You are on page 1of 11

Aplikasi Teknik Latih Tubi Meningkatkan Kemahiran Mewarna Menggunakan

Cat Air Murid-Murid Tahun 4 Teratai Sekolah Kebangsaan Agama Sibu


Affidatulakmar Binti Mohmud
IPG Kampus Rajang
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan mendapat penjelasan dan
mengatasi masalah secara ilmiah berkaitan masalah penguasaan kemahiran
mewarna menggunakan cat air di kalangan murid-murid Tahun 4 Teratai Sekolah
Kebangsaan Agama Sibu. Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang murid
yang dikategorikan sebagai pelajar berpencapaian sederhana di Tahun 4 sekolah
tersebut dan 4 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan, tahap
penguasaan kemahiran cat air di kalangan murid-murid adalah lemah. Penyelidik
mendapati permasalahan yang berlaku menyebabkan objektif pengajaran dan
pembelajaran menggunakan cat air tidak tercapai. Oleh itu, penyelidik telah
merancang tindakan yang berfokuskan kepada teknik untuk meningkatkan
kemahiran mewarna menggunakan cat air bagi murid-murid Tahun 4 Teratai.
Teknik latih tubi diperkenalkan kepada murid-murid dan guru-guru bagi mengatasi
masalah tersebut. Teknik latih tubi ini dijalankan terhadap responden selama
setengah jam bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Dapatan kajian mendapati teknik ini boleh membantu murid menguasai kemahiran
menggunakan cat air dalam aktiviti catan.

Pengenalan
Catan merupakan hasil seni yang melalui proses menyapu media basah iaitu cat air
pada permukaan rata seperti kertas dengan menggunakan berus warna. Bagi
menghasilkan catan yang menarik dan kemas, kemahiran asas dalam penggunaan cat
air adalah penting. Kemahiran asas tersebut merujuk kepada kemahiran memegang
berus warna, mencampurkan warna dan teknik catan yang digunakan. Kemahiran
tersebut perlu dikuasai oleh murid supaya catan yang dihasilkan lebih kemas dan
menarik. Oleh itu, guru perlu berusaha membantu murid-murid meningkatkan
penguasaan kemahiran ini kerana ia dapat membantu murid menghasilkan catan yang
kreatif dan kemas. Bagi mengatasi masalah murid-murid lemah menguasai
kemahiran mewarna menggunakan cat air, penyelidik telah menggunakan teknik
latih tubi bagi mengatasi masalah tersebut.

Latar belakang
Kurikulum Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang penting
bagi perkembangan di dalam diri murid-murid iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara
mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Di dalam kajian
ini, penyelidik lebih menumpukan kajian terhadap aspek interaksi yang kritis dan
kreatif dengan alat dan bahan. Dalam aspek ini murid-murid digalakkan membuat
penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan

menggunakan cat air bagi menghasilkan satu catan yang menarik dan kemas. Proses
ini akan memperkembangkan tahap penguasaan kemahiran mewarna menggunakan
cat air dalam kalangan murid-murid. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan,
murid membuat interpretasi dan menyelaraskan konsepsi visualnya dengan objek
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting bagi memberi peluang kepada
murid belajar secara tidak langsung.
Oleh itu, teknik pengajaran latih tubi digunakan sebagai intervensi kepada masalah
yang timbul. Teknik latih merupakan suatu teknik satu teknik di mana suatu set
fakta-fakta diulang-ulang sehingga pembelajaran lampau berlaku. Tujuannya ialah
untuk mencapai kejituan serta kelajuan suatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun.
Hal ini kerana, teknik latih tubi boleh digunakan untuk memperkukuhkan
penguasaan murid dalam kemahiran mewarna menggunakan cat air. Teknik
pengajaran dan pembelajaran latih tubi dapat memberi kesan yang baik kepada
murid-murid. Antara implikasinya ialah dalam perkembangan kemahiran, latih tubi
adalah perlu untuk membantu kemahiran dan teknik penguasaan. Latihan yang
dilakukan secara berulang-ulang, akan membuatkan seseorang murid meningkatkan
penguasaannya dalam penggunaan cat air dan menguasi teknik cat air yang betul.

Pernyataan Masalah
Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan yang telah dilakukan, penyelidik ingin
mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah
untuk menguasai kemahiran asas mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan.
Selain itu, penyelidik juga ingin menilai tahap keberkesanan teknik latih tubi yang
digunakan untuk menyelesaikan permasalah yang timbul dan adakah selepas
intervensi yang diberikan mampu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid tersebut.

