You are on page 1of 24

Sistem Brek

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak
mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.
Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai
kuasa kuda membrek atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda
memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana
nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut
kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah
terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original.
Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak
dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek/brake shoe), saluran minyak,
pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen
injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas
mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.
Kereta Baru
Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk
pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di
tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang
kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan
menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya
tidak terlalu makan mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek
sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.
Cara Penjagaan Sistem Brek.
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum
pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. INGAT! JANGAN
SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH
PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak rotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan
lapisan pencengkam masih tebal. Sekira di dapati pencengkam makan tidak sama antara kiri
dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana
kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat
merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama
juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat tanggal atau apa-apa bahan
berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya.
Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar
semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk
kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot
4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa
tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan
keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat
daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada
boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali
disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik
brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek jam. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek
tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah
pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya
dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat
kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan
melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah
ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat
menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin
(gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda
kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran
minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda
dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih
cepat apabila padel ditekan.
Akhir sekali, pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak enjin, minta
mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras
padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis

petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain perlu juga
selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis
minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang
tinggi untuk upahnya.

PENGENALAN
Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta memberhentikan
kenderaan. Selinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi
memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya
hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring menentang pusingan
rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek.
Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan
dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan
ketika meletakkan kenderaan ( parking ) atau membrek dalam kecemasan.
Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder induk untuk menambah kuasa
ketika membrek.

KEGUNAAN
Untuk membolehkan kenderaan berhenti dengan segera dan selamat
Untuk mengawal kenderan semasa dalam perjalanan
Untuk meletak kenderaan ditempat yang curam
SISTEM BREK YANG BAIK MESTILAH:Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.
Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.
Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.
JENIS-JENIS SISTEM BREKE
Mekanikal
Gabungan mekanikal dan hidraulik
Hidraulik
Angin (pneumatik)

Sisten Brek Jenis Hidraulik menggunakan Prinsip Paskal yang mana didalam prinsip ini
menyatakan 'cecair yang tertutup dapat memindahkan tekanan yang sama pada semua
arah tanpa menghilangkan kuasa yang dihasilkan.Cecair tidak boleh dimampatkan dan
tekanan pada keseluruhan sistem adalah sama'.

KOMPONEN BREK JENIS HIDRAULIK


Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut
Pedal brek
Silinder induk (master cylinder)
Saluran paip brek (brake pipe line)
Silinder roda (wheel cylinder)
Angkup brek (brake caliper)

Master Cylinder@Silinder Induk


Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan dan satu badan silinder
induk.
Takungan disediakan bagi membekalkan bendalir brek untuk mengendalikan sistem brek.
Pada bahagian silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama (primary
rubber cup) dan penyendal pendua (secondary rubber cup).
Spring dipasang di hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal selepas
membrek.
Injap pampasan(check valve) pula dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan
didalam paip brek.
Dua liang keluaran disambungkan keroda menggunakan saluran paip brek.Satu gelang
snap dipasang supaya dapat menahan komponen dalam silinder dari keluar Dibahagian
luarnya pula terdapat pengadang habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran daripada
masuk ke dalam silinder.
Rod tunjal digunakan untuk menyambungkan tekanan dari pedal ke silinder induk.

SALURAN PAIP BREK(BRAKE PIPE LINE) DAN HOS BOLEH LENTUR(FLEXIBLE HOSE)
Paip brek dan hos boleh lentur dipasangkan pada sistem brek adalah untuk menghantar
cecair yang bertekanan tinggi ke angkup brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder).
Umumnya hos boleh lentur dipasang pada roda hadapan.Ini disebabkan roda hadapan
bergerak turun dan naik.
Oleh kerana bendalir brek beroperasi dalam tekanan yang tinggi,paip dan hos brek mestilah
diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi bagi mengelakkan kebocoran.
Paip brek diperbuat daripada steel tube yang dapat menahan karat dan tekanan tinggi.
Manakala hos boleh lentur diperbuat daripada getah campuran yang bermutu tinggi.

