You are on page 1of 21

811026015016001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2013

HBSC2203

TOOL FOR LEARNING SCIENCE

NO. MATRIKULASI

811026-01-5016

NO. KAD PENGNEALAN

811026015016001

NO. TELEFON

0126923819

E-MEL

nurul_hidayah1981@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PP PETALING JAYA

811026015016001

ISI KANDUNGAN
BIL
1

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENGENALAN
a. PENGERTIAN SAINS SEKOLAH RENDAH

b. OBJEKTIF KURIKULUM SAINS SEKOLAH

RENDAH
2.

2. KEMAHIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK


a. DEFINISI KEMAHIRAN PROSES SAINS

b. KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

c. KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU

d. KEMAHIRAN MANIPULATIF

3. KEPENTINGAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

4. AKTIVITI

SAINS

YANG

10

MELIBATKAN

KEMAHIRAN SAINTIFIK
a. RPH AKTIVITI 1

11

b. ULASAN AKTIVITI 1

14

c. RPH AKTIVITI 2

15

d. ULASAN AKTIVITI 2

19

5.

5. KESIMPULAN

20

6.

6. RUJUKAN

21

811026015016001

1.0

PENGENALAN

1.1

PENGERTIAN SAINS SEKOLAH RENDAH


Sains ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah. Mata
pelajaranini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan
dalambidang

sains,

kemahiran

saintifik

dan

kemahiran

berfikir

serta

mampumengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap


saintifikdan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi kajian tentang AlamKehidupan,
Alam Fizikal, Alam Bahan, Bumi dan Alam Semesta serta DuniaTeknologi.
(DATO SERI Dr. ABDUL SHUKOR BIN ABDULLAH)
Ketua Pengarah Pendidikan MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia
Kata Pengantar di dalam Buku Panduan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4 (2003)

Pengajaran sains yang berkesan merupakan satu proses yang bukan sahaja
dapat membantu pelajar memahami fakta fakta sains tetapi pengajaran sains juga
seharusnya dirancang untuk menerapkan kemahiran kemahiran sains, kemahiran
kemahiran berfikir serta penerapan nilai nilai murni yang mana ianya dapat digunakan
di dalam kehidupan seharian pelajar.
Kurikulum sains telah dirangka dengan bertujuan untuk menghasilkan
pelajar yang bukan sahaja aktif tetapi pelajar yang berfikiran terbuka yang boleh
menerima pengetahuan, pengalaman dan pendapat yang baru. Bagi tujuan ini pelajar
harus diberi
praktikal,

peluang untuk terlibat dalam penyelidikan saintifik melalui aktiviti

kajian

lapangan

dan

eksperimentasi.

Pendekatan

penyiasatan,

menggabungkan kemahiran berfikir, strategi berfikir dan pembelajaran berfikir,


perlu ditekankan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

811026015016001

1.2

OBJEKTIF KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH


Pengajaran sains telah diajar di sekolah rendah adalah bertujuan bagi :I.

Merangsang sifat ingin tahu murid serta mengembangkan minat murid tentang
dunia di sekeliling mereka.

II.

Melalui pembelajaran dan pengajaran sains dapat memberi peluang pelajar


mengembangkan lagi kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir secara
kritis dan kretif

III.

Melalui pembelajaran sains ini juga dapat memberi dan menambahkan


kefahaman pelajar tentang konsep dan fakta sains.

IV.

Pelajar juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis


dan kretif serta analitis di dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.

V.

Meyemai sekap saintifik dan nilai nilai murni melalui aktiviti pembelajaran
dan pengajaran yang dilakukan dan seterusnya dapat membolehkan pelajar
mengamalkannya.

VI.

Sikap menghargai sumbangan dalam bidang Sains dan Teknologi juga dapat
disemai bagi menjamin kesejahteraan manusia.

VII.

Menggalakkan

dan

menyedarkan

pelajar

tentang

bertapa

pentingnya

menyayangi dan menjaga alam sekitar.

