You are on page 1of 39

BAHAGIAN 3B

ISLAM
DAN PEMBINAAN TAMADUN
wahibah@upsi.edu.my

Islam
dan Pembinaan Tamadun

Islam muncul di kala manusia berada di


tengah-tengah keruntuhan tamadun
manusia. Dua tamadun besar dunia ketika
itu; Rom dan Farsi berada di era
keruntuhan. Manakala tamadun yang lain di
timur dan barat terkapai-kapai tanpa
bimbingan panduan agama yang benar.
Kedatangan Islam tidak menolak segala
unsur ketamadunan yang dibina oleh
manusia tetapi mengisi kerohanian setiap
tamadun manusia
wahibah@upsi.edu.my

KONSEP TAMADUN ISLAM


Definisi Tamadun Islam
Intisari Tamadun Islam
Asas Tamadun Islam
Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam
Sumber Tamadun Islam
Matlamat Tamadun Islam
wahibah@upsi.edu.my

DEFINISI
TAMADUN ISLAM

wahibah@upsi.edu.my

ASAL PERKATAAN TAMADUN


MADDANA
membuka bandar / kota
(Madinah-mudun-moden?)

memperhaluskan budi pekerti


(Madani/Hadhari))

TAMADDANA
Pemilihan sesuatu tempat untuk didiami
Membangunkan sesuatu kawasan sehingga menjadi bandar
Fenomena perubahan daripada liar kepada maju
MADANI
Pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti
wahibah@upsi.edu.my
yang terpuji

MADANIYYAT
FARID WUJDI & MUHAMMAD ABDUH abad ke 20

TAMADUN
DR JURJI ZAIDAN(abad ke 19)

UMRAN
IBN KHALDUN ABAD KE-14

HADARAH
IBN KHALDUN ABAD KE-14
MALIK BENNABI
ABAD KE-20
wahibah@upsi.edu.my

THAQAFAH
kajian dalam aspek pemikiran abad ke-20
MADANI & HADHARI

Gambaran ketamadunan kehidupan kota yang


menghasilkan pencapaian tertinggi dalam pelbagai
aspek kehidupan sama ada kerohanian, pemikiran
dan kebendaan atau kata lain merangkumi
spritual, mental dan fizikal

wahibah@upsi.edu.my

DEFINISI TAMADUN
MALIK BENNABI
= Kajian pemikiran dan kerohanian

ABU AALA al-MAUDUDI

Gambaran yang tepat tentang kehidupan dunia dan


matlamatnya dalam sistem sosial
wahibah@upsi.edu.my

ASAS TAMADUN ISLAM


Tauhid
Keilmuan
Persaudaraan
Kesatuan

wahibah@upsi.edu.my

PARADIGMA TAUHID DALAM T. ISLAM


Tauhid merupakan asas utama tamadun Islam
yang menjadi garis pemisah yang membezakan
tamadun Islam dengan tamadun-tamadun yang
lain.
Menentukan seluruh budaya dan kemajuan hidup
manusia berasaskan kesedaran bahawa Allah s.w.t
adalah penentu corak kehidupan, pengawal &
pemerhati setiap perbuatan manusia, dan
pembalas segala kebaikan dan perlanggaran etika
kehidupan.
wahibah@upsi.edu.my

10

PARADIGMA TAUHID DALAM T.


ISLAM
Tema utama dalam proses pembinaan
Tamadun Islam di Mekah.
Pemangkin kecemerlangan Tamadun Islam
di Madinah dan zaman khulafa al Rasyidin
Formula kebangkitan semula Tamadun
Islam daripada ambang kemerosotan dan
kelemahan .
wahibah@upsi.edu.my

11

PENGHAYATAN TAUHID DLM TAMADUN


ISLAM
SOSIAL Pembentukan peribadi yang beriman, institusi
perkahwinan yang disyariatkan, bertanggungjawab dan
menjaga hak-hak sebagai anggota keluarga, mengamalkan
budaya yang positif dan semangat kasih-sayang, tolong
menolong dan hidup penuh kesejahteraan dalam
masyarakat berbagai agama, kaum dan bangsa

