You are on page 1of 112

SGDU6043

LEGAL ASPECTS IN EDUCATIONAL MANAGEMENT


SGDU6063
LEGAL ISSUES IN EDUCATION

PERATURAN PERATURAN
PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN & TATATERTIB)
(1993) & PINDAAN 2002
Dato Abd Rahman bin Yop
UUM College of Arts and Sciences
1

2. MATLAMAT/TUJUAN
Melaksanakan tugas dengan cekap,
beramanah dan bertanggungjawab;
Supaya pegawai awam meletakkan
kepentingan awam lebih utama daripada
kepentingan mereka sendiri
Supaya pegawai awam menjaga imej
perkhidmatan awam
Menghukum pegawai yang melakukan
kesalahan/ melanggar peraturan.

2. MATLAMAT/TUJUAN
Memperbaiki tingkah laku dan dalam masa
yang sama dapat dijadikan pedoman dan
panduan bagi dirinya dan kepada pegawai
lain.

3. BAHAGIAN I
Disabitkan atau sabitan

Berhubung dengan seseorang pegawai,
ertinya suatu dapatan oleh mahkamah di
bawah mana-mana undang-undang bertulis
bahawa pegawai itu bersalah atas suatu
kesalahan jenayah

3. BAHAGIAN I
Emolumen
Segala saraan dalam bentuk wang yang kena
dibayar kepada seseorang pegawai dan
termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap,
bayaran insentif dan elaun bulanan lain.

Gaji
Gaji pokok seseorang pegawai

3. BAHAGIAN I
Institusi Kewangan
Bank atau Institusi Kewangan yang dilesenkan
di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan
1989 atau bank Islam yang dilesenkan di
bawah Akta Bank 1983 atau mana-mana bank
yang ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis.

3. BAHAGIAN I
Kesalahan Jenayah
Apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud
atau ketidakjujuran atau tingkahlaku keji.

3. BAHAGIAN I
Ketua Jabatan
Seseorang pegawai yang bertanggungjawab
bagi sesuatu Kementerian, Jabatan, institusi,
agensi atau unit dan termasuklah mana-mana
pegawai dalam Kumpulan Pengurusan
Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional yang diberi kuasa dengan
sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang
bertanggungjawab bagi Kementerian, Jabatan,
institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi
pihaknya.

3. BAHAGIAN I
Ketua Setiausaha Kementerian
Ketua Setiausaha Kementerian yang
berkenaan dan bagi sesuatu jabatan di bawah
Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana
Menteri itu sendiri, pegawai yang
bertanggungjawab bagi Jabatan berkenaan

Koperasi
Koperasi yang didaftarkan di bawah Akta
Koperasi 1993.

3. BAHAGIAN I
Mahkamah
Mahkamah termasuklah Mahkamah Syariah,
yang mempunyai bidang kuasa wibawa untuk
membicarakan seseorang bagi sesuatu
kesalahan jenayah.

Pegawai
Seorang anggota perkhidmatan awam
Persekutuan.

BAHAGIAN 1A

KEWAJIPAN MEMATUHI
PERATURAN

PERATURAN 3A - Kewajipan MematuhiPeraturan


(Penguatkuasaan Surat
Akujanji
(1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi
peruntukan-peruntukan peraturan- Peraturan
ini.
(2) Perlanggaran mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang
pegawai boleh menyebabkannya
dikenakan tindakan tatatertib menurut
Peraturan-Peraturan ini.

PERATURAN 3B -

Kegagalan Memberi
dan Mematuhi Akujanji

(1) Seseorang pegawai yang gagal memberi aku


janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Perintah Am 23A, Perintah-Perintah Am Bab
A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973,
setelah dikehendaki berbuat demikian oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan
atau Ketua Jabatannya, melakukan suatu
pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan
tindakan tatatertib menurut PeraturanPeraturan ini.