ANGKUP BREK(BRAKE CALIPER)


Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu :1. Angkup tetap (fix caliper )

Jenis angkup tetap biasanya mempunyai 2 atau 4 piston yang dipasang secara
bertentangan antara satu sama lain.
Tiap-tiap silinder terdapat satu sesendal (seal).
Sesendal ini berfungsi untuk menghalang minyak brek keluar dari silinder dan bersifat
menarik balik piston ke tempat asal bagi menyediakan satu kelegaan larian antara pad
dengan permukaan disk.

2. Angkup apungan (floating caliper)

Angkup jenis apungan (floating) mempunyai satu piston sahaja,tetapi saiznya agak besar
dari saiz piston yang digunakan pada angkup tetap.
Angkup brek biasanya digunakan bagi brek jenis disk (piring)

CECAIR BREK
Sistem brek merupakan satu sistem keselamatan yang penting bagi sesebuah kenderaan.
Pemeriksaan level atau kuantiti kandungan cecair brek merupakan satu perkara penting
dan ianya mudah dilakukan. Cecair brek disimpan dalam reservoir/takungan yang mana
dipasang diatas selinder induk ( master cylinder ). Setiap kali kita buka hood (bonet depan)
kita akan nampak reservoir cecair brek ini.

Semejak tahun 1980, telah terdapat banyak reservoir cecair brek dibuat daripada plastik lut
cahaya (translucent plastic). Oleh itu untuk pemeriksaan level/paras cecair boleh dilakukan
melalui badan reservoir tanpa membuka penutupnya. Biasanya pada badan reservoir telah
ditandakan dengan perkataan FULL and ADD or MAX and MIN.

Semua cecair brek diklaskan oleh Department of Transportation (DOT) dan ditanda dengan
nombor DOT 3, 4 dan 5. Dalam pemilihan cecair yang betul kepada sesebuah kenderaan
tidak berpandu kepada DOT 3 adalah bagus, DOT 4 adalah lebih bagus dan DOT 5 yang
paling bagus. Dalam pasaran domestic lebih ditentukan DOT 3 dan DOT 4 lebih sesuai
untuk kenderaan tetapi syariakt FORD menamakan DOT 3 sebagai heavy-duty variation
kerana pembuatannya lebih bermutu tinggi.
Dari segi Proses pembuatan, DOT 3 dan DOT 4 dipangil cecair polyglycol. DOT 5 lebih
kepada silikon. Dalam sektor pembuatan kereta sekarang tidak terdapat sistem brek yang
sesuai dan menepati ciri-ciri untuk DOT 5 . Walaubagaimanapun,ketiga jenis cecair brek ini
adalah sesuai untuk sistem brek tetapi tidak boleh dicampurkan di dalam satu-satu sistem
brek.
Cecair brek ini perlu ditukar setiap 18-24 bulan atau diantara 30000 km ke 40000 km.

CIRI-CIRI BENDALIR BREK


1.TIDAK BOLEH DIMAMPAT.
2.TIDAK BERBUIH
3.TIDAK TERPELUWAP APABILA SUHU TNGGI
4.TIDAK MENGHAKIS BAHAGIAN LOGAM
5.TIDAK MENGERASKAN DAN MENGLEMBUTKAN BAHAN BREK SEPERTI YANG
DIPERBUAT DARIPADA
GETAH.
6.BERTINDAK SEBAGAI BAHAN PELINCIR
7.TIDAK MENGARATKAN KOMPONEN BREK
8.TIDAK MUDAH BEKU
SIFAT-SIFAT BENDALIR BREK
1.TIDAK BERBUIH
2.TIDAK BOLEH DIMAMPATKAN
3.TIDAK MENGARATKAN KOMPONEN BREK
4.TIDAK BERTINDAK PADA GETAH SISTEM BREK
5.TIDAK MUDAH JADI WAP/SUHU DIDIH TINGGI
6.TAHAN HABA.

Brek Jenis Gelendong@ drum


Brek jenis gelondong biasanya digunakan pada brek belakang kenderaan yang diadukan
dengan brek disk sebelah hadapannya.
Kereta lama biasanya gunakan keempat-empat brek gelendong
Brek ini memberhentikan pusingan gelendong dan roda melalui geseran di antara alas
brek gelendong.

