You are on page 1of 21

Subjek BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Perbezaan antara linguistik gunaan dan linguistik perbandingan


Linguistik Gunaan
Linguistik Perbandingan
menerapkan hasil kajian linguistik untuk
membuat penyelidikan dan memberi perbezaan
kegunaan semasa
dan persamaan untuk beberapa bahasa
bahasa sebagai satu akt kebudayaan
aspek hubungan persejarahan dan keakraban
antara bahasa-bahasa diambil kira dalam
mengenal pasti perbezaan dan persamaan
strukturnya
menyumbang faedah kepada ilmu-ilmu sosial
perbandingan sesuatu bahasa itu berasal dari
yang lain
satu rumpun atau induk
linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik
linguistik perbandingan menunjukkan hubungan
terapan
yang erat dengan linguistik huraian
linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik
membuat kajian pada aspek sebutan, perkataan
bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi dan ayat iaitu antara beberapa bahasa yang
dikaji itu.
Semantik
3 jenis makna dalam semantik
1.
Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Perkataan yang boleh dirujuk
dalam kamus Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh:
babi = satwa menyusui yang bermuncung panjang, berkulit tebal,
dan berbulu kasar, serta
diharamkan bagi orang Islam
gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan
perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan
menyusui.
2.
Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna
denotatif (makna tersirat) , yang ada hubungannya dengan nilai rasa
orang yang menggunakan kata itu. makna yang diberi hubung kait
dengan budaya. Pengalaman emosi, pendidikan, pandangan dunia
dan konteks pengguna penutur.
Contoh:
babi = jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah.
gerombolan = kawanan perusuh atau penjahat
perempuan = unsur negatif
3.
Makna Gramatikal makna yang terdapat dalam imbuhan makna
sesuatu perkataan atau kata dasar berubah mengikut imbuhan yang
diberi padanya.
Bahasa Melayu Saintifik (BMS)
Buat nota dan baca
Ciri-ciri BMS
1. Laras mempunyai istilahnya sendiri
- mempunyai kecenderungan untuk memilih ungkapan tertentu yang sesuai dengan bidang.
- yang menyeronokan penulisan dalam bidang yang berbeza dalam pemilihan jenis ayat yang jelas.
- tidak terdapat ayat-ayat yang minimal yang hanya terdiri daripada subjek atau prediket seperti
bahasa basahan atau bahasa sosial.
- cenderung menggunakan ayat yang panjang terutama ayat kompleks atau ayat berlapis yang
mempunyai klausa bebas yang diikuti oleh satu atau lebih klusa tak bebas.
Baca juga tentang tokoh-tokoh linguistik yang popular seperti Leonard Bloomfield dan Ferdinand
de Saussure.
Bagaimana manusia memperolehi dan mempelajari bahasa. (5)
1. Bila bayi lahir, bayi belajar bahasa ibunya.
2. semenjak lahir seseorang bayi telah dilengkapi dengan alat pemerolehan bahasa yang dikenali
dengan LAD (language Acquistion Divise)

3. seseorang bayi telah dilengkapi dengan 1 peralatan konsep bersifat sejagat dan tiada hubungan
dengan proses belajar dan kecerdasan (Intellegent)
4. Struktur dalaman semua bahasa sama yang merupakan rumus-rumus yang telah sedia ada sejak
lahir.
5. cari sendiri.....
Berikan sumbangan tokoh-tokoh Linguistik Bahasa seperti
Plato, Aristotle, Panini, Dionysius Thax, Ferdinand de Saussure
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsan serta langkah-langkah untuk memperkasa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu di Malaysia.
yang ni boleh goreng
*linguistik antropoligikal- baca
Apakah sosiolinguistik ?
Apakah antropologikal linguistik ?
Cari perbezaan kedua-duanya.
Cari juga makna Denotatif, konatatif dan gramikal dan baca tentang konsep Bahasa Melayu Saintifik
(BMS)
Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan
2.0 Peranan Bahasa Melayu
3.0 Cabarabn Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Era Global
4.0 Masalah-masalah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
5.0 Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
6.0 Rujukan

1.0

Pendahuluan

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik pengisytiharan
tersebut Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti yang telah diwartakan dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam
institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
Kamus Dewan telah mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan
awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon
Mohammad pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa
Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran
negara. Oleh itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam
sistem pendidikan negara., urusan perniagaan dan pentadbiran. Bahasa rasmi pula mungkin
membawa lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara.

