You are on page 1of 7

LATIHAN AMALI 2

TAJUK: PENGARUH PUCUK


1.0 PENGENALAN:
Lazimnya pokok tumbuh dengan satu batang sahaja. Tunas-tunas axilari tidak
berkembang. Ini adalah akibat pengaruh pucuk. Telah lama diketahui bahawa auksin
mengawal perkembangan tunas-tunas tersebut. Auksin dihasilkan dalam paras yang
banyak oleh tunas pucuk muda dan sedang berkembang. Auksin kemudian diangkut
kearah kawasan bawah pokok dan ia menghalanf tunas-tunas axilari berkembang.
Sekarang diketahui hanya auksin sahaja satu-satunya bahan yang menghalang
perkembangan tunas. Sitokinin dan giberelin mungkin juga terlibat.
2.0 OBJEKTIF AMALI:
Mengkaji peranan pengatur-pengatur tumbesaran dan interaksinya ke atas
perkembangan tunas-tunas pokok kacang panjang.
3.0 BAHAN-BAHAN AMALI:
1. Biji bernih kacang panjang(hendaklah disemai dalam pasu 2 minggu sebelum
amali).
2. Pasu besar (5biji).
3. Bikar, 100ml 4 biji
4.0 BAHAN-BAHAN KIMIA:
1. Lanolin atau Vaselin
2. IAA(indole acetic acid)
3. GA(Gibberelic acid)
4. Kinetin

5.0 KAEDAH:
1. Semai 8-10 bijih benih untuk setiap pasu. Setelah ianya bercambah buangkan
pokok-pokok yang tidak segar atau cacat. Biarkan 5-6 pokok tumbuh untuk setiap
satu pasu.
2. Berikan rawatan berikut:

Pasu 1 : tanpa rawatan, sebagai kawalan.

Pasu 2: potongkan pucuk pada buku yang keempat dan rawatan lanolin pada
permukaan keratan itu.

Pasu 3: potongkan pucuk pada buku yang keempat dan rawatan adunan 0.1% acid
indol asetik- lanolin pada permukaan keratan itu.

Pasu 4: potongkan pucuk pada buku yang keempat dan rawatan dengan adunan
campuran 1 % asid indol asetik,0.1% asid giberelik dan lanolin pada permukaan
keratan itu.

Pasu 5: : potongkan pucuk pada buku yang keempat dan rawatan dengan adunan
campuran 1 % asid indol asetik,0.1% asid kinetin dan lanolin pada permukaan
keratan itu.

3. Ukurkan tiap-tiap internod (antara buku) untuk semua pokok. Pastikan tanda
setiap pokok supaya tidak terkeliru kelak.
4. Selepas 6-8 minggu ukurkan setiap internod pokok-pokok itu sekali lagi. Ukur
juga setiap tunas aksilari yang mungkin berkembang.

6.0 DATA KEPUTUSAN

PASU

1- Kawalan

Panjang pokok sebelum

Panjang pokok selepas

Beza ukuran

rawatan(0 minggu)

rawatan(5 minggu)

(cm)