EKONOMI Mengamalkan jual beli dan mengelakkan riba,


menjauhkan penindasan, mengeluarkan zakat dan
bersedekah, merapatkan jurang perbezaan antara
golongan miskin dan berada
POLITIK Melaksanakan tugas kepimpinan dengan penuh
keadilan, mentadbir berpandukan al Quran dan Hadith
dan menyedarinya sebagai tanggungjwab yang akan
wahibah@upsi.edu.my
12
dipersoalkan di hari kemudian
dan

Penghayatan Tauhid menjadi faktor


kekuatan tamadun Islam.
Pra Syarat kebangkitan semula Tamadun
Islam ialah penyediaan peribadi yang
menjadi role model dan penguasaan ilmu
pengetahuan yang bersepadu
Umat Islam tidak harus hanya berbangga
dengan sejarah kecemerlangan silam tetapi
bangkit mengembalikan kegemilangan Islam
Umat Islam harus mengambil pengajaran di
atas keruntuhan sejarah silam
wahibah@upsi.edu.my

13

CIRI-CIRI KHUSUS
ISLAM

wahibah@upsi.edu.my

14

Rabbaniyyah (Holistik)
Lengkap dan Menyeluruh
Alamiyyah (Universal)
Tabiiyyah (Natural)
Waqiiyyah (Realistik)
Tetap dan Anjal
Toleransi dan Terbuka
wahibah@upsi.edu.my

15

Bersifat Rabbaniyyah
Rabbaniyyah bermaksud segala konsep,
prinsip, nilai, hukum, dan peraturan yang
terdapat dalam Tamadun Islam adalah
secara mutlak daripada Allah swt.
Justru, setiap pembangunan dan
ketamadunan yang dibina dalam Tamadun
Islam mesti menepati nilai dan prinsip
yang ditetapkan oleh Allah swt.
wahibah@upsi.edu.my

16

Bersifat Lengkap dan


Menyeluruh
Tamadun Islam merangkumi hubungan manusia dengan
Tuhannya, hubungan manusia sesama manusia dan
hubungan manusia dengan alam yang terdiri daripada alam
cakrawala, alam sekeliling, binatang, tumbuh-tumbuhan,
alam ghaib (alam jin dan malaikat) yang saling kait mengait
antara satu sama lain.
Tamadun Islam meletakkan peraturan yang menjaga
individu, keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan
antarabangsa.
Konsep ibadah khusus dan ibadah umum yang dianjurkan
oleh Islam memperluaskan dan memberi peluang kepada
wahibah@upsi.edu.my
17
umat Islam menjalankan
ketaatan dan ibadah dalam
konteks yang berbagai.

Bersifat Alamiyyah
(Universal)
Konsep yang ditampilkan dalam sifat ini ialah persamaan
sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum dan darjat.
Tamadun Islam amat sesuai untuk seluruh umat manusia di
setiap tempat dan zaman, tanpa dibatasi oleh batasan
politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi.

Apabila Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, pembinaan


tamadun Islam mengambilkira perbezaan budaya setempat
dan menerima unsur tamadun yang sedia ada. Tamadun Islam
tidak merendahkan tamadun lain, malah mengangkat
martabat peradaban manusia dan kemanusiaan.
Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam telah
berjaya membina dan mempelopori
wahibah@upsi.edu.myperadaban dan
18
ketamadunan manusia sejagat.

Bersifat
Tabiiyyah(Natural)
Tamadun yang dibina memupuk sifatsifat positif dan sifat semula jadi yang
ada pada manusia antaranya
memerlukan panduan kerohanian dan
ilmu, sukakan keindahan dan kesenian,
suka kemajuan dan perubahan,
berinovatif, bersistematik bermula pada
diri, keluarga, masyarakat dan negara.
wahibah@upsi.edu.my

19

Bersifat Waqiiyyah
Islam realistik dengan mengambil kira realiti
manusia dan alam sejagat.
Orang yang sakit dan uzur ada kaedah khusus
untuk melakukan solat dan dibenarkan berbuka
puasa.
Orang yang cacat tidak diwajibkan berperang,
malah mereka perlu diberi perlindungan.
Kefardhuan haji dan zakat hanya kepada orangorang yang mempunyai harta dan berkemampuan
sahaja.

