You are on page 1of 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

KFP 6034
KAEDAH EKSPERIMEN
TAJUK/TUGASAN

2
KUMPULAN

ANALISIS
DAN
KRITIKAN
DUA ARTIKAL JURNAL

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO.
MATRIK

NURHUSNA ABDUL MALEK

M20131001125

NUR AQILAH BINTI HASSAN

M20132001686

NADRAH NOH

M20132001691

SHARLINI A/P MANIAM

M20131001071

SEMESTER 2 - SESI 2013/14

PENGHARGAAN.

Kami amat bersyukur kepada Tuhan kerana kami dapat melengkapkan kerja
kursus kami ini dengan sempurna serta tepat pada waktunya.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarahan bimbingan kelas kami. Beliau amat membantu kami
dalam membimbing kami dalam membuat kerja kursus ini.

Tidak lupa kepada rakan seperjuangan kami yang lain yang banyak
membantu kami dalam menghasilkan kerja kursus yang lengkap ini. Malah sanggup
membantu serta bertukar pendapat dengan kami.

Sekali lagi

kami ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang telah membantu kami secara langsung ataupun tidak langsung dalam
melengkapkan kerja kursus ini. Sekian terima kasih.

SENARAI KANDUNGAN.
MUKA SURAT
PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

1.0 ANALISIS DAN KRITIKAN PENULISAN JURNAL 1

2.0 ANALISIS DAN KRITIKAN PENULISNA JURNAL 2

LAMPIRAN

1.0

PENDAHULUAN

Kajian yang dijalankan oleh Jess Haines, Ashley OBrien, Julia McDonald, Roberta
E. Goldman, Marie Evans-Schmidt, Sarah Price, Stacy King, Bettylou Sherry dan
Elsie M. Taveras ini bertujuan mengetahui apakah persepsi ibu bapa berkenaan
dengan aktiviti menonton televisyen dan kegunaan televisyen di bilik kanak-kanak.
Kepesatan pembangunan dan perkembangan teknologi kini telah membawa
manusia ke arah zaman globalisasi dan modenisasi. Jadi, tidak hairanlah bahawa
setiap keluarga terutamanya di Malaysia kini mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah televisyen di rumah. Ada juga di kalangan keluarga yang mempunyai dua
atau yiga buah televidyen yang kebiasaannya diletakkan dibilik tidur, bilik rehat,
ruang tamu dan sebagainya, supaya dapat menyenangkan mereka menonton
televisyen tanpa perlu berkumpul beramai-ramai di ruang tamu, malah dengan
hanya berada di dalam bilik tidur pun mereka dapat menontonnya. Kini, televisyen
boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja dan telah pun menjadi sebahagian keperluan
hidup masyarakat.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian yang ingin dikaji ialah bertujuan:2.1

Memahami

pandangan

ibu

bapa

yang

berpendapat

bahawa

persekitaran dan tingkah laku yang diperolehi daripada menonton


televisyen memberi kesan terhadap perkembangan yang kritikal di
kalangan anak-anak mereka.
2.2

Meneroka pandangan dan tindakan ibu bapa, serta pengalaman


mereka mengenai aktiviti menonton televisyen dikalangan anak-anak
mereka.

2.3

Mengetahui persepsi ibu bapa mengenai kegunaan televisyen yang


ditempatkan di dalam bilik kanak-kanak.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


3.1

Populasi Kajian
Populasi kajian terdiri daripada ibu bapa yang dipilih secara rawak yang

diambil berdasarkan kumpulan etnik tertentu iaitu: (1) English and Spanish
Hispanic Latino families, (2) Haitian Creole speaking Haitian American
families, and (3) English speaking African American / Black families.
Pengkaji memilih kumpulan ini berpandukan (Dennision et al. 2002;
Vanderwater et al. 2007) dan taburan data tempatan (Cambridge Middle
Grades Health Survey 2007) yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang
berasal dari bangsa ini, gemar menonton televisyen terutamanya di dalam bilik
tidur lebih daripada kumpulan Caucasian.

3.2

Saiz Sampel
Sampel terdiri daripada 74 orang sampel yang diambil daripada 9

kumpulan di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak sekitar 5 tahun 11


bulan.