PERATURAN 3B -

Kegagalan Memberi
dan Mematuhi Akujanji

(2) Seseorang pegawai yang, setelah diberikan


aku janji yang dirujuk dalam subperaturan
(1), gagal mematuhi terma- terma aku janji
itu melakukan suatu pelanggaran tatatertib
dan boleh dikenakan tindakan tatatertib
menurut Peraturan-Peraturan ini.

BAHAGIAN 1B

TUGAS KAWALAN DAN


PENGAWASAN TATATERTIB

PERATURAN 3C - Tugas untuk menjalan


kawalan dan pengawasan
Tatatertib
(1) Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai
untuk menjalankan kawalan dan
pengawasan tatatertib ke atas pegawai
bawahannya dan mengambil tindakan
yang sesuai dengan seberapa segera yang
mungkin bagi apa-apa pelanggaran manamana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

PERATURAN 3C - Tugas untuk menjalan


kawalan dan pengawasan
Tatatertib
(2) Seseorang pegawai yang gagal untuk
menjalankan kawalan dan pengawasan ke
atas pegawai bawahannya, atau untuk
mengambil tindakan terhadap pegawai
bawahannya yang melanggar mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini
hendaklah disifatkan cuai dalam
melaksanakan tugasnya dan tidak
bertanggungjawab, dan dia boleh
dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 3D - Tugas untuk memaklumkan


Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam setiap tindakan tatatertib
Maka menjadi tugas pihak Berkuasa Tatatertib
untuk memaklumkan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam sebaik sahaja tindakan
tatatertib dimulakan terhadap seseorang
pegawai dan juga keputusan tindakan itu
setelah ia selesai.

TATAKELAKUAN BAGI
PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM

BAHAGIAN II
PERATURAN 4,
TATAKELAKUAN
4(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap
masa memberikan taat setianya kepada
Yang di-Pertuan Agong, Negara dan
Kerajaan.

Pegawai Kerajaan hendaklah sentiasa


menjaga, memelihara dan mempertahankan
kedaulatan dan maruah negara, hormat dan
patuh kepada undang-undang serta sentiasa
berusaha untuk berbakti kepada negara.

CONTOH-CONTOH PELANGGARAN
TATAKELAKUAN
(i) Contoh : Tidak Taat setia kepada Yang Di
Pertuan Agong, Negara dan
Kerajaan
a. Bersubahat dengan musuh negara
b. Membocorkan rahsia Kerajaan
c. Memburuk-burukkan serta memperkecilkecilkan dasar serta tindakan Kerajaan
d. Berlakon dalam filem yang memburukkan
negara

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


a. Membelakangkan tugas awamnya demi
kepentingan peribadinya
Pegawai hendaklah utamakan kewajipan
awam dan sentiasa membelakangkan
kepentingan persendirian dalam
melaksanakan tugas.

Dalam menjalankan tugas pegawai


dibekalkan dengan kuasa.
Ia perlu dikawal bagi mengelakkan
Penyelewengan.
Menyalahgunakan kuasa untuk
kepentingan peribadi.

CONTOH PELANGGARAN 4(2)(a)


(i) Menguruskan perniagaan/pelaburan
sendiri/isteri/anak/saudara-mara dalam
waktu pejabat/tugas rasmi.
(ii) Menyebelahi/memberi keutamaan kepada
saudara mara/rakan-rakan dalam
menimbangkan sesuatu permohonan.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


b. Berkelakuan dengan sedemikian cara yang
mungkin menyebabkan kepentingan
peribadinya bercanggah dengan tugas
awamnya.