wahibah@upsi.edu.my

20

Bersifat Tetap dalam


Keanjalan
Tamadun Islam tetap dan tidak berubah
dari segi matlamatnya, tetapi ia anjal dan
fleksibel dari segi cara dan teknik
perlaksanaannya.
Islam memberi kebebasan dari segi cara
merealisasikan
sesuatu
tamadun
berdasarkan adat resam bangsa dan
budaya masing-masing tetapi tidak
melangkaui paradigma tauhid
yang
menjadi asas tamadun Islam
wahibah@upsi.edu.my

21

Bersifat
Toleransi dan Terbuka
Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu
unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak
bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan
hak orang lain dalam tamadun tersebut
Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah
pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak
dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan mereka
untuk mengekalkan kesetabilan dan keharmonian
masyarakat.
Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak
bercanggah dengan syariat terutamanya dalam dialog
dan interaksi antara tamadun
.
wahibah@upsi.edu.my
22

SUMBER TAMADUN ISLAM

AL-QURAN AL SUNNAH

IJMA

wahibah@upsi.edu.my

QIYAS

23

Al Quran Sumber Utama


Mukjizat yang dikurniakan kepada RasululLah
s.a.w., yang kekal sehingga Hari Kiamat, agar
menjadi rujukan utama manusia.
Mengandungi prinsip-prinsip yang berkaitan
seluruh kehidupan bertemakan tauhid dan
kehidupan akhirat, serta mengandungi prinsip
sosial, ekonomi, dan politik.
Menjadi sumber utama ilmu ketuhanan,
rujukan kehidupan bertamadun umat manusia,
ilmu sains sosial dan ilmu sains tabii
wahibah@upsi.edu.my

24

Kedudukan al Sunnah sebagai


Sumber Pendua
Menjelaskan keterangan al-Quran serta
memberikan gambaran tentang tujuannya
Menegaskan hukum yang terdapat dalam alQuran
Mengeluarkan hukum-hukum berdasarkan
hadis yang sahih
Mentafsirkan al-Quran
wahibah@upsi.edu.my

25

Ijma
Persepakatan ulamak mengenai
sesuatu hukum yang mengikut
situasi yang berlaku yang tiada di zaman
Nabi dan para sahabat berasaskan
al-Quran dan al-Hadith

wahibah@upsi.edu.my

26

Qiyas
Penentuan hukum sesuatu permasalahan
semasa berdasarkan perbandingan dengan
perkara yang telah ditetapkan hukumnya
berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith
Sumber-sumber utama adalah al-Quran & alHadis di samping ijmak dan qias menjadikan
tamadun Islam unggul dan praktikal dihayati di
mana jua dan sehingga akhir zaman.
wahibah@upsi.edu.my

27

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Hablum Minal
Llah wa
Hablum Min
An Nas

Melaksanakan
Tanggungjawab
Sebagai
hamba Allah
Dan Sebagai
Khalifatun
Fil Ard
wahibah@upsi.edu.my

Menjaga
5 Maslahah
Umum
kehidupan
Manusia.
28

Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.


Islam menganjurkan manusia memikirkan Allah s.w.t
sebagai pencipta dan kandungan alam ciptaan Nya.
Hubungan manusia dengan pencipta adalah matlamat
terpenting dan terakhir dalam kehidupan seperti yang
telah dijelaskan dalam surah al-Taubah ayat 24.
Kesan hubungan manusia dengan Allah swt. akan
melahirkan pengiktirafan manusia yang dicipta
terhadap penciptanya dan alam semesta dan memiliki
perasaan bertanggungjawab melalui suatu hubungan
yang murni.
wahibah@upsi.edu.my

29

Hubungan Manusia Sesama Manusia


Hakikat hubungan manusia sesama manusia
adalah dinilai kemuliaannya disisi Allah s.w.t.
hanyalah berdasarkan ketaqwaan dan
ketaatan kepada- Allah swt. (al-Hujurat: 13).
kepentingan hubungan manusia sesama
manusia dijelaskan dan digambarkan di dalam
hadith yang bermaksud :