2.0

KEMAHIRAN KEMAHIRAN SAINTIFIK

2.1

DEFINISI KEMAHIRAN PROSES SAINS


Kemahiran Proses Sains merupakan satu jangkaan tentang tentang peristiwa
atau kejadian melalui pemerhatian yang lalu atau melalui data yang boleh
dipercayai. Kemahiran ini diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah
atau membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran proses sains ini memberi
murid-murid peluang untuk mengeluarkan idea serta pendapat mereka mengenai
sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang
boleh dipercayai kebenarannya.
Pembelajaran dan pengajaran sains bukan sahaja menerapkan pengetahuan dan
fakta sains tetapi juga kemahiran kemahiran sains. Kemahiran ini juga merupakan
salah satu komponen kemahiran saintifik. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum,
3

811026015016001

1999 Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan
kemahiran proses asas bersepadu. Ianya boleh dirujuk pada rajah di bawah :KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN PROSES SAINS


BERSEPADU

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

Kemahiran memerhati

Kemahiran mentafsirkan data

Kemahiran mengelas

Kemahiran mendefinisikan

Kemahiran mengukur dan

secara operasi

menggunakan nombor

Kemahiran mengawal

Kemahiran membuat inferen

pembolehubah

Kemahiran membuat ramalan

Kemahiran membina hipotesis

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran mengeksperimen.

Kemahiran menggunakan
hubungan ruang dan masa

2.2

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS


Kemahiran proses sains asas ialah proses sains yang asas yang mana pelajar
melakukan analisis dan empiris yang akan digunakan dalam kerja amali atau
kehidupan seharian. Pelajar menunjukkan kefahaman tentang kemahiran asas ini
sekiranya pelajar ini berkebolehan menggunakan kemahiran kemahiran ini. Jadual
di bawah menunjukkan kemahiran kemahiran yang terdapat di dalam kemahiran
proses sains asas.

811026015016001

KEMAHIRAN

TAKRIFAN

CONTOH AKTIVITI

PROSES
SAINS ASAS
Kemahiran

Menggunakan pelbagai deria untuk

memerhati

memperolehi maklumat dengan

Hari pertama

selepas 4 hari

menggunakan instrumen atau alat yang


sesuai untuk membantu deria membuat
pemerhatian terperinci, membuat

Nyatakan apa yang dapat dilihat dari

perbandingan, mengesan perbezaan dan

gambar rajah dan buat banding beza.

persamaan dan boleh dilakukan secara


kualitatif dan kuantitatif
Kemahiran
Mengelas

Mengumpul objek atau peristiwa


mengikut persamaan dan perbezaan.

Rajah di bawah menunjukkan objek yang


telah dikelaskan mengikut kebolehan
cahaya menembusinya. Apakah yang boleh
diwakili oleh X dan Y ?.

Kemahiran

Pelajar membuat pemerhatian secara

Dengan menggunakan klip kertas cuba

Mengukur dan

kuantitatif yang melibatkan penggunaan

kamu kira berapa klip kertas yang

Menggunakan

alat piawai

diperlukan untuk mengukur buku amali


sains kamu.

Nombor

Kemahiran

Pelajar membuat kesimpulan awal untuk

Membuat

menerangkan peristiwa atau objek

Inferens

berdasarkan pemerhatian, sebab sebab


atau alasan alasan tertentu.
Kesimpulan yang dibuat ini mungkin
benar atau tidak.

Perhatikan gambar di bawah. Apakah


inferens yang boleh anda buat?

811026015016001

Membuat jangkaan terhadap sesuatu

Kemahiran

peristiwa yang akan berlaku berdasarkan

Meramal

pemerhatian, atau inferens, pengetahuan


sedia ada melalui pengalaman atau
berdasarkan maklumat yang dikumpul

RAMALKAN BAGAIMANA CARA


BUDAK ITU DAPAT MELIHAT
BURUNG DISEBALIK DINDING
YANG TINGGI ITU?
Memindahkan maklumat atau idea seca

Kemahiran
Berkomunikasi

lisan atau bertulis kepada orang lain

Menjalankan perbahasan atau menulis


karangan tentang kaedah dan faedah
pengawetan makanan.