Objektif Kajian
Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian
berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti. Objektif utama kajian ini dijalankan
adalah bagi melihat perubahan prestasi murid selepas menjalani teknik latih tubi bagi
meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid yang
lemah. Antara objektif kajian ini ialah:
i.

Mengenalpasti sebab kemahiran mewarna menggunakan cat air lemah


dalam kalangan murid tahun empat Teratai Sekolah Kebangsaan
Agama Sibu.

ii.

Menghuraikan tindakan latih tubi yang dijalankan dapat membantu


murid dalam menguasai kemahiran mewarna murid menggunakan cat
air dalam aktiviti catan.

iii.

Menganalisis tahap pencapaian penguasaan kemahiran murid


mewarna dengan menggunakan cat air dalam aktiviti catan selepas
menjalani latih tubi.

Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan yang berkaitan
dengan cara untuk menangani masalah menggunakan cat air dalam kalangan muridmurid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Agama, Sibu. Di antara persoalan yang
ditimbulkan adalah seperti berikut:
i.

Apakah punca yang menyebabkan murid-murid lemah penguasaan


kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan?

ii.

Bagaimanakah teknik latih tubi dapat membantu murid-murid dalam


menguasai kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti
catan?

iii.

Berapakah peratusan tahap pencapaian kemahiran mewarna muridmurid menggunakan cat air dalam aktiviti catan selepas menjalani
latih tubi?
Rasional Kajian

Kajian ini dibuat oleh penyelidik untuk membuktikan bahawa teknik latih tubi
mewarna menggunakan cat air berkesan bagi meningkatkan tahap penguasaan
kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid. Hasil
dapatan dan analisis yang dilakukan dapat menjawab kesemua persoalan kajian ini.
selain itu, teknik latih tubi ini dapat mendisiplinkan murid-murid semasa
menggunakan cat air dan menarik minat murid-murid terhadap cat air.

Definisi Istilah
Cat Air
Cat air medium lukisan yang menggunakan pigmen dengan pelarut air engan sifat
transparan. Cat air digunakan dalam catan. Catan merupakan hasil seni yang melalui
proses menyapu media basah iaitu cat air pada permukaan rata seperti kertas dengan
menggunakan berus warna.

Teknik Latih Tubi


Menurut Kamus Dewan (2007), latih tubi ditakrifkan sebagai ajaran, tunjuk ajar dan
sebagainya yang diulang-ulang untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing
itu benar-benar mahir. Menurut Siti Hayati (2009) dalam kajian Faktor Sosial
Budaya Mempengaruhi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual: Strategi dan
Perlaksanaan Mengatasi Masalah, beliau telah menggunakan kaedah latih tubi bagi
mengatasi masalah murid-murid Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5. Beliau telah
menggunakan kaedah pemerhatain, temubual dan senarai semak bagi mengumpul
data kajian tersebut selama lapan minggu. Hasil daripada kajian beliau menyatakan

bahawa teknik latih tubi mampu mempengaruhi faktor sosial budaya yang
mempengaruhi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Menurut Ezani (1999), teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Aktiviti pengulangan ini dijalankan adalah bertujuan
untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya.
Menurut beliau juga, teknik ini sesuai digunakan untuk isi pembelajaran yang
memerlukan ikutan dan ulangan. Menurut Ee Ah Meng (1987), teknik latih tubi
merupakan suatu teknik di mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang sehingga
pembelajaran lampau berlaku. Tujuannya ialah untuk mencapai kejituan serta
kelajuan sesuatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun. Menurut beliau, penggunaan
latih tubi adalah berguna dalam pembelajaran psikomotor dan kognitif aras rendah.

Batasan Kajian
Oleh kerana masa yang diperuntukan untuk mengumpul data kajian terbatas, maka
kajian ini dibataskan kepada aktiviti catan sahaja dalam kalangan murid-murid
Tahun 4 Teratai di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu.

