You are on page 1of 4

Tinjauan Mingguan AGM/EGM MSWG 21-25 April 2014

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG bagi minggu ini.
Ringkasan perkara-perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butir-butir terperinci soalan-soalan
yang diajukan kepada syarikat-syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my.
AGM/EGM minggu ini:
Tarikh & Masa
Syarikat
Lokasi
21 April 2014
AFFIN Holdings Bhd (AGM/EGM)
The Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, KL
10.00 a.m.
21 April 2014
OSK Property Holdings Bhd (AGM)
Plaza OSK, Jalan Ampang, KL
11.30 a.m.
21 April 2014
OSK Holdings Bhd (AGM)
Plaza OSK, Jalan Ampang, KL
02.30 p.m.
22 April 2014
Grand Central Enterprises Bhd (AGM) Hotel Grand Continental, Jalan Belia/Jalan
09.30 a.m.
Raja Laut, KL
22 April 2014
Syarikat Takaful Malaysia Bhd (AGM) Menara Takaful Malaysia, No 4, Jalan Sultan
10.00 a.m.
Sulaiman, KL
22 April 2014
Malaysia Building Society Bhd (AGM) Pusat Konvensyen Sime Darby, Jalan Bukit
10.00 a.m.
Kiara 1, KL
22 April 2014
British American Tobacco (M) Bhd
One World Hotel, Bandar Utama City Centre
11.00 a.m.
(AGM)
PJ
23 April 2014
Cycle & Carriage Bintang Bhd (AGM)
Concorde Hotel, Jalan Sultan Ismail, KL
09.00 a.m.
23 April 2014
Media Prima Bhd (AGM)
One World Hotel, First Avenue, Bandar
10.00 a.m.
Utama City Centre, PJ
23 April 2014
Gadang Holdings Bhd (EGM)
Sri Damansara Club Berhad, Bandar Sri
10.00 a.m.
Damansara, KL
24 April 2014
JT International Bhd (AGM)
Pusat Konvensyen Sime Darby, Jalan Bukit
10.00 a.m.
Kiara 1, KL
24 April 2014
UEM Sunrise Bhd (dahulunya dikenali Menara Korporat, Persada PLUS, NKVE, PJ
10.00 a.m.
sebagai UEM Land Bhd) (AGM)
24 April 2014
Nestle (Malaysia) Bhd (AGM)
Hilton Kuala Lumpur, Jalan Stesen Sentral,
10.00 a.m.
KL
24 April 2014
Petronas Chemicals Group Bhd
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC Jalan
10.30 a.m.
(AGM)
Ampang, KL
24 April 2014
Carlsberg Brewery Malaysia Bhd
Pusat Konvensyen Sime Darby, Jalan Bukit
11.00 a.m.
(AGM)
Kiara 1, KL
24 April 2014
Selangor Properties Bhd (AGM)
HELP University College, Pusat Bandar
11.00 a.m.
Damansara, KL
26 April 2014
United Plantations Bhd (AGM)
United Plantations Bhd, Jendarata Estate,
10.30 a.m.
Teluk Intan, Perak

Isu-isu penting untuk diajukan:


