You are on page 1of 15

PENDAHULUAN

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak


secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di
dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan
kanak-kanak seterusnya. Menurut Rohaty (1986) pengabaian semasa proses perkembangan ini
akan memberikan pengalaman yang negatif kepada kanak-kanak. Kajian-kajian yang dijalankan
oleh Abu Bakar (1986), Halim (1989) dan Ahmad Abd. Ghani (1993) menunjukkan pelbagai
kesan positif dan berlarutan dialami oleh kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah.
Justeru, program prasekolah perlu menjamin perkembangan intelektual, sosial, akhlak,
emosi dan jasmani kanak-kanak dijalankan dengan sebaiknya supaya kanak-kanak boleh
berkembang secara optima. Kajian Rahimah (1996) merumuskan kecemerlangan program
prasekolah membabitkan kecemerlangan matlamat, isi kandungan, proses pengajaran, hasil
pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan para pendidik yang terlibat.
Sehubungan itu keperluan penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat prasekolah
perlu dititik beratkan. Penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah melibatkan pemerhatian,
rakaman dan dokumentasi kegiatan dan permainan yang dijalankan oleh kanak-kanak. Ia
merupakan satu proses yang berterusan dan bertumpu kepada apa yang kanak-kanak lakukan dan
bagaimana ianya dilakukan (Meisels 1995). Menurut Seefeldt (1990) kanak-kanak mempunyai
repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan
tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Justeru itu pemerhatian adalah kaedah yang
terbaik untuk menilai perkembangan mereka disebabkan melalui tingkah laku kanak-kanak
meluahkan perasaan, ide dan pengetahuan dan emosi mereka.
Menurut Nor Hashimah dan Khadijah (2000) penilaian perkembangan adalah suatu
perkara yang dilakukan setiap hari bagi membantu guru prasekolah mendapat gambaran yang
jelas tentang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak, pengajaran guru dan keberkesanan
program. Ia memberi arah untuk tindakan selanjutnya kepada guru juga ibu bapa, supaya
perkembangan kanak-kanak yang optima boleh berlaku.

Persekitaran Bilik Darjah Murid


Menurut Haji Samsudin bin Md Noor dalam laporannya bertajuk Pengurusan Bilik Darjah
Dinamik Ke Arah Pengurusan Modal Insan Berkualiti, pengurusan bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif
organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin,
mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula adalah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran
dan pembelajaran yang merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
Pengurusan bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan
untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang
amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus
pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan
mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah prasekolah seharusnya
dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu. Contohnya,
pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.

Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang
bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak pusat manipulatif.

Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan


aktiviti bebas.

Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini menggalakkan
kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk, warna dan sebagainya.

Kanak-kanak dan Seni Visual


Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut
fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi
sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
Terdapat beberapa kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada
kanak-kanak. Antaranya ialah:
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan
(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek
kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses,
berbanding dengan hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi
Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui
proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan
diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.

Teori Perkembangan Torrence


Teori ini diperkenalkan oleh Ellis Paul Torrance yang merupakan salah seorang daripada
penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teoriteorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan
sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam
bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Fathers
Of Creativity). Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses
penjanaan kreativiti individu. Tujuh perkara tersebut adalah penyoalan, penemuan, pemerhatian,
percubaan, penerokaan, memanipulasi dan aktiviti / bermain.
Perbincangan
Guru dan persekitaran bilik darjah
Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun
sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta
Pendidikan 1996, Pendidikan Prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk
masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah.
Adalah penting bagi guru prasekolah untuk mengetahui dengan mendalam teknik-teknik
pengajaran yang dapat menarik minat murid-murid untuk menerokai alam persekolahan mereka
dengan jayanya. Sebagaimana yang telah dibincangkan diatas, persekitaran bilik darjah yang
kondusif dan praktikal adalah sangat membantu dalam meningkatkan prestasi belajar kanakkanak prasekolah. Hal ini kerana jika persekitaran tidak menarik, kanak-kanak ini mungkin tidak
berminat untuk belajar bersama kawan-kawan dan hanya meronta untuk balik sahaja dan ini
pastinya akan menyusahkan guru dan ibu bapa murid tersebut. Jadi, adalah wajar jika guru
prasekolah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menarik dan praktikal agar kanak-kanak
ini dapat mengalami alam persekolahan yang baik dan tidak dapat dapat mereka lupakan.

