You are on page 1of 3

Teori Fonetik dan Fonologi

Definisi Dan Perbezaan Antara Fonetik Dan Fonologi

Definisi Fonetik Dan Fonologi


Fonologi
Menurut Abdullah Hassan (1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik
yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organorgan ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang
mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.
Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi
yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Parker ( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu
fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumusrumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Menurut Kamus Dewan, fonologi
merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam
Merriam Websters College Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan
sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of
sound changes in a language or in two or more related languages.
Fonetik
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai
ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan
hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai
kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi
kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut Inderawati
Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi
menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Raminah Haji Sabran
(1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan
menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan
manusia sejagat. Manakala mengikut pendapat Dr. Lufti Abas (1985) fonetik boleh
didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia,
baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan
memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

Perbezaan Antara Fonetik Dan Fonologi

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini.
Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang
fonologi.
Bil.
1.

Fonetik
Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat
semula jadi, produksi dan persepsi
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.

2.

Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada


tiga bahagian iaitu fonetik akustik,
fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori.

3.

Bidang fonetik mengkaji unsur setiap


bunyi.
Bidang fonetik menghasilkan transkripsi
fonetik untuk semua bunyi dari semua
bahasa.

4.

Fonologi
Fonologi ialah kajian tentang sistem
bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi
sistem tersebut secara umum. Kajian
dilakukan terhadap segala yang
berkaitan dengan sistem bahasa
seperti
pasangan
terkecil
dan
fonotaktik.
Kajian fonologi adalah berkaitan
dengan hubungan antara butir-butir
lekasikal dengan butir-butir lekasikal
lain yang membentuk ayat.
Bidang fonologi mengkaji pola-pola
intonasi.
Bidang fonologi menghasilkan sistem
ejaan sesuatu bahasa.

Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya
membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan
oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang pendidik membetulkan kesilapan
dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan
dan menyebut sesuatu dengan betul.
Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam
sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan
fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara
fizikal.
Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu
kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi
perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan
kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca.
Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi
bahasa.

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan
tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu
dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa
Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu
kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada
fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan,
didengar dan diinterpretasikan.
Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik
ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang
digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,
bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik
untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah
bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan
memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula
menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia,
terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

You might also like