Syarikat
Perkara/Isu untuk Diajukan
AFFIN Holdings Bhd
Dengan pengambilalihan perbankan pelaburan, pengurusan aset dan perniagaan
(AGM/EGM)
niaga hadapan Hwang-DBS (M) Bhd, sila terangkan langkah-langkah yang diambil
untuk memudahkan proses integrasi di dalam Kumpulan. Apakah strategi yang akan
digunapakai oleh Kumpulan untuk mengekalkan struktur kos yang optimum di dalam
entiti yang diperbesarkan selepas percantuman tersebut mengambilkira nisbah kospendapatan Kumpulan adalah kira-kira 44.5% sejak dua tahun kewangan yang lepas.
OSK Property
Kami mendapati Kumpulan mencatatkan perolehan dan keuntungan selepas cukai
Holdings Bhd (AGM) tertinggi dalam tahun kewangan 2013. Adalah Lembaga Pengarah akan dapat
menyamai prestasi tersebut pada tahun 2014 mengambilkira beberapa langkahlangkah telah diperkenalkan untuk membendung spekulasi hartanah? Jika tidak,
bolehkah Lembaga Pengarah memberi penjelasan lanjut mengenai strategi-strategi
untuk menangani isu tersebut?
OSK Holdings Bhd
Keuntungan sebelum cukai Kumpulan sebanyak RM213.2 juta bagi tahun kewangan
(AGM)
2013 telah kebanyakannya disumbangkan oleh Segmen Pemegangan Pelaburan,
yang mewakili 84.0% daripada keuntungan sebelum cukai Kumpulan. Mengambilkira
hanya 16.0% telah dijana daripada Pembiayaan Modal dan Pelaburan Hartanah,
bolehkah Lembaga Pengarah berkongsi mengenai langkah-langkah yang akan
diambil untuk melonjakkan segmen-segmen ini, memandang ke hadapan?
Grand Central
Perolehan Kumpulan terus menurun daripada RM36.1 juta kepada RM33.4 juta pada
Enterprises Bhd
tahun 2013. Lembaga Pengarah di dalam jawapannya melalui surat kepada MSWG
(AGM)
pada tahun lepas menyatakan bahawa langkah-langkah telah diambil untuk
memastikan GE kekal kompetitif di dalam industri hotel, termasuklah meneroka
pasaran baru dan pengubahsuaian hotel-hotel.
I.
Apakah Kadar Purata Penginapan dan Kadar Purata Harian Penginapan bagi
2013?
II.
Adakah terdapat perkembangan positif berkaitan penerokaan pasaran baru
GE?
III.
Adakah akan terdapat kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 2014?
Syarikat Takaful
Kumpulan mencatatkan kadar pertumbuhan yang lebih rendah sebanyak 8.2% bagi
Malaysia Bhd (AGM) tahun kewangan 2013 berbanding kadar pertumbuhan 39% bagi tahun kewangan
2012 bagi sumbangan Takaful Keluarga. Kadar pertumbuhan Takaful Am bagi tahun
kewangan 2013 adalah lebih tinggi pada 6.7% berbanding penurunan sebanyak 9%
pada tahun 2012. Bolehkah Lembaga Pengarah jelaskan sebab-sebab penurunan
sumbangan daripada Takaful Keluarga dan pertumbuhan sumbangan daripada
Takaful Am? Bagaimanakah Lembaga Pengarah akan meningkatkan sumbangan
daripada Takaful Keluarga memandangkan segmen ini menyumbangkan 71%
daripada prestasi Kumpulan?
Malaysia Building
Kami mendapati MBSB telah mengenalpasti pertumbuhan perniagaan di dalam
Society Bhd (AGM)
pembiayaan korporat dan perbankan borong. MBSB sebelum ini pernah terlibat di
dalam pembiayaan yang agak besar dan telah menanggung banyak isu-isu legasi dan
pinjaman tidak berbayar.
i.
Berdasarkan pengalaman buruk yang lalu, sila berikan ulasan lanjut
mengenai rangka kerja pinjaman dan pengurusan risiko, dan sumber-sumber

British American
Tobacco (M) Bhd
(AGM)

Cycle & Carriage


Bintang Bhd (AGM)

Media Prima Bhd


(AGM)

Gadang Holdings
Bhd (EGM)

JT International Bhd
(AGM)

UEM Sunrise Bhd


(dahulunya dikenali
sebagai UEM Land
Bhd) (AGM)

Nestle (Malaysia)
Bhd (AGM)