Penggunaan persekitaran berdasarkan Teori Perkembangan Torrence


Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah sangat
penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan
merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi
kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik.
Melalui pembelajaran seni visual kepada kanak-kanak, sebagai contoh subjek garisan,
guru mungkin boleh mewujudkan sesi soal jawab dengan kanak-kanak seperti menyuruh mereka
menggunakan garisan untuk menghasilkan sebuah lukisan. Dengan cara bersoal kepada guru,
secara tidak langsung akan menwujudkan suasana pemikiran kreatif pada kanak-kanak tersebut.
Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan
dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang
terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta
melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktivitiaktiviti seni visual.
Dengan menggunakan elemen seni visual jalinan, guru mungkin boleh menyuruh pelajar
untuk menghasilkan apa jua hasil seni yang mereka boleh hasilkan. Dengan cara ini, secara
langsung akan meningkatkan pemikiran kanak-kanak dalam menghasilkan sendiri satu
penemuan baru.
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang
terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual,
proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi
deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar.
Bagi langkah ini pula, guru bolehlah menggunakan rancangan mengajar seperti
menyuruh kanak-kanak untuk memerhatikan objek yang diletak di atas meja guru dan kemudian
diminta untuk menghasilkan sendiri lukisan mereka sendiri. Dengan itu, ianya akan
meningkatkan daya pemerhatian kanak-kanak tersebut.

Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu
proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif
tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah
sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas
hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman
yang berguna ketika menghasilkan karya.
Bagi teori keempat ini pula, guru mungkin boleh melakukan aktiviti yang berterusan dan
yang mengambil masa yang panjang sehingga mungkin berhari-hari agar dapat menerapkan
dalam diri kanak-kanak untuk berusaha menghasilkan hasil seni yang menarik dan berpuas hati
terhadap hasil karya mereka. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah menghasilkan lukisan alam
semulajadi dengan menggunakan barang-barang kitar semula seperti tutp botol, plastik dan
sebagainya.
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai
bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang
pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang
terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung
akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya
menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Proses pengajaran yang sama seperti diatas juga mungkin boleh dilakukan pada peringkat
ini. Hal ini antara lain akan mengajar kanak-kanak ini untuk prihatin kepada alam sekitar dan
budaya kitar semula juga boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak tersebut.
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau
keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila
seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk
menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam
proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di
samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan
karya.

Karya seperti menghasilkan lukisan campak dengan menggunakan batang pisang dan
sedikit warna air mungkin boleh dilakukan. Selain itu, penghasilan objek dengan menggunakan
kertas surat khabar atau majalah lama juga boleh dilakukan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
ialah menyuruh kanak-kanak untuk menghasilkan topeng muka dengan menggunakan surat
khabar tersebut. Ianya sekaligus akan meningkatkan kesedaran kepada kanak-kanak akan kitar
semula barangan yang ada disekeliling mereka.
Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain
adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang
kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk
akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan
pemikiran dan kreativiti yang sihat.
Aktiviti terakhir ini merupakan satu aktiviti yang secara amnya merupakan fitrah
kejadian kanak-kanak. Pada masa ini lah mereka digalakkan untuk banyak bermain. Aktiviti
bermain ini dikatakan mampu untuk menggerakkan pergerakan neuron dalam otak mereka. Dan
ini seterusnya akan meningkatkan kecerdasan otak mereka. Aktiviti yang melibatkan
persekitaran yang paling sesuai dilakukan pada peringkat ini ialah membiarkan kanak-kanak
bermain sesama mereka. Ini akan meningkatkan perasaan muhibbah sesama mereka.

Kesimpulan
Tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur empat
hingga enam tahun. Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu
pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah. Pada usia ini kanak-kanak bertindak
aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas dengan orang sekeliling dan peka kepada keadaan
sekeliling. Roopnarine dan Johnson (1997) menegaskan kanak-kanak menempuh waktu
perkembangan yang paling sensitif justeru perlu diberi pendidikan seawal mungkin. Sehubungan
itu adalah penting kanak-kanak mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang berkesan,
bermakna dan menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan
diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal (Rohaty 2003).