Permukaan drum licin dan rata.Lining brek dipasang pada kekasut supaya dapat bergesel
dengan drum.
Diantara kekasut brek terdapat silinder roda (wheel cylinder) yang akan menolak kekasut
brek supaya bersentuhan dengan drum brek.
Terdapat juga komponen-komponen lain seperti:Spring kembali (return spring ) - bertindak sebagai menarik kekasut brek ketempat asal
selepas pedal brek dilepaskan.
Pelaras untuk melaras kelegaan antara lining dengan permukaan drum atau untuk
membuat perlarasan hand brek.
Cemat pengunci untuk menetapkan/mengunci kedudukan kekasut brek pada backing plat

Selinder Roda / wheel cylinder


Ia digunakan dalam brek hidraul. Ia mengembangkan kekasut brek keluar untuk membuat
sentuhan dengan gelendong, tekanan ini akan dikenakan apabila pedal brek diinjak.
Didalam silinder roda terdapat satu atau 2 piston dengan mangkuk getah(rubber cup).
Diantara piston tersebut dipasang spring. Spring ini akan mengembalikan semula piston
ketempat asal selepas beroperasi. Pada silinder juga terdapat skru penjujus (bleeding
screw) untuk tujuan membuang udara yang terperangkap dalam sistem brek. Pengadang
habuk (dust cover) dipasang dibahagian luar silinder bagi mengelakkan kekotoran masuk
kedalam silinder. Silinder roda (wheel cylinder) biasanya digunakan untuk brek jenis
gelendung (drum).

Lining Brek
Lining brek dipasang pada kekasut brek(brake shoe) dengan menggunakan 2 kaedah iaitu
dengan cara dirivet dan menggunakan gam yang tahan panas.
Lining brek diperbuat daripada asbestos yang boleh tahan panas dan geseran

Susunan Lining Brek


Bagi roda yang menggunakan jenis brek drum biasanya menggunakan 2 lining yang
dipanggil lining primer dan lining sekunder atau kedua-duanya sekunder.
Susunan lining brek primer dan sekunder menggunakan satu silinder roda yang dipasang
ditengah-tengah antara lining primer dan sekunder.
Apabila pedal brek ditekan piston dalam silinder roda akan menolak lining brek dan
bersentuh dengan permukaan drum.
Lining brek primer biasanya mengalami tekanan yang lebih dari brek lining sekunder.Ini
menyebabkan lining brek primer cepat menjadi nipis.
Jenis ini biasanya digunakan pada roda belakang,keupayaan membrek agak lemah jika
dibandingkan dengan dua lining sekunder.

Manakala jenis dua lining brek sekunder menggunakan 2 silinder roda yang berasingan
pada satu roda beserta dengan unit pelaras pada setiap lining brek.
Kedua-dua lining brek bergerak mengikut arah pusingan gelendung,dengan ini akan
menyebabkan kuasa membrek yang lebih mencengkam.
Kelemahan jenis ini ialah kedua-dua lining brek akan bertindak sebagai lining brek primer
semasa kenderaan mengundur.

Drum@Gelendung
Diperbuat daripada besi tuangan dan aluminium atau besi tuangan dan keluli.Besi tuangan
digunakan sebagai permukaan dalam drum sahaja.
Kebanyakkan drum brek sekarang menggunakan jenis besi tuangan dan keluli.Ini adalah
kerana keluli lebih teguh dan besi tuang pula tahan dan bermutu tinggi dan dapat
mengalirkan haba dengan cepat.
Semasa brek beroperasi drum akan menjadi panas,unutk mengalirkan haba yang terbentuk
itu ke udara biasanya permukaan luar drum dibuat bersirip(tidak pada semua kenderaan)
dan rim roda yang berlubang digunakan.

Brek Jenis Disk


Biasanya digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta dan ke empat-empat
roda bagi sesetengah kereta. Satu disk dipasang ke hab roda dan berputar sekali dengan
tayar dan roda. Apabila pemandu mengenakan brek, tekanan hidraul daripada selinder
induk digunakan untuk menolak lapik geseran ( pad ) melawan gerakan rotor kemudian
memberhentikannya.