yang disediakan untuk menguruskan segmen tersebut, mengambilkira risikorisiko yang terdapat di dalam portfolio baru ini.
ii.
Bolehkah Lembaga Pengarah memberi penerangan ringkas mengenai status
pinjaman legasi, proses pemulihan pinjaman dan isu-isu yang berkaitan?
Seperti yang dinyatakan di dalam surat Pengerusi, kontrak pembuatan telah
dikembangkan untuk menjadi komponen penting di dalam perniagaan syarikat.
Adakah Kumpulan akan menetapkan sasaran dari segi peratusan bagi kontrak
pembuatan berdasarkan perolehan dan keuntungan selepas cukai? Sila maklumkan
kepada pemegang saham mengenai tahap penggunaan kapasiti.
Perolehan Kumpulan merosot sebanyak 2% kepada RM645 juta manakala
keuntungan bersih merosot sebanyak 74% kepada RM4.2 juta pada tahun 2013.
Penyata Pengerusi menyatakan bahawa kerugian bersih sebanyak RM7 juta telah
dicatatkan oleh operasi dagangan Mercedes-Benz dalam tahun tersebut.
I.
Bolehkah Lembaga Pengarah berkongsi mengenai perancangan secara
umum bagaimana Syarikat akan kekal berdaya saing di dalam pasaran sengit
ini?
II.
Syarikat juga menyatakan bahawa situasi ini diburukkan lagi oleh beberapa
model utama Mercedes-Benz kini menghampiri kitar akhir hayat mereka.
Apakah pelan Lembaga Pengarah bagi model-model ini?
Perolehan daripada segmen Rangkaian Televisyen meningkat sebanyak 2.09% bagi
tahun kewangan 2013 manakala EBIDTA dan keuntungan masing-masing merosot
sebanyak 7.9% dan 11.4%. Apakah sebab-sebab bagi penurunan EBIDTA dan
keuntungan, dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyekat penurunan
tersebut?
Dengan lebihan hartanah komersil di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia, berapa
yakinkah Lembaga Pengarah bahawa projek hartanah Capital City akan mendapat
sokongan daripada pembeli berpotensi? Adakah penyelidikan pasaran telah
dilakukan untuk mengenalpasti kehendak pengguna?
Seperti yang dinyatakan di dalam Penyata Pengerusi, JTI Malaysia kekal yakin
bahawa dengan strategi perniagaan yang komprehensif dan inovatif, tenaga kerja
yang bermotivasi tinggi dan fokus yang tinggi pada pelaksanaan dan penghantaran,
Syarikat berada di kedudukan yang baik untuk mencapai objektif-objektif
keseluruhannya dan mencapai satu lagi prestasi baik di dalam tahun 2014.
I.
Apakah sasaran perolehan dan pertumbuhan keuntungan (dalam peratus)
bagi tahun 2014?
II.
Landskap kawal selia dijangka akan menjadi lebih ketat. Bagaimanakah
Lembaga Pengarah akan menangani cabaran ini untuk memastikan sasaran
yang ditetapkan dapat dicapai?
Di dalam Penyata Pengerusi (sila rujuk muka surat 13 Laporan Tahunan), didapati
Syarikat tidak mencapai sasaran pertumbuhan perolehan di bawah Indeks Prestasi
Utama (KPI) iaitu kurang 4% daripada pertumbuhan sebanyak 30% yang ditetapkan.
Sila terangkan kepada pemegang saham apakah faktor-faktor yang menyebabkan
syarikat terlepas sasaran tersebut dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk
menanganinya.
Bagaimanakah Syarikat menguruskan harga produk-produknya untuk memastikan
strategi dari segi harga kekal kompetitif mengambilkira peningkatan kos, program
rasionalisasi subsidi kerajaan dan impak Cukai Perkhidmatan & Barangan (GST) yang

Petronas Chemicals
Group Bhd (AGM)

Carlsberg Brewery
Malaysia Bhd (AGM)

Selangor Properties
Bhd (AGM)

United Plantations
Bhd (AGM)

akan dikuatkuasakan pada tahun 2015?


Mesej Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan bahawa tahap aktiviti
penyelenggaraan yang tinggi telah menyebabkan kadar penggunaan loji yang lebih
rendah pada 78% berbanding 83% pada tahun lepas, meskipun prestasi adalah lebih
baik bagi setengah tahun pertama 2013.
I.
Apakah aktiviti penyelenggaraan yang telah dirancang bagi tahun 2014 dan
bagaimanakah ianya dijangka akan memberikan kesan terhadap prestasi
PCG bagi tahun 2014?
II.
Apakah rancangan untuk meminimakan masa henti (downtime) dan apakah
sasaran tahap penggunaan loji bagi tahun 2014?
Perolehan bagi tahun kewangan 2013 telah menurun sebanyak 1.9% berbanding
tahun lepas dan margin keuntungan sebelum cukai juga merosot daripada 15.5%
kepada 15.2%. Apakah langkah-langkah konkrit yang diambil untuk menangani
prestasi kewangan Kumpulan yang semakin merosot dan bilakah Kumpulan dijangka
akan dapat memulihkan pertumbuhannya?
Apakah sebab-sebab kukuh bagi Kumpulan melupuskan tanah kosong yang terletak
berhampiran Pusat Bandar Damansara? Adakah laporan penilaian oleh jurunilai
bebas dilakukan bagi hartanah tersebut dan apakah nilai hartanah yang telah
diberikan?
I.
Mengapakah Lembaga Pengarah membuat keputusan untuk tidak
membangunkan hartanah tersebut seterusnya mendapat lebih nilai
daripadanya?
II.
Apakah keuntungan yang dijangka dapat diperolehi daripada pelupusan ini?
III.
Adakah Lembaga Pengarah akan mempertimbangkan bayaran dividen khas
sebagai ganjaran kepada pemegang saham?
Usahasama dengan Oleon NV, UniOleon Sdn. Bhd. dijangka akan memulakan
pengeluaran makanan oleo-derivatif menjelang pertengahan tahun 2014. Fasa 2
usahasama tersebut juga dijangka akan dimuktamadkan pada akhir tahun 2015.
I.
Berapa kompetitifkah oleo-derivatif berasaskan kelapa sawit berbanding
derivatif berasaskan tumbuhan lain?
II.
Adakah terdapat sebarang geran atau manfaat cukai pelaburan daripada
Kerajaan bagi usahasama tersebut?

You might also like