Tinjauan Literatur
Menurut Chua (2006), tinjauan literatur didefinisikan sebagai membuat rujukan
secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi
maklumat, idea, data dan kaedah memperolehi maklumat, yang berkaitan dengan
tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Maklumat yang dirujuk daripada literatur
termasuklah teori, reka bentuk kajian, instrumentasi, prosedur kajian, kaedah
pengumpulan data dan dapatan kajian.
Kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid adalah
bertitik tolak daripada konsep penguasaan psikomotor secara kasar mahupun
psikomotor halus. Bagi kajian ini, tiga teori yang berkaitan dengan proses
penguasaan psikomotor akan digunakan. Antara teori yang akan digunakan adalah
teori perkembangan psikomotor, teori perkembangan kognitif dan teori
pembelajaran. Menurut Nani dan Rohani (2006), perkembangan kognitif berlaku
melalui skema. Skema adalah bentuk asas pengetahuan manusia. Kanak-kanak mula
membentuk skema dari saat kelahiran lagi. Perkembangan kognitif berlaku dalam
dua proses yang penting iaitu adaptasi dan organisasi. Proses adaptasi melibatkan
aktiviti penyerapan dan pengubahsuaian. Penyerapan akan belaku apabila seseorang
menerima ransangan daripada mentafsir dan memproses mengikut pengalaman sedia
ada. Penyerapan ialah satu proses di mana pengetahuan baru diserap oleh kanakkanak dan disimpan sebagai skema baru atau diserapkan dalam skema yang sedia
ada. Organisasi ialah satu kecenderungan manusia menyusun konsep supaya menjadi
lebih teratur, sistematik dan dapat digunakan semula. Dalam kaedah latih tubi,
latihan yang diberikan kepada murid-murid akan digunakan atau diaplikasikan oleh
mereka dalam menghasilkan suatu catan. Setiap siri latihan yang diberikan akan
membantu murid membentuk kefahaman baru bagi menghasilkan catan yang kemas
dan menarik.

Menurut Baharuddin (2002), behaviorisme berasaskan perubahan tingkah laku yang


dapat diperhatikan. Teori ini menumpukan kepada corak tingkah laku yang berulang
sehingga ia berlaku secara automatik. Pada tahun 1956, Benjamin Bloom telah
membina klasifikasi dalam tingkah laku pemikiran yang penting dalam proses
pembelajaran. Terdapat enam tahap dalam taksonomi Bloom yang bermula daripada
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Di dalam teori
pembelajaran behaviorisme, tingkahlaku diperkukuhkan secara positif akan
berulang-ulang dan maklumat diberikan sedikit demi sedikit supaya respon boleh
diperkukuhkan. Dengan itu, pengukuhan boleh digeneralisasikan dan menghasilkan
perlaziman sekunder. Hal ini boleh disimpulkan bahawa, latih tubi yang diberikan
kepada murid secara berperingkat akan mampu meningkatkan tahap penguasaan
kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan kerana latih tubi
dijalankan secara berulang-ulang dan pelbagai teknik diajar kepada murid.
Menurut Shahizan et.al (2006) menyatakan, konsep kesediaan psikomotor merujuk
kepada penguasaan kemahiran berpusat pada tindakan fizikal. Seseorang bersedia
melakukan tindakan apabila tubuhnya mencapai kematangan selaras dengan latihan
yang diperlukan. Kesediaan ini termasuklah perkembangan fizikal dalam otot,
tulang, anggota dan pengawalan penyelarasan pergerakan di seluruh badan. Menurut
beliau juga, kemahiran psikomotor berkait rapat dengan perkembangan kognitif dan
afektif. Oleh yang demikian, bagi mencapai prestasi perkembangan psikomotor yang
cemerlang, kanak-kanak perlu melalui latihan dan demonstarsi yang intensif kerana
kemahiram mewarna menggunakan cat air bagi aktiviti catan boleh dipelajari.
Menurut beliau juga, terdapat empat tahap penguasaan kemahiran. Tahap pertama
ialah memerhati (perception). Selain itu, ada juga pengalaman kemahiran yang
ditimba dengan membaca buku atau merujuk video. Pada tahap kedua pula ialah
peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan
oleh orang lain dengan bimbingan. Mereka belajar kemahiran dengan melihat
individu lain yang berpengalaman dan tahap ini merupakan tahap paling asas sekali.
Tahap ketiga pula pada peringkat berlatih (trainning) iaitu mengikut urutan dan
masih cuba mencari penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap
keempat ialah penyesuaian (adaptation) dan ianya merupakan kemahiran yang
dapat dikuasai dengan sempurna.
Menurut Kamus Dewan (2007), latih tubi ditakrifkan sebagai ajaran, tunjuk ajar dan
sebagainya yang diulang-ulang untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing
itu benar-benar mahir. Menurut Siti Hayati (2009) dalam kajian Faktor Sosial
Budaya Mempengaruhi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual: Strategi dan
Perlaksanaan Mengatasi Masalah, beliau telah menggunakan kaedah latih tubi bagi
mengatasi masalah murid-murid Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5. Beliau telah
menggunakan kaedah pemerhatain, temubual dan senarai semak bagi mengumpul
data kajian tersebut selama lapan minggu. Hasil daripada kajian beliau menyatakan
bahawa teknik latih tubi mampu mempengaruhi faktor sosial budaya yang
mempengaruhi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Menurut Ezani (1999), teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Aktiviti pengulangan ini dijalankan adalah bertujuan
untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya.
Menurut beliau juga, teknik ini sesuai digunakan untuk isi pembelajaran yang
memerlukan ikutan dan ulangan. Menurut Ee Ah Meng (1987), teknik latih tubi
merupakan suatu teknik di mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang sehingga