Binaan Disk@Piring
Brek disk mempunyai permukaan yang licin pada kedua-dua belah permukaannya.
Biasanya diperbuat dari besi tuangan. Ada juga yang dibuat padu dan ada yang dibuat
bersirip pendingin diantara permukaan brek

Pad brek
Pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak.
Pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos,logam lembut dan damar.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BREK JENIS DISK


Kebaikan
Tiada perlarasan perlu dibuat keatas pepasangan brek disk
Masalah brake fade dapat dikurangkan
Senang untuk membuat pemeriksaan
Keburukan
Berkehendakkan tekanan yang tinggi jika sistem servo unit rosak

BREK TANGAN ( HAND BRAKE )


Juga disebut brek kecemasan atau parking brake.Ia digunakan apabila kenderaan telah
diberhentikan atau kenderaan akan ditinggalkan di tempat letak kereta.

Ini bertujuan bagi memastikan kenderaan tersebut tidak akan bergerak dan berada dalam
keadaan selamat.
Selain dari itu brek tangan berfungsi sebagai membantu memberhentikan kenderaan
seandainya sistem brek hidraulik kurang berfungsi.Amalan ini tidak harus diamalkan,hanya
sekadar waktu kecemasan sahaja.
Brek tangan terdiri daripada tiga unit penting iaitu:1. Unit ratchet
2. kabel keluli boleh lentur
3. Unit gesel brek

KENDALIAN BREK TANGAN (HAND BRAKE)


Brek tangan dikendalikan secara mekanikal. Apabila lengan tuil ditarik,kabel akan menarik
gesel brek digelendung (drum) .
Ini menyebabkan gesel brek keluar gesel dan menekan permukaan gelendung (drum).Ini
akan menyebabkan roda tidak bergerak lagi

BREK BOOSTER (SERVO)


Brek booster(servo) digunakan sebagai bantuan kepada sistem brek hidraulik.Di pasang
bersama selinder induk / master pump dan disambung terus ke pedal brek. Merupakan
sebagai alat penggalak kepada sistem brek bagi memberikan kecekapan yang lebih
tinggi.Brek servo digunakan untuk mempertingkatkan daya membrek hasil dari tekanan
pedal brek yang sedikit.Keistimewaan brek jenis ini ialah pemandu tidak perlu menekan
pedal brek dengan kuat untuk menghasilkan tekanan yang tinggi dalam sistem brek.
Beroperasi dengan dibantu oleh kuasa vakum dari enjin.

Terdapat 3 jenis sistem brek booster(servo) yang biasa digunakan iaitu:


1. Jenis Vacuum
Menggunakan vacuum(hampagas) yang diperolehi dari intake manifold(pancarongga
masuk) atau menggunakan vacuum pump dan disambung pada brek booster.

Bagi kenderaan yang menggunakan enjin diesel kebiasaanya ada yang pam jenis elektikal
atau mekanikal untuk mendapatkan vacuum. Pam vacuum elektrikal dipandu oleh motor
elektrik.Satu suis terdapat di brek booster untuk memberi isyarat sekiranya tahap vacuum
rendah.Jika pam rosak,sw akan menunjukkan isyarat (lampu menyala pada dashboard)
Manakala vacuum yang menggunakan pam jenis mekanikal dikendalikan dengan
menggunakan talisawat.
2. Jenis tekanan angin
Menggunakan angin yang diperolehi dari air compressor.Biasanya digunakan pada
kenderaan berat,truck ,bas dan lain-lain
3. Jenis Hidraulik
Biasanya pada kenderaan kecil seperti lori-lori kecil.Tenaga hidraulik biasanya diperolehi
dari power steering pump.
Cara lain tenaga hidraulik diperolehi ialah dengan menggunakan pam motor elektrik
hidraulik yang khas untuk brek booster.

