You are on page 1of 5

Bab 6 Guru Sebagai Pembimbing

Falsafah Pendidikan Negara


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara
Tugas Guru
o
o
o

Pengajaran dan pembelajaran


Aktiviti kokurikulum
Pentadbiran

Peranan Guru sebagai pembimbing


o
o
o
o

Contoh dan teladan


Agen pengesan
Agen perubahan
Perkongsian maklumat

Bagaimana?
o
o
o

o
o
o

Merapati pelajar dan mengenal pasti


mereka yang bermasalah dan merujuk
mereka kepada kaunselor
Menjadi pendengar yang peka kepada
curahan perasaan pelajar dan memberi
sokongan emosi dalam keadaan krisis
Memberi penjelasan mengenai bahaya
penggunaan dadah, arak, merokok,
hubungan jantina, dan pencabulan
kehormatan. Merujuk, jika perlu, kepada
kaunselor dengan persetujuan mereka.
Membantu pelajar yang menghadapi
masalah akademik
Membantu kaunselor dalam aktiviti
bimbingan dan kaunseling.
Membuka ruangan kepada pelajar untuk
berlatih kemahiran yang dipelajari seperti

o
o
o

o
o

kemahiran
berkomunikasi,
membuat
keputusan dan lain-lain
Membantu kaunselor dalam melatih
kumpulan-kumpulan pelajar
Menjadi penggalak kepada pelajar untuk
melaksanakan aktiviti sekolah.
Mengetahui prestasi, latar belakang,
penglibatan,
bakat,
minat
dan
kecenderungan pelajar dalam mata
pelajaran yang diajar serta pelbagai
kecerdasan pelajar.
Mengelakkan membuat penghakiman
terlalu awal tentang kebolehan pelajar
kerana pelajar berkembang pada peringkat
berbeza.
Memberi keyakinan dan rangsangan
tentang kepentingan mata pelajaran dan
menggalakkan pelajar mencapai kejayaan.
Memberi penjelasan tentang kandungan
kurikulum mata pelajaran supaya pelajar
dapat gambaran tentang apa, mengapa,
dan bagaimana pelajar harus belajar. Guru
perlu memberi pendedahan ini kepada
pelajar dalam tempoh masa yang cukup
sebelum pelajar membuat pilihan.
Bersikap terbuka tentang penukaran mata
pelajaran.

o
o

o
o
o

o
o

Membantu pihak sekolah memberi


penerangan mata pelajaran kepada ibu
bapa/penjaga.
Memastikan diri sentiasa meningkatkan
tahap profesionalisme terutamannya dalam
bidang mata pelajaran sendiri dan
berusaha mengadakan kemudahan dan
kelengkapan secukupnya.
Menyemak prospektus institusi pendidikan
dan latihan yang terkini
sentiasa memonitor pelajarnya setiap masa
dan ketika
berusaha memahamkan pelajarnya tentang
sesuatu konsep dan pengajaran dengan
cara yang paling mudah, sisteimatik,
seronok dan bermakna. Guru itu sebagai
agen mempertingkatkan prestasi pelajaran
pelajar.
Membimbing pelajar bersikap rasional,
realistik dan tenang menghadapi sebarang
kemungkinan di dalam hidupnya
Bertindak sebagai pemudah cara dan
membantu pelajar melicinkan perjalanan
harian mereka baik di dalam kelas
mahupun di luar kelas tanpa memilih
kasih.

o
o

Berperanan memperkenalkan inovasi


kepada ramai iaitu sesuatu yang baru
sama ada kaedah, idea, teknik dan
sebagainya
Mampu mengurus semua keadaan dengan
cekap dan sempurna maka secara langsung
dapat memupuk disiplin kendiri pelajar
bertindak cemerlang dalam hubungan
manusia dengan manusia dan manusia
dengan penciptanya

You might also like