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENI REKA)


Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan
sesuatu karya seni visual iaitu:
Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu.
Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan
gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
Rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat
dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang
mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat
pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan
bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan
permulaannya.
Bentuk
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan
bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi.
Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang
dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran,
catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.
Jalinan
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat
menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua
iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui
sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan
manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa
melalui sentuhan.

Ruang
Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling
objek, atau jarak antara dua objek.
Warna
Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna
terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna
asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna
sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu;
dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil
daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Perbincangan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) dalam menghuraikan kurikulum prasekolah
menyatakan bahawa penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah adalah sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan secara berterusan. Selain
bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan
dipertingkatkan di dalam kesemua domain- domain kognitif, afektif dan psikomotor, penilaian
tersebut juga memberi maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif dan hala tuju
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Zurida et al. (2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih bercorak
rujukan kriteria kerana ia memberi ruang bagi guru untuk memantau kemajuan kanak-kanak
secara individu. Membandingkan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang seharusnya
patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu mengikut umur membolehkan guru memilih dan
merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses
pemerhatian, mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak
membolehkan guru memahami perkembangan serta kemajuan pembelajaran kanak-kanak.

Penilaian perkembangan kanak-kanak dapat disimpulkan sebagai sebahagian daripada


proses pembelajaran kanak-kanak bertujuan mengumpul maklumat tentang pengetahuan,
kemahiran dan pencapaian kanak-kanak bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses
ini perlu dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap
perkembangan

individu

setiap

kanak-kanak

semasa

kanak-kanak

mengalami

proses

pembelajaran.
Konsep-konsep Asas Penggunaan Portfolio
Arter dan Spandel (1991) mendefinisikan portfolio sebagai satu koleksi hasil kerja kanak-kanak
yang bermatlamat yang menunjukkan usaha , kemajuan dan pencapaian kanak-kanak dalam satu
atau lebih bidang pembelajaran. Menurut Grace (1992) portfolio adalah satu rekod proses
pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Ianya menunjukkan apa yang telah dipelajari dan
bagaimana ianya dipelajari oleh kanak-kanak; bagaimana dia berfikir, menyoal, menganalisis ,
mensintesis, menghasilkan dan mencipta sesuatu dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi.
Portfolio juga menunjukkan bagaimana kanak-kanak berinteraksi secara intelektual, emosi dan
sosial dengan orang lain. Bhasah (2003) berpendapat portfolio merupakan satu rekod
penyimpanan maklumat dalam bentuk folder atau fail atau sebagainya yang mengandungi bahanbahan kutipan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan dan menjelaskan
atau menerangkan perkembangan kanak-kanak dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Grace (1992) menyatakan bahawa portfolio mampu menilai perkembangan kanak-kanak
secara autentik kerana portfolio adalah bukti pencapaian kanak-kanak yang sebenar dan
bersesuaian dengan proses pembelajaran. Proses pembelajaran boleh direkod melalui portfolio
kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah dipelajari, bagaimana kanakkanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam
menyempurnakan tugasan mereka. Portfolio dapat memantau kemajuan kanak-kanak kerana
portfolio merekod kejayaan dan bukannya kegagalan kanak-kanak. Usaha memantau kemajuan
kanak-kanak perlu dijalankan di konteks persekitaran di mana pembelajaran berlaku (Appl
2000).
Kesimpulannya, tujuan penggunaan portfolio adalah untuk merekod perkembangan
kanak-kanak, menjadi asas dalam menilai perkembangan kanak-kanak, sebagai panduan proses