Mengenal pasti bentuk dan pergerakan

Kemahiran
Menggunakan

mengikut masa.

Mengukur dan membandingkan jarak


yang dilalui oleh dua objek yang

Perhubungan

bergerak selama satu unit masa yang

Ruang dan

ditetapkan pada permukaan yang

Masa

berbeza.

2.3

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU


Kemahiran proses sains bersepadu merupakan satu proses yang kompleks
yang menggabungkan dua atau lebih kemahiran proses sains asas. Melalui kemahiran
ini pelajar harus berfikir pada aras yang tinggi. Ini adalah kerana mereka perlu
membuat lebih dari satu pemikiran serentak pada satu ketika. Kemahiran proses sains
bersepadu ini diperlukan untuk membuat kajian dan eksperimen. Jadual di bawah
menunjukkan kemahiran kemahiran yang terdapat di dalam kemahiran proses sains
bersepadu.

811026015016001

KEMAHIRAN

TAKRIFAN

CONTOH AKTIVITI

PROSES SAINS
BERSEPADU
Kemahiran

Memberi penerangan tentang pola atau

Menyiasat putaran bumi dengan

Mentafsir

peristiwa berdasarkan maklumat yang

merekodkan perubahan ukuran

Maklumat

dikumpul atau memperihal secara

dan kedudukan bayang

bermakna tentang pemerhatian yang telah

bayang sesuatu objek dari masa

dibuat

ke semasa.

Kemahiran
Mendefinasi
Secara Operasi

Memberi takrifan dengan memperihalkan

1. Menyatakan maksud

apa yang diperihalkan.

teknologi

Pelajar juga akan memberi definisi

2. Cuba anda berikan

tentang sesuatu konsep atau keadaan

definisi secara operasi

dengan menyatakan perkara yang perlu

tentang kadar

dilakukan atau diperhatikan

penyejatan air.

Pelajar juga akan memberi takrifan kepada


pembolehubah dengan memerihalkan
secara
spesifik dan jelas tentang cara untuk
memerhati dan mengukur perubahan yang
berlaku ke atas pembolehubah itu.

Kemahiran

Mengenal pasti semua pembolehubah iaitu

Anda dikehendaki mengkaji

Mengawal

aspek aspek yang boleh mempengaruhi

faktor-faktor yang

Pemboleh Ubah

hasil eksperimen.

menyebabkan pengaratan.

Pemboleh ubah boleh jadi satu faktor,

Berikan pembolehubah yang

keadaan atau hubungan yang boleh diubah

dimanipulasi dan terangkan

dalam satu kejadian atau 7ystem yang

bagaimana ia mempengaruhi

dikaji.

pembolehubah yang bergerak

Semasa menjalankan eksperiment hanya


memanipulasikan satu pembolehubah
sementara pemboleh ubah yang lain
dimalarkan.
7

balas

811026015016001

Membuat tekaan intelek yang boleh diuji

Kemahiran

Menguji hipotesis tentang cara

Membuat

berdasarkan bukti yang telah

untuk mencegah bahan daripada

Hipotesis

dikumpulkan.

berkarat.

Mengeksperimen

2.4

Menyiasat, memanipulasikan

Menjalankan eksperimen untuk

pembolehubah dan menguji hipotesis

mencegah bahan daripada

untuk memperolehi keputusan.

berkarat.