CONTOH PELANGGARAN 4(2)(b)


(i) Menguruskan tender/sebutharga sedangkan
pegawai mengetahui ada di antara mereka
yang mengemukakan tender/sebutharga
terdiri daripada saudara maranya.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


c. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang
mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa i. Dia telah membiarkan kepentingan
peribadinya bercanggah dengan tugas
awamnya sehingga menjejaskan
kebergunaannya sebagai seorang pegawai
awam; atau

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


ii. Dia telah menggunakan kedudukan
awamnya bagi faedahnya sendiri;

CONTOH PELANGGARAN 4(2)(c)


(i) Menggunakan dan memandu kenderaan
Jabatan untuk kegunaan sendiri seperti pergi
ke pejabat dan balik dari pejabat,
menghantar anak ke sekolah dan lain-lain.
(ii) Menggunakan kakitangan
Jabatan/alat/barang-barang Jabatan untuk
hal-hal persendiriannya seperti
membersihkan tanah, kawasan rumah,
mengangkat perabut rumah dan lain-lain.

CONTOH PELANGGARAN 4(2)(c)


(iii) Menyalahgunakan hak istimewa sebagai
seorang diplomat seperti terlibat dalam
aktiviti penyeludupan.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


d. Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga
memburukkan nama atau mencemarkan
nama perkhidmatan awam;
Setiap masa pegawai awam hendaklah
menjaga :
tingkahlaku
Perbuatan
perkataan

Supaya nama baik perkhidmatan awam


tidak terjejas
Memelihara tingkahlaku misalnya bagi
mengelakkan syak wasangka orang awam
terhadap kejujuran dan kesungguhan dalam
menjalankan tugas.
Tindak-tanduk terkawal.

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(d)


(1) Melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
imej, kewibawaan dan kredibiliti
perkhidmatan awam
(i) Terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
(ii) Berjudi di pejabat/waktu bertugas.
(iii) Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai
seperti mabuk, biadap atau menonjol-nonjol
kepentingan diri sendiri.
(iv) Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah
syariah.

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(d)


(1) Melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
imej, kewibawaan dan kredibiliti
perkhidmatan awam
(v) Kesusahan berat kerana hutang.
(vi) Menerima keraian dari orang yang ada
hubungan rasmi.
(vii)Melakukan gangguan seksual.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


e. Kurang cekap atau kurang berusaha;

Pegawai hendaklah sentiasa berusaha untuk


menjalankan tugas dengan cekap, jujur,
beramanah, bertanggungjawab serta tidak cuai.
Tatakelakuan ini teras kepada peningkatan;
produktiviti
Kualiti

dalam menuju kecemerlangan


perkhidmatan awam.

Kesedaran kepada tatakelakuan ini akan


melahirkan pegawai yang sentiasa berusaha
menjalankan tugasnya dengan penuh:

kecekapan
kejujuran
bertanggungjawab
menghalang penyelewengan dan
pelaksanaan tugas yang cemerlang

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(e)


(1) Kurang Cekap Atau Kurang Berusaha

a. Gagal menguruskan penyata bank dan buku


tunai dengan teratur dan bersistematik.
b. Membuat bayaran tanpa disertakan dengan
baucer, bil, resit akuan terima dan invois.
c. Membuat bayaran tanpa menyemak kerjakerja yang diarahkan telah siap atau belum.

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(e)


(1) Kurang Cekap Atau Keraung Berusaha

d. Menanggung kesusahan berat kerana


hutang.
e. Tiada inisiatif untuk menyelesaikan kerja
dengan segera.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


f. Tidak jujur atau tidak amanah;

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(f)


(1) Kurang Cekap Atau Kurang Berusaha

a. Tidak melaporkan harta atau pelaburan


b. Membuat tuntutan palsu mengenai elaun
perjalanan, perpindahan dan lain-lain.
c. Mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa
yang tidak betul dengan tujuan untuk
mendapat habuan.

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(f)


(1) Kurang Cekap Atau Keraung Berusaha

d. Tidak melaporkan hutang-piutang tujuan


menipu Ketua Jabatan dan Lembaga
Tatatertib mengenai betapa berat
kesusahannya kerana hutang.
e. Memalsukan tandatangan pembantu rumah
yang telah berhenti dengan tujuan untuk
menipu Kerajaan.
f. Memberi maklumat palsu semasa memohon
tanah Kerajaan.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


g. Tidak bertanggungjawab;

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(g)


(1) Tidak Bertanggungjawab

a. Menghasut kakitangan Kerajaan supaya


jangan terlalu berusaha dalam menjalankan
tugas.
b. Menjalankan sesuatu tugas tanpa
menghiraukan implikasi terhadap Jabatan
khasnya dan Kerajaan amnya.