pengajaran dan pembelajaran dan menjadi bukti pelaporan perkembangan kanak-kanak kepada
ibu bapa.
Mengukur kefahaman kanak-kanak mengenai bahasa tampak dengan menggunakan
portfolio pengukur pencapaian
Portfolio mengandungi hasil kerja kanak-kanak yang memenuhi tujuan dan objektif
pembelajaran harian kanak-kanak. Hasil kerja tersebut menggambarkan pengalaman yang
dialami dan yang ingin dicapai. Contoh hasil kerja adalah seperti lukisan, kraftangan, gambar
foto, sampel daripada aktiviti , hasil penulisan dan laporan dari pemerhatian (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2003b). Hasil kerja yang dikumpul dapat menggambarkan kemajuan atau
perkembangan seseorang kanak-kanak. Lukisan, contohnya menunjukkan kesedaran dan
keperihatinan tentang sesuatu objek manakala hasil tulisan pula menunjukkan tahap literasi
kanak-kanak (Rohani 2001).
Menurut Engel (1991) hasil kerja dapat mengenal pasti dan menyokong perkembangan
kanak-kanak. Hasil kerja dapat memantau kejayaan yang dicapai kanak-kanak berbanding
kegagalan yang dihadapi di samping menunjukkan usaha, kemajuan dan pencapaian mereka.
Hasil kerja yang dikumpul perlu pelbagai termasuklah draf-draf kerja yang bersesuaian yang
dapat menunjukkan usaha, aplikasi pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak. Hasil kerja dalam
pelbagai bentuk media seperti hasil kerja dalam bentuk rakaman audio video dan gambar foto
mampu menunjukkan perkembangan kanak-kanak dengan lebih jelas. Menurut Grace (1992),
bergantung kepada tujuan diadakan portfolio, kandungannya perlu boleh berkomunikasi tentang
apa yang mampu dibuat oleh kanak-kanak. Ianya perlu selari dengan aktiviti kelas dan
perkembangan kemahiran tertentu yang ingin diajar kerana ianya merupakan refleksi matlamat
pembelajaran.
Kesimpulannya, kandungan portfolio adalah pelbagai. Namun ianya perlu berdasarkan
matlamat pembelajaran yang ditetapkan dan bersesuaian dengan tahap perkembangan kanakkanak.

Cadangan bentuk portfolio penilaian


Cadangan dalam menilai aspek-aspek asas seni reka kanak-kanak adalah dengan menyenaraikan
lima prinsip penggunaan portfolio iaitu seperti berikut:
i. Merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang sistematik dan bermakna dalam satu atau lebih
komponen pembelajaran
ii. Pelajar, bersama guru memilih hasil kerja yang sepatutnya dimasukkan berdasarkan kriteria
yang ditetapkan
iii. Mengandungi pelbagai hasil kerja yang terdiri dari pelbagai bentuk media
iv. Boleh merefleksi pembelajaran sebenar yang dialami setiap hari
v. Dilakukan secara berterusan agar boleh memperlihatkan usaha, kemajuan dan pencapaian
dalam satu jangka masa
Dalam memastikan penggunaan portfolio yang sistematik dan bermakna Ward dan Murray-Ward
(1999) mencadangkan langkah penyediaan portfolio seperti berikut:
i. Tentukan tujuan
ii. Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan ditaksir atau diberi perhatian
iii. Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya
iv. Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip
v. Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dan tempoh bagi sesuatu aktiviti itu dijalankan
vi. Pastikan pelajar terlibat sama dalam pengumpulan bahan
vii. Perjelaskan kaedah pengredan untuk menaksir tugasan portfolio
viii. Sediakan satu ruang yang mencukupi untuk menyimpan portfolio
Secara fizikal portfolio boleh berbentuk fail, folder, kotak atau disket bergantung kepada
kesesuaian penyimpanan hasil kerja yang terkumpul. Menurut Cohen (2003) portfolio

