You are on page 1of 19

5.

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1

Prosedur Pelaksanaan Kajian

Setiap kajian mempunyai prosedur yang tersendiri untuk memastikan setiap langkah
yang diambil berkesinambungan antara satu sama lain. Terdapat pelbagai model
kajian tindakan yang boleh digunakan bagi melaksanakan kajian tindakan ini. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai
panduan prosedur kajian. Model ini telah menyarankan empat langkah kajian
tindakan berdasarkan gelungan seperti berikut :

i.

Mereflek

ii.

Merancang

iii.

Bertindak

iv.

Memerhati

mereflek

memerhati

merancang

bertindak

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)

Berikut adalah empat langkah Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang diikuti oleh
pengkaji:

5.1.1 Mereflek

Bertepatan dengan model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart, pengkaji


menjalankan sesi membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
yang telah dijalankan di dalam kelas. Refleksi yang dijalankan ini bertujuan untuk
mengenal pasti masalah dan merancang tindakan penyelesaian bagi membantu murid
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu juga, sesi refleksi ini membolehkan
pengkaji mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran serta melakukan tindakan penambahbaikan.

Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat refleksi terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran yang telah dijalankan ke atas murid tahun 2 As-Siddiq bagi topik
penolakan melibatkan pengumpulan semula. Sesi refleksi ini telah membolehkan
pengkaji mengesan kelemahan pelajar dalam menyelesaikan masalah penolakan dan
kesilapan-kesilapan yang lazim dibuat oleh pelajar. Walaupun terdapat pelajar
mampu menyelesaikan masalah penolakan ini dengan baik, namun terdapat
sebahagian pelajar yang menghadapi masalah dan kekeliruan dalam proses
penolakan meibatkan pengumpulan semula.

Selain itu, pengkaji turut mereflek strategi dan kaedah pengajaran yang
digunakan semasa mengajar topik ini. Pengkaji telah bertanya kepada murid-murid
tentang kaedah pengajaran yang digunakan pengkaji. Ada antara murid-murid
tersebut yang merasa seronok dengan kaedah pengajaran yang digunakan dan ada
2

juga yang merasa kaedah yang digunakan tidak menarik. Melalui sesi refleksi ini,
pengkaji telah mengesan beberapa kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan
agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

5.1.2 Merancang

Dalam langkah merancang ini, pengkaji memulakan dengan merancang cara untuk
membantu murid mengatasi masalah yang timbul ini. Terdapat pelbagai cara yang
boleh dilakukan dalam langkah merancang ini iaitu memperbaiki dari segi
pendekatan, kaedah atau membina sumber pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji
dapat mengenalpasti

kesilapan yang dilakukan oleh responden berdasarkan kepada analisis tinjauan yang
telah dilakukan. Maklumat-maklumat yang diperoleh dikumpulkan oleh pengkaji dan
dianalisis bagi mengetahui punca sebenar kesilapan yang berlaku dalam topik
penolakan dengan mengumpul semula. Setelah melakukan rujukan, kajian dan
bacaan dari pelbagai sumber, pengkaji memperkenalkan Papan kiraan cepat yang
bertujuan membantu murid menjawab soalan-soalan berkaitan kemahiran menolak
dengan mengumpul semula. Pengkaji memilih responden yang sesuai bagi
melaksanakan kajian ini. Pengkaji telah merancang lima sesi intervensi.

5.1.3 Bertindak

Setelah memastikan perancangan yang dilakukan telah selesai, pengkaji meneruskan


tindakan seterusnya iaitu melaksanakan seperti yang telah dirancangkan. Langkah
seterusnya dalam kajian ini ialah bertindak. Tindakan yang akan dilaksanakan ialah sesi
rawatan atau intervensi yang akan dijalankan dalam satu tempoh masa yang akan
ditetapkan. sesi rawatan ini akan dilaksanakan sebanyak empat kali dimana sepanjang
sesi ini murid akan diberi rawatan untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran
tolak dengan mengumpul semula terutamanya dengan menggunakan Popoboard.
Sepanjang pelaksanaan sesi intervensi ini, catatan dan pemerhatian akan diambil bagi
menilai keberkesanan tindakan yang telah dilakukan. Berikut merupakan jadual bagi
butiran setiap sesi yang telah dirancang dan akan dilaksanakan kepada murid.

JADUAL 5.1.3.1 : Sesi Intervensi 1

Hari

Rabu

Masa

10.15-11.15

Hasil Pembelajaran

Murid-murid
mengumpul

dapat
semula

menolak
nombor

dengan
dua

digit

menggunakan Popoboard.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


1. Murid diberi satu contoh penolakan
dengan mengumpul semula nombor dua
digit.
2. Murid dibimbing untuk memindahkan
soalan ke dalam Popoboard.
3, Murid dibimbing untuk menyelesaikan
soalan tersebut dengan menggunakan
Popoboard.
4. Guru membetulkan kesalahan murid.
5. Murid diberikan beberapa contoh lain.
6.Murid dibekalkan dengan lembaran kerja
untuk menilai keahaman murid.

