You are on page 1of 6

Ketumbuhan Otak

Definisi

Ketumbuhan Otak adalah ketumbuhan pepejal yang paling kerap berlaku dikalangan
kanak-kanak. Penyakit ini tidak mengira usia kanak-kanak tersebut. Pada masa ini, lebih
daripada separuh kanak-kanak yang telah disahkan menghidap ketumbuhan di otak boleh
sembuh daripada penyakit ini. Walau bagaimanapun rawatan ketumbuhan otak adalah sangat
rumit disebabkan oleh lokasi ketumbuhan tersebut. Akibatnya, ramai kanak-kanak yang dirawat
untuk tumor otak mengalami masalah jangka panjang yang penting, seperti perubahan dalam
fungsi intelek dan motor. Justeru, kanak-kanak ini memerlukan penilaian yang berterusan dan
penjagaan yang khusus untuk membantu mereka ke sekolah dan meneruskan kehidupan
harian dengan sebaik mungkin.

Anatomi otak

Sistem saraf (central nervous system) terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Kedua-duanya
mengawal ke semua fungsi-fungsi badan.

Antara otak dan tengkorak terdapat tiga lapisan membran yang dipanggil meninges. Lapisan
ini meliputi otak dan saraf tunjang sepenuhnya. Terdapat cecair yang dipanggil cecair
cerebrospina (CSF) di antara dua lapisan ini. Cecair ini berfungsi sebagai pelapik kepada otak
(cushioning of the brain). Cecair ini juga terdapat pada rongga di dalam otak yang dipanggil
'ventricle'. Otak disambungkan kepada muka melalui 12 saraf kranial yang khusus, yang
mengawal pergerakan mata, muka dan lidah.

Otak, seperti setiap organ lain dalam badan terdiri daripada sel-sel. Terdapat kira-kira 40
bilion sel saraf yang dipanggil neuron di dalam otak. Sel-sel ini berkomunikasi antara satu sama

1/6

Ketumbuhan Otak

lain dan dengan bahagian badan yang lain dengan menghantar mesej atau impuls saraf melalui
sistem laluan saraf atau rangkaian (nerve pathway or network).

Bahagian-bahagian utama otak adalah seperti berikut: Cerebrum Bahagian terbesar otak. Terdiri daripada dua bahagian atau hemisfera.
Hemisfera kanan mengawal pergerakan sebelah kiri badan dan sebaliknya. Salah satu fungsi
utama cerebrum ialah mengawal fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi seperti pemikiran,
ingatan, pertuturan, pendengaran, dan penglihatan.
Cerebelum - Terletak di bahagian belakang otak dan dan mengawal keseimbangan dan
koordinasi badan.
Brain stem- Mengawal fungsi asas yang penting untuk mengekalkan kehidupan
termasuk pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah.

Sebab-sebab ketumbuhan otak

Punca tumor otak tidak diketahui. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan sindrom genetik yang
jarang berlaku (seperti neurofibromatosis, Von Hippel-Lindau , sindrom Li-Fraumeni) diketahui
mempunyai risiko mendapat ketumbuhan sistem saraf. Kanak-kanak yang telah menerima
rawatan radiasi di kepala sebagai sebahagian rawatan barah lain juga berisiko tinggi untuk
mendapat ketumbuhan otak.

Klasifikasi ketumbuhan otak

Tumor otak utama boleh terbentuk daripada mana-mana jenis sel yang terdapat di dalam
otak. Ketumbuhan ini mungkin bukan kanser (benign) atau kanser (malignan).

Tumor otak yang paling utama adalah benign, yang bermakna mereka cenderung untuk kekal
dalam bahagian otak di mana mereka bermula dan tidak merebak ke kawasan lain atau ke
laman yang jauh. Pembasmian sepenuhnya tumor ini melalui pembedahan adalah mencukupi.

2/6

Ketumbuhan Otak

Ketumbuhan otak yang malignan boleh merebak dan menyerang kawasan-kawasan lain.
Walaupun ketumbuhan ini dibuang melalui pembedahan, mungkin terdapat sel-sel yang
tertinggal yang berkemungkinan besar untuk tumbuh semula dan menyerang badan.

Pengelasan tumor otak kepada benign dan malignant kadang-kala boleh mengelirukan. Ada
kalanya, ketumbuhan yang benign boleh membawa maut sekiranya ia memberi tekanan
kepada bahagian otak yang penting seperti brain stem. Ketumbuhan yang tidak dapat dibuang
akan terus membesar dan mengancam nyawa pesakit. Ini bermakna semua ketumbuhan pada
sistem saraf adalah berbahaya.

Gejala ketumbuhan otak

Gejala ketumbuhan berbeza, bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan.