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(g)


(1) Tidak Bertanggungjawab

c. Mengambil cuti rehat di saat


perkhidmatannya sangat- sangat diperlukan.
d. Menggunakan peruntukan Kerajaan untuk
membeli tiket kapal terbang untuk
perjalanan persendirian.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


h. Membawa apa-apa bentuk pengaruh atau
tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan;

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(h)


(1) Mengguna Pengaruh Luar

a. Meminta orang kenamaan untuk


menggunakan jasa baiknya mempengaruhi
Lembaga Kenaikan Pangkat untuk menaikkan
pangkatnya.
b. Meminta kesatuan sekerja untuk
memperjuangkan kes tuntutan peribadinya
seperti rayuan tatatertib.

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(h)


(1) Mengguna Pengaruh Luar

c. Meminta ahli politik untuk menyokong


permohonannya untuk mendapatkan
sekeping tanah Kerajaan atau rumah atau
sesuatu jawatan.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


i. Ingkar perintah; dan

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(i)


(1) Ingkar Perintah

a. Membantah atau melawan pegawai atasan.


b. Pegawai diplomatik berkahwin dengan
warganegara asing tanpa kelulusan Kerajaan
(Wisma Putra).
c. Membawa keluar fail terperingkat Jabatan
tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan
(perenggan 67, Arahan Keselamatan).

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(i)


(1) Ingkar Perintah

d. Membeli saham melebihi had yang


dibenarkan - mengikut PP Bil. 8/1995.
e. Keluar negara tanpa kelulusan KSU,
Kementerian.

4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh


j. Cuai dalam melaksanakan tugasnya

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(j)


(1) Cuai Dalam Melaksanakan Tugas

a. Meluluskan tawaran latihan kepada calon


yang tidak layak.
b. Gagal memberitahu Bahagian Kewangan
supaya memberhentikan gajis seseorang
pegawai yang telah letak jawatan.
c. Kesilapan menetapkan premium tanah
Kerajaan kepada pihak swasta/perseorangan.

CONTOH PELANGGARAN PER. 4(2)(j)


(1) Cuai Dalam Melaksanakan Tugas

d. Cuai memastikan barang- barang yang dibeli


oleh Jabatan dimasukkan kedalam senarai
inventory
e. Pegawai Perubatan/Doktor tersilap memberi
ubat kepada pesakit/ semasa pembedahan.
Tertinggal alat-alat pembedahan dalam anggota
yang dibedah.

f. Menghilangkan harta Kerajaan dalam


simpanan/jagaan pegawai.

BAHAGIAN III
LARANGAN-LARANGAN LAIN DALAM
PERKHIDMATAN AWAM (PERATURAN 4(A)
23)

4(A) Gangguan seksual

PERATURAN 4A -

GANGGUAN SEKSUAL

4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan


gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu
seseorang pegawai tidak boleh:a. Membuat cubaan untuk merapati orang lain
secara seksual, atau meminta layanan seksual
daripada orang itu; atau
b. Melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat
seksual berhubung dengan orang lain, dalam
keadaan, akan menyebabkan seseorang yang
waras tersinggung, terhina atau terugut.