KEMAHIRAN MANIPULATIF
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor yang diperkembangkan

melalui proses dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan
mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan
dan bahan sains dengan cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup
dengan betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan
dan pengukuran dengan betul. Kemahiran ini juga dikenali sebagai kemahiran makmal.
Semasa mengamalkan kemahiran manipulative pelajar harus menjaga keselamatan diri
sendiri dan rakan rakan.
Diantara kemahiran kemahiran manipulatif yang boleh diuji kepada pelajar ialah :
1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
2. Menyimpan

peralatan,

radas

dan

bahan

sains

dengan

betul

dan

selamat.
3. Membersihkan peralatan, radas dan bahan sains dengan cara yang betul.
4. Mengendalikan specimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat.
5. Melakar

spesimen,

peralatan

dan

tepat.
6. Menyimpan peralatan Sains di tempat yg betul.

bahan

sains

dengan

811026015016001

3.0

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PROSES SAINS


Apakah kepentingan kemahiran proses sains dan mengapa kita perlu menggalakkan

penguasaan kemahiran proses sains dikalangan pelajar.?


Ini jawapannya:I.

Pelajar akan menemui sesuatu yang baru dan seterusnya dengan sendirinya
membina idea penting dan bernas mbentuk sendiri sewaktu menggunakan
kemahiran proses sains.

II.

Pelajar akan memperoleh pengetahuan melalui pengumpulan dan pemprosesan


maklumat.

III.

Pelajar akan memahami yang kemahiran proses sains dari segi intelek adalah
lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains.
Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian kita

IV.

Pelajar akan membentuk sendiri konsep tentang sesuatu yang baru dipelajari
dari alam semulajadi sewaktu menggunakan kemahiran ini. Apabila muridmurid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan
dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan
konsep dengan sendiri

V.

Pelajar dapat memahami yang sains adalah tentetif yang akan berubah
mengikut masa, dan masih boleh diubah, yang mana pengetahuan sains itu
bukan mutlak, dan hasil penyelidikan dan eksperiment boleh ditafsirkan
secara.

811026015016001

4.0

AKTIVITI AKTIVITI AMALI YANG MELIBATKAN KEMAHIRAN


SAINTIFIK

4.1

AKTIVITI 1
RANCANGAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 5

Bidang
: Menyiasat Daya dan Tenaga
Tajuk
: Panas @ Sejuk
Tahun
:5
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
4.1.Memahami suhu merupakan pengukur darjah kepanasan
Standard Pembelajaran
: Murid berupaya untuk:
4.1.1 Murid dapat menyatakan apabila bahan dibekalkan haba
akan menjadi panas.
4.1.2 Murid dapat menyatakan apabila bahan kehilangan haba
akan menjadi sejuk.
Objektif
: Di akhir pembelajaran murid dapat
menyatakan suhu air akan meningkat apabila haba
dibekalkan dan akan menurun apabila kehilangan haba
Kemahiran Proses Sains
: Memerhati, berkomunikasi, mengawal pemboleh ubah,
membuat hipotesis, mengeksperimen.
Kaedah Pengajaran
: Inkuiri Penemuan
Masa
: 60 minit.
FASA
1. Persediaan
(Kps - Pemerhatian)
Indikator amalan
1.1.1 Menggunakan
deria penglihatan,
pendengaran,
sentuhan, rasa dan
bau.

CADANGAN AKTIVITI
1. Di dalam kumpulan murid
dibekalkan dengan 2 bikar, bikar
A ais dan bikar B air panas.
2. Murid diminta menyentuh
bahagian luar bikar dengan
menggunakan tangan

CADANGAN KOMUNIKASI

1. Cuba kamu sentuh


keadaan luar bikar.
2. Apakah yang dapat
kamu rasa ?.
Jawapan Murid
Bikar A : Sejuk
Bikar B : Panas

2. Imaginasi
Penjanaan idea
( Kps- Membuat
hipotesis)

Murid menyatakan perubahan suhu


berlaku apabila air panas dibiarkan pada
suhu bilik dan apabila ais dipanaskan.
1. Guru mengemukakan soalan

Indikator Amalan
2.1.1 Menghasilkan
idea - idea baharu
yang banyak

2.2

Sintesis idea
10

1. Apa akan terjadi jika


Bikar A dipanaskan.
2. Apa akan terjadi jika
Bikar B dibiarkan
terdedah pada suhu bilik
3. Mengapakah suhu ais
boleh berubah apabila
dipanaskan?

