You are on page 1of 1

TAJUK UTAMA

: BAHAN BERBAHAYA ( ROKOK)


SENARIO

Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada
tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang
baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat
banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok sehinggakan menimbulkan pelbagai masalah disiplin
disekolah seperti gejala ponteng kelas dan sekolah, sehinggakan tidak dapat dibendung. Ini kerana pelajar hanya berasa
seronok apabila dapat menghisap rokok tanpa mengetahui kesan-kesan buruk yang akan dihadapi oleh mereka pada
tempoh jangka panjang. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin.
Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan.
Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau
perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif,
tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu
pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok
ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita
boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut.
Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan,
dan sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan
hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari
peringkat awal lagi.

Harapan guru Pendidikan Jasmani dengan adanya sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) Pendidikan Kesihatan
disekolah dengan menggunakan kaedah-kaedah media pengajaran seperti bahan manupulatif,bahan pameran dan PPBK
mampu untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar-pelajar sekaligus berlakunya perubahan tingkahlaku.

You might also like