PERATURAN 4A -

GANGGUAN SEKSUAL

4A(2) Sebutan tentang perlakuan sesuatu


perbuatan yang bersifat seksual kepada
orang lain:-

a. Termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan


yang bersifat seksual kepada, atau di
hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan
itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan
apa-apa lain;

PERATURAN 4A -

GANGGUAN SEKSUAL

4A(2) Sebutan tentang perlakuan sesuatu


perbuatan yang bersifat seksual kepada
orang lain:-

b. Tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu


di tempat kerja atau dalam waktu kerja
sahaja selagi perlakuan itu memburukkan
atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam

CONTOH PELANGGARAN PER. 4A


(1) Cuai Dalam Melaksanakan Tugas

Bercerita/jenaka/isyarat yang lucah


Menyentuh anggota sensitif badan

PERATURAN 5 - PEKERJAAN LUAR


Tidak boleh buat kerja luar kecuali :
i. Dikehendaki oleh Ketua Jabatan;
Dianggap tugas rasmi
Honorarium ditentukan oleh
perbadaharaan (PP BIL 2/1993 dan BIL
5/1995)

PERATURAN 5 - PEKERJAAN LUAR


Tidak boleh buat kerja luar kecuali :
ii. Bagi faedah dirinya/saudara-mara/badan
yang bukan mencari keuntungan dengan
kebenaran Ketua Jabatan.

SYARAT TERIKAT DENGAN TATAKELAKUAN

DAN KHUSUSNYA
a. Di luar waktu pejabat atau tugas rasmi.
b. Tidak menjejaskan kegunaannya sebagai
pegawai awam.
c. Tidak bercanggah dengan kepentingan
jabatan.

PERATURAN 8 HADIAH DAN SEBAGAINYA


Pegawai dilarang memberi/menerima hadiah,
jika i. Ada kena-mengena dengan tugas
ii. Bentuk, amaun atau nilai itu tidak sepadan
dengan maksud hadiah

Kebenaran Ketua Jabatan perlu diperolehi,


jika i. Pegawai meragui tentang bentuk, amaun
atau nilai hadiah.
ii. Penerimaan hadiah sukar ditolak (Ketua
Jabatan: KSU atau KP di ibu pejabat)

Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran i. Pegawainya menerima surat pujian sempena
persaraan/pertukaran (bekas jangan mahal)
ii. Pungutan di kalangan kakitangan bagi
maksud hadiah sempena
persaraan/pertukaran perkahwinan
pegawainya.

KSU Kementerian/Pegawai Pengawal

Boleh diberi kebenaran menerima hadiah


daripada pihak swasta kepada Jabatan
dengan syarat tiada sebarang ikatan dan
hadiah tersebut direkodkan dalam Inventori
Jabatan (SPP 5 Tahun 2008)

PERATURAN 9 MENERIMA/MEMBERI
KERAIAN
Tidak boleh menerima/memberi keraian
sekiranya i. Keraian itu dapat dengan apa-apa cara
mempengaruhi tugas rasmi
ii. Tidak sejajar dengan tatakelakuan peraturan
4.

PERATURAN 10 PEMUNYAAN HARTA


Laporan harta :i. Pada tarikh dilantik
ii. Pada bila-bila masa dikehendaki oleh
Kerajaan
iii. Memperolehi harta baru
iv. Pelupusan
Jika hendak memperolehi harta yang tidak
sejajar dengan tatakelakuan meminta
kebenaran lembaga tatatertib

11. MENYENGGARA TARAFKEHIDUPAN YANG


MELEBIHI EMOLUMEN DAN PENDAPATAN
PERSENDIRIAN YANG SAH.

PERATURAN 11 MENYENGGARA TARAF HIDUP


MELEBIHI EMOLUMEN
/PENDAPATAN YANG SAH
Ketua Jabatan hendaklah meminta penjelasan
(30hari) daripada pegawai, jika pegawainya :i. Menyenggara taraf hidup melebihi
emolumen/pendapatan yang sah.
ii. Menguasai/memiliki sumber kewangan atau
harta yang tak seimbang atau tak
munasabah dengan emolumen pendapatan
yang sah.
Lapor kepada PBT

PERATURAN 12

MEMINJAM WANG /
MENJADI PENJAMIN

Tak boleh, jika :i. Tertakluk kepada kuasa rasminya


ii. Ada urusan rasmi
iii. Tinggal / memiliki tanah / menjalankan
perniagaan dalam kawaan kuasa rasmi
iv. Menjalankan perniagaan memberi pinjam
wang