811026015016001

Indikator amalan
2.2.1 membuat
kesimpulan, membuat
pengitlakan dan
membina tajuk.
Guru menerangkan konsep tentang
perubahan suhu air.
2.2.3 menentukan
maklumat yang
diperolehi mencukupi
dan memastikan sama Murid membuat hipotesis awal dengan
ada maklumat
bantuan guru.
tambahan diperlukan. Contoh hipotesis:
1. Suhu air panas akan menurun
apabila dibiarkan dalam suhu
bilik.
2. Suhu ais akan meningkat apabila
dipanaskan.

3. Perkembangan
Menguji hipotesis

Guru menerangkan eksperimen yang


akan dijalankan untuk mengukur
perubahan suhu air.

5. Ramalkan apa akan


berlaku, apabila air
panas dibiarkan dalam
bilik?
6. Ramalkan apa akan
berlaku, apabila ais
dipanaskan?
1. Apakah pembolehubah
yang ditetapkan?
2. Apakah pembolehubah
yang dimanipulasikan?

3.1 Penambahbaikan
Indikator amalan
3.1.2 Mengubah suai
idea.

4. Mengapakah suhu air


panas boleh berubah
apabila dibiarkan pada
suhu bilik?

Murid dibahagikan kepada beberapa


kumpulan.
Guru menyediakan bahan: termometer,
bikar, air panas, ais, penunu bunsen, kaki
retort, tungku kaki tiga, kasa dawai.

3. Apakah yang
diperhatikan?

Guru mengedarkan kad arahan.

Setiap kumpulan diminta mengukur


perubahan suhu air setiap 2 minit selama
10 minit.
Setiap kumpulan mencatat hasil
keputusan di dalam jadual yang
disediakan.
(LAMPIRAN 1)

Tindakan

Indikator Amalan
4.1.1 Menyusun idea

Murid membuat kesimpulan berdasarkan


data yang diperolehi.
11

1. Apakah yang berlaku


apabila air dipanaskan?

811026015016001

secara tersusun dan


mudah dfahami.

Suhu air akan meningkat apabila


dipanaskan dan menurun apabila
dsejukkan.

Guru menerangkan konsep pelajaran


pada hari itu dengan menjelaskan
hipotesis yang dibuat sama ada betul atau
salah

Pentaksiran

Mengapa?
2. Apakah yang berlaku
apabila air disejukkan?
Mengapa?
3. Berapakah suhu takat
didih air?

Guru membimbing untuk membuat


kesimpulan.
Murid dapat menyatakan suhu air akan
meningkat apabila dipanaskan dan
menurun apabila disejukkan.
KPS1 k1,k2
KPS 4 K1, K2, K3

Nilai
danSikap
Kemahiran berfikir

/ Bekerjasama, berhati-hati, minat dan


bersifat ingin tahu, sistematik,berfikiran
kreatif dan kritis.

LAMPIRAN 1
Catatan hasil amali
1. Rekod suhu air
Masa ( minit )
Suhu air apabila di panaskan
(oC)
Suhu air apabila di sejukkan
(oC)

2. Apakah corak perubahan suhu air apabila dipanaskan?

3. Apakah corak perubahan suhu air apabila air panas dibiarkan pada suhu bilik

12

10

811026015016001

4.1.1

ULASAN AKTIVITI 1
Strategi pengajaran berasaskan eksperiment telah digunakan. Kemahiran

kemahiran proses sains telah diterapkan di dalam aktiviti pembelajaran dan


pengajaran ini. Kemahiran memerhati telah diterapkan kepada pelajar sewaktu fasa
persedian, di mana pelajar diminta menyentuh bahagian luar kedua dua bikar
dengan menggunakan tangan. Di sini pelajar telah melaksanakan pemerhatiaan
dengan menggunakan deria sentuhan. Pelajar diminta untuk memperihalkan tentang
perbezaan yang dapat dikesan pada kedua dua bikar. Kemahiran ini dilihat agak
mudah namun ianya sangat penting bagi pelajar
meningkatkan

