You are on page 1of 1

Pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Isipadu Cecair amat penting kerana ianya berkait

dengan kehidupan seharian setiap murid. Murid perlu diberi pendedahan tentang ukuran
isipadu cecair dengan terperinci ini adalah kerana tajuk ini tidak begitu susah untuk dipelajari
dan dipraktikkan. Jika pengajaran yang disampaikan oleh guru tidak bersesuaian akan
menyebabkan pembelajaran murid tidak mencapai objektifnya. Oleh itu guru perlu bijak
untuk menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan
kebolehan setiap murid. Aktiviti yang bersesuaian akan menarik minat murid untuk belajar
dengan tekun dan dapat memberi keyakinan kepada murid bahawa tajuk ini sangat menarik
untuk dipelajari.
Di antara sebab mengapa ukuran Isipadu Cecair perlu diperkenalkan kepada murid-murid
adalah:
i. Bahan-bahan untuk unit bukan piawai adalah lebih mudah diperolehi
ii. Mengikut sejarah, manusia menggunakan unit-unit bukan piawai untuk pengukuran
sebelum menetapkan unit-unit piawai
iii. Unit-unit bukan piawai lebih mudah digunakan
iv. Unit-unit bukan piawai menggunakan bahan-bahan yang kelihatan semulajadi yang
berkaitan dengan pengalaman seharian murid-murid.
Adalah penting untuk guru memberikan murid-murid pengalaman dengan sistemsistem pengukuran yang mereka tidak biasa kerana mungkin mereka akan menggunakan asasasas selain daripada sepuluh dalam pengangkaan.
Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid dalam mempelajari
topik Ukuran Isipadu Cecair ini dengan lebih berkesan. Perkembangan pedagogi yang
diperlukan antaranya adalah:
i. Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
ii. Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
iii. Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
iv. Mengenal pasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu
cecair
v. Mengukur ukuran isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai

You might also like