Boleh pinjam daripada :


i. Bank bercagar/overdraf
ii. Sy. Insuran cagaran polisi
iii. Sy. Kerjasama (termasuk kerajaan)
iv. Sy. Meminjam akta sy. Meminjam 1969
v. Perjanjian sewa beli

Dengan syarat :
i. Institusi itu tidak secara langsung di bawah
kuasa rasminya.
ii. Jangan bawa skandal awam/menggunakan
kedudukan awam.
iii. Agregat tidak menyebabkan berhutang wang
yang berat.

CONTOH PELANGGARAN PER. 12


Pegawai di jabatan meminjam wang dari
kontraktor yang menjalankan projek jabatan

PERATURAN 13 KETERHUTANGAN
KEWANGAN YANG SERIOUS
Tanggungan hutangnya menyebabkan kesulitan
kewangan yang serious, atau i. Agregat hutang/tanggungan tak bercagar
lebih 10 kali emolumen bulanannya.
ii. Penghutang penghakim (judgment debtor)
dan tak jelaskan dalam 1 bulan
iii. Bankrap atau pemakan gaji tak solven
(insolven)

CONTOH PELANGGARAN PER. 12


Menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam:
Pegawai kena lapor kepada ketua jabatan jika
dia rasa hutangnya akan menyebabkan
kesulitan kewangan yang serius.

CONTOH PELANGGARAN PER. 13


Penjamin yang gagal membayar hutang
peminjam dalam tempoh satu bulan dari
perintah mahkamah
Peminjam diisytihar bekrap oleh mahkamah.
Gaji tidak mencukupi untuk melepaskan
tanggungan.

14. LAPORAN MENGENAI KETERHUTANGAN


YANG SERIUS DARIPADA MAHKAMAH
DAN PEGAWAI PEMEGANG HARTA

PERATURAN 15

MEMINJAM WANG

Tidak boleh meminjamkan wang dengan


bunga, sama ada dengan atau tanpa cagaran

PERATURAN 23

TIDAK HADIR
BERTUGAS

Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa


kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah
boleh diambil tindakan tatatertib.
ketidak hadiran
Termasuk tidak hadir selama berapa jam
tempoh masa pun pada masa dan tempat di
mana pegawai dikehendaki bertugas.

CONTOH PELANGGARAN 23
i. Pegawai hilang selepas ketip kad perakam
waktu pagi kemudian muncul di waktu
petang untuk ketip sewaktu pulang
ii. Tidak mematuhi waktu berperingkat

PERATURAN 24

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seorang


pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran atau tanpa
sebab yang munasabah boleh menyebabkan
pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 25

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

25. (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir


bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah, Ketua Jabatannya hendaklah,
seberapa segera yang mungkin, melaporkan
hakikat itu berserta dengan tarikh-tarikh dan hal
keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa
maklumat selanjutnya berkenaan dengan
ketidakhadiran itu kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib (PBT) yang berkenaan.

PERATURAN 25

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

25. (2) Pihak Berkuasa Tatatertib yang


berkenaan boleh setelah menimbangkan
laporan Ketua Jabatan di bawah subperaturan
(1), memulakan tindakan tatatertib terhadap
pegawai itu.

PERATURAN 26

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

26. (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir


bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah selama tujuh hari bekerja berturutturut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatannya
hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan
kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui
Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu
di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan
pegawai itu supaya segera melaporkan diri untuk
bertugas.

PERATURAN 26

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

26. (2) Jika, selepas surat itu diserahkan


(a) pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas;
atau
(b) pegawai itu tidak melaporkan diri untuk
bertugas atau tiada khabar didengar
daripadanya,
Ketua Jabatannya hendaklah mengemukakan suatu
laporan kepada PBT yang berkenaan dan pihak PBT
itu hendaklah memulakan tindakan tatatertib
terhadap pegawai itu.