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam
merealisasikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidarity dapat ditafsirkan sebagai satu proses
yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat serta negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan
tanah air. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah
bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam
lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang
berbilang kaum dalam sesebuah negara.
2.0 Peranan Bahasa Melayu
Peranan bahasa Melayu ialah asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat. Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai
asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub
dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini
pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini ialah berdasarkan penduduk asal di
Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang
demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk
membina sebuah negara.
Selain itu, peranan bahasa Melayu dapat mewujudkan lambang jati diri. Bahasa Melayu mempunyai
lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Hasrat ini terungkap dalam dasar
bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui
perkara ini, bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini
sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya, negara Jepun
dengan bahasa Jepunnya dan negara Jerman dengan bahasa Jermannya. Oleh hal demikian,
bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia. Dengan hal
demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi
memenuhi maksud kemajuan acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.
Bahasa Melayu telah memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini
terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan
Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberikan tempat sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas
pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
Bahasa Melayu menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.Bahasa
Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa
Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu
melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan
bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang
dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan
kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini
perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan
bahasa ini di persada antarabangsa.
3.0 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global.
Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan kegemilangan
sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globalisasi, liberalisasi dan
pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi
persuratan, dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran
dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad
ini, dari dekat ke dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang

memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja.
Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara
yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara
sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini
akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun.
Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar
pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya.
Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat.
Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi
maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan
penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak
sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara.
Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah
membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu
yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan
menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta
pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan
tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa
hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa
pembinaan tamadun bangsa.
Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat
keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu terjamin
kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan
perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.
Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi.
Elemen peribumi ialah elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni
proses pindaan melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian
daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang
dipersetuju sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah
sistem beraja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam.
Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh prinsip sama
rata. Elemen peribumi tersebut ialah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Oleh yang demikian
elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan
bahawa peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis RajaRaja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan,
adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, ketika darurat. Selain peruntukan mengenai
pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-raja
mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran
istana.
4.0 Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar
tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali
gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa
Melayu
ketandusan
istilah
ilmu.
Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang
berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil
terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat
dilaksanakan
dengan
berkesan.
Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran
bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak

diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku


berunsur ilmiah yang diterbitkan dalam kalangan guru.
Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta
ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Suratmenyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakannya tidak dibuat
dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia
mencetuskan
banyak
masalah
kebelakangan
ini.
Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk
memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah. Dewan
Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undangundang. Oleh itu, usaha ke arah ini kurang berkesan.
Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu
disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan
perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk
menjadi
pengantar
ilmu.
Arbak
Othman,
Dewan
Bahasa
(2006:
27-29)
Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan
bahasa Melayu kurang dipraktikan dan lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini
terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah
bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.
Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga
dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang
memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat
lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris
sebagai bahan rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli
akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal
dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.
Setelah dikenal pasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu,
tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.
5.0 Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9
November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa
Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara
dan bagi mengangkasakan tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk
menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut
dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar
bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.
Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan
perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang
agak serius. Apabila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan
dengan berbagai-bagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran.
Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan
diberi pengiktirafan serta mendapat markah bonus dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan
mendorong penghasilan bahan ilmiah dalam kalangan guru.
Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini akan
mempercepat proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi
penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa
Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa
Melayu sebagai pengantara ilmu.

UNGSI WACANA DALAM BAHASA MELAYU


ABSTRAK

Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu


yang sangat penting bagi melahirkan sesebuah hasil yang berkualiti. Setiap murid yang
berada di sekolah rendah mahupun menengah seharusnya tahu akan fungsi dan seterusnya
mahir menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya. Kegagalan seseorang
pelajar menguasai wacana, akan menyebabkan mereka gagal dalam melahirkan atau
menghasilkan sesebuah penulisan yang kritis dan puitis. Wacana bukanlah sesuatu yang
boleh dipandang ringan oleh pelajar, malah ianya perlu dipelajari dan dikuasai. Latihan yang
berterusan sama ada bertulis mahupun pembacaan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar
sejak di bangku sekolah rendah lagi agar mereka dapat menguasai sepenuhnya
sehinggalah mereka dapat mengaplikasinya sehingga ke tahap menara gading dan ke tahap
yang lebih tinggi lagi.
1.0
PENDAHULUAN
Bahasa adalah alat perhubungan yang paling efektif. Bahasa juga menggambarkan status
seseorang . Penggunaan kata yang sempurna dan tuntas baik secara lisan mahu pun
tulisan menjadikan bahasa itu semakin gramatis dan difahami. Penggunaan kata dan
wacana dalam ayat yang dituturkan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang
lengkap setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris
ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk
sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa
maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta
percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit
bahasa yang melebihi batas ayat. Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam
bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan
wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada
ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut
beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Di dalam tatabahasa,
wacana ini diletakkan di tahap paling atas atau tertinggi mengikut hierarki dan boleh
dinyatakan seperti rajah berikut:
Fornem morfem Perkataan Frasa Klaus Ayat Wacana
Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa
mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad. Walaupun begitu, sejumlah ayat tertentu hanya

membawa satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk
satu fokus pemikiran yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana. Selain
itu, wacana juga boleh disebut sebagai rentetan, tautan dan
-1hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga menjadi satu bentuk ayat,
perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah, buku seminar, bengkel, forum dan
sebagainya.

Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu wocono atau woco yang membawa
maksud baca. Terdapat dua jenis wacana di dalam unit bahasa iaitu wacana lisan dan
wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan
komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan
harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini
melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam menyampaikan
sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada tulisan dan melibatkan
hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan
ini adalah secara tidak langsung . Contoh wacana tulisan adalah seperti tulisan rencana,
akhbar, majalah, novel dan lain-lain lagi.