3.3

Instrumen
Kajian ini berbentuk kaedah kualitatif dan menggunakan soal selidik

sebagai instrumen kajian. Soalan yang dikemukakan adalah berkenaan


dengan: (1) Pendapat dan pandangan mereka tentang penggunaan televisyen
dan kepentingannya terhadap perkembangan kanak-kanak, (2) Sebab
mengapa televisyen perlu ditempatkan di bilik anak-anak, (3) Strategi
mengurangkan aktiviti menonton televisyen di kalangan kanak-kanak, (4)
Strategi dalam membantu ibu bapa agar mengelakkan menempatkan
televisyen di setiap bilik tidur.

4.0

DAPATAN KAJIAN
4.1

Tindakan Ibu Bapa dan Pandangan Mereka Tentang Aktiviti


Menonton Televisyen Di Kalangan Kanak-kanak
Secara umumnya, ibu bapa seringkali tidak ambil peduli tentang

berapa jumlah masa yang telah dihabiskan oleh kanak-kanak semasa


menonton televisyen. Majoriti ibu bapa bersepakat mengatakan
mereka

tidak

menghadkan

masa

untuk

anak-anak

menonton

televisyen. Melalui dapatan kajian ini, mereka berpendapat bahawa


tindakan seperti memastikan supaya rancangan yang ditonton kanakkanak haruslah yang bersesuaian seperti sesuai dengan peringkat
umur dan tidak mempunyai unsur-unsur keganasan. Hal ini bertujuan
agar rancangan yang ditonton itu memberi pengajaran yang bernilai
dan menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak.

4.2

Sebab Ibu Bapa Meletakkan Televisyen Di Setiap Bilik Tidur


Anak
Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan sebilangan ibu

bapa ini meletakkan televisyen di setiap bilik anak-anak mereka adalah


kerana ingin menjimatkan ruang dan memastikan ruang tamu sentiasa
bersih dan selesa. Mereka juga berpendapat bahawa lebih selamat
sekiranya anak-anak menonton televisyen di dalam bilik sendiri. Selain
itu juga, mereka menjadikan keadaan itu sebagai salah satu cara yang
paling efektif untuk kanak-kanak tidur.

4.3

Pandangan Ibu Bapa Dalam Usaha Mengurangkan Aktiviti


Menonton Televisyen Di Kalangan Kanak-kanak
Salah satu tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam

usaha menghadkan aktiviti menonton televisyen adalah dengan


6

membawa anak-anak bersiar-siar di taman dan melawat muzium.


Mereka juga menyuarakan pendapat agar mengadakan sesi serta
mesyuarat yang memberi cara-cara yang dapat membantu ibu bapa
menangani isu-isu yang melibatkan anak-anak.

4.4

Pandangan

Ibu

Bapa

Agar

Menjauhkan

Televisyen

Ditempatkan Di Setiap Bilik Tidur Anak


Dapatan yang diperolehi mengatakan bahawa kebanyakan ibu
bapa ini kurang berwaspada terhadap akibat buruk yang akan dihadapi
sekiranya mereka menempatkan televisyen di setiap bilik anak-anak
mereka. Sebilangan daripada mereka mengatakan bahawa, tidak ada
masalah sekiranya televisyen berada di dalam bilik tidur. Mereka
sehinggakan mahu bukti kukuh yang menunjukkan keburukan jika
keadaan seperti ini diteruskan. Cadangan mereka yang bersetuju
mengelakkan agar televisyen ditempatkan di bilik anak-anak adalah
dengan memberi insentif kepada ibu bapa yang berjaya menjauhkan
televisyen dari bilik anak-anak. Antara insentif dan ganjaran yang bakal
diterima adalah seperti tiket ke akuarium negara atau tiket ke tempat
yang mereka inginkan.