PERATURAN 26

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

26. (3) Jika surat itu tidak dapat diserahkan


kepada pegawai itu sendiri disebabkan
pegawai itu tidak lagi tinggal di alamatnya
yang akhir diketahui atau jika surat Pos
Berdaftar Akuan Terima telah dikembalikan
tidak terserah, Ketua Jabatan hendaklah
melaporkan perkara itu kepada PBT yang
mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan
hukuman buang kerja atau turun pangkat ke
atas pegawai itu.

PERATURAN 26

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

26. (4) PBT yang berkenaan hendaklah,


apabila menerima laporan yang disebut
dalam subperaturan (3) mengambil langkah
untuk menyiarkan satu notis dalam sekurangkurangnya satu surat khabar harian yang
diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan
mempunyai edaran di seluruh negara
sebagaimana yang ditentukan oleh PBT itu -

PERATURAN 26

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

26. (4)
hakikat bahawa pegawai itu telah tidak
hadir bertugas dan tidak dapat dikesan;
dan
(b) menghendaki pegawai itu melaporkan diri
untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari
tarikh penyiaran itu.
(a)

PERATURAN 26

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

26. (5) Jika pegawai itu melaporkan diri untuk


bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh
penyiaran notis yang disebut dalam
subperaturan (4), Ketua Jabatannya
hendaklah melaporkan perkara itu kepada
PBT yang berkenaan dan PBT itu hendaklah
memulakan prosiding tatatertib terhadap
pegawai itu.

PERATURAN 26

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

26. (6) Jika pegawai itu tidak melaporkan diri


untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari
tarikh penyiaran notis yang disebut dalam
subperaturan (4), pegawai itu hendaklah
disifatkan telah dibuang kerja daripada
perkhidmatan berkuat kuasa dari tarikh dia
tidak hadir bertugas.

PERATURAN 26

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

26. (7) Pembuangan kerja seseorang pegawai


menurut kuasa subperaturan (6) hendaklah
diberitahu dalam Warta.

PERATURAN 27

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

27. (1) Jika seseorang pegawai telah didapati


bersalah kerana tidak hadir untuk bertugas
tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah, pegawai itu tidak berhak kepada
apa-apa emolumen bagi tempoh
ketidakhadirannya dan segala emolumen
sedemikian hendaklah disifatkan telah dilucut
hak walaupun PBT yang berkenaan tidak
mengarahkan pelucuthakan itu.

PERATURAN 27

KETIDAKHADIRAN
TANPA CUTI

27. (2) Seseorang pegawai yang


emolumennya telah terlucut hak di bawah
subperaturan (1) hendaklah diberitahu secara
bertulis mengenai pelucutan itu.
27. (3) Pelucuthakan emolumen oleh sebab
subperaturan (1) bukanlah satu hukuman
tatatertib.

PERATURAN 38

HUKUMAN TATATERTIB

38. Jika seseorang pegawai didapati bersalah


atas satu kesalahan tatatertib, mana-mana
satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih
hukuman yang berikut, bergantung kepada
keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke
atas pegawai itu :

PERATURAN 38

HUKUMAN TATATERTIB

38. Hukuman Tatatertib


(a) amaran;
(b) denda;
(c) lucut hak emolumen;
(d) tangguh pergerakan gaji;
(e) turun gaji;
(f) turun pangkat;
(g) buang kerja.

Pelaksanaan & implikasi hukuman


tatatertib (JPA)
(a) Amaran
Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau
amaran keras atau sebagainya.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam
tempoh 6 bulan atau 1 urusan mana
terdahulu.

(B) Denda (fine)


Denda yang dikenakan adalah berasaskan
emolumen pegawai. Denda maksimum ialah tidak
melebehi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebeh
sekali dalam 1 bulan kalender, agregat denda
tidak boleh melebehi amaun yang sama banyak
45% daripada amaun bulanan pegawai.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam
tempoh 12 bulan atau mana terdahulu.