2.0

FUNGSI PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk
menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau
berucap dan ia amat penting dalam sesuatu teks kerana penanda wacana dapat
mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain
sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain perkataan, penanda wacana ini digunakan
untuk:
i)
menyambung ayat dengan ayat;
ii)
iii)
gramatis

menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain; dan


melahirkan

ayat-ayat
dan
dan bermakna.

-2-

perenggan

yang

berkesinambungan,

Raminah Hj Sabran (1985) melalui bukunya Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan meluas sebagai
panduan kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa seluruh negara. Nik
Safiah Karim (2009) di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ada menyebut tentang fungsi
penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi bersama oleh Samsu Yaakob (2009) di
dalam bukunya yang berjudul Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa
Melayu. Menurut mereka ini, di dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis
utama penandaan wacana seperti:
i)

Penanda Penghubung;

ii)

Penanda rujukan;

iii)

Penanda penggantian;

iv)

Penanda leksikal; dan

v)

Penanda elipsis atau pengguguran.

Bagi meningkatkan mutu penulisan di kalangan pelajar, mereka seharusnya tahu


menggunakan wacana yang sesuai dan pelajar juga perlulah tahu akan fungsi wacana yang
digunakan. Terdapat empat fungsi utama di dalam penanda wacana iaitu:
a). Penghubung tambahan;
b). Penghubung tentangan atau sebaliknya;
c). Penghubung musabab atau sebab; dan
d). Penghubung tempoh masa atau ketika.

2.1

Menunjukkan maksud penghubung tambahan.

Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penghubung


tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada
sesuatu
perkara yang telah diperkatakan sebelumnya. Antara penanda wacana
yang
terdapat di dalam jenis ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan
pula,
lebih-lebih lagi, di samping itu dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang boleh
dibina adalah seperti:
-3a).
mencabar

Tugas

sebagai seorang guru di kawasan pedalaman benar-benar


dan memberi pengalaman baru kepadanya kerana sebelum ini

dia
bandar besar.
penduduk-penduduk
dengan lebih

b).
Pendidik
melakukan
praktikal.Di samping
menarik minat

2.2

merupakan seorang anak orang berada yang tinggal di


Malahan dia juga berpeluang beramah-mesra dengan
termasuklah petani dan penternak dalam mengenali mereka
rapat lagi.

haruslah
berusaha
membimbing
pelajarnya
pelbagai aktiviti kokurikulum secara teori mahupun
itu, isi pelajaran yang hendak disampaikan mestilah
pelajar.

Menunjukkan maksud sebaliknya atau penghubung tentangan.

Menurut Nik Safiah Karim (2009), penghubung tentangan ialah penghubung


yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baru diperkatakan dengan
yang sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara penanda wacana yang sering dan
boleh digunakan oleh pelajar dalam menulis karangan ialah seperti tetapi, sebaliknya,
namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagi. Contoh ayat yang
menggunakan wacana ini adalah seperti berikut:

a).
kecilnya

b).
kecil
Hamid

Kassim

telah
lama
berpindah
ke
Semenanjung. Namun hati
masih teringat akan negeri di bawah bayu itu.

Ani dan Razak adalah anak angkat Pak Hamid yang dipelihara sejak
lagi. Walau bagaimanapun, mereka berdua menganggap Pak
seperti bapa kandung mereka sendiri.

-42.3

Menunjukkan maksud sebab atau penghubung musabab.

Pelajar juga boleh menggunakan wacana yang sesuai bagi menunjukkan


sebab berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. Apabila penanda wacana ini digunakan,
jalan cerita akan menjadi lebih gramatis dan menarik dan menunjukkan kematangan pelajar
dalam memilih kata-kata yang sesuai di dalam penulisan. Antara penanda

wacana menunjukkan sebab ini ialah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal
demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi. Pendapat di atas telah disokong oleh Siti
Hajar binti Abd Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu II terbitan Oxford Fajar (2009). Contoh
ayat yang dapat ditunjukkan dalam bahagian ini adalah seperti di bawah:

a).
Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan
di
pinggir bandar. Sikap penduduk yang tidak memberikan kerjasama
dan
tidak mempunyai semangat kejiranan menjadikan masalah ini
sukar
dibendung. Oleh hal demikian, pihak berkuasa telah
mengarahkan ahli
Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan
dengan lebih kerap.

b).
lebih
kepompong

2.4

Keadaan hidup keluarganya amat daif. Maka itu dia terpaksa bekerja
keras
untuk
membawa
keluarganya
keluar
daripada
kemiskinan.

Menunjukkan maksud ketika atau penghubung tempoh.

