You are on page 1of 1

RUMUSAN

Kesimpulannya, budaya dapat dikatakan sebagai segala penghasilan masyarakat


manusia dalam pelbagai bentuk, sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep
budaya amat penting untuk membandingkan perbezaan satu masyarakat dengan
satu masyarakat yang lain. Kepelbagaian kelompok masyarakat akan menjelmakan
kepelbagaian budaya, sepertimana yang terdapat di Malaysia.

Selain itu, elbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada
pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan dan
memupuk perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tidak
dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum
lain dalam kalangan masyarakat haruslah bermula daripada peringkat akar umbi lagi.
Justeru, guru-guru sekolah rendah amat memainkan peranan yang besar bagi
membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap muridnya
tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-murid mampu
mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama dan
bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi
yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai aspek lain.

Justeru, peranan guru dalam memahami konsep kepelbagaian budaya di


negara kita adalah amat penting. Kepelbagaian budaya ini boleh dilihat melalui
pelbagai aspek. Antaranya ialah melalui adat resam seperti perkahwinan, kelahiran,
perayaan, kematian dan sebagainya. Guru memainkan peranan utama dalam
memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada pelajar tentang
kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada diri, bangsa dan negara. Menjelang
tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatu padu, mempunyai
masyarakat yang mempunyai nilai moral yang kukuh, hidup secara demokratik,
liberal dan bertolak ansur, penyayang serta adil.

You might also like