You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM II

32100 LUMUT, PERAK


MESYUARAT JAWATANKUASA HEM BIL. 2 / 2012
TARIKH
: 28 FEBRUARI 2012
HARI : SELASA
MASA : 1.40 PETANG
KEHADIRAN :
1. Pn. Zaitun bt. Mustakim
2. Pn. Ila Husna bt. Hj. Mohd Ali
3. Pn. Surianiyati bt. Remle
4. Cik Hothmarliana bt. Othman
5. Pn. Azhani bt. Mahyuddin
6. Pn. Hazama bt. Muhammad
7. Pn. Zamrah bt. Mat Daud
8. Pn. Ainol Asni bt. Ahmad
9. Pn. Noridah bt. Selamat
10.Pn. Zurina bt. Zakaria
11.Pn. Isneyati bt. Saini
12.Pn. Norsaliza Mohd Saad
13.Pn. Aishah bt. Omar
14.Pn. Roslida bt. Shaary
15.Pn. Hasniza bt. Mohamad
Saman
16.Pn. Nor Asiah bt. Ismail
17.Pn. Ruhana bt. Aziz
18.Pn. Wan Fariza bt. Wan Yahya
19.Cik Rohaiza bt. Rapiyee
20.Pn. Aspazela bt. Amran
21.Pn. Rasidah bt. Saleh
22.En. Shahaizol b. Shaharal
23.En. Mohd Tarmizi b. Rohani

24.En. Ahmad Nazmi b.Md Tajuri


25.Tn. Hj. Ahmad Basri b. Daud
26.En. Zulkifli b. Zakaria
27.En. Mohd Mustaqin b. Mustafa
28.Pn. Sabariah bt. Jamaluddin
29.Pn. Izatul Norizan bt. Selamat
30.Cik Nur Asikin bt. Saari
31.Pn. Sadiah bt. Luyar
32.Pn. Meryam Khatoon bt. Ab.
Ghani
33.Pn. Siti Khalijah bt. Tasu
34.Pn. Haslinda bt. Kadir Baba
35.Pn. Haslina bt. Harun
36.Pn. Hamai ak Hangkin
37.Pn. Ang Hwi Hong
38.Pn. Athiluckchimy a/p
Veerasamy
39.Pn. Salasiah bt. Abdul Majid
40.Pn. Ropinah bt. Ismail Wang
41.Pn. Azura bt. Ariffin
42.Pn. Nelita ak Sylvester
43.Pn. Mastura bt. Md. Ismail
44.Pn. Ziana bt. Dahalan

AGENDA:
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
1.1.Mesyuarat dimulakan dengan Al-Fatihah.
1.2.Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru yang
hadir.
1.3.Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan.
2. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
2.1.Pengerusi meminta JK mengemaskini fail dan bersedia untuk
pemantauan pada bila-bila masa.
2.2.Perkara yang perlu diambil tindakan dan dikemaskini adalah seperti
berikut. Setiap perkara hendaklah didokumentasikan dengan baik selepas
Program Motivasi dan satu salinan handaklah diserahkan kepada Unit
HEM sekolah.
2.2.1. Bilik Bimbingan dan Kaunseling
2.2.2. Buku Rekod Bimbingan dan Kaunseling
2.2.3. Fail Pekeliling Bimbingan dan Kaunseling