perasaan

ingin

kerana kemahiran ini boleh


tahu

pelajar

serta

meransangkan pemikiran pelajar tentang isi pelajaran yang ingin diajar. Kemahiran
ini juga boleh mendorong pelajar kepada aktiviti pembelajaran seterusnya.
Pada fasa persediaan pula pelajar telah diterapkan dengan kemahiran hipotesis
pula. Di mana pelajar diminta membuat hipotesis tentang perubahan suhu air.
Hipotesis dibina sebelum memulakan eksperimen, ini akan dapat membantu pelajar
dalam menentukan data yang harus dikumpul dalam eksperimen. Sewaktu membuat
hipotesis

pelajar

harus

mengenal

pasti

pembolehubah

yang

dimanipulasi,

pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar. Satu penyataan yang spesifik
yang boleh menghubungkaitkan diantara pembolehubah yang dimanipulasikan dan
pembolehubah bergerakbalas.
Pada fasa perkembangan pelajar telah melaksanakan aktiviti engeksperimen
untuk menguju kesahihan hipotesis yang telah dibuat. Mengeksperimen adalah satu
aktiviti

yang

akan

menggabungkan

kemahiran

proses

sains,

pelajar yang melakukan eksperimen dengan mula membina hipotesis dan menyatakan
pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar sebelum melaksanakan
uji kaji. Seterusnya pelajar akan mengumpul data, diikuti dengan mentafsir maklumat
dan data yang diperoleh,dan seterusnya menerangkan hasil eksperimen di dalam
jadual yang dibekalkan seterusnya membuat kesimpulan atau keputusan.
Namun jika dilihat di dalam aktiviti ini masih boleh diberi penambah baikan
yang mana guru boleh menerapkan kemahiran membuat inferens. Kemahiran
membuat inferens di sini boleh diselitkan sebelum pelajar membuat eksperiment atau
selepas pelajar mmbuat pemerhatian awal tentang perubahan suhu air pada kedua
dua bikar. Pelajar perlu melaksanakan kemahiran inferens ini supaya pelajar boleh
membuat kesimpulan awal tentang pemerhatian yang telah dibuat yang mana
13

811026015016001

seterusnya pelajar akan membina satu hipotesis untuk menyiasat dengan bukti-bukti
yang ada untuk membuat penerangan awal tentang hasil dapatan melalui proses
pemikiran

semasa

hendak

menerangkan

sesuatu

pemerhatian.

Pelajar dikatakan sedang menginferens apabila pelajar membuat kesimpulan


awal tentang pemerhatian, membuat satu kesimpulan daripada sesuatu data atau
membuat kesimpulan daripada sesuatu maklumat. Membuat satu tanggapan awal serta
mencari jawapan kepada soalan yang bermula dengan mengapakah, bagaimanakah,
nyatakan sebab juga dikenali sebagai inferens
Kemahiran manipulatif juga ada diterapkan dalam aktiviti ini. Di mana cara
penggunaan dan pengendalian peralatan dan bahan sains dengan betul ada dilakukan
oleh pelajar. Pelajar harus mengendalikan termometer dengan cara yang betul dan
cara bacaan termometer yang yang betul untuk memperolehi data dengan tepat.
Pelajar juga harus menjaga keselamatan diri dan orang lain sewaktu mengendalikan
penunu bunsen sewaktu aktiviti memanaskan air. Diakhir aktiviti pelajar dimestikan
mencuci dan menyimpan semula peralatan sains ditempat yang betul dan selamat.

4.2

AKTIVITI 2

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS TAHUN 4


Hari

: Rabu

Tarikh

: 6 Oktober 2011

Masa

: 60 minit

Kelas

: Tahun 4

Tema

: Menyiasat Alam Bahan

Tajuk

: Sifat-sifat bahan.

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:

Pendekatan P&P
KPS

Menyatakan bahan lutsinar,lutcahaya dan legap

ii)

Mengelaskan objek lutsinar, lutcahaya dan legap.

iii)

Menyenaraikan objek lutsinar, lutcahaya dan legap.