Mengikut Raihana Hamdan, Aina Rosli, Amin Nur Aiman dan Salina Hussin
(2007), dalam buku Bahasa Melayu UPSR Teks dan Rujukan Lengkap turut mengatakan
bahawa fungsi wacana adalah merujuk kepada maksud ketika atau penghubung tempoh
iaitu penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu peristiwa
atau kejadian. Antara penanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah
seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya.
-5Antara contoh ayat yang dapat dibina dalam wacana jenis ini ialah seperti:

a).
Pertama, ibu
dan ketiga,
saya tidak dapat hadir

saya

sakit. Kedua,
kereta
saya
rosak
hujan lebat ketika itu. Itulah antara sebab-sebab
mesyuarat petang semalam.

b)
Sebaik
sahaja rombongan
kami
tiba
di
Lapangan
Terbang
Antarabangsa Sepang, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus selepas itu, kami
diberi
taklimat ringkas oleh ketua rombongan. Semua ahli rombongan
mendengar

penerangan yang disampaikan dengan penuh minat. Selepas


membawa bagasi ke tempat pemeriksaan.

itu, kami diarahkan

Selain daripada yang telah dinyatakan di atas, penanda wacana yang terdapat di
dalam bahasa Melayu ialah seperti penanda permulaan karangan, penanda memulakan isi
baharu, penanda huraian isi karangan, penanda memberi contoh, penanda menutup isi,
penanda menulis dua huraian dalam satu ayat, penanda memulakan perenggan penutup,
penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza dan penanda memulakan atau
memasukkan peribahasa.

Setelah diteliti kesemua fungsi wacana yang telah dinyatakan di atas, jelaslah
kepada kita bahawa fungsi-fungsi wacana ini sebenarkan mempunyai makna yang berbeza
antara satu wacana dengan wacana yang lain mengikut kategori yang telah ditetapkan.

3.0

PENANDA WACANA DALAM PERENGGAN


Berikut adalah contoh-contoh perenggan yang dipilih untuk melihat penggunaan
wacana di dalam petikan:
3.1

Petikan 1

Perenggan ini adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari terbitan Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk Mencipta Inovasi Sebagai Pendekatan Baru
Menyubur Kecerdasan Logik Matematik Berformula Pengalaman Yang Amat Bermakna,
muka surat 11.
Pembelajaran dengan modul Program Asas TIP RING KONSEP K3
menulis
karangan. Semasa mengaplikasinya,
saya
menjelaskan
makna
FORMULA
KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua
isi
dan ketiga kesimpulan. Setiap karangan
mesti
memenuhi
disiplin
3
komponen
tersebut. Komponen pengenalan mempunyai 3 ciri iaitu pertama isu
berdasarkan tajuk, kedua huraian isu dan ketiga arahan atau respons soalan daripada
tajuk.
Dalam Komponen
Isi, pertama murid
saya
perlu
menyatakan
isi
mengikut
arahan soalan, kedua menghuraikan isi dan ketiga mereka memberi contoh
yang
berkaitan
isi. Begitu
juga pada
Komponen
Kesimpulan, pertama mesti
menyimpulkan
tajuk
berdasarkan
pendapat
murid, kedua huraian cadangan terhadap isu dan ketiga jelaskan harapan kepada isu.

Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh


dikesan dalam ayat-ayat yang digunakan. Antara penanda wacana yang ditemui ialah
seperti semasa, pertama, kedua, ketiga , setiap, dalam dan begitu juga.

-7Penanda wacana atau perkataan semasa yang terdapat di dalam ayat tersebut
membawa maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau ketika sesuatu perkara itu
dinyatakan. Manakala perkataan atau penanda wacana pertama, kedua dan ketiga pula
membawa maksud urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang
diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana begitu juga pula membawa maksud
persamaan erti dalam ayat-ayat yang terdahulu.

Di dalam petikan tersebut, penulis kerap-kali mengulangi penanda wacana


pertama, kedua dan ketiga kerana terdapat banyak perkara yang terpaksa disentuh
oleh penulis berdasarkan formula konsep yang diperkenalkan dan perlu diterangkannya
supaya pembaca memahami dengan lebih mendalam. Penanda wacana yang digunakan
oleh penulis di dalam petikan tersebut sememangnya mudah difahami oleh pembaca dan
maksud yang hendak disampaikan adalah jelas. Namun begitu, di dalam ayat,
Dalam komponen isi, adalah tidak begitu sesuai digunakan di dalam petikan tersebut.
Penulis sepatutnya menggunakan sementara komponen isi,.. bagi menerangkan urutan
penerangan yang akan disampaikan bagi menampakkan wacana yang menarik.

3.2

Petikan 2

Perenggan ini pula adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari terbitan Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajukPusat Sumber SMK Convent Sebelum
Inovasi, muka surat 51.
Kedudukan PSS SMK Convent tidak strategik kedudukannya kerana terletak
di tingkat empat bangunan belakang. Pun begitu, PSS tetap berdiri megah
tanpa
pelanggan.Walaupun agak ceria dan bersih, tetapi PSS bergerak sendirian
dan
bersifat
terasing. Selalunya jumlah
pengawas
PSS
lebih
ramai
berbanding
pengunjung. Faktor koleksi buku yang tidak terkini, pengawas PSS yang
tidak
cekap menjalankan tanggungjawab, ketiadaan promosi dan galakan
amalan
membaca menyebabkan PSS hanya sekadar bilik pameran tanpa
pelanggan.
Malahan,
PSS
menjadi
medan
guru-guru
memenuhi
waktu
ganti (relief). Namun
begitu, murid-murid murid-murid masih menggunakan PSS
hanya mengikut
waktu perpustakaan sahaja dan mereka masih tetap tidak

menunjukkan minat yang mendalam untuk membaca. Hal yang demikian ini terbukti
apabila jumlah
pinjaman buku sangat minimum.

