You are on page 1of 54

SEKSYEN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
TEL : 03- 89472016
03- 89466171

Tafsiran
Hospital
Hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana
hospital universiti, klinik-klinik Kerajaan.

Keluarga pegawai
Pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi
pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya.

Lembaga Perubatan
Sebarang Lembaga yang ditubuhkan mengikut
Perintah Am 18.
2

Panel Doktor
Seseorang doktor prevet yang diluluskan
oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel
Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil
Sakit.

Pegawai
Pegawai atau pesara perkhidmatan
Kerajaan Malaysia.

Pegawai Perubatan
Doktor perubatan atau doktor pergigian
berdaftar yang berkhidmat dengan
Kerajaan Malaysia.
3

RAWATAN PERUBATAN
UNTUK
PEGAWAI-PEGAWAI

Rawatan Percuma di
Hospital/Klinik Pesakit Luar
Pegawai-pegawai yang jatuh sakit akan
mendapat rawatan, ubat dan rawatan
perubatan atau pergigian yang percuma
termasuklah pembekalan alat-alat
ortopedik dan anggota-anggota palsu
tetapi tidak termasuk pembekalan gigi
palsu.
5

Rawatan di Hospital Yang


Berhampiran
Pegawai-pegawai hendaklah
mendapatkan rawatan mereka di
hospital-hospital atau klinik-klinik
Kerajaan yang berhampiran dengan
stesyen mereka.

Rawatan Prevet Bayar Sendiri


Pegawai yang mendapat rawatan
daripada seorang doktor prevet akan
menanggung segala perbelanjaan
bersabit dengan rawatan tersebut.

Bayaran Bersalin Bukan di


Hospital

Apabila isteri kepada atau seseorang pegawai


memilih untuk bersalin di tempat yang lain
daripada hospital dan dia dirawati oleh
seorang pegawai perubatan, maka pegawai
perubatan itu boleh mengenakan satu
bayaran mengikut kadar yang ditetapkan oleh
Kerajaan.
Bayaran sedemikian tidak akan dikenakan
apabila isteri atau pegawai itu dinasihatkan
untuk bersalin di rumah oleh seseorang
pegawai perubatan.
8

Pegawai Perlu Mendapat Sijil Sakit


Pegawai yang jatuh sakit tidak dapat hadir
di pejabatnya, hendaklah mendapatkan
Sijil Sakit dari pegawai perubatan atau
Panel Doktor dan menghantarkan Sijil
tersebut kepada Ketua Jabatannya.

Mendapatkan Sijil Sihat


Seseorang pegawai yang telah diberi Sijil
Sakit boleh dikehendaki oleh pegawai
perubatan atau Panel Doktor mengikut
budibicaranya, mendapatkan Sijil Sihat
sebelum kembali bekerja.
9

Rawatan di Luar Negeri


Pegawai atau keluarganya disahkan oleh
sebuah Lembaga Perubatan memerlukan
rawatan khas yang tidak diperolehi di negeri
ini dan dengan syarat ada perakuan dari
Ketua Pengarah Kesihatan bahawa tidak ada
rawatan sedemikian pada Kerajaan, maka
pegawai itu atau keluarganya boleh
ditimbangkan untuk dihantar keluar negeri
bagi mendapatkan rawatan tersebut atas
perbelanjaan Kerajaan dan jika betul-betul
diperlukan, termasuk perbelanjaan seorang
lain yang dikehendaki mengiringinya.
10

Kemudahan Rawatan Perubatan


Bagi Ibubapa Yang Sah/Pesara
Pegawai yang menerima opsyen SSB
adalah layak untuk mendapatkan
kemudahan rawatan bagi ibubapa mereka
yang sah. Ibubapa kandung/ibu tiri/bapa
tiri/ibubapa angkat yang pertalian
kekeluargaan adalah sah di sisi undangundang.

11

Kelayakan Bayaran Wad


Seseorang pesara atau keluarganya
dimasukkan ke sebarang wad mengikut
kelayakan akhir pesara sejurus sebelum
bersara. Pesara dikehendaki membayar
% daripada gaji akhirnya. Seseorang
pesara yang mendapat pencen tidak
melebihi RM180 sebulan akan dikecualikan
daripada membayar bayaran wad bagi diri
atau keluarganya.

