You are on page 1of 1

Mohammad Nurul Naim bin Wahab

No 27, Jalan Tenggiri, Kampung Nelayam Sungai Haji Dorani,


45300 Sungai Besar, Selangor.

No Telefon 010-8941085

YAYASAN PELAJARAN MARA


Aras 18, Menara MARA,
No. 232, Jalan Tungku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

(YBhg. Dato Haji. Yussoff Bin Dohab)

Yang Berbahagia Dato.


Permohonan Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (SDEP)
Berhubungan dengan perkara di atas, saya berhajat untuk memperoleh bantuan pendidikan
SDEP yang akan digunakan untuk menampung perbelanjaan kos pengajian saya di peringkat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2. Ketika ini saya berada dalam pengajian tahun kedua iaitu bermula pada September 2012
sehingga 2014 iaitu melibatkan tempoh pengajian selama 4 tahun merangkumi 8 semester
pengajian. Seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak
kebelakangan ini telah memberi kesan terhadap perbelanjaan kos sara hidup pelajar. Keadaan
pendapatan bapa saya yang tidak menentu iaitu Wahab bin Chom yang merupakan nelayan
pinggir pantai tidak berupaya sepenuhnya untuk menambahkan lagi pemberian perbelanjaan
bagi menampung kos sara hidup sepanjang pengajian sebagai seorang mahasiswa.
3. Saya berbesar hati dengan pertimbangan yang dilakukan pihak Yayasan Mara dalam
menimbangkan permohonan Skim Dana Ehsan YPM (SDEP). Bersama-sama ini, saya
sertakan beberapa dokumen penting mengenai syarat permohonan SDEP. Saya berharap agar
permohonan saya dipertimbangkan sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

(MOHAMMAD NURUL NAIM BIN WAHAB)

You might also like