Dalam petikan ke dua ini pula, penulis artikel tersebut telah menggunakan beberapa
penanda wacana yang agak berbeza daripada petikan pertama tadi. Di dalam petikan
tersebut, beberapa penanda wacana yang telah dikesan adalah seperti pun begitu,
walaupun, selalunya malahan, namun begitu dan hal yang demikian.

Penanda wacana pun begitu adalah merujuk kepada maksud pertentangan di


mana menceritakan tentang PSS yang terdapat di situ tetapi tidak ada pengunjung yang
datang atas sebab-sebab tertentu. Penanda wacana walaupun pula memberi maksud
tentang pendapat yang berbeza atau sebaliknya iaitu tentang PSS yang kelihatan ceria
tetapi
masih
tidak
dapat
menarik
pengunjung
datang
ke
situ.
Perkataan kebiasaannyamembawa maksud atau memberi gambaran tentang keseluruhan
serta rumusan pendapat penulis tentang PSS yang dinyatakan itu. Sementara itu,
perkataanmalahan merujuk kepada maksud penanda keterangan atau huraian kejadian
sebaliknya di mana PSS digunakan oleh guru-guru untuk berehat ketika waktu jadual ganti
dan bukannya waktu untuk mengajar. Penanda wacana hal yang demikian pula merujuk
kepada rumusan sebab di mana ia menerangkan tentang bilangan peminjam yang
berkurangan walaupun PSS kelihatan ceria.

Penulisan petikan kedua ini menampakkan satu wacana yang menarik dan pembaca
boleh memahami isi yang hendak disampaikan dengan jelas. Perkataan selalunya dilihat
adalah kurang tepat digunakan di dalam ayat dan boleh digantikkan dengan perkataan atau
penanda wacana yang lebih sesuai seperti kebiasaannya dan memperlihatkan penanda
wacana yang lebih menarik untuk digunakan.

-93.3

Petikan 3

Sementara perenggan ketiga pula adalah dipetik daripada buku Cakna Bestari
terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk Nilai Membentuk Generasi
Berilmu, muka surat 82-83.

Sebenarnya, untuk mendidik dan membimbing seseorang murid mejadi tokoh


NILAM bukanlah sesuatu tugas yang ringan dan mudah. Banyak halangan dan cabaran
terpaksa dihadapi. Contohnya, daripada sepuluh orang murid yang dipilih dan dibimbing
dari tingkatan satu tersebut, mungkin hanya tiga atau empat orang sahaja yang akan kekal
bersekolah hingga ke tingkatan lima. Ada diantaranya akan bertukar ke sekolah lain
selepas Peperiksaan PMR. Hal ini demikian kerana murid yang mendapat keputusan
cemerlang iaitu 7A dan 8A ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama
penuh atau melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik.Apabila perkara ini berlaku, ada
kalanya, calon pilihan utama sekolah yang telah diberi bimbingan dengan ilmu NILAM turut
bertukar sekolah. Selain itu, cabaran terbesar adalah untuk memilih tokoh NILAM daripada
kalangan lelaki. Sudah menjadi kelaziman di negara kita, murid perempuan lebih gemar
membaca berbanding murid lelaki. Oleh itu, pihak sekolah terpaksa berusaha gigih mancari
tokoh dalam kalangan murid lelaki untuk diketengahkan sebagai tokoh NILAM ini.Sehingga
ini, kami hanya berjaya mengetengahkan hanya dua orang calon sahaja.

Penanda wacana atau perkataan yang digunakan di dalam petikan ketiga adalah
seperti sebenarnya, contohnya, ada diantaranya, hal yang demikian, apabila,
selain itu,sudah menjadi kelaziman, oleh itu dan sehingga itu.

- 10 Penanda wacana sebenarnya membawa maksud mengesahkan atau pengeahan


sesuatu maklumat yang disampaikan. Perkataan contohnya pula adalah bermaksud untuk
memberikan contoh seuatu perkara atau benda yang hendak diterangkan dengan lebih
mendalam.
Sementara
perkataan hal
yang
demikian,
sudah
menjadi
kelaziman dan oleh itu pula membawa maksud sebab atau musabab atau akibat sesuatu
hal dan kejadian yang berlaku. Maksud penanda wacana bagi apabila dan sehingga
itu pula merujuk kepada penanda waktu atau tempoh masa.
Bagi penanda wacana selain itu pula membawa maksud memulakan sessuatu isi
baru dalam penulisan dan menunjukkan perbandingan sesuatu perkara. Manakala
perkataan atau penanda wacana selebihnya pula membawa maksud penghubung
tambahan di dalam sesuatu ayat dan boleh juga menunjukkan sebagai bilangan. Walaupun

petikan ketiga ini nampak sempurna, namun penulis boleh menggantikan penanda
wacana ada
diantaranya kepada
penanda
wacana
yang
lebih
menarik
iaitu selebihnya kerana ia akan menampakkan masud bilangan dalam wacana yang ingin
diterangkan.