Orang mukmin itu dengan mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian
yang satu menguatkan bahagian yang lain. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
wahibah@upsi.edu.my

30

Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat


Kedudukan manusia yang istimewa dengan
dikurniakan pancaindera dan akal fikiran
melayakkannnya menjadi khalifah di alam ini.
(al-Nahl: 14)
Kedudukan hubungan manusia dengan alam
adalah juga untuk manusia melakukan
penyelidikan dan kajian menghayati kekuasan
Allah swt.
(al-Sajdah:27)
wahibah@upsi.edu.my

31

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Memelihara
Jiwa
( hak hidup )

Memelihara
Akal fikiran

Memelihara
Harta benda

Memelihara
Kehormatan &
keturunan

Memelihara hak &


kebebasan
wahibah@upsi.edu.my

32

Memelihara jiwa (hak hidup)


Allah s.w.t. mengurniakan manusia kehidupan
(al-Hijr :23)
Seseorang yang membunuh dirinya atau orang
lain telah melakukan jenayah sosial yang besar
iaitu melawan qadak Allah dan kekuasaan-Nya
(an-Nisa: 30)
Seseorang itu adalah diwajibkan memelihara
kesihatan dan diharamkan melakukan sesuatu
perkara yang memudaratkan. Hakikat ini
menjelaskan bahawa syariat - mewujudkan
peraturan untuk memelihara nyawa setiap
manusia.
wahibah@upsi.edu.my

33

Memelihara akal fikiran


Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu tanpa
dibatasi had masa, tempat dan bangsa.
Umat Islam dilarang mengambil sesuatu yang
boleh merosakkan akal fikiran sebagai lambang
manusia yang bertaqwa kepada Allah(s.w.t.).
Islam menggalakkan pemikiran yang
berteraskan tauhid kepada Allah (s.w.t.) dan
melarang pemikiran yang mempunyai unsur
negatif. (al-Ankabut:
43)
wahibah@upsi.edu.my

34

Memelihara kehormatan & keturunan


Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan
sebaik kejadian telah tetap kehormatannya
sebagai bani Adam tanpa mengira agama,
keturunan, bahasa dan keadaannya.

Setiap manusia menerima balasan mengikut


apa yang telah dilakukannya (an-Najm : 39).
Islam juga menyediakan peraturan
perkahwinan untuk menjamin kehormatan dan
kemuliaan keturunan.
wahibah@upsi.edu.my

35

Memelihara harta benda


Islam menyediakan garis panduan
mengenai hak memiliki harta benda dan
sejajar dengan fitrah manusia.

Mempertahankan harta benda yang


diperolehi dengan cara yang halal adalah
sesuatu yang dituntut di dalam Islam

wahibah@upsi.edu.my

36

Memelihara hak & kebebasan


Islam telah menetapkan hak dan kebebasan
seseorang individu sejak ia dilahirkan.
Setiap muslim hendaklah membebaskan
dirinya dari kongkongan nafsu yang jahat (alFurqaan : 43).
Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan
fikiran yang tiangnya adalah kebebasan
beragama ( al-Baqarah : 256)
wahibah@upsi.edu.my

37

KESIMPULAN
Pencapaian umat Islam dalam kehidupan untuk
melahirkan sebuah tamadun yang gemilang
hendaklah berasaskan pandangan semesta Islam
yang bersumberkan al Quran dan al Sunnah,
mempunyai matlamat yang telah dibincangkan dan
memiliki sifat-sifat khusus yang digariskan serta
bermatlamatkan segala aspek yang dinyatakan.
Justru, pembinaan sebuah Tamadun Malaysia
berteraskan nilai dan prinsip yang terkandung
dalam Tamadun Islam.
wahibah@upsi.edu.my

38

Tamadun Islam membangunkan


masyarakat Melayu dan mencapai
kemajuan dalam bidang kebendaan,
kebudayaan, peradaban, pendidikan
keilmuan, ekonomi, politik, sosial,
kesihatan, keagamaan, kerohanian dan
sebagainya secara menyeluruh.
Tamadun Melayu menjadi setanding
dengan Tamadun Dunia lantaran
kehadiran Islam dalam masyarakatnya.
wahibah@upsi.edu.my

39

You might also like