pembelajaran lampau berlaku. Tujuannya ialah untuk mencapai kejituan serta


kelajuan sesuatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun. Menurut beliau, penggunaan
latih tubi adalah berguna dalam pembelajaran psikomotor dan kognitif aras rendah.

Metodologi Kajian
Rekabentuk Kajian
Untuk memperolehi informasi dan data yang diperlukan, tiga kaedah kajian
digunakan secara triangulasi iaitu soal selidik, temubual dan pemerhatian.
Rekabentuk kajian eksperimental digunakan dalam kajian tindakan ini dengan
melakukan perbandingan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan setelah kaedah
penyelesaian masalah diberikan kepada responden kajian.

Sampel
Responden bagi kajian ini ialah hanya satu kelas Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan
Agama Sibu iaitu Tahun 4 Teratai. Semua murid di dalam kelas tersebut iaitu 20
orang murid dipilih menjadi responden kajian ini. Murid-murid tersebut terdiri
daripada 11 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Selain itu, kajian ini juga
melibatkan 4 orang guru yang pernah mengajar murid-murid tersebut mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual semasa mereka Tahun 1, 2 dan 3.

Instrumen
Dalam kajian ini instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik,
pemerhatian dan temubual. Soal selidik telah diedarkan kepada 20 orang murid
Tahun 4 Teratai yang terbahagi kepada dua bahagian; data demografik dan
pandangan tentang mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan aktiviti catan. Borang
senarai semak telah digunakan semasa sesi pemerhatian dijalankan. Senarai semak
tersebut digunakan untuk merekod dokumen berkaitan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual yang terdapat pada guru dan sekolah dan merekod alat dan bahan yang
dibekalkan oleh sekolah bagi aktiviti catan. Manakala temubual dijalankan terhadap
4 orang guru secara semi struktur. Instrumen yang digunakan oleh penyelidik adalah
bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang telah ditimbulkan. Selain daripada
instrumen tersebut, ujian pra dan pos telah dijalankan terhadap murid-murid. Ujian
pra telah dijalankan terhadap 20 orang murid kelas tersebut bagi memastikan tahap
pencapaian murid-murid menggunakan cat air bagi aktiviti catan. Setiap catan yang
dihasilkan oleh murid-murid dinilai menggunakan gred A, B, C dan D dan
direkodkan dalam satu rekod pencapaian. Setelah murid-murid menjalani kaedah
latih tubi, murid-murid sekali lagi diuji menggunakan ujian pos dan hasil catan
dinilai menggunakan rubrik yang sama untuk menilai ujian pra.

Analisis Data

Semua data bagi kajian ini telah dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2007. Data
yang diperolehi juga telah dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan rajah.
Analisis juga dibuat secara perbandingan di antara markah ujian pra dengan ujian
pos bagi melihat peningkatan tahap kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam
kalangan murid selepas menjalani latih tubi.

