You are on page 1of 2

Menurut criper dan widdowson (1975: 156), sosiolinguistik

adalah kajian bahasa dalam penggunaannya, dengan tujuan


untuk meneliti bagaimana konvensi pemakaian bahasa
berhubungan dengan aspek-aspek lain dari tingkah laku sosial.
Menurut booji, kersten dan verkuyl (1975:139), sosiolinguistik
adalah subdisiplin ilmu bahasa yang mempelajari faktor-faktor
sosial yang berperanan dalam penggunaan bahasa dan
pergaulan sosial.
Bagi hickerson pula, sosiolinguistik adalah pengembangan
subbidang linguistik yang memfokuskan penelitian pada
variasi ujaran serta mengkajinya dalam suatu konteks sosial.
Sosiolinguistik meneliti korelasi antara faktor-faktor sosial itu
dengan variasi bahasa (1998: 4).
Menurut trudgill, sosiolinguistik adalah sebahagian daripada
linguistik yang bersangkutan dengan bahasa sebagai suatu
fenomena sosial dan budaya. Sosiolinguistik menggunakan
bahan, metodologi atau penemuan sains sosial (khususnya
sosiologi dan antropologi), tetapi beberapa aspek geografi
sosial atau manusia disentuh juga (1974: 32-33).
Wackey pula berpandangan bahawa sosiolinguistik menuntut
kemunculan kedua-dua kategori sosial dan kategori bahasa
serta kemungkinan kajian perhubungan antara kedua-duanya,
iaitu perhubungan antara kategori sosial sebagai tingkah laku,

budaya, etnik, pekerjaan, keturunan dan pendidikan, dan


kategori bahasa keturunan dan pendidikan, dan kategori
bahasa sebagai dialek, aksen, perbendaharaan kata, laras
bahasa dan jenis bahasa (1982: 295)
Hubung jalin antara aspek bahasa dengan masyarakat itu
masih dapat dilihat dengan jelas, terutamanya apabila kajian
membabitkan latar belakang masyarakat dan kaitannya
dengan pelbagai pola penggunaan bahasa (nik safiah karim,
1981: 4).

You might also like