12

Kemudahan Rawatan Untuk


Keluarga Pegawai Selepas
Kematiannya
Mana-mana keluarga seseorang pegawai
yang telah diletakkan di atas perjawatan
berpencen akan berkelayakan menerima
kemudahan rawatan percuma selepas
kematian pegawai itu.
Ketua Jabatan akan dikehendaki
mengeluarkan satu kad pengenalan untuk
keluarga pegawai yang meninggal dunia
semasa dalam perkhidmatan.
13

Kadar Bayaran Wad Untuk


Keluarga Pegawai Selepas
Kematiannya
Sekiranya keluarga pegawai dimasukkan ke
dalam hospital, maka mereka akan
dikehendaki membayar bayaran wad
sebanyak yang patut mereka bayar
sekiranya pegawai itu masih hidup lagi
sebagai seorang pesara.

14

KLINIK PANEL

15

Perlantikan Klinik Panel


Bagi maksud Skim ini, Universiti
melantik suatu panel terdiri daripada
beberapa buah klinik swasta (yang
dengan perlantikan itu dikenali sebagai
Klinik Panel")untuk memberi khidmat
rawatan pesakit luar di bawah Skim ini

16

Syarat-syarat Perlantikan klinik


panel
Perlantikan sesebuah klinik panel adalah
tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut>
a) sesebuah klinik panel adalah dilantik bagi
tempoh selama tidak lebih daripada dua
tahun bagi setiap perlantikan. Klinik panel
yang akan tamat tempoh lantikannya boleh
memohon untuk dilantik semula dengan
mengemukakan pemohonan bertulis kepada
Universiti sebelum empat bulan tamat
tempoh lantikan semasa.
17

b) Perlantikan sesebuah klinik sebagai


klinik panel adalah khusus untuk
cawangan yang ditentukan sahaja dan
tidak meliputi cawangan-cawangan
yang lain.

18

c) Bagi maksud skim ini, semua doktor


yang bertugas disesebuah klinik panel
termasuk mereka yang mempunyai
kelulusan pakar adalah dianggap
sebagai pengamal perubatan umum
dan bukan sebagai doktor pakar.

19

d) Perlantikan sebagai klinik panel boleh


ditamatkan oleh mana-mana pihak
(Universiti atau klinik yang berkenaan)
dengan memberi notis bertulis tidak
kurang daripada satu bulan kepada
pihak yang satu lagi.

20

e)Universiti berhak menggantung atau


menamatkan perlantikan sesebuah Klinik
panel dengan serta-merta jika didapati klinik
panel tersebut tidak mematuhi peraturanl
syarat atau prosedur yang ditetapkan oleh
pihak Universiti. Klinik yang berkenaan boleh
mengemukan rayuan kepada Majlis dan
keputusan Majlis mengenainya adalah
muktamad.

21

Pemilihan Klinik Panel


Setiap pegawai dikehendaki memilih, tidak
lebih daripada dua klinik panel (perubatan)
untuk mendapatkan kemudahan rawatan bagi
dirinya dan tanggungannya. Had dua klinik
panel ini dikenakan juga kepada pasangan
suami-isteri yang sama-sama bertugas di
Universiti ini. Dalam keadaan biasa,
pertukaran klinik panel pilihan tidak
dibenarkan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh pemilihan yang terdahulu.
22

LEMBAGA PERUBATAN

23

Ahli-ahli Lembaga Perubatan


Lazimnya sesebuah Lembaga hendaklah
mengandungi tidak kurang daripada
dua orang pegawai perubatan dengan
seorang daripada mereka, di mana
boleh, hendaklah sebaik-baiknya ahli
dalam jenis penyakit atau kecederaan
yang dialami oleh pegawai tersebut.
24

Bila Lembaga Boleh Dipanggil


Bersesuaian dengan peruntukanperuntukan dalam Perintah-perintah Am
Bab C dan dalam bab ini, Lembaga
Perubatan boleh dipanggil:
Apabila seseorang pegawai didapati masih
tidak sihat setelah menghabiskan semua
cuti-cuti sakit biasanya;

25

Apabila seorang pegawai perubatan berpendapat


bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi sihat
untuk bertugas;
Apabila pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun
yang berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit
sebanyak 45 hari atau lebih;
Apabila kesiuman otak atau kesihatan badan
pegawai diragu-ragukan;
Apabila pegawai telah tercedera semasa bertugas;
Apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi,
kusta atau barah;
Apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa
untuk mendapatkan rawatan di luar negeri kerana
tiada rawatan sedemikian di negeri ini.
26

Laporan Lembaga
Laporan mana-mana Lembaga
Perubatan akan dikemukakan terus
kepada Ketua Jabatan atau Kuasa
Tertentu yang telah memohon
dijalankan pemeriksaan tersebut.