2.2.4. Laporan Program Bumbingan dan Kaunseling


2.2.5. Fail- fail lawatan, laporan dan sebagainya.
2.3.Murid akan dihantar ke sesi kaunseling mulai 19 Mac selepas cuti sekolah
oleh guru kelas setelah berbincang dengan PK HEM.
3. Jawatankuasa Keselamatan 3K ( Program 3K )
3.1.Fail Program 3K hendaklah dikemaskini dan dihantar ke pejabat PK HEM.
3.2.Jawatankuasa hendaklah memantau kebersihan, keceriaan, dan
keselamatan kawasan berikut iaitu padang, bilik darjah, bilik darjah, bilik
khas, pejabat, kantin, tandas, landskap, papan kenyataan, pelan sekolah,
pelan kecemasan, alat pemadam api, salur getah / paip bomba, jalan
keluar / masuk dan papan tanda panduan keselamatan.
3.3.Kawad kebakaran sebaiknya dilaksanakan sebelum cuti sekolah dan alat
pemadam api dipasang di tempat tempat.
3.4.Pengerusi mengingatkan semua bilik dan bangunan sekolah mestilah
dipantau sebelum cuti bermula dan laporan hendaklah dibuat sekiranya
ada kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan. Laporan kerosakan
hendaklah dibuat dan diserahkan kepada PK Kokurikulum.
4. Jawatankuasa Kesihatan
4.1. Pengerusi meminta Fail Meja Kesihatan diambil di pejabat PK HEM dan
dikemaskini. Perkara yang perlu dikemaskini ialah Jawatankuasa 2012,
minit mesyuarat, dan Carta Gantt. Pengerusi juga meminta diwujudkan
AJK untuk memantau aktiviti dari Januari hingga November.
4.2. Pengerusi mengingatkan agar semua kad kesihatan / Pergigian disimpan
dengan baik di bilik kesihatan dan pastikan jumlah yang dihantar oleh
guru kelas cukup.
4.3. Jawatankuasa mestilah memastikan bilik rawatan disediakan untuk
pemeriksaan pergigian / rawatan kesihatan pada tarikh yang diberi.
Keadaan bilik juga mestilah bersih dan selesa. Selain itu keceriaan bilik
rawatan harus dipantau dan AJK boleh meminta bantuan pekerja untuk
tujuan kebersihan dan keceriaan bilik rawatan.
4.4. Pengerusi memaklumkan bahawa Program Bersepadu Sekolah Sihat
( PBBS ) mestilah diteruskan seperti tahun lepas dan dimulakan selepas
cuti sekolah 19 Mac 2012. Jawatankuasa harus mengagihkan buku PBBS
kepada semua guru kelas.
5. Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan
5.1. Pengerusi meminta Fail Meja Kebersihan dan Keceriaan diambil di pejabat
PK HEM dan dikemaskini. Perkara yang perlu dikemaskini ialah
Jawatankuasa 2012, minit mesyuarat, dan Carta Gantt. Pengerusi juga
meminta diwujudkan AJK untuk memantau aktiviti dari Januari hingga
November.
5.2. Pengerusi mencadangkan agar diwujudkan star rating untuk
mempamerkan status kebersihan kelas di papan kenyataan dan
diumumkan setiap bulan. Kelas yang bersih akan diberi Bintang mengikut
kategori iaitu Biru Baik dan Kuning Memuaskan. Pemberian ini akan
disampaikan ketika perhimpunan dan ia boleh dipamerkan di pintu kelas.
Sekiranya prestasi kelas tersebut merosot kelas itu akan kehilangan
Bintang. Kelas yang berjaya mempertahankan Bintang akan diisytiharkan

