You are on page 1of 1

Nama, Sifat Dan Struktur Sebatian Kimia Tak Organik

Nama

Sifat

Asid sulfurik
Asid sulfurik
ialah asid mineral yang kuat. Ia mempunyai formula
kimia H2SO4. Asid sulfurik larut dalam air pada semua kepekatan. Apabila gas
SO3 pekat ditambah kepada asid sulfurik, ia membentuk H 2S2O7. Ini dikenali
sebagai asid sulfurik fuming atau oleum atau,jarang-jarang sekali, asid
Nordhausen. Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan, termasuk dalam
kebanyakan reaksi kimia dan proses pembuatan. Ia digunakan secara meluas
sebagai bahan kimia pengilangan. Kegunaan utama termasuk penghasilan
baja, memproses bijih, sistesis kimia, pemprosesan air kumbahan dan
penapisan minyak. Reaksi penghidratan asid sulfurik adalah tindak balas
eksoterma yang kuat. Jika air ditambah kepada asid sulfurik pekat, ia mampu
menggelegak. Sentiasa tambah asid kepada air dan bukan sebaliknya.
Sebahagian daripada masaalah ini disebabkan perbezaan isipadu kedua-dua
cecair. Air kurang tumpat berbanding asid sulfurik dan cenderung untuk
terapung di atas asid. Reaksi terhasil boleh dianggap sebagai membentuk ion
hidronium, seperti: H2SO4 + H2O H3O+ + HSO4-. Disebabkan asid sulfurik
bersifat penghidrat, asid sulfurik merupakan agen pengeringan yang baik, dan
digunakan bagi menyediakan kebanyakan buah-buahan kering.

Struktur

Nama

Sifat

Struktur

Asid hidroklorik
Asid hidroklorik merupakan sebatian kimia larutan akueous gas hidrogen
klorida, HCl. Asid hidroklorik merupakan asid kuat, dan merupakan komponen
utama asid gaster dan digunakan secara meluas dalam industri. Asid ini patut
digunakan dengan awasan keselamatan yang sesuai kerana sangat
mengkakis. Asid hidroklorik telah menjadi bahan kimia yang penting dan
kerap digunakan sejak awal sejarah dan ditemui oleh ahli alkimia Jabir ibn
Hayyan kira-kira pada tahun 800. Asid ini digunakan dalam Zaman
Pertengahan oleh ahli-ahli kimia untuk menghasilkan batu hikmat, dan
kemudian oleh ahli sains Eropah termasuk Johann Rudolf Glauber, Joseph
Priestly dan Humphry Davy dalam membina ilmu kimia moden. Sejak Revolusi
Perindustrian, asid hidroklorik menjadi bahan kimia industri untuk pelbagai
proses,
termasuk
penghasilan
sebatian
organik
secara
besarbesaranseperti vinilklorida untuk plastik PVC, MDI/TDI untuk poliuretena,
dan proses lebih kecil, seperti pemprosesan gelatin dan bahan makanan,
serta pemprosesan kulit (binatang). Lebih kurang 20 juta tan gas HCl
dihasilakan setiap tahun.

You might also like