Perbincangan Permasalahan Kajian


Setelah menjalani temubual, pemerhatian dan soal selidik terhadap guru dan
responden kajian, didapati punca yang menyebabkan murid-murid tersebut lemah
menguasai kemahiran mewarna menggunakan cat air adalah disebabkan rasa
kebimbangan guru berkaitan dengan disiplin murid semasa menggunakan media
basah. Guru bimbang murid-murid akan mengotorkan baju dan bilik darjah dengan
menumpahkan air dan cat air. Disebabkan oleh kebimbangan tersebut, guru kurang
dan tidak mengajar cat air semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Akibat daripada masalah tersebut, murid-murid jarang diajar kemahiran
menggunakan cat air dengan betul dan tidak diberi pengayaan dan pemulihan bagi
meningkatkan kemahiran menggunakan cat air semasa aktiviti catan dijalankan.
Selain itu, guru juga bimbang masa pengajaran dan pembelajaran banyak digunakan
untuk melakukan pembersihan selepas murid-murid menjalani aktiviti catan. Bagi
memperkukuhkan dapatan ini, soal selidik telah diedarkan kepada responden iaitu
murid-murid Tahun 4 Teratai bagi mengetahui punca murid-murid lemah menguasai
kemahiran mewarna menggunakan cat air. Berikut merupakan dapatan soal selidik
yang telah dijalankan.
Bil.

Pernyataan

Ya

Tidak

Frekuensi

Peratus
(%)

Frekuensi

Peratus
(%)

1.

Saya belajar Pendidikan Seni Visual


mengikut jadual.

20

100

2.

Cikgu mengajar Pendidikan Seni


Visual setiap minggu.

20

100

3.

Saya pernah menggunakan cat air.

20

100

4.

Saya pernah belajar catan semasa di


Tahun 1,2 atau 3.

20

100

5.

Cikgu pernah menunjukkan cara


menggunakan cat air.

20

100

6.

Cikgu pernah mengajar saya cara


memegang berus.

30

14

70

7.

Cikgu pernah mengajar saya


mencampur warna di atas palet.

20

16

80

8.

Cikgu membetulkan sekiranya saya


membuat kesalahan.

35

13

65

9.

Cikgu memesan untuk membawa


cat air, berus warna, palet, bekas air
dan kertas lukisan.

20

100

10.

Saya mempunyai cat air.

14

70

30

11.

Saya mempunyai pelbagai saiz


berus warna.

20

100

12.

Saya mempunyai palet.

19

95

13.

Saya mempunyai bekas air.

18

90

10

14.

Saya membawa bahan catan yang


dipesan oleh cikgu.

15

75

25

15.

Guru menyuruh saya menggunakan


bahannya apabila saya tidak
membawa bahan.

20

100

Jadual 2.0 Punca-punca Menyebabkan Murid-murid Lemah Penguasaan Kemahiran


Mewarna Menggunakan Cat Air Dalam Aktiviti Catan

Penyelidik telah menjalankan kaedah penyelesaian terhadap murid-murid tersebut


yang menjadi responden kajian ini. Penyelidik telah menjalankan teknik latih tubi
mewarna menggunakan cat air dalam kalangan responden. Jadual 1 dibawah
menunjukkan tahap pencapaian responden selepas menjalani latih tubi.

Murid

Ujian Pra

Ujian Pos

Min

Sisihan Piawai

Gred

Peratus
(%)

Gred

Peratus
(%)

M1

53

70

61.5

8.5

M2

64

85

74.5

10.5

M3

55

69

62

8.631

M4

43

80

61.5

13.43

M5

47

84

65.5

18.5

M6

35

70

52.5

17.5

M7

40

59

49.5

9.5

M8

45

85

65

20

M9

65

75

70

M10

55

59

57

M11

45

75

60

15

M12

20

50

35

15

M13

45

95

70

22.638

M14

25

65

45

20

M15

59

65

62

M16

15

55

35

20

M17

48

90

69

21

M18

58

85

71.5

13.5

M19

30

60

45

22.638

M20

50

85

67.5

17.5

Jadual 2 Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual tersebut menjelaskan tentang perbezaan pencapaian murid bagi ujian pra dan
ujian pos. Melalui dapatan tersebut 5 orang murid yang mendapat markah paling
rendah iaitu gred D telah meningkat ke gred B dan C. Murid-murid lain juga telah
menunjukkan peningkatan dalam ujian pos. Min bagi skor ujian pra tersebut ialah
44.85. Menurut rubrik pemarkahan yang digunakan min skor pencapaian tersebut
ialah masih dalam gred D. Manakala min skor pencapaian tersebut telah meningkat
dalam ujian pos sebanyak 72.8 iaitu pada gred B. Graf 1.0 di bawah menunjukkan
tahap peningkatan skor pencapaian murid-murid tersebut setelah menjalani latih tubi
selama 4 minggu secara berturut-turut.