juara dan akan menerima hadiah daripada Unit HEM. Pengerusi meminta
Penyelaras berjumpa dengan beliau untuk membincangkan perkara ini
dengan lebih terperinci.
5.3.Pengerusi menjelaskan Program Kelasku Rumahku bertujuan memberi
kesedaran tabiat cintakan kecantikan dan kebersihan kelas untuk
mewujudkan suasana kelas yang kondusif.
6. Jawatankuasa Perhimpunan dan Protokol
6.1.Pengerusi meminta Penyelaras dan AJK merujuk semula pekeliling ikhtisas
tentang garis panduan perhimpunan.
6.1.1. Perhimpunan ialah waktu dalam jadual iaitu waktu kerja di mana
semua guru wajib hadir tepat pada masanya.
6.1.2. Perlaksanaan perhimpunan mestilah teratur mengikut prosedur
nyanyian, ucapan, dan lain-lain.
6.1.3. Perhimpunan mesti menepati masa seperti waktu akademik. Jadi ia
harus dirancang agar tidak mengambil masa pelajaran lain.
6.1.4. Intipati ucapan mestilah ringkas dan padat bukan ceramah yang
panjang lebar.
6.1.5. Guru lain boleh membuat pesanan kepada murid selepas agenda
perhimpunan selesai tetapi jangan mengambil masa terlalu lama.
6.1.6. Elakkan budaya bersembang ketika perhimpunan atau membuat
kerja lain seperti makan, memeriksa buku, membaca majalah. Ini
tidak wajar sama seklai kerana murid memerhati kelakuan guru. Guru
adalah Role Model.
6.1.7. Duduk dengan memenuhi barisan hadapan dahulu.ini adalah adab.
Majlis akan nampak lebih teratur, kemas dan cantik jika didatangi
tetamu, pelawat atau orang luar yang menyaksikan majlis tersebut.
6.1.8. Berucap dengan berhemah, jangan gunakan bahasa yang kesat
melalui pembesar suara.
6.1.9. Jangan menjatuhkan maruah pelajar di khalayak ramai.
6.1.10.
Elakkan isu sensitif sama ada politik atau perkauman.
6.1.11.
Pastikan murid dalam keadaan terkawal, senyap dan
memberi perhatian.
6.1.12.
Aktiviti persembahan dan spotcheck boleh dijalankan tetapi
tidak mengambil masa terlalu lama.
6.1.13.
Guru bertugas diminta tampil ke hadapan supaya murid
terutama murid baru dapat mengenali kesemua guru yang bertugas.
6.1.14.
Pengawas memainkan peranan membawa murid ke tapak
perhimpunan dan balik ke kelas.
7. Jawatankuasa Anti-Dadah
7.1.Pengerusi meminta Penyelaras mengemaskini Fail Meja Anti Dadah
merangkumi Jawatankuasa 2012 dan Minit Mesyuarat. Fail Meja boleh
diambil di pejabat PK HEM dan dipulangkan selepas cuti sekolah 19 Mac
2012 dalam keadaan lengkap.
7.2.Pengerusi mengingatkan agar Program Anti Dadah dilaksanakan dan
kertas kerja dibuat lebih awal. Program didokumentasikan setelah
program selesai dan dihantar ke PPD.
7.3.Papan AntiDadah mestilah dipaparkan semula dengan poster dan risalah
berkaitan dengan kemas. Poster DADAH MUSIH NO. 1 NEGARA mestilah
diletakkan di dalam setiap kelas.

7.4.Untuk ceramah anti dadah, jawatankuasa boleh menghubungi pejabat


AADK Manjung.
8. Jawatankuasa Kebajikan
8.1.Pengerusi meminta Fail Meja Kebajikan diambil di pejabat PK HEM dan
dikemaskini. Perkara yang perlu dikemaskini ialah Jawatankuasa 2012,
minit mesyuarat, dan Carta Gantt. Pengerusi juga meminta diwujudkan
AJK untuk memantau aktiviti dari Januari hingga November.
8.2.Senarai nama murid anak yatim mestilah diletakkan di dalam fail yang
lengkap dengan kelas dan alamat semasa.
8.3.Untuk aktiviti menabung melalui BSN dan AFFIN, guru yang diamanahkan
ialah Pn. Aishah dan diharap dapat memaklumkan tarikh kemaskini dan
penambahan simpanan dari semasa ke semasa kepada murid. Murid
Tahun 1 digalakkan untuk membuka akaun.
8.4.Program Susu 1 Malaysia hendaklah direkodkan jumlah penerimaan oleh
murid. Pemberian mestilah mengikut prosedur dan dipatuhi. Pengerusi
akan memberi taklimat berhubung perkara ini kemudian.
8.5.Jawatankuasa mesti memantau sekiranya terdapat murid yang
memerlukan bantuan kecemasan, sama ada kemalangan atau kecemasan
dan sebagainya. Laporan kepada PK HEM dan tindakan yang sewajarnya
mesti dibuat.
9. Jawatankuasa Kantin
9.1.Pengerusi meminta Fail Meja Kantin diambil di pejabat PK HEM dan
dikemaskini. Perkara yang perlu dikemaskini ialah Jawatankuasa 2012,
minit mesyuarat, dan Carta Gantt. Pengerusi juga meminta diwujudkan
AJK untuk memantau aktiviti dari Januari hingga November.
9.2.Pengerusi memaklumkan pemantauan kantin mesti dilaksanakan setiap
hari persekolahan. Buku pemantauan boleh diambil pada hari Isnin setiap
minggu dan diserahkan kepada kepada PK HEM pada hari Jumaat untuk
dibuat semakan dan ulasan.
9.3.Pengerusi meminta jawatankuasa membuat laporan mengikut prosedur
dalam buku panduan kantin. Laporan mestilah telus dan benar.
9.4.Pengerusi berharap perhatian dapat diberi kepada kebersihan sajian dan
dapur. Sekiranya terdapat aduan daripada murid tentang keracunan dan
sebagainya harap dapat diselidik terlebih dahulu.
10.Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas
10.1.
Pengawas Sekolah / ICT / PSS
10.1.1.
Pengerusi meminta jawatankuasa mengemaskini Fail Meja
pengawas, papan tanda pengawas, carta organisasi dan sebagainya.
10.1.2.
Pengerusi berharap agar pengawas lebih proaktif, tegas dan
mantap dalam pengurusan disiplin dan kawalan salah laku. Tugasan
pengawas harus diperbaiki dan berfungsi dengan baik termasuk
penampilan yang baharu.
10.1.3.
Majlis watikah perlantikan yang baharu perlu dilaksanakan
sebaik dan secepat mungkin.
10.1.4.
Perjumpaan pengawas harus diatur Contact Time untuk
berbincang perlaksanaan tugas.
10.1.5.
Pengerusi mengingatkan supaya pengawas dibimbing dari
semasa ke semasa. Buku kecil catatan pengawas

