You are on page 1of 6

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE

KOD ETIKA

2010 - 2012

Untuk menjadi warga UPE yang baik dan efektif, setiap warga mestilah:

Memahami dan menghayati misi, visi, objektif, fungsi dan


struktur organisasi UPE;

Menerap serta mengamalkan nilai-nilai etika yang murni


seperti yang diperakukan;

Merasa sayang serta bangga kepada UPE sebagai sebuah


organisasi serta tempat berkhidmat;

Komited untuk menjadikan UPE sebagai sebuah organisasi yang


cemerlang serta disegani; dan

Bersedia berkorban untuk mempertahankan UPE, menanamkan


kesetiaan yang mendalam dan mengambil sikap mendahulukan
kepentingan organisasi (UPE) daripada kepentingan peribadi.

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE

KOD ETIKA

2010 - 2012

Etika Kerja UPE Bertujuan:

Menerap dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai yang luhur


(murni) serta positif dan sekaligus membanteras perlakuan serta
nilai-nilai yang tidak beretika di kalangan warga UPE dalam
menjalankan tugas seharian untuk memastikan wujudnya
ketahanan, keikhlasan, ketelusan serta kepuasan bekerja; dan

Meningkatkan disiplin diri, komitmen, kebolehan dan


keupayaan semua warga UPE untuk menghasilkan kualiti kerja
serta perkhidmatan yang cemerlang demi menjaga imej UPE
khususnya dan negara umumnya.
2

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE


2010 - 2012

KOD ETIKA
Nilai-nilai Etika

Nilai-nilai etika yang diperakukan untuk diterap serta diamalkan oleh semua warga UPE
terkandung dalam akronim UPE itu sendiri iaitu:

Utuh

Profesional

Efektif
3

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE


2010 - 2012

KOD ETIKA

Utuh bermaksud sempurna iaitu kesempurnaan sifat. Nilai, tingkah laku serta keperibadian seseorang yang menjurus kepada
ciri-ciri warga UPE yang bermoral, beretika dan berintegriti.
Dalam konteks ini, nilai-nilai sekunder yang menyokong nilai utama utuh ialah:

Integriti
Mempunyai nilai-nilai murni
yang asas serta akhlak serta
sahsiah diri yang terpuji iaitu
amanah, jujur, bersih, ikhlas,
berdisiplin dan beriman.

Saksama

Komitmen

Setiap warga UPE hendaklah sentiasa


prihatin, bersikap penyayang, adil
dan saksama terhadap sesiapa sahaja
serta sentiasa memberi layanan yang
ramah dan mesra.

Sentiasa mempunyai iltizam untuk


melaksanakan kerja dengan penuh
rasa tanggungjawab, bersungguhsungguh dan tekun.

Kekitaan

Akauntabiliti
Sentiasa bertanggung jawab,
bersemangat cekal, tabah dan sabar
menghadapi apa jua cabaran demi
kepentingan UPE dan perkhidmatan
awam.

Memupuk semangat bantu membantu


serta kerja sebagai satu pasukan
dengan mendahulukan
matlamat/kepentingan organisasi (UPE)
daripada individu di samping mencapai
kejayaan serta kecemerlangan bersama
dalam konteks a win-win-situation.
4

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE

KOD ETIKA

2010 - 2012

Profesional membawa maksud mahir atau pakar iaitu mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam menjalankan
tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan sesuai dengan bidang tugas dan fungsi UPE. Untuk mencapai tahap
profesional yang tinggi, semua warga UPE perlu mempunyai nilai-nilai sekunder berikut:
Berilmu
Memahami dengan jelas misi, slogan, objektif, fungsi dan
struktur organisasi UPE dan mahir dalam bidang tugas
masing-masing di samping memiliki pengetahuan asas
mengenai ekonomi dan perancangan serta aspek-aspek
lain yang berkaitan dengannya.
Bijaksana
Berpandangan Jauh
Mempunyai visi dan matlamat yang jelas di
Bijak membuat keputusan dan pertimbangan khususnya
samping berupaya untuk melihat, meramal
yang membabitkan banyak pihak, bijak menggunakan
dan merancang pembangunan ekonomi
sumber-sumber yang terhad untuk menghasilkan sesuatu
yang maksimum, bijak menyelesaikan sesuatu isu/masalah
pada masa depan.
yang timbul, dan bijak mengambil kesempatan/peluang
yang ada. Namun, kebijaksanaan ini mestilah dilakukan
dalam batas etika yang dibenarkan.
Proaktif
Mempunyai keupayaan untuk bertindak atau
melakukan sesuatu tugas tanpa menunggu arahan
terlebih dahulu dan mampu menghasilkan yang terbaik
dengan pengawasan(daripada pihak atasan) yang
minimum.
Cemerlang
Sentiasa berusaha menghasilkan kerja
yang bermutu tinggi dan mengekalkan
pencapaian secara konsisten sesuai
dengan konsep kaizen.

Inovatif
Berupaya membuat perubahan dan
pembaharuan yang boleh membantu
meningkatkan kualiti, produktiviti serta
kecemerlangan organisasi (UPE).
Kreatif
Mempunyai daya kreativiti yang tinggi serta
bermutu dan berupaya mencetus ide-ide
bernas di samping mencipta/menghasilkan
sesuatu yang releven dengan perkembangan
semasa serta akan datang.

Merancang Ke Arah Kecemerlangan

Pelan Strategik UPE

KOD ETIKA

2010 - 2012

Efektif bermaksud cekap iaitu efisien, cekap menjalankan tugas, cekap (cepat) bertindak, cekap (tepat)
mentafsir, cekap (bijak) menggunakan masa serta sumber-sumber yang ada (terhad), cekap (cepat dan tepat)
membuat keputusan dan cekap (cepat) menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Bagi melahirkan warga UPE
yang efisien dalam melaksanakan tugas masing-masing, nilai-nilai sekunder berikut perlu diamalkan.

Sistematik

Cepat

Menjalankan tugas dan


tanggungjawab dengan sistematik,
teratur dan berkesan menggunakan
sumber-sumber yang ada demi
menjaga kualiti perkhidmatan awam.

Melaksanakan sesuatu tugas atau


tanggungjawab dengan segera tanpa
membuang masa dan selaras dengan
sasaran (tempoh) yang ditetapkan.

Tepat
Berkemampuan untuk
mentafsir sesuatu
dengan tepat dan jelas
di samping
menghasilkan sesuatu
kerja (dasar serta
strategi pembangunan
dengan betul)

Etika kerja UPE hendaklah diamalkan oleh


semua warga dengan diterajui oleh pihak
pengurusan iaitu selaras dengan prinsip
Kepimpinan Melalui Teladan,
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta
Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan.
Pencapaian Diutamakan.

Produktif
Sentiasa menghasilkan
sesuatu secara konsisten
sekurang-kurangnya
menyamai sasaran yang telah
ditetapkan dan hasil yang
dikeluarkan pula tetap
berkualiti.

Berkualiti
Menghasilkan sesuatu kerja
dengan bermutu dan sentiasa
ditahap yang tinggi sehingga
memuaskan hati semua pihak.

You might also like