Daripada ketiga-tiga petikan yang telah dianalisa mengenai penanda wacananya,


dapatlah dirumuskan bahawa penanda wacana ini digunakan di dalam setiap petikan dan
mempunyai bermacam maksud mengikut konteks ayat yang dibina. Sesuatu penanda
wacana tidak hanya membawa maksud yang tetap tetapi boleh berubah mengikut situasi
ayat yang dilafazkan.

- 11 -

4.0
CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN WACANA DI
DALAM KALANGAN PELAJAR

Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan lebih banyak


lagi cara-cara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti
penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan hasil kualiti sesebuah karya.
Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam
Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa
beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan
penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan.

Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah
karya atau karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih
dahulu dan membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku
ilmiah dan sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan
mengetahui penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil
tulisan mereka nanti. Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula
petikan atau perenggan yang mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat
memahami serta tahu fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka
nanti.

Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan
pelajar ini, guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan ayat atau membina ayat-ayat
berdasarkan penanda wacana yang betul. Seterusnya, murid juga perlu diberi latihan
menyusun ayat berdasarkan urutan serta meletakkan penanda wacana dan kata hubung
yang sesuai.

Seterusnya murid diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita


dengan memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau
perenggan supaya terdapat kohesi dan koherennya.Selain itu, pelajar juga harus tahu serta
mengetahui fungsi-fungsi wacana yang hendak digunakan. Wacana yang menarik akan
menjamin kesinambungan cerita yang menarik atau kelancaran perjalanan cerita atau idea
dari satu perenggan ke satu perenggan.
Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah
menjadikan kamus sebagai kawan rapat. Sentiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti
atau makna perkataan sukar atau perkataan baru yang akan digunakan di dalam penulisan.
Gunakan wacana yang betul dan tepat apabila menulis dan dilarang sama sekali
menggunakan wacana yang dianggap sedap bunyinya tetapi tidak diketahui makna dan
salah penggunaannya.
Setelah pelajar pasti karya yang ditulis telah selesai, pelajar diminta membaca dan
menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri terhadap hasil
penulisan tersebut. Penekanan perlu diberikan kepada format, isi atau huraian, imbuhan
yang bersesuaian, struktur ayat, tanda baca serta perbendaharaan kata yang betul.
Penanda wacana yang digunakan perlulah diteliti dengan betul agar penggunaannya tepat
pada tempat yang betul. Jangan sesekali menggunakan tanda soal di dalam wacana. Baiki
segera kelasahan atau membuat penambaikan jika terdapat kekurangan dalam hasil
penulisan tersebut.

Jika pelajar dapat memenuhi kesemua cadangan yang dikemukan seperti di atas,
pelajar tidak perlu rasa bimbang kerana kemungkinan hasil sesebuah karya yang dibuat

telah menepati apa yang diminta. Cadangan di atas telah dinyatakan oleh beberapa orang
pemeriksa kertas yang berpengalaman. Tetapi, jika cadangan ini tidak diambil pusing oleh
pelajar, besar kemungkinan hasil penulisan akan menjadi lemah dan menyebabkan pelajar
tidak memperolehi markah yang tinggi seperti yang diharapkan.

-13 5.0

KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat
yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan
mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren).
Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi
hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi
sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah
pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah
mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau
memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau
hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan
koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri.
Penanda wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana
kesalahan penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud
sesuatu hujah yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak
memahami idea yang ingin disampaikan itu.

Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di


dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan
sesebuah karya ataupun penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan
faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan
mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan,
penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya
didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka
tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan. Hal ini tidak
boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau
karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang
berkesan.