JADUAL 5.1.3.2 : Sesi Intervensi 2

Hari

Ahad

Masa

11.15-12.15

Hasil Pembelajaran

Murid-murid
mengumpul

dapat
semula

menolak
nombor

dengan

tiga

digit

menggunakan Popoboard.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


1. Murid diingatkan kembali cara
penolakan nombor dua digit menggunakan
Popoboard
2. Murid diberikan satu contoh soalan
penolakan dengan mengumpul semula
nombor tiga digit.
3, Murid dibimbing untuk menyelesaikan
soalan tersebut dengan menggunakan
Popoboard.
4. Guru membetulkan kesalahan murid.
5. Murid diberikan beberapa contoh lain.
6.Murid dibekalkan dengan lembaran kerja
untuk menilai keahaman murid.

JADUAL 5.1.3.2 : Sesi Intervensi 3

Hari

Rabu

Masa

10.15-11.15

Hasil Pembelajaran

Murid-murid
mengumpul

dapat
semula

menolak
nombor

dengan

tiga

digit

menggunakan Popoboard.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


1. Murid diberi satu contoh penolakan
dengan mengumpul semula nombor
tigadigit yang lebih sukar.
2. Murid dibimbing untuk memindahkan
soalan ke dalam Popoboard.
3, Murid dibimbing untuk menyelesaikan
soalan tersebut dengan menggunakan
Popoboard.
4. Guru membetulkan kesalahan murid.
5. Murid diberikan beberapa contoh lain.
6.Murid dibekalkan dengan lembaran kerja
untuk menilai keahaman murid.

JADUAL 5.1.3.2 : Sesi Intervensi 4

Hari

Ahad

Masa

11.15-12.15

Hasil Pembelajaran

Murid-murid

dapat

menolak

dengan

mengumpul semula nombor tiga digit tanpa


menggunakan Popoboard.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


11) Pengkaji memulakan sesi intervensi

dengan mengedarkan lembaran kerja dan


dalam buku latihan berbentuk soalan
penolakan dengan mengumpul semula
dengan tiga digit kepada semua peserta
kajian.

2) Peserta kajian menyelesaikan soalan


yang diberikan berdasarkan pemahaman
mereka sewaktu sesi intervensi tiga tanpa
menggunakan Popoboard.

3) Pengkaji membincangkan jawapan


bersama-sama peserta kajian.

4) Pengkaji memberikan bantuan dan


dorongan kepada peserta kajian sehingga
dapat

menyelesaikan

soalan

yang

diberikan dengan betul.

5.1.4 Memerhati

Pengkaji telah membuat pemerhatian awal sewaktu proses pengajaran dan


pembelajaran bagi topik penolakan melibatkan pengumpulan semula. Melalui
pemerhatain tersebut, pengkaji telah mengenalpasti beberapa masalah dan kelemahan
yang ada dan masalah tersebut memerlukan proses rawatan.

Sewaktu proses rawatan dijalankan, pengkaji akan membuat pemerhatian


terhadap tindak balas peserta kajian semasa pembelajaran berlangsung dan tingkah
laku peserta kajian. Pemerhatian adalah meliputi aspek minat murid terhadap bahan
yang digunakan, tumpuan murid serta penglibatan murid di dalam aktiviti yang
dijalankan. Pemerhatian ini penting bagi melihat sejauhmana keberkesanan proses
rawatan yang dijalankan.

5.2 Cara Pengumpulan Data

Kajian tindakan yang dijalankan ini melibatkan pelbagai cara pengumpulan data
yang boleh dilaksanakan. Pemilihan cara pengumpulan data ini hendaklah berbezabeza dan dari sudut-sudut yang berlainan bagi menunjukkan kesahan data yang
dikumpul ini. Pengkaji memilih instrumen ujian, dokumen bertulis, pemerhatian dan
akhir sekali ialah temu bual. Kesemua instrumen ini digunakan oleh pengkaji bagi
mengumpul data-data yang berkaitan sama ada pencapaian kejayaan responden
hinggalah tahap penguasaan responden dalam topik penolakan dengan mengumpul
semula ini. Semua instrumen yang digunakan adalah sesuai dan dapat memenuhi
objektif serta persoalan kajian ini.

