You are on page 1of 1

Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza.

Kanak-kanak yang mempunyai potensi dan


bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya dikenali sebagai kanak-kanak pintar
cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi
dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Mereka ini mempunyai perkembangan kognitif
yang lebih baik berbanding kanak-kanak lain yang seusia mereka. Kanak-kanak pintar cerdas akan
menunjukkan minat belajar yang tinggi serta perasaan ingin tahu terhadap persekitaran mereka. Definisi
pintar cerdas ini telah diberikan buat kali pertama oleh Stanford Binet pada tahun 1916 yang mana
menurut beliau definisi pintar cerdas adalah merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat
pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Beliau telah menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali
sebagai The Stanford- Binet Test (Becker, 2003).
Namun begitu, Hasan (2006) menjelaskan konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada
kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif dan bereksperimen
termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi
kepintaran dan kecerdasan individu. Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak pintar cerdas ini. Ada di
antara mereka mempunyai ciri-ciri kemerlangan yang menyerlah dan menonjol manakala ada pula yang
perlu diperhatikan dan dikenalpasti terlebih dahulu. Biasanya kanak-kanak seperti ini dikategorikan oleh
guru dan ibubapa sebagai kanak-kanak yang sukar difahami.

You might also like