Pokok 1 = 1.0 cm

Pokok 1 = 3.0 cm

Pokok 2 = 5cm

Pokok 2 = 8.5 cm

Pokok 3 = 2.5 cm

Pokok 3 = 5.0 cm

Pokok 4 = 4.0cm

Pokok 4 = 7.0 cm

Pokok 5 = 3.0cm

Pokok 5 = 6.0 cm

Purata = 3.1 cm

Purata = 5.9 cm

2- Rawatan

Pokok 1 = 2.0 cm

Pokok 1 = 4.3 cm

lanolin

Pokok 2 = 2.3 cm

Pokok 2 = 4.3 cm

Pokok 3 = 4.5cm

Pokok 3 = 6.9 cm

Pokok 4 = 5.5cm

Pokok 4 = 7.6 cm

Pokok 5 = 5.0cm

Pokok 5 = 6.7 cm

Purata = 3.8 cm

Purata = 6.2 cm

3- Rawatan

Pokok 1 = 7.5 cm

Pokok 1 = 13.0 cm

adunan 0.1%

Pokok 2 = 6.0 cm

Pokok 2 = 12.0 cm

acid indol

Pokok 3 = 6.5 cm

Pokok 3 = 13.0 cm

asetik

Pokok 4 = 6.0 cm

Pokok 4 = 12.0 cm

Pokok 5 = 7.0 cm

Pokok 5 = 12.0 cm

Purata= 6.6 cm

Purata= 13.4 cm

Panjang pokok

Panjang pokok selepas

PASU

Purata = 2.8

Purata = 2.4

Purata = 5.8

Beza ukuran

4- 1 % asid

sebelum rawatan.
Pokok 1 = 4.0 cm

rawatan.
Pokok 1 = 1.0 cm

indol

Pokok 2 = 4.0 cm

Pokok 2 = 10.0cm

asetik,0.1%

Pokok 3 = 3.5 cm

Pokok 3 = 9.0 cm

asid giberelik

Pokok 4 = 3.5 cm

Pokok 4 = 9.0 cm

dan lanolin

Pokok 5 = 4.0 cm

Pokok 5 = 11.0 cm

Purata = 3.8 cm

Purata = 9.8 cm

5- Rawatan

Pokok 1 = 6.5 cm

Pokok 1 = 7.1 cm

campuran 1

Pokok 2 = 5.5 cm

Pokok 2 = 6.1 cm

% asid indol

Pokok 3 = 6.0 cm

Pokok 3 = 6.6 cm

asetik,0.1%

Pokok 4 = 6.5 cm

Pokok 4 = 6.9 cm

asid kinetin

Pokok 5 = 5.5 cm

Pokok 5 = 6.3 cm

dan lanolin

Purata = 6.0 cm

Purata = 6.6 cm

7.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN:

(cm)

Purata = 6.0

Purata = 0.6

Pasu yang diberi rawatan 1% IAA + 0.1% GA iaitu pasu yang ke 4 memberikan beza
ukuran yang paling tinggi di antara pasu-pasu lain. Ini bermakna auksin (IAA)
menggalakkan pertumbuhan tumbuhan disepanjang apeks pucuk. Begitu juga dengan
pasu yang diberi rawatan 0.1% IAA iaitu pasu yang ke 3. Giberelin juga membantu dalam
proses pemanjangan sel dimana fungsinya dapat dilihat melalui ukuran diatas yang
menambahkan pemanjangan pokok dengan banyak sekali.

Fungsi giberelin dan auksin adalah

membantu dalam pemanjangan sel, mengaruh

partenokarpi, membantu aktiviti kambium dan merangsang sintesis asid nukleik dan
protein. Dalam ada juga perbezaan fungsi di antara kedua-dua jenis hormon ini iaitu pada
kepekatan tinggi IAA menghalang pemanjangan sel tetapi GA tidak. IAA tidak membantu
memulihkan tumbesaran tumbuhan yang terbantut tetapi GA amat membantu. Dan IAA
diangkut secara polarisasi manakala GA bergerak dengan bebas kemana- mana arah.

Beza ukuran yang paling kurang dapat dilihat pada pasu 5. Hal ini dapat memberikan kita
satu kesimpulan bahawa kemungkinan hormon IAA yang tinggi telah dineuralkan oleh
hormon kinetin.

Dan yang terakhir, daripada pasu yang ke 2, iaitu yang diberi rawatan lanolin sahaja,
bolehlah disimpulkan melalui ukuran yang diperolehi bahawa hormon ini kurang

berkesan untuk merencatkan pertumbuhan tunas auxilari berbanding auksin yang


merencatkan pertumbuhan tunas dan menggalakkan pertumbuhan disepanjang apeks
pucuk tumbuhan tersebut.

Kesimpulannya ialah hormon- ormon tumbuhan seperti Auksin, Giberelin, sitokinin,


etilina, asid absisik adalah contoh hormon yang mengawal tumbesaran tumbuhan.
Hormon yang paling penting adalah auksin yang merangsang tumbesaran sel,
pembahagian sel, dan mengawal pengaruh pucuk manakala giberelin pula mengawal dan
merangsang pemanjangan batang.

SOALAN :
Bincangkan peranan auksin ke atas perkembangan tunas dan pucuk.

Auksin yang merangsang tumbesaran sel, pembahagian sel, dan mengawal pengaruh
pucuk, tetapi menghalang tunas auxilari untuk berkembang.

You might also like