: Pembelajaran Masteri
: Berkomunikasi, Memerhati, Menyoal, Menginferens, Mengelas,
Meramal

KMS

: Mengguna dan mengendalikan bahan dengan betul dan cermat

14

811026015016001

Fasa

Isi kandungan

Aktiviti

Fasa/SDK/Catatan

Pengajaran

Set Induksi
(5 minit)

Kotak Hitam

1. 1. Murid

- bola kecil

KPS:

memerhatikan kotak 1 . Berkomunikasi


hitam yang di

2. Memerhati

tunjukkan oleh
guru.
2. 2. Soal jawab:
a.

b.

Pada pendapat

Persediaan:

Orientasi idea berasaskan

kamu, apakah isi

pengetahuan sedia ada

kandungan kotak

BBM:

ini?

Kotak Hitam, bola kecil

3. Apakah cara lain


yang boleh
dilakukan untuk
mengetahui isi
kandungan kotak ini
tanpa mengeluarkan
isi kandungannya?

Pencetusan
Idea
(10 minit)

Sifat-sifat bahan. 1. 1. Guru memanggil

KPS:

3 orang pelajar ke

1. Pemerhatian

hadapan dan diberi

2. Berkomunikasi

3 jenis bahan yang

3. Menyoal

berlainan sifat.
2. 2. Pelajar diminta

KBKK:

untuk menutup

1. Menghubungkaitkan

muka dengan bahan

2. Mensifatkan

yang disediakan.
3. 3 Pelajar lain

BBM:

memerhatikan apa

Pembalut buku, beg plastik dan

yang dilakukan

kad manila.

ketiga tiga pelajar


tersebut.
15

Nilai Murni:

811026015016001

4. Soal-jawab:
1.

i. Antara ketiga-

1. Bekerjasama
Tahap Kognitif:

ketiga pelajar yang

1. Pengetahuan

manakah dapat

2. Kefahaman

dilihat muka
mereka dengan
jelas?
2.

ii. Mengapakah
muka murid A
dapat dilihat dengan
jelas?
iii. Mengapakah
muka murid B
kelihatan samar?

4.

iv. Mengapakah
muka murid C tidak
kelihatan?

Penstrukturan

Konsep

Semula Idea

lutcahaya

(15 minit)

lutsinar,
1. 1. Pelajar
dan menerangkan

legap.

tentang konsep

KPS:
1. Memerhati
2. Mendefinisi secara

lutsinar, lutcahaya

operasi

dan legap mengikut


pemahaman
masing-masing.
2. 2. Pelajar
memerhatikan
tayangan slaid

KBKK:
1. Membandingkan &

mengenai sifat-sifat

Membezakan.

bahan.

- Lutsinar adalah
bahan yang

Nilai Murni:
1. Berkerjasama

membenarkan
semua cahaya
menembusinya
16

BBM:
1.

Slaid tayangan

811026015016001

- Lutcahaya

2. Lembaran kerja

adalah bahan yang


membenarkan
sebahagian cahaya
menembusinya.

- Legap adalah
bahan yang tidak
membenarkan
cahaya yang
menembusinya.
3. Melalui slaid
yang telah
ditunjukkan, murid
memberi contoh
bahan lut sinar, lut
cahaya dan legap.

a.

Aplikasi Idea
(25 minit)

Menyenarai dan

1. Projek buku skrap KPS:

mengelaskan

berkumpulan

bahan-bahan

2. Murid-murid

mengikut sifat

menyediakan

1. Memerhati
2. Mengelas
3. Berkomunikasi

contoh gambar
mengikut
kategori sifatsifat bahan
( Bahan diambil

KMS
1. Mengguna dan
mengendalikan bahan
dengan betul dan cermat

daripada
suratkhabar dan
majalah)

KBKK:
1. Menghubungkait
2. Menjana idea

Nilai Murni:
17

811026015016001

1. Jujur
2. Rajin
3. Sistematik

BBM:
1. Lembaran Kerja
2. Kertas kosong
3. Keratan gambar
4. Gam
5. Warna
6. Gunting
7. Kertas tebal
Tahap Kognitif:
1. Pengetahuan
2. Aplikasi
Refleksi