5.0 RUMUSAN
Berdasarkan jurnal tersebut, apa yang ingin dikaji ialah sikap, persepsi, dan
pengalaman ibu bapa mengenai aktiviti menonton televisyen di kalangan kanakkanak dan penggunaan televisyen di setiap bilik tidur anak. Kajian yang berbentuk
tinjauan ini meneroka pandangan ibu bapa dan tindakan serta sikap terhadap aktiviti
menonton televisyen di kalangan kanak-kanak. Keputusan analisis menunjukkan,
sebilangan ibu bapa tidak sedar akan keburukan yang bakal diterima sekiranya tiada
kesedaran dalam hal ini. Dalam usaha menjalankan beberapa cadangan yang
dikemukakan, penglibatan dan sokongan daripada ibu bapa perlu bagi memastikan
perkembangan anak-anak terjamin dan melalui pertumbuhan secara sihat.

1.0 TEMA

Tajuk jurnal yang dipilih ialah Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware)
dengan Peta Konsep terhadap Pencapaian Pelajar. Artikal jurnal ini telah ditulis oleh
Awaatif Ahmad dan Norizan Esa dari Fakulti Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

2.0 PERSOALAN KAJIAN


Isu yang dibangkitkan oleh penulis di dalam jurnal ini adalah sejauh mana
kepentingan matapelajaran Pendidikan Islam yang merupakan matapelajaran teras
yang perlu diambil oleh semua pelajar muslim (Akta Pendidikan, 1996).
Walaubagaimanapun, guru cenderung menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang
bersifat konvensional. Akibatnya, matapelajaran ini membosankan murid. Pendapat
ini telah disokong oleh Abdul Malek (1999) dan Noraini (2003) yang mendapati
masalah guru merupakan masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Menurut Wan Lawi (2008), tajuk Lambaian Kaabah
merupakan tajuk yang agak sukar kerana ianya merupakan tajuk yang besar
merangkumi ibadah haji dan umrah. Justeru, penulis telah melakukan tinjauan awal
terhadap 20 orang guru Pendidikan Islam dan 30 orang murid di tiga buah sekolah
tentang tahap kesukaran mempelajari dan mengajar tajuk bahagian Ibadat dalam
sukatan pelajaran Tingkatan Empat. Hasil tinjauan mendapati guru dan pelajar
mengklasifikasikan tajuk ini sebagai tajuk yang sukar. Antara faktor kesukaran untuk
mempelajari tajuk ini ialah Lambaian Kaabah bukan merupakan ibadah harian,
banyak konsep yng perlu diingat dan mengelirukan. Oleh itu, penulis telah memilih
satu kaedah untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan menggunakan Peta Konsep.
Penulis telah meringkaskan kepada dua persoalan kajian iaitu adakah terdapat
perbezaan antara pencapaian murid yang mengikuti pengajaran menggunakan
perisian kursus dengan peta konsep dan pencapaian pelajar yang mengikuti
pengajaran menggunakan perisian kursus tanpa peta konsep dan adakah terdapat
perkembangan pengetahuan murid tentang tajuk Lambaian Kaabah yang dipelajari
melalui peta konsep yang dibina oleh murid?

3.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF


Penulis bertujuan mengenal pasti sama ada rawatan pengajaran menggunakan
perisian kursus dengan peta konsep boleh memberikan kesan yang lebih baik
terhadap pencapaian murid berbanding dengan pengajaran menggunakan perisian
kursus tanpa peta konsep. Hipotesis kajian adalah seperti yang berikut:

H1: Dengan mengawal faktor skor ujian pra, tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara pencapaian murid yang mengikuti pengajaran menggunakan
perisian kursus dengan peta konsep dan pencapaian murid yang mengikuti
pengajaran menggunakan perisian kursus tanpa peta konsep.

H2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pra peta
konsep dengan min skor ujian pasca peta konsep.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berbentuk eksperimen kuasi.
Kumpulan

eksperimen

akan

menggunakan perisian khusus

diberikan

rawatan

pendekatan

pengajaran

dengan peta konsep ( PKDPK) berbanding

kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah biasa tanpa peta konsep.


Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan tiga alat ukur iaitu:

1. Ujian pra dijalankan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang
bertujuan mengesan pengetahuan sedia ada mereka. Sampel perlu
menjawab 40 soalan dari tajuk Lambaian Kaabah. Masa yang diberikan
adalah 40 minit.
2. Ujian Pasca dijalankan setelah kumpulan Rawatan diberi rawatan pendekatan
pengajaran menggunakan peta konsep. Tempoh rawatan ialah empat jam
yang dilaksanakan dalam lima sesi pengajaran. Manakala kumpulan kawalan
diajar menggunakan pengajaran tanpa peta konsep. Ujian menagadungi 40
soalan yang perlu dijawab dalam masa 40 minit.
9

3. Ujian peta konsep dijalankan menggunakan kaedah sumatif. Melalui ujian ini
murid membina peta konsep di awal pengajaran dan diakhir sesi pengajaran.
Penilaian diberikan berdasarkan kaedah pemarkahan tradisional peta konsep
yang disarankan oleh Novak dan Gowin (1984).
Untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan signifikan penggunaan peta
dalam pengajaran tajuk Lambaian Kaabah terhadap pencapaian murid (Ujian pra
dan pasca), penyelidik menggunakan ujian ANCOVA (Analysis Of Covariance Test)
dengan mengawal perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra.
Data daripada ujian peta konsep pula dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan
(paired samples-test) kerana sampel yang digunakan sama.

5.0 RESPONDEN KAJIAN


Kajian ini telah melibatkan responden seramai 82 orang murid Islam terdiri
daripada murid lelaki dan perempuan tingkatan empat sebuah sekolah di Pulau
Pinang. Terdapat 39 orang murid dalam kumpulan rawatan dan 43 orang murid
dalam kumpulan kawalan. Responden ditentukan secara persempelan rawak
kelompok. Pemilihan sampel berdasarkan kepada pencapaian yang sederhana
dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2008 dan belum mempelajarai tajuk
Lambaian Kaabah.

6.0 HASIL KAJIAN


Dalam jurnal ini pengkaji telah menunjukkan dapatan kajian dengan cara
yang mudah dan ringkas. Hipotesis pertama diuji menggunakan analisis kovarians.
Ujian ANCOVA yang dijalankan bagi melihat perbezaan pencapaian murid dalam
ujian pasca ditunjukkan di dalam jadual 3. Hasil ujian tersebut mendapati [F (1,82) =
15.67, p < .05 ] , menunjukan bahawa dengan mengawal faktor pencapaian murid
dalam ujian pra, teknik pengajaran perisian kursus dengan peta konsep (PKDPK)
dapat meningkatkan pencapaian murid dalam ujian pasca secara signifikan.

10

Secara

diskriptifnya

,pengkaji

dapat

membuktikan

bahawa

berlaku

peningkatan dalam pencapaian murid dalam ujian pasca berdasarkan min yang
yang lebih tinggi dalam pengajaran menggunakan (PKDPK) iaitu (22.99) berbanding
dengan pendekatan tanpa peta konsep (18.63). justeru itu pengkaji boleh
menggunakan dapatan kajian untuk membuktikan perisian kursus dengan peta
konsep dapat membantu murid memahami isi pengajaran dengan baik seterusnya
dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam tajuk Lambaian
Kaabah.
Bagi hipotesis yang kedua pula, Ujian-t berpasangan menunjukkan skor min
skor ujian pasca lebih tinggi iaitu (42.42) berbanding min skor ujian pra (15.28).
Perbezaan yang ketara iaitu sebanyak (22.15) menunjukkan kaedah pengajaran
peta konsep sangat berkesan terhadap perkembangan pengetahuan murid. Nilai t =
-5.99, p < .05 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan diantara ujian pra
peta konsep dan ujian pasca peta konsep. Ini menjelaskan murid dapat membina
peta konsep yang lebih baik selepas rawatan diberikan.

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini amatlah membantu para guru untuk menemui beberapa jalan
penyelesaian

terhadap

masalah

yang

dihadapi

ketika

melaksanakan

sesi

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Iaitu penggunaan perisian kursus dengan peta
konsep yang mampu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap topik Lambaian
Kaabah. Para guru Pendidikan Islam boleh menggunakan kaedah pengajaran ini
bagi

meningkatkan

pemahaman

dan

penguasaan

pelajar

terhadap

topik

pembelajaran ini. Selain itu, kajian ini juga secara langsung dapat meningkatkan
profesionalisme perguruan serta imej guru.

11

You might also like