PRINSIP ASAS BREK BOOSTER


Gegendang dipasang disekeliling perumah , gegendang membahagikan perumah kepada
dua bahagian. Apabila pedal brek dilepaskan vakum akan wujud dikedua-dua bahagian
dalam perumah. Bila pedal brek ditekan , injap udara (air valve) akan terbuka dan
membenarkan udara disekeliling masuk kebahagian belakang gegendang itu, vakum
control valve tertutup dengan itu vakum dapat dikekalkan dalam perumah
Udara yang masuk akan menolak gegendang kehadapan. Dengan itu wujud satu daya
pergerakan kehadapan dan seterusnya menolak piston ke master cylinder. Perbezaaan
yang sedikit sahaja sudah cukup untuk mewujudkan daya pergerakan

BINAAN BREK BOOSTER VACUUM (SINGLE DIAPHRAGM)


Ia mengandungi 2 bahagian sheel (kelompang)yang diikat bersama pada bahagian luarnya
Bahagian sheel hadapan mengandungi vacumm check valve. Vacuum akan masuk ke brek
booster (power head) melalui injap ini. Injap ini bertujuan untuk menyimpan vacuum dalam
brek booster.
Sekiranya berlaku gangguan pada punca bekalan vacuum, sebagai contoh jika enjin pegun
brek masih boleh berfungsi dalam keadaan yang baik (pedal brek ringan)
Brek booster masih lagi boleh membantu sistem brek membrek 2 hingga 3 kali sehingga
vacuum didalamnya sudah habis.
Plate gegendang dipasang bersama valve rod dan control valve
Hidraulik push rod dan reaction disc dipasang berasingan. Hydraulic push rod digunakan
untuk menolak primary piston pada master pump

OPERASI BREK BOOSTER VACUUM (SINGLE DIAPHRAGM)


Vacuum dibekalkan dari sheel bahagian hadapan melalui check valve
Bila pedal brek dilepaskan , kedudukan control valve akan mengelakkan udara daripada
masuk ke sheel bahagian belakang
Return spring menyebabkan diphragm berada di sheel bahagian belakang
Apabila pedal brek ditekan , valve rod bergerak ke hadapan. Ini menyebabkan valve
menutup vacuum dari masuk ke sheel bahagian belakang.
Pada masa yang sama control valve membenarkan udara sekeliling masuk ke sheel
bahagian belakang. Tekanan udara yang masuk akan menolak diphragm ke hadapan
manakala vacuum yang berada didalam sheel hadapan akan membantu menarik diphragm
ke hadapan juga. Pergerakan diaphragm ke hadapan akan menggerakkan push rod untuk
menolak piston di master cylinder. Dengan itu brek akan berfungsi.
BREK ANTIKUNCI (ABS ANTILOCK BRAKE SYSTEM)
Ia menggunakan sensor yang dipasang pada setiap roda.Dalam sistem ini,sensor pada
roda akan menghantar isyarat ke ECU tentang kelajuan pusingan roda.
Bila brek ditekan, ECU akan mengesan jika terdapat roda yang perlahan terlalu cepat dan
berkemungkinan terkunci.
ECU akan mengeluarkan isyarat untuk menggerakkan injap soleniod hidraulik bagi
mengurangkan tekanan brek ke atas roda tersebut.Ini dapat mengstabilkan pergerakan
roda daripada tergelincir semasa brek ditekan secara mengejut.

KAEDAH MENJUJUS BREK ( BLEEDING BRAKE )

*Sistem brake hydraulik mestilah dijujus bila sesuatu paip sambungan ditanggalkan atau
dimasuki angin.
1.Tanggalkan penutup takungan bendalir brek dan isikan dengan bendalir brek yang
disyorkan sehingga paras MAX.
2.Mulakan menjujus pada selinder roda yang paling jauh daripada master pump dan diikuti
kepada yang paling hampir.
3.Bersihkan skru penjujus pada silinder roda/angkup brek dari segala kotoran.Masukkan
paip vinyl pada skru penjujus dan hujung satu lagi pada bekas
botol yang diisi dengan bendalir brek.
4.Dapatkan bantuan rakan untuk menekan brake pedal dua atau tiga kali.Dengan brake
pedal ditekan sepenuhnya, longgarkan skru penjujus untuk mengeluarkan udara di dalam
sistem.
5.Ketatkan skru penjujus dengan segera sebelum brake pedal telah dilepaskan
6.Biarkan brake pedal kembali ke kedudukan asal dengan skru penjujus ditutup.
7.Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga tiada lagi gelembung-gelembung udara di dalam paip
vinyl.
8.Tekan dan lepaskan brake pedal beberapa kali kemudian periksa kebocoran pada setiap
penyambungan.

You might also like