Graf 1.0 Analisis Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Perbincangan Tentang Implikasi Dapatan Kajian Dengan Fokus Kajian


Secara keseluruhan dapatan kajian dapatlah disimpulkan bahawa teknik latih tubi
boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat
air dalam kalangan murid Tahun 4 mahupun murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2.
Teknik latih tubi ini dapat digunapakai kerana teknik latih tubi merupakan satu siri
latihan yang boleh melatih murid-murid bagi menguasai kemahiran asas mewarna
menggunakan cat air. Hal ini terbukti kerana hasil dapatan yang menunjukkan
peningkatan tahap penguasaan murid-murid. Hasil dapatan ini boleh diperkukuhkan
menurut Ezani Yusuf (1999), teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta
atau kecekapan yang dipelajari.aktiviti pengulangan ini dijalankan adalah bertujuan
untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya.
Menurut beliau juga, teknik ini sesuai digunakan untuk isi pembelajaran yang
memerlukan ikutan dan ulangan.

Cadangan Tajuk Kajian Masa Depan


Penyelidik mencadangkan supaya kajian ini dilanjutkan dengan lebih mendalam dan
terperinci berkaitan dengan penguasaan cat air dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah. Hal ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu kaedah atau teknik baru dan
sesuai untuk meningkatkan tahap kemahiran murid-murid di sekolah rendah
menggunakan cat air dalam aktiviti catan mahupun dalam aktiviti Pendidikan Seni
Visual yang lain. Contonnya, dalam bidang membuat corak dan rekaan, membentuk
dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional, terdapat penggunaan cat air
dalam aktiviti tersebut. Oleh itu, penyelidik yang seterusnya boleh
memperkembangkan lagi kajian ini dan mengaplikasikan teknik latih tubi yang
digunakan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid
semasa menggunakan cat air.
Selain itu, kajian ini boleh dilanjutkan kepada murid-murid lain sama ada di Sekolah
Kebangsaan Agama Sibu ataupun di sekolah rendah yang lain. Hal ini kerana,
masalah penggunaan cat air merupakan satu masalah yang sering kali berlaku kerana
terdapat sebilangan guru tidak mahu mengambil rasiko mengajar menggunakan cat
air. Guru perlu mengawal dan sentiasa peka terhadap disiplin dan tingkah laku murid
agar sesi pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan terkawal dan berjalan dengan
lancar. Guru boleh menggunakan kajian ini sebagai panduan untuk membuat kajian
seterusnya bagi mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah berkaitan cat air.
Akhir sekali, kajian ini boleh dilanjutkan untuk menambahkan lagi dapatan kajian ini
berkaitan dengan punca-punca yang menyebabkan murid-murid lemah menguasai
kemahiran menggunakan cat air. Daripada punca-punca yang dikenalpasti, guru-guru
dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Masalah yang
menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran ini perlu diatasi supaya muridmurid dapat menerima ilmu yang perlu disampaikan kepada mereka. Oleh itu, guru
boleh menggunakan teknik latih tubi bagi mengatasi masalah kelemahan penguasaan
kemahiran cat air yang dihadapi kerana teknik latih tubi mampu mengukuhkan
kemahiran yang perlukan latihan yang berulangan.

10

Senarai Rujukan
Buku
Al Hurwitz and Michael Day (2007). Children and Their Art: Methods for The
Elementary School. Thomson Higher Education, Belmont. United State of
America.
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai Subramaniam (2002).
Reka Bentuk Perisisan Multimedia. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Chua Y.P (2006). Kaedah Penyelidikan. Serdang: McGraw-Hill Sdn Bhd.
Ee A.M (2005). Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.
Ee A.M (1987). Pedagogi Bakal Guru. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
John P (1978). John Pike Paints Watercolor. Watson Guptill University of
California.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan. Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nani Menon & Abdullah (2006). Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah.
Wangsa Melati: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Rozita Tapah & Mazlan Othman (2004). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2.
Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Shahizan, Tsai C.C & Saw H.C (2006). Interpersonal dan Intrapersonal Untuk
Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Simpson E.J (1972). The Classification of Educational Objectives in The
Psychomotor Domain. Washington DC: Gryphon House.

Media Elektronik
Ezani Yusoff (1999). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Jun 24, 2011
dari bobezani.tripod.com/teknik.htm

11

You might also like