seharusnya besar untuk menampung kerja-kerja seni, bahan audio-video, hasil tulisan dan
sebagainya. Ianya juga perlu tahan lama kerana ianya sentiasa digunakan oleh kanak-kanak
dalam satu tempoh masa.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, setiap kanak-kanak mempunyai keinginan asas lahiriah iaitu untuk
bergerak, berjaya dan diiktiraf, diterima dan disanjung untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan
memahami untuk meneroka, serta pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan. Oleh yang
demikian, guru prasekolah perlulah sentiasa memperbaiki mutu pengajaran dan sentiasa
mengingati akan keinginan asas kenak-kanak. Guru perlulah memahami bahawa kanak-kanak
suka dan ingin hasil karya mereka diuji atau dipamerkan kepada rakan mereka yang lain. Mereka
juga menyukai pertandingan yang sihat antara rakan sekelas serta ingin diberi peluang untuk
meneroka dan bereksperimen dengan bahan-bahan pelajaran seni yang pastinya sangat selamat
bagi diri mereka. Jika semua perkara ini dipraktikkan oleh guru, dengan yang demikian, proses
pengajaran akan menjadi lebih mudah dan kanak-kanak juga akan mudah untuk menerima
pelajaran.
Portfolio merangkumi hasil kerja kanak-kanak dalam tempoh mengikuti program
prasekolah merupakan bukti perkembangan yang dialami sepanjang tempoh tersebut.
Penggunaannya perlu berdasarkan tujuan yang jelas agar pelbagai hasil kerja yang dikumpul
dapat memberi makna kepada perkembangan kanak-kanak. Pengumpulan kandungan portfolio
perlu dijalankan secara selektif bersama kanak-kanak Penilaian kandungan portfolio perlu
melalui proses-proses menyemak, membanding dan menganalisa perkembangan berpandukan
matlamat pembelajaran yang ingin dicapai bersesuaian dengan tahap perkembangan kanakkanak. Seharusnya portfolio dijadikan sebahagian dari elemen penting dalam menilai
perkembangan kanak-kanak kerana portfolio mengandungi maklumat yang boleh menjelaskan
proses pembelajaran seterusnya menggambarkan perkembangan kanak-kanak sepanjang
mengikuti program prasekolah.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Abd. Ghani Hj. Saad. 1993. Kesan pendidikan prasekolah terhadap kanak-kanak yang
tidak beruntung. Tesis Sarjana Universiti Sains Malaysia.
Anna Christina Abdullah. 2000. Penilaian perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Seminar
Pendidikan Awal Kanak-kanak. Universiti Sains Malaysia.
Halim Ahmad.1989. Impact of preschool intervention on lower economic status of children in
Kuala Lumpur. Tesis Ph.D. University of Michigan, USA (tidak diterbitkan).
Hoy, Cheri & Greg, Noel. 1994. Assessment : The special educators role. Carlifornia: Brooks/
Cole Publishing Company.
Hussein Ahmad. 1996. Dasar, status pelaksanaan dan masa depan pendidikan prasekolah di
Malaysia. Seminar Kebangsaan Pendidikan Prasekolah. Pulau Pinang.
Hyson, M. 2002. Three perspectives on early childhood assessment. Young Children. Jan. 57(1):
62-64.
Katz, L.G. 1997. A developmental approach to assessment of young children. (atas talian).
http://kidsource.com/kidsource/content 4/assass.developmental.html.(31 Disember 2003).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003a. Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003b. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Khadijah Rohani Mohd. Yunus. 1992. Psikologi dan fisiologi kanak-kanak: Kaitannya dengan
Kurikulum Prasekolah. Bengkel Kurikulum Pendidikan Prasekolah. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Tidak diterbitkan.
Klenowski, Val. 2002. Developing portfolios for learning and assessment:Processes and
principles. London: Routledge Falmer.

Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development: Learning about
photosyntesis. Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98.
Meisels, S. J. 1995. Performance assessment in early childhood education : The Work Sampling
System. ERIC DIGEST. (atas talian) http:// www.ed.gov/ databases/ ERIC_Digests/
ed382407.html. (29 Disember 2001).
Mohamad Hj. Abu Daud. 1993. Tugas dan masalah guru dalam mengendalikan kurikulum
prasekolah. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan.Universiti Malaya.
Mohamed Ayob Sukani. 2002. Penilaian kualiti program Annex Prasekolah di beberapa
kawasan di negeri Selangor: Satu tinjauan. Disertasi Sarjana Pendidikan .Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nordin Hj. Abdul Razak, Siti Hawa Abdullah & Zurida Ismail. 2000. Kaedah, amalan dan
masalah pelaksanaan penilaian guru-guru peringkat prasekolah. Seminar Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Universiti Sains Malaysia.
Nor Hashimah Hashim & Khadijah Zon.2000. Pelaksanaan penilaian pendidikan Islam Dan
Moral: Satu tinjauan di prasekolah. Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak. Universiti
Sains Malaysia.
Nor Hasihmah Hashim & Yahya Che Lah. 2003. Panduan pendidikan prasekolah. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rahimah Haji Ahmad .1996. Peningkatan mutu pendidikan prasekolah di Malaysia:Konsep dan
strategi. Seminar Kebangsaan Pendidikan Prasekolah. Pulau Pinang.
Rohani Abdullah. 2001. Perkembangan kanak-kanak. Penilaian secara portfolio. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

You might also like