diwujudkan.pengawas yang kurang berwibawa atau melanggar


disiplin boleh dipecat atas arahan Guru Besar.
10.1.6.
Peranan Pengawas Sekolah , Pengawas ICT dan Pengawas
PSS mestilah sentiasa diingatkan dan dipantau.
10.2.
Disiplin
10.2.1.
Pengerusi meminta Jawatankuasa mengemaskini Fail Meja
Disiplin. Buku peraturan sekolah dipastikan mencukupi untuk 2012.
10.2.2.
Pengerusi mengingatkan sebarang salah laku mestilah
bertindak mengikut prosedur yang betul. Sekiranya murid ponteng
jawatankuasa perlu mendapatkan maklumat daripada guru kelas
untuk tindakan.
10.2.3.
Pengurusan SSDM perlu didedahkan kepada semua AJK
terutama cara menghantar data secara online dan sebagainya.
10.2.4.
Buku kes salah laku hendaklah dihantar kepada PK HEM
setiap hujung bulan untuk semakan.
10.2.5.
Apabila menangani masalah murid tegar, guru mesti
bertindak tegas bukan agresif.
10.2.6.
Bising keterlaluan adalah masalah yang sering berlaku. Jadi
pengawalan murid dalam masalah ini perlu ditangani dengan
sebaiknya.
10.2.7.
Murid yang bermasalah di peringkat awal perlu dikenalpasti
unutk dihantar ke sesi kaunseling.
11.Jawatankuasa Anti Denggi
11.1.
Pengerusi meminta Fail Meja Anti - Denggi diambil di pejabat PK
HEM dan dikemaskini. Perkara yang perlu dikemaskini ialah Jawatankuasa
2012, minit mesyuarat, dan Carta Gantt. Pengerusi juga meminta
diwujudkan AJK untuk memantau aktiviti dari Januari hingga November.
11.2.
Laporan AntiDenggi mestilah dibuat setiap bulan dan dihantar ke
PPD dan pejabat kesihatan.
11.3.
Pengerusi mengingatkan Jawatankuasa untuk membuat surat
jemputan untuk Ceramah Anti Denggi di pejabat kesihatan di mana UP:
Dr. Suzanna.
11.4.
Kertas kerja untuk Program Anti Denggi haruslah dibuat dan
dibincangkan bersama PK HEM.
11.5.
Papan Anti Denggi mestilah mempamerkan poster dan risalah
berkaitan.
11.6.
Gotong royong diharapkan dapat dilaksanakan dengan kerjasama
Unit Beruniform. Jadual giliran Cari Dan Musnah mesti dibuat dan
dimasukkan ke dalam Carta Gantt.
12.Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr serta
ditangguhkan pada 3.00 petang.
Disediakan oleh :
...........................................
........
(PN.ILA HUSNA BT HJ. MOHD ALI )
MUSTAKIM )
Setiausaha,
Jawatankuasa HEM
SKP TLDM II

Disemak oleh :
....................................
(PN. ZAITON BT
PK HEM
SKP TLDM II,
Lumut.

Lumut

You might also like