Tayangan video

(5 minit)

Murid menonton
Tayangan video

Tahap Kognitif:
1. Kefahaman

mengenai sifat
bahan (lutsinar,
lutcahaya dan
legap)

4.2.1. Ulasan Aktiviti 2

Aktiviti 2 ini banyak menggunakan kemahiran mengelas.Pelajar telah mengelas dan


mengumpulkan objek kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti
ciri, kualiti atau sifat sepunya. Penguasaan kemahiran ini penting kerana pelajar dapat
belajar sesuatu yang baru dengan mudah hanya dengan membandingkan ciri-cirinya dengan
pengelasan yang sedia ada. Pelajar boleh menggunakan pelbagai cara boleh untuk mengelas
sesuatu objek. Pengelasan juga boleh membentuk kefahaman tentang sesuatu dengan lebih
tersusun. Didalam aktiviti ini juga kemahiran mentafsir maklumat ada diterapkan di mana
pelajar mentafsir maklumat tentang pola perhubungan berdasarkan maklumat yang dilihat
18

811026015016001

dan diperolehi.. Di dalam aktiviti ini pelajar harus mengaitkan maksud tersurat dan cirri
tersirat untuk mentafsir maklumat. Kemahiran berkomunikasi juga banyak diterapkan di
dalam aktiviti ini. Diantara aktiviti yang melibatkan kemahiran berkomunikasi ialah soal
jawab diantara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
Kemahiran meramal boleh ditambah di dalam aktiviti ini sebenarnya. Di mana pelajar
membuat ramalan dengan cara meramalkan contoh contoh bahan yang boleh di
kelaskan di dalam kumpulan tiga sifat cahaya ini.

5.0

KESIMPULAN

Kemahiran proses sains dan kemahiran manipulative sains adalah sesuatu yang
penting untuk melahirkan pelajar yang celik sains. Guru harus menerapkan kemahiran sains
di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru harus menggunakan pelbagai pendekatan
untuk menerapkannya bukan hanya menggajar fakta dan teori sahaja. Ini adalah kerana
kemahiran sains ini bukan hanya akan digunakan pelajar di dalam kelas untuk menyelesaikan
masalah tentang subjek sains tetapi boleh digunakan di dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi di dalam kehidupan seharian mereka.
Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai
satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah. Di Malaysia, Kurikulum Sains Sekolah
Rendah menyarankan supaya strategi pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam bentuk
inkuiri penemuan yang terbimbing. Melalui strategi ini pelajar akan dapat menguasai
kemahiran-kemahiran proses sains dengan lebih mudah dan bermakna. Ini kerana pelajar
harus cuba melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Di sini pelajar
akan sentiasa belajar sesuatu yang baru.
Kemahiran proses sains ini penting bagi seorang pelajar untuk menjadikan
pembelajaran sains ini lebih bermakna kepada pelajar. Jika pelajar dibantu menghubungkan
fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang
sedia ada, ini akan membolehkan pelajar memahami situasi dan maklumat baru

19

811026015016001

6.0

RUJUKAN
1.

Poh Swee Hiang, (1996) Pedagogi Sains 1 Kurikulum Sains, Kumpulan


Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

2.

Kementerian Pelajaran Malaysia(2005)Huraian Sukatan Pelajaran Tahun4,


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

3.

Kementerian Pelajaran Malaysia(2006)Huraian Sukatan Pelajaran Tahun5,


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

4.

Ishak Mohd Daud( 2011 ) Modeul Panduan Peka, PEP Publication Sdn
Bhd, Kuala Lumpur

5.

Laman web ini telah dilayari pada 1.3.2013 untuk dijadikan sebagai
sumber rujukan
http://www.scribd.com/doc/416573/Kemahiran-Proses-Sains
http://www.scribd.com/doc/416573/Kemahiran-Proses-Sains

20

You might also like