27

BAYARAN
DAN
PERATURAN WAD

28

Bayaran Wad
Pengecualian Bayaran Wad Bila Sakit di Luar Ibu
Pejabat
Bayaran Wad Sama Bagi Keluarga Pegawai
Pengiraan Bayaran Wad
Pegawai Yang Tinggal Kurang Daripada 12 jam
Pegawai Masuk Wad Kelas Tinggi
Pegawai Masuk Wad Kelas Rendah
Murid-murid Sekolah Percuma
Kes Pergigian
Murid-murid Yang Berkelayakan
Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai
Pembayaran Bil Ketua Jabatan Memotong Gaji
29

Bayaran Wad
Seseorang pegawai dan keluarga
mereka dikehendaki membayar bayaran
wad apabila dimasukkan ke hospital
mengikut kadar dalam Lampiran A.

30

Pengecualian Bayaran Wad Bila


Sakit di Luar Ibu Pejabat
Seseorang pegawai yang jatuh sakit
atau menerima kecederaan semasa
menjalankan tugas rasminya di luar ibu
pejabatnya akan dikecualikan daripada
membayar bayaran wad apabila ia
terpaksa dimasukkan ke dalam hospital
di luar ibu pejabatnya.
31

Bayaran Wad Sama Bagi Keluarga


Pegawai
Keluarga pegawai adalah berkelayakan
untuk dimasukkan ke dalam kelas wad
yang sama seperti pegawai sendiri dan
mereka akan dikenakan bayaran wad
yang sama.

32

Pengiraan Bayaran Wad


Bayaran wad ialah bagi satu hari yang
dikira dari jam seseorang pegawai itu
dimasukkan ke dalam hospital.
Sebahagian hari yang melebih 12 jam
dikira sebagai satu hari penuh. Bagi
pegawai yang tinggal di hospital lebih
daripada satu hari, sebarang baki hari
yang kurang daripada 12 jam tidak
akan diambil kira.
33

Pegawai Yang Tinggal Kurang


Daripada 12 jam
Seseorang pegawai yang dimasukkan
ke dalam hospital bagi masa yang
kurang daripada 12 jam akan dikenakan
bayaran penuh bagi satu hari mengikut
budibicara pegawai perubatan.

34

Pegawai Masuk Wad Kelas


Tinggi

Seseorang pegawai atau keluarganya


yang meminta untuk dimasukkan ke
dalam wad yang lebih tinggi kelasnya
atas budi bicara pegawai perubatan dan
dikenakan bayaran wad seperti yang
dikenakan kepada orang ramai. Walau
bagaimanapun ia akan terus mendapat
rawatan, ubatan atau lain-lain rawatan
atau pembedahan yang percuma.
35

Pegawai Masuk Wad Kelas


Rendah
Seseorang pegawai atau keluarganya
yang terpaksa atau memilih untuk
dirawat di dalam wad yang lebih rendah
kelasnya dikehendaki membayar
bayaran maksima kelas wad yang patut
dibayar oleh pegawai yang telah
mencapai tanggagaji maksima bagi wad
kelas tersebut.
36

Murid-murid Sekolah Percuma


Seorang murid sekolah akan dikecualikan dari
sebarang bayaran hospital apabila ia
dimasukkan ke dalam wad Kelas Dua dan
dengan syarat ia mengemukakan surat
pengenalan dari Guru Besar. Pegawai yang
berkehendakkan anaknya dirawat di wad
Kelas Satu, maka kadar bayaran akan
dikenakan sekiranya pegawai berkelayakan
untuk mendapat rawatan di Kelas Satu atau
mengikut kadar untuk kanak-kanak.
37

Kes Pergigian
Bagi kes pergigian untuk murid sekolah,
peraturan yang sama seperti di atas
akan diikuti.

38

Murid-murid Yang Berkelayakan


Murid-murid sekolah yang boleh
menerima faedah seperti di atas ialah
mereka yang masih belajar di sekolahsekolah rendah dan menengah tetapi
tidak melebihi tingkatan lima.

39

Surat Pengesahan Diri dan


Pengakuan Pegawai
Pegawai yang dimasukkan ke hospital
atau yang ingin mendapatkan rawatan
di klinik Kerajaan dikehendaki
mengemukakan satu Surat Pengesahan
Diri dan Pengakuan Pegawai.

40

Pembayaran Bil Ketua Jabatan


Memotong Gaji
Pembayaran bil-bil hospital pegawai
akan dilakukan dengan pemotongan
gajinya atau secara tunai. Bil-bil
dikemukakan apabila pegawai telah
keluar dari hospital.

41

BAYARAN WAD
Kadar-kadar berikut ialah bayaran wad
sehari di hospital-hospital dan lain-lain
yayasan perubatan kerajaan yang
dikenakan kepada pegawai-pegawai,
pesara-pesara dan keluarga-keluarga
mereka.

