You are on page 1of 2

AKTIVITI 8

Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, jelaskan langkahlangkah kerajaan Malaysia dalam mewujudkan perpaduan kaum selepas
tragedi 13 Mei 1969
Usaha-Usaha Kerajaan Mewujudkan Perpaduan Kaum
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya
terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan
rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan
damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu
padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara.
Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969
kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata
pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di
negara kita?
Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah
peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong
cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan.
Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu
membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid
berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian
bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu
masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan
lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan
berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan
aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara
ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu
padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa
Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat
perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi
muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan
kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat
mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud
satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama
dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat
Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya
Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk
silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa
menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam
setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap
bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap
kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya

kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut


kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke
rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum
tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah
terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan
dalam kalangan anggota masyarakat.
Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat
dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti
yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari
keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah
taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari
keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di
kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman
rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa
anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak
langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi
dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk
melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti
hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali
gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat
diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan
budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan
perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza,
namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh
menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu
persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan
orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti
tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian
singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan
Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang
unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang
berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada
di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara
satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.
Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi
penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam
memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat
Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti
yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib
bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Bersatu teguh,
bercerai roboh.

You might also like