Kepentingan Ilmu Linguistik Dalam Kehidupan Masyarakat


Pendahuluan : Ilmu Linguistik

LINGUISTIK Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada umum. Linguistik
Melayu meliputi keseluruhan aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik Melayu atau kajian
bahasa Melayu iaitu teori, aplikasi dan antara disiplin.
Kajian linguistik dapat diolahkan melalui tiga paksi utama, dengan titik hujungnya dihuraikan di
bawah:
Sinkronik lwn Diakronik: Linguistik sinkronik (huraian) adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu
bahasa pada masa yang tertentu; sebaliknya, linguistik diakronik (sejarah) mengkaji perubahanperubahan yang berlaku dalam sebuah bahasa atau keluarga bahasa dengan berlalunya masa.
Teori lwn Gunaan: Linguistik teori (atau am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk
memerihalkan bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat,
manakala linguistik gunaan mempergunakan teori-teori ini untuk bidang-bidang yang lain.
Konteks lwn Autonomi: Linguistik konteks adalah berkenaan dengan tempatnya bahasa di dunia ini:
fungsi sosialnya, bagaimana ia diperoleh, bagaimana ia dihasilkan dan dikesan. Linguistik autonomi
atau bebas mengolahkan bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, selain daripada eksternalitieksternaliti yang berkait dengan sesebuah bahasa. Kekadangnya, istilahistilah makrolinguistik danmikrolinguistik dipergunakan untuk istilah masing-masing bagi dikotomi
ini.
Berdasarkan dikotomi-dikotomi ini, cendekiawan-cendekiawan yang hanya merujuk kepada diri
dengan mudah sebagai ahli linguistik atau ahli linguistik teori tanpa sebarang pembatasan, cenderung
melibatkan diri dalam linguistik autonomi, teori, dan sinkronik yang telah diakui sebagai teras disiplin
ini.
Teori Linguistik sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji dengan
lebih kurang tersendiri. Bahagian-bahagian berikut kini telah diperakui secara meluas:
-Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia.
-Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa.
-Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan.
-Sintaksis ialah kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat
yang bertatabahasa.
-Semantik ialah kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna.
-Pragmatik ialah kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan)
digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi.
-Linguistik sejarah ialah kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui melalui
persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan sintaksis.
-Tipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa manusia.
-Silistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa.
-Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.

Kepentingan Ilmu Linguistik Dalam Kehidupan Masyarakat

1) Pemupukan nilai
Ilmu lingustik sangat memainkan peranan penting terutama dalam usaha memupuk nilai-nilai murni
dalam masyarakat seperti kejujuran, kerjasama, keihklasan dan seumpanya. Ahli bahasa
bertanggungjawab membimbing masyarakat dan ia tuntutan kepada ilmuwan. Begitu juga dalam
pendidikan, kita mengajar bahasa bukan sekadar untuk membolehkan anak didik cekap
berkomunikasi. Kecekapan berkomunikasi tidak sepatutnya dinilai semata-mata daripada sudut
kepetahan berbicara. Ada aspek nilai, budaya dan agama yang mesti ditekankan.
Linguistik adalah bahagian penting dalam diri manusia dan letaknya pada akal. Tingkah laku dapat
diperoleh kemahirannya melalui latihan berulang kali tetapi ilmu linguistik bukan saja membabitkan
latihan fizikal seperti bertutur dan menulis dengan betul, malah membabitkan penyemaian sistem
nilai, budaya dan persepsi. Isu ini sebenarnya adalah salah satu isu yang tercakup dalam kajian
falsafah bahasa.
2) Membentuk Insan
Dalam huraian ahli falsafah Islam, linguistik, bersama-sama akal, membentuk konsep diri 'insan'.
Istilah haiwan 'natiq dan rational animal' yang digunakan untuk merujuk kepada hakikat manusia,
berkait rapat dengan bahasa kerana istilah natiq yang terbit daripada akar kata nutq merujuk kepada
akal dan linguistik. Maksudnya, akal dan ilmu lingusitik adalah dua unsur yang membentuk konsep
diri manusia dengan pengertian pemilikan kedua-dua unsur itu yang membezakan manusia daripada
makhluk lain.
Akal dan linguistik menjadi bahagian dalam diri yang batin, iaitu diri yang mengawal dan
mengarahkan segala gerak geri dan tindak-tanduk batin, daripada anggota tubuh. Gambaran
bagaimana diri batin menguasai yang zahir digambarkan oleh pujangga Melayu dalam ungkapan.
'Ikut kata hati mati; ikut rasa binasa'. Ilmu linguistik sebagai bahagian diri yang batin menjadi alat
untuk dua proses utama akal.
Ilmu linguistik menzahirkan segala idea dan perasaan dalam akal hingga terbit dalam bentuk lisan
atau tulisan, dan dengan demikian idea serta perasaan dapat difahami, ditanggap dan diberi reaksi
oleh khalayak. Ilmu linguistik yang menterjemah, mentafsir dan menaakul idea atau perasaan yang
diterima oleh seseorang daripada lisan atau tulisan pihak lain ke dalam akal hingga dapat pula akal
merumuskannya dan mungkin pula menzahirkan reaksi. Inilah proses yang penting yang
memungkinkan manusia saling berkongsi ilmu, maklumat, idea dan perasaan. Inilah juga proses yang
memungkinkan berlangsungnya pewarisan sistem nilai, unsur kebudayaan dan seluruh sistem
kehidupan bermasyarakat dari generasi ke generasi.
3) Mengangkat Martabat bahasa
Ilmu Linguistik yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan mendalam mampu mengangkat
martabat bahasa kebangsaan kita. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) berkongsi pandangan dan
bersetuju sepenuhnya dengan rencana Datuk Rejal Arbee dalam Berita Harian, Khamis 23
September 2010. Itulah juga sebenarnya pendirian PLM sejak sekian lama penubuhannya dan tanpa
bermusim. Perlu diingat bahawa bahasa Melayu bukannya bahasa kebangsaan orang Melayu seperti
tanggapan pihak tertentu seperti zaman sebelum merdeka tetapi bahasa kebangsaan bagi negara
Malaysia yang sudah 53 tahun merdeka.
Sememangnya apa saja acara atau majlis peringkat kebangsaan dan membabitkan mana-mana
pemimpin korporat, hatta menteri sepatutnya menghormati bahasa kebangsaan dengan

menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan, atur cara, buku program, bahan cetakan, pengumuman
dan sebagainya.
Seperti yang pernah dinyatakan, PLM menganggap sesiapa saja yang tidak menggunakan bahasa
Melayu dalam acara rasmi di negara ini, mereka sebenarnya memang dapat dianggap tidak patriotik
kerana tidak menghormati bahasa rasmi negara ini seperti dalam semangat Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan dan tidak memiliki rasa megah bahasa akan bahasa kebangsaan
berkenaan.
Apakah antara unsur penting yang membentuk negara ini atau dapat dianggap jati diri negara ini,
membezakan negara ini daripada negara lain selain budaya dan sebagainya? Tentulah bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi antara unsur penting berkenaan. Lima puluh tiga tahun satu tempoh
sangat panjang. Di manakah negara lain di dunia ini yang warga negaranya tidak fasih atau tidak
menghormati bahasa kebangsaannya sendiri dapat kita temui? Kita dapat menemuinya di beberapa
negara termasuk di Afrika Selatan yang masih mengagungkan bahasa penjajahnya sekalipun mereka
tetap terkenal sebagai negara miskin dan mundur.
4) Proses Mendapatkan Ilmu
Yang terpenting daripada segala peranan ilmu linguistik ialah peranannya sebagai wahana
pemerolehan dan pengembangan ilmu. Tamadun atau peradaban timbul hanya dalam kalangan
bangsa yang berilmu dan menghormati serta mengamalkan ilmu. Al-Farabi, al-Ghazali dan beberapa
ahli falsafah Islam yang lain menegaskan peranan ilmu linguistik dalam proses pemerolehan ilmu.
Apabila kita menerima gagasan bahasa merentas kurikulum yang diketengahkan oleh ahli pendidikan
Barat, sebenarnya itulah gambaran mengenai peranan linguistik dalam soal pemerolehan dan
pengembangan ilmu.
Maka itu, pendidikan ilmu linguistik perlu dipertalikan dengan tujuan itu, bukan semata-mata
pemberian kemahiran tanpa pengayaan ilmu anak didik. Demikian pula, proses pendidikan
keseluruhannya perlu dapat memanfaatkan ilmu linguistik untuk memberi ilmu secara berkesan dan
selanjutnya membolehkan pelajar menjadi pengembang ilmu yang berkesan.

5) Penggunaan Ilmu Linguistik dalam Pengaturcaraan Komputer


Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara
eksplisit. Sintesis pertuturan danpengecaman pertuturan menggunakan pengetahuan fonetik dan
fonemik untuk memberikan antara muka suara kepada komputer. Penggunaan linguistik
pengiraan dalampenterjemahan mesin, penterjemahan dibantu komputer, danpemprosesan bahasa
sejadi merupakan bidang-bidang yang amat berhasil pada tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan
oleh kuasa perkomputeran yang semakin meningkat. Pengaruhnya telah mempunyai kesan yang
besar kepada teori-teori sintaksis dan semantik, kerana pemodelan teori-teori sintaksis dan semantik
dengan menggunakan komputer memaksa teori-teori menjadi operasi-operasi boleh hitung dan
memberikan asas matematik yang lebih ketat.
6) Kepentingan Ilmu Linguistik kepada Para Pendidik
Para pendidik berperanan sebagai penyampai ilmu. Penguasaan ilmu linguistik sangat penting.
Bagaimana seorang guru boleh mendidik anak muridnya, andainya guru sendiri tidak mengusai
bidang tersebut. Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk
minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran
sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah
pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri dengan
pelbagai ilmu terutamanya ilmu linguistik.
Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkansekiranya guru tidak mempunyai minat dan
kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca
sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan
(Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan
mengambil usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya setiap kali
mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan
menambah resepi dalam pengajarannya agar lebih baik dan menarik.

Cadangan Dan Rumusan

Ilmu linguistik yang dikurniakan oleh Allah swt. hendaklah kita syukuri sebagai nikmat yang besar
dengan berusaha mengembangkan ilmu dan tamadun kita dalam bahasa sendiri melalui cabangcabang linguistik kerana ilmu dan sesuatu ajaran lebih mudah diterima apabila disampaikan dalam
bahasa sendiri. Oleh sebab itulah negara yang bukan Islam pun, seperti Jepun, Korea, Republik
Rakyat China, Jerman dan Percancis tetap mengusahakan pembangunan dengan mengutamakan
penggunaan bahasa sendiri, melalui Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan,
berjaya melahirkan jutaan tenaga pakar dalam pelbagai bidang yang menyumbangkan fikiran dan
tenaga kepada pembangunan negara dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, eloklah kita terus
mengupayakan keutuhan dan pengayaan bahasa kita dalam segenap bidang ilmu khususnya dalam
cabang ilmu linguistik.

You might also like