You are on page 1of 15

1.

0 Analisis Teknik yang Terlibat Dalam Melaksanakan Lontar Peluru


2.0 Analisis Biomekanik yang Terlibat Dalam Melaksanakan Lontar Peluru

LONTAR PELURU
Pengenalan
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang
dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh
lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan
disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya.
Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam
acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktivitiaktiviti sampingan, serta pemakanan.Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah
dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar
daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta
yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat
utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru
harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang
diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Prinsip-prinsip makanikal
Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktor-faktor
berikut :
1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah
pergerakan peluru
2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama.

3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan
tangan lebih lama.
4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.
6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.

Fasafasa Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :


1. 1. Fasa Persediaan
2. 2. Fasa Gelungsuran
3. 3. Fasa Lontaran
4. 4. Fasa Pemulihan
Latihan ansur maju Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran,
dan sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara
kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mematuhi syarat dan
aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala
kemahiran dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan.
Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini
merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu
pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran
peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka
yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut:
1. Cara memegang peluru.
2. Persediaan dan pergerakan awal.

3. Perlakuan melontar.
4. Pendaratan peluru.
5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.

Cara memegang peluru


Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah
memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang
peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada
pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru.
Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan
dengan sempurna.
1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah
cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke
satu tangan lain beberapa kali.
2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu
pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.
3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran,
dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau
diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia
untuk dilontarkan.
Persediaan dan pergerakan awal

Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru
juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan
seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan
hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi
mentalnya. Untuk melakulcan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran
yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal
juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan
ikut lajak mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik


Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling
mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru
diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan
dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar
peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.


1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya
lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di
bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah
keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri
menyilang ke kanan.
3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan
dan peluru ditolak keluar.

4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan,
sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya
tidak terkeluar dan bulatan lontaran.
5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil
memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan,
tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan
pendaratan peluru.

Lontar peluru Undang-undang


1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.
2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan
membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan
dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang
kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat
tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8
peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.
3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja untuk latihan.
Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan
diawasi oleh hakim.
4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alat-alat itu untuk
tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan
bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa a1ata-a1at akan meninggalakan kesan.
5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan
lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh
bahagian dalam relang dan papan.

6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak)
dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa
peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat
dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak
boleh dibawa kebelakang dan paras garisan bahu.
7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta bila
rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk
membalut luka.
(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang
sesuai di bahagian tangan sahaja.
(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan memakai
tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.
(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau
kesutnya.
8.Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan
memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang anggotan badannya
ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh
melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.
9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-peraturan di atas,
boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau
di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar
dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan
percubaan yang baru.
10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di antara dua
sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar.

11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang
hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui satu
garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.
12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestitah
tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus
putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luanya. (Lihat para
17)
13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat pemulaan atau
bulatan dan tidak secara dibaling.
14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran yang
diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.
15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh
pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut
tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan
dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau
lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan
ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum
pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil
bahagian.
16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas
sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan
lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada
bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira
pemenang.
17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu
setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang
sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai
mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Peralatan
Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan
menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang
bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta
pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada
peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.

Berat Peluru
1.DEWASA
7. 265 kg

2.WANITA
4. 005 kg

3.REMAJA
4. 000 kg

Gaya Lontar Peluru


Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:

(a) Gaya Lontar Berdiri


(b) Gaya Lungsur Selangkah
(c) Gaya Parry O'Brien

1. Gaya lontar berdiri

Pegangan (Grip)
Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru.
Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan
tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.
Lakuan Sedia (Preparation)
Berdiri di bahagian depan bulatan.
Bahu kiri dihadapkan ke arah lontaran.
Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga.
Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar

Lungsuran (Glide)
Tiada

Lontaran (Delivery)
Rendahkan kaki kanan.
Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan
sambil menyilangkan badan.
Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua
belah kaki.
Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari
badan
Pulihan (Recovery)
Kedudukan kaki depan belakang seperti semasa lontara

2. Gaya lunsur selangkah

Pegangan (Grip)
Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru.
Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan
tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng menyangga peluru.
Lakuan Sedia (Preparation)
Berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangi kawasan lontaran.

Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga.


Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Lungsuran (Glide)
Alihkan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan digerakkan ke bahagian tengah bulatan dan dalam
masa yang
sama kaki kiri disilangkan
Lontaran (Delivery)
Rendahkan kaki kanan.
Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan
sambil menyilangkan badan.
Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua
belah kaki.
Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari
badan
Pulihan (Recovery)
Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke
belakang

3. Gaya parry obrein


FASA
Pegangan (Grip)

Cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru.
Cara memegang dengan tiga jari. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari
kelengkeng menyangga peluru.
Lakuan Sedia (Preparation)
Berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangi kawasan lontaran.
Peluru diletak hampir leher dan di bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan
siku ke luar.
Lungsuran (Glide)
Condongkan badan, kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri ditendang ke hadapan bulatan.
Gerakkan kaki kanan ke bahagian tengah bulatan.
Lontaran (Delivery)
Rendahkan kaki kanan.
Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan sambil menyilangkan
badan.
Dengan gerakan serentak tarik tangan kiri ke bawah dan luruskan kedua belah kaki.
Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan
Pulihan (Recovery)
Kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke
belakang

Lontar Peluru Gaya Parry OBrien

Ada 4 Fasa :1) Fasa persediaan


Bengkokkan badan.
Bengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.
2) Fasa Gelongsoran
Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan
ketengah bulatan.
Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.
Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
Bahu menghadap arah lontaran..
3) Fasa Lontaran
Siku kanan diangkat tinggi.
Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
Peluru dilepaskan.
4) Fasa Pemulihan
Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.
3.0 Isu-Isu Kejurulatihan Lontar Peluru.
4.0 Langkah-Langkah Keselamatan yang Perlu Diberi Pertimbangan bagi Pelontar Peluru.

5.0 Langkah-Langkah Keselamatan yang Perlu Diberi Pertimbangan bagi Jurulatih

Lontar Peluru.

LANGKAH-LAN Langkah-langkah keselamatan

Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga
jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia
cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling
kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting
Langkah-langkah ini diperhatikan:
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.
2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan
akan dilakukan oleh perserta.
3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru
juga dilakukan serentak.
4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru
dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.
5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.
6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter
antara satu sama lain.
7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau
peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.
8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS


GKAH KESELAMATAN

Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih.
Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi
peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran
atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting
Iangkah-langkah ini diperhatikan:
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.
2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan
akan dilakukan oleh perserta.
3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga
dilakukan serentak.
4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru
dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.
5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.
6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter
antara satu sama lain.
7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau
peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.
8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
10.

Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-4/

You might also like