42

Kelayakan dan Bayaran Wad


Kelayakan dan bayaran wad di Hospitalhospital dan lain-lain Yayasan
Perubatan Kerajaan yang dikenakan
kepada pegawai dan keluarganya
adalah seperti berikut:

43

Gred Khas dan ke atas,


Kategori hingga III yang bergaji
RM3,138 dan ke atas

Kelas 1 bilik
seorang

RM10.00

Kategori III yang bergaji RM3,137


Dan ke bawah hingga Kategori VI

Kelas 1 bilik
berdua

RM8.00

Kategori VII hingga VIII

Kelas 1 bilik
bertiga

RM6.00

Kategori IX hingga XI

Kelas Dua

RM3.00

Kelas Tiga

Percuma
44

Pengecualian Bayaran Wad


Pegawai yang dimasukkan ke hospital atau
Yayasan Perubatan Kerajaan akibat daripada
kecederaan yang dialami dalam kemalangan
semasa menjalankan tugas jawatan atau
semasa membuat perjalanan dalam tugas
rasmi adalah dikecualikan daripada dikenakan
bayaran wad dengan syarat mendapat
pengesahan sedemikian daripada Ketua
Jabatannya.
45

Bayaran Wad Hospital Sakit Otak


Gaji Pegawai/Pesara
Sebelum Bersara

Bayaran Harian
Pegawai
Pesara

Kelas I RM680 sebulan


Dan ke atas

RM2.50

RM1.25

Kelas II RM180 sebulan RM0.50


Dan ke atas tetapi dibawah
RM680

RM0.50

Kelas III - Bergaji dibawah Percuma


RM180 sebulan

Percuma
46

Bayaran yang dibiayai


Bayaran yang ditanggung oleh pihak
Universiti adalah seperti berikut >
a. Bayaran perundingan/pemeriksaan oleh
hospital kerajaan/klinik panel.
b. Bayaran ubat dan suntikan vaksinasi
profilaktik/suntikan yang dipreskripsikan
oleh doktor panel serta ubat-ubat tambahan
seperti
47

darah tinggi, diabeties, dan penyakit yang


perlu rawatan berterusan (bayaran bagi pilpil mengemukkan/menguruskan, vitamin,
bekalan susu dan sebagainya tidak
ditanggung oleh pihak universiti.

c.Bayaran yang dikenakan oleh klinik panel


untuk pembedahan kecil.
d.Rawatan pre-natal dan pemeriksaan makmal
yang diperlakukan sebagai perlu oleh doktor
panel.
48

e. Bayaran bagi kehadiran, pemeriksaan,


rundingan rawatan perhatian/pemeriksaan
pakar yang di kenakan oleh hospital
kerajaan(semua bayaran tambahan yang
lain seperti harga alat kosmetik, gigi palsu
dan sebagainya tidak ditanggung oleh
universiti).

49

f.

Semua bayaran hospital yang dikenakan


oleh pihak hospital ke atas pegawai dan
tanggungan (kecuali bayaran wad).

g. Bayaran pemeriksaan kesihatan (medical


check-up) termasuk x-ray akan dibayai oleh
universisti untuk pegawai sahaja.

50

h. Sekiranya pihak hospital mengesahkan


bahawa pegawai/tanggungannya perlu
mendapat rawatan ditempat lain, maka
pegawai dan tanggunggannya boleh
medapatkan rawatan ditempat tersebut dan
menuntut bayaran balik perubatan.
i

Rawatan pengigian adalah terhad kepada


rawatan biasa, iaitu cabut dan tampal
sahaja. Bayaran rawatan yang dibayai oleh
universiti adalah tertakluk kepada had
maksimun yang boleh ditetapkan dari masa
ke semasa oleh universiti.
51

j.

Sekiranya disahkan oleh pihak hospital


bahawa kemudahan rawatan pakar tidak
didapati di hospital kerajaan pada masa
yang diperlukan mengikut penyakit, dengan
persetujuan daripada universiti, pegawai
dan tanggungan boleh medapatkan rawatan
dari pakar di hospital/klinik swasta.
Universiti akan membayar semua bayaran
yang dikenakan kecuali bayaran wad.

k. Bayaran bersalin bagi pegawai atau isteri


pegawai akan ditanggung oleh universiti
sekiranya bersalin dihospital kerajaan.
52

l.

Bagi tanggungan (anak) umur tidak melebihi


18 tahun(kecuali yang masih menerima
pendidikan umur 21 tahun), anak