Sesuatu ketumbuhan boleh menyekat aliran cecair serebrospina dan menyebabkan


pengumpulan cecair dalam ventrikel. Ini dipanggil hydrocephalus. Tekanan yang dibangkitkan
di dalam otak akan menimbulkan gejala seperti:
Sakit kepala.
Loya dan muntah.
Resah gelisah
Mudah marah/gelisah.
Mengantuk.
Perubahan personaliti.
Penurunan fungsi jantung dan pernafasan dan akhirnya koma jika tidak dirawat.
Bagi bayi, tekanan yang meningkat ini boleh menyebabkan bahagian yang lembut di
kepala bonjol dan saiz kepala menjadi besar.

Ketumbuhan yang berlaku dibahagian cerebellum boleh menyebabkan lemah dan ketidak
seimbangan semasa berjalan. Gejala lain akan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas
oleh tumor. Ini termasuk:
-

Sawan.
Juling.

3/6

Ketumbuhan Otak

Kelumpuhan saraf/otot muka atau separuh badan.


Hilang ingatan jangka pendek.
Petuturan yang tidak jelas.
Gangguan fungsi usus atau pundi kencing, sakit belakang bagi ketumbuhan yang
melibatkan saraf tunjang.

Lain-lain gejala boleh di dapati bergantung kepada lokasi ketumbuhan tersebut. Di antaranya:
sawan
juling, penglihatan yang kabur
saraf yang lumpuh di bahagian otot muka atau separuh badan
Hilang ingatan jangka pendek
Pertuturan kurang jelas
Gangguan fungsi usus dan pundi kencing, sakit belakang yang dialami adalah
melibatkan saraf tunjang

Gejala ketumbuhan otak mungkin menyerupai masalah perubatan yang lain. Sentiasa rujuk
kepada doktor anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Jenis ketumbuhan otak

Terdapat banyak jenis ketumbuhan otak. Hanya 2 jenis ketumbuhan otak yang sering
menyerang kanak-kanak iaitu medulloblastoma dan glioma.

Rawatan

Rawatan ketumbuhan otak ini melibatkan pendekatan pelbagai disiplin. Modaliti rawatan
terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.

Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan sebanyak ketumbuhan yang
mungkin. Ini akan menyediakan tisu yang akan diperiksa oleh ahli patologi untuk menentukan

4/6

Ketumbuhan Otak

jenis ketumbuhan yang sebenar.

Kadang-kala saluran getah atau tiub perlu dimasukkan untuk mengalirkan cecair serebrospina
berlebihan daripada otak ke dalam lapisan rongga abdomen. Proses ini bertujuan untuk
mengurangkan tekanan intrakranial dan meredakan gejala.

Sekiranya ketumbuhan tidak boleh dikeluarkan kerana ia adalah di tapak yang berbahaya
seperti brain stem, atau jika pembedahan tidak lengkap atau jika ada kemungkinan bahawa
sesetengah sel kanser tertinggal, maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.

Kemoterapi adalah penggunaan dadah anti kanser untuk memusnahkan sel kanser. Ia
digunakan secara rutin untuk merawat medulloblastoma dan semakin digunakan untuk merawat
lain-lain jenis ketumbuhan otak.

Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang mengidap ketumbuhan otak?

Prognosis banyak bergantung kepada:


-

Jenis ketumbuhan.
Tahap penyakit.
Saiz dan lokasi tumor.
Kehadiran atau ketiadaan metastasis.
Respons tumor itu kepada rawatan.
Umur dan kesihatan keseluruhan kanak-kanak.
Toleransi kanak-kanak terhadap ubat-ubatan tertentu, prosedur atau terapi.

Seperti kanser-kanser lain, prognosis dan masalah jangka masa panjang berbeza daripada
individu ke individu. Tumpuan segera perubatan dan terapi yang agresif adalah penting untuk
memastikan prognosis yang terbaik.

Apakah jenis penjagaan susulan jangka panjang yang perlu dijangkakan?

5/6

Ketumbuhan Otak

Salah satu matlamat utama adalah untuk memaksimumkan fungsi setiap kanak-kanak. Ini
boleh dicapai melalui pemantauan dan campur tangan pelbagai disiplin, mengikut keperluan
termasuk:
-

Fungsi Intelek.
Penilaian endokrin dan rawatan.
Penilaian neurologi.
Penjagaan psikososial.
Pendengaran, penglihatan.
Fungsi motor.

Kanak-kanak yang dirawat untuk ketumbuhan otak selalunya mengalami perubahan dalam
fungsi intelek dan motor yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Oleh itu, program yang
boleh memenuhi keperluan khas mereka dan yang mampu menyediakan pelbagai
perkhidmatan secara individu bagi membantu kepulangan mereka ke sekolah dan
memaksimumkan potensi mereka adalah penting.
Semakan akhir
Penulis
Penyemak

:
:

26 April 2012
Dr. Zulaiha bt. Muda
Dr. Eni Juraida bt. Abdul Rahman

6/6

You might also like