(c) Lucut hak emolumen (forfeiture of


emoluments)
Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir
bertugas.
pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam
tempoh 18 bulan satu 1 urusan mana
terdahulu.

(d) Tangguh pergerakan gaji (deferment of salary


movement)
Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan
dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan
gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima
pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan
tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh
yang paling hampir selepas tamat tempoh
hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat
dalam tempoh 30 bulan atau 1 urusan mana
terkemudian.

(e) Turun gaji (reduction of salary)


Gaji diturun secara mendatar dalam peringkat
gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak
melebehi 3 pergerakan gaji. Tempoh hukuman
ialah tidak boleh kurang daripada 12 bulan
tetapi tidak boleh lebih 36 bulan. Hukuman
dikenakan pada tarikh yang ditetapkan oleh
Lembaga Tatatertib atau pada tarikh hukuman
dijatuhkan.

(e) Turun gaji (reduction of salary)/.


Pegawai tidak berhak menerima pergerakan
gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh
pergerakan gaji akan berubah ke tarikh
pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman
tamat.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam
tempoh 36 bulan atau 1 urusan mana
terkemudian.

(f) Turun pangkat (reduction in rank)


Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih
rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.
Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji
dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan
itu supaya lebih rendah dan berhampiran
dengan gaji akhir sebelum hukuman. Pegawai
tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh
48 bulan atau 2 urusan mana terkemudian.

(g) Buang kerja(dismissal)


Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga
tatatertib menjalankan hukuman.
Pegawai tidak berhak menerima apa-apa
kemudahan dalam perkhidmatan awam.

PERATURAN 39

HUKUMAN TATATERTIB

39. (1) Hukuman denda atau lucut hak


emolumen hendaklah dibuat mengikut
subperaturan (2), (3), (4), (5) dan (6).
39. (2) Apa-apa denda yang dikenakan pada
mana-mana satu masa tidak boleh melebihi
amaun yang sama banyak dengan emolumen
bagi tujuh hari pegawai yang berkenaan.

PERATURAN 39

HUKUMAN TATATERTIB

39. (3) Jika seseorang pegawai didenda lebih


daripada sekali dalam mana-mana bulan
kalendar, agregat denda yang dikenakan ke
atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi
amaun yang sama banyak dengan empat
puluh lima peratus daripada emolumen
bulanannya.

PERATURAN 39

HUKUMAN TATATERTIB

39. (4) Jika hukuman yang dikenakan adalah


kerana pegawai tidak hadir untuk bertugas
tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah, apa-apa pelucuthakan
emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan
jika diputuskan selainnya oleh PBT yang
berkenaan, dihitung dengan mengambil kira
tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.

PERATURAN 39

HUKUMAN TATATERTIB

39. (5) Pelaksanaan hukuman denda atau


lucut hak emolumen tidak boleh dijalankan ke
atas seseorang pegawai yang tidak hadir
tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah jika emolumen pegawai itu telah
dilucuthakan, berkenaan dengan ketidak
hadiran untuk bertugas itu, di bawah
peraturan 27.

PERATURAN 39

HUKUMAN TATATERTIB

39. (6) Segala denda atau lucut hak


emolumen hendaklah dipotong daripada
emolumen bulanan pegawai itu dan
hendaklah dimasukkan ke dalam hasil
kerajaan.

8. PENUTUP
SISTEM PENGAWALAN DISIPLIN DALAM BENTUK
CORRECTIVE DAN PUNITIVE BESERTA
DENGAN LANGKAH-LANGKAH PENINGKATAN
DISIPLIN BERCORAK POSITIF MEMERLUKAN
KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN SEMUA
PIHAK BERKENAAN YANG MELAKSANAKANNYA
SUPAYA TAHAP KEBERKESANAN YANG
MAKSIMUM DAPAT DICAPAI

Sekian
Terima Kasih

You might also like