You are on page 1of 1

1.

PENGENALAN
Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan
pembelajaran (P & P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk
melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi
dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata. Sebaliknya
pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran.
Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik
darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri .

Dalam penulisan ini, pemfokusan akan diberi kepada usaha-usaha yang boleh
dilaksanakan dalam proses P & P di bilik darjah untuk menarik minat pelajar untuk
belajar. Pemikiran kreatif adalah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa
mengasingkan ke dalam kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita
mengenal pasti kaitan-kaitan baru antara fakta-fakta yang dilihat yang dapat
menerbitkan idea yang menyimpang jauh daripada idea sedia ada (Pellegrino dan
Politis, 1999). Manakala pemikiran inovatif pula adalah kebolehan mengubah suai
kepada benda yang sedia ada untuk menjadi lebih baik dan berguna iaitu, sesuatu
yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru (Kamus
Dewan, Edisi Ketiga, 1994).

Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana


tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru
itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu
pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang
berkesan . Antara kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu yang dikenal pasti
sesuai untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

You might also like