5.2.1 Ujian pra dan pasca

Pengkaji melaksanakan dua ujian kepada responden-responden terlibat iaitu ujian pra
dan ujian pasca. Ujian pra dijalankan bertujuan melihat sejauh mana pencapaian dan
kefahaman responden terhadap soalan-soalan yang melibatkan kemahiran menolak
dengan mengumpul semula. Selain itu, pelaksanaan ujian pra ini juga bertujuan
melihat pola-pola kesilapan yang dilakukan oleh responden sebagai rujukan dan asas
kepada pengkaji untuk membaiki kesilapan yang dilakukan oleh responden. Contoh
soalan ujian pra boleh dirujuk pada Lampiran B.
Ujian pasca pula dilaksanakan bagi membolehkan pengkaji melihat peningkatan
pencapaian setiap responden selepas sesi intervensi dijalankan. Ujian pasca ini
mempunyai aras kesukaran dan bilangan soalan sama dengan ujian pra namun
nombor-nombor soalan telah ditukar dan disusun semula bagi menguji responden.

10

Penggunaan soalan yang sama ini membolehkan pengkaji melakukan perbandingan


dengan ujian pra mengikut soalan bagi melihat sama ada responden terbabit dapat
menguasai soalan berkaitan kemahiran menolak dengan mengumpul semula dengan
baik atau tidak. Soalan ujian pasca boelh dirujuk pada Lampiran C.

Soalan-soalan pada ujian pra dan pasca mengandungi sepuluh soalan berstruktur dan
mempunyai ruangan yang mencukupi untuk responden menunjukkan jalan
pengiraan. Soalan-soalan ini diambil sama ada dari buku teks, buku aktiviti atau
Bahan Kecemerlangan.

5.2.2 Dokumen Bertulis

Analisis dokumen dijalankan di mana kesemua lembaran kerja yang ada akan
disemak oleh pengkaji. Semasa peringkat awal, pengkaji telah dapat mengesan
responden di mana di kalangan murid yang masih tidak dapat menguasi konsep
penolakan dengan mengumpul semula. Pengkaji turut mengenalpasti jenis-jenis
kesilapan yang sering dilakukan. Pasa sesi rawatan, penelitian dokumen sangat
penting. Pengkaji telah memastikan jalan kerja serta pindahan soalan kepada kaedah
kiraan cepat dilakukan dengan betul.

5.2.3

Pemerhatian

Pengkaji telah membuat pemerhatian awal terhadap pengajaran lepas. Hasil


pemerhatian tersebut, pengkaji dapat melihat sejauh mana minat dan kefahaman
murid terhadap topik yang diajar serta mengesan masalah yang dihadapi ketika
pengajaran disampaikan oleh pengkaji. Pengkaji akan membuat pemerhatian
11

terhadap proses rawatan yang dijalankan setelah proses rawatan atau intervensi
diberikan kepada peserta kajian. Pemerhatian ini penting bagi melihat sejauh mana
keberkesanan penggunaan alat intervensi yang digunakan. Instrumen pemerhatian
dilakukan dengan menyediakan borang pemerhatian individu yang mengandungi
beberapa item yang sesuai dengan kajian. Borang pemerhatian ini ditanda oleh
pengkaji sebelum dan selepas rawatan diberikan. (rujuk lampiran)

5.2.4 Temubual
Temubual ialah perbualan yang mengandungi tujuan-tujuan tertentu untuk diketahui
oleh pengkaji. Soalan-soalan yang berkaitan diajukan kepada setiap responden untuk
mengumpul data berkaitan bagi dianalisis oleh pengkaji. Setiap temubual ini
dipindahkan dalam bentuk transkrip bagi membolehkan temubual ini menjadi
rujukan kepada pengkaji pada masa akan datang.
Temubual ini dijalankan selepas ujian pra dan pasca (rujuk Lampiran D dan E).
Pengkaji memilih menggunakan 2 soalan tertutup dan beberapa soalan terbuka yang
menjawab kepada persoalan kajian yang telah dinyatakan sebelumnya. Berikut
adalah contoh soalan yang dikemukakan kepada responden.

Contoh soalan selepas ujian pra :


Adakah soalan ini senang atau susah?
Adakah awak boleh jawab soalan ini?

Contoh soalan selepas ujian pasca :


Adakah awak suka menggunakan popoboard ini?

12

Adakah awak rasa lebih mudah menjawab soalan menggunakan popoboard ini?

5.3

Cara Analisis Data

Pengkaji akan menganalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Data


kuantitatif ialah data yang boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan
alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Dalam kajian ini, data kuantitatif
yang boleh diukur adalah ujian pra yang dilakukan guru setelah tamat proses
pembelajaran bagi topik yang difokuskan iaitu topik penolakan melibatkan
pengumpulan semula.

Manakala bagi data kualitatif, pengkaji memperolehi data tersebut melalui


pemerhatian awal yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, melalui temubual, analisis dokumen atau sebagainya bagi mendapatkan
maklumat atau data berkenaan kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis data ujian pra yang telah
dilaksanakan bagi mendapatkan gred pencapaian murid. Pengkaji akan menganalisis
data ujian pasca setelah ujian tersebut dilaksanakan. Kedua-dua data tersebut akan
dibandingkan bagi melihat pencapain murid sebelum dan selepas intervensi atau
proses rawatan dijalankan.

13

5.4

Perancangan Pelaksanaan Kajian

Pengkaji telah membuat perancangan pelaksanaan kajian bagi memastikan proses


pelaksanaan kajian ini berjalan lancar. Jadual 5.1 di bawah adalah jadual tindakan
pelaksanaan kajian;

Jadual 5.1 : Jadual Perancagan Pelaksanaan Kajian


Bil

Aktiviti

Tarikh

Mengenal pasti masalah


Pemerhatian

dijalankan semasa proses pengajaran

1
dan

pembelajaran

bagi

topik
12 Februari 2014

penolakan melibatkan pengumpulan


semula.

Pengumpulan data tinjauan awal

Pelaksanaan ujian diagnostik untuk


melihat ingatan murid terhadap topik

penolakan melibatkan pengumpulan


semula.

Senarai

semak

digunakan

bagi

mengenal pasti ciri-ciri unik peserta


kajian yang dipilih pengkaji.
14

12-13 Februari 2014

Menentukan objektif / soalan kajian

Penentuan objektif umum dan khusus

Penentuan persoalan kajian

Penentuan kepentingan kajian

Penentuan definisi operasional

Penentuan batasan kajian

16-20 februari 2014

Merancang tindakan

Merancang langkah tindakan

Merancang

4
cara

mengumpul

dan

23/2 13/3 2014

dijalankan

bagi

Julai 2014

menganalisis data

Menjalankan Intervensi
5

Proses

rawatan

membantu

murid

menyelesaikan

masalah yang timbul


6

Menganalisis data

Julai 2014

15

5.4.1

Kos Kajian

Kos kajian ini adalah kos yang melibatkan kos untuk menyediakan soalan semasa
tinjauan awal dan selepas intervensi dijalankan. Ia juga turut meliputi kos membuat
bahan intervensi. Jadual 5.2 di bawah adalah kos yang dijangkakan pengkaji;

Jadual 5.2 : Anggaran Kos Kajian

Bil

Bahan

Harga seunit

Jumlah harga

(RM)

(RM)

Bilangan unit

Mounting Board

5.00

10.00

Laminating Film

12

2.00

12.00

Kertas A4

12.00

12.00

Kertas Warna

8.00

8.00

Barangan Am

10.00

JUMLAH KESELURUHAN

16

52.00

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya. (2005).
Aplikasi Kognitif dalam pendidikan. Batu Caves, Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (Edi 1).
Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Choong Lean Keaw. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur :


Percetakan Season Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur
Dawama Sdn. Bhd.

Hanafi Ismail, Sadali Othman. (2001). Mencari Permasalahan Pelajar. Kuala


Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Mohd Izzuddin Akmal bin Rusmin (2011). Keberkesanan Nyanyian Melodi Ria
Untuk Meningkatkan Kemahiran Mengingat Nama 10 Malaikat Bagi Murid
Tahun 2 Delima Sekolah Kebangsaan Kampong Gemuroh. Tesis tidak
diterbitkan, IPG Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu, Malaysia.

17

Mohd Yunus Noor. (1990). Psikologi Belajar dan Teknik Belajar yang Berkesan.
Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. ohd. Najib Abdul Aziz, Nor Shafrin
Ahmad. (2008). Kemahiran Belajar dan

Hubungannya

dengan

Akademik: Kajian di Daerah Kerian, Perak. Perak : Jurnal Pendidik dan


Pendidikan. Jil.23.29-47

Nor Azman. (1999). Pembangunan Pakej Pembelajaran Berbantukan Komputer


(PBK) Berasaskan Grafik : Tenaga KBSM. Tesis Sarjana. UKM.

Nurul Hazwani binti Mohd Nasrumi. (2010). Keberkesanan Penggunaan Bahan 3d


Sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam Bidang Membentuk dan Membuat
Binaan bagi Murid Tahun 3. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato
Razali Ismail, Terengganu, Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian tempatan


Tahun 5. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Zurain binti Mohamad Salleh. (2012). Keberkesanan Green Earth Model dalam
Meningkatkan Kefahaman Murid Mengenai Bentuk Muka Bumi. Tesis tidak
diterbitkan, IPG Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu, Malaysia.

18

19

You might also like