemerdekaan.
13. Pada 31 Julai 1960, kerajaan mengisytiharkan darurat ditamatkan.

Rumusan
1. Sejak darurat diisytiharkan di Tanah Melayu, kerajaan Persekutuan
mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan ancaman pengganas
komunis.
2. Pada permulaan darurat, kerajaan berusaha bertungkus lumus menangani
ancaman komunis secara kekerasan tanpa melibatkan rakyat.
3. Setelah perang saraf dilancarkan, barulah kerajaan menyedari betapa
pentingnya sokongan dan kerjasamarakyat untuk menentang pengganas
komunis sukar dibanteras sehingga ke peringkat akar umbi.
4. Rakyat perlu bersama-sama menunaikan tanggungjawab membantu kerajaan
memulihkan keamanan dan kesejahteraan.
5. Kerjasama antara kerajaan dengan rakyat menentang komunis diumpamakan
seperti peribahasa Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana
muafakat.
6. Dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh rakyat, ramai
pengganas komunis dapat ditangkap atau dibunuh oleh pasukan
keselamatan.
7. Rakyat Malaysia pada hari ini harus bersyukur kerana dapat menikmati
kehidupan yang aman dan damai hasil pengorbanan generasi masa lalu.
Iktibar

Ancaman komunis boleh diambil sebagai iktibar untuk hari ini dan akan
datang.Selain itu,peristiwa yang berlaku dalam Sejarah Malaysia ini jika
dipeduli, difahami dan dihayati boleh mewujudkan keamanan dan
kemakmuran di Malaysia.

Patriotisme

Semangat patriotisme perlu ada dalam kalangan masyarat terutama dalam


kalangan pelajar sekolah dengan mendidik mereka menghormati dan
mencintai bendera kita.Menganjurkan kempen Cintakan Bendera Kita di
sekolah-sekolah dalam kalangan anak muda.
Rakyat Malaysia boleh memaparkan semangat patriotik mereka dalam
kehidupan seharian seumpamanya, dalam pemikiran, percakapan, dan
tindakan mereka membela dan mempertahankan kepentingan negara.
Rakyat Malaysia juga boleh mempamerkan semangat patriotik mereka
dengan menyumbangkan pandangan dan pendapat mereka dalam apa jua
perkara yang mereka fikir baik untuk negara.

Rujukan

https://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla%3AenUS%3Aofficial&channel=np&biw=1708&bih=821&tbm=isch&sa=1&q=home+g
uard+malaysia&oq=home+guard+ma&gs_l=img.
https://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla%3AenUS%3Aofficial&channel=np&biw=1708&bih=821&tbm=isch&sa=1&q=kesan+d
arurat&oq=kesan+darura&gs_l=img.3.0.0i19.85992.90266.1.91639.12.9.0.3.3.
0.396.1549.0j2j2j2.6.0....0...1c.1.53.img..17.22.4084.XwI2bUSmTtM#img
http://affizdearmada.blogspot.com/2010_08_01_archive.html
Buku teks Sejarah tingkatan 3,bab 3,halaman 85 hingga 91,Ramlah binti
Adam
Xpress Bestari Sejarah,bab 22,halaman 231 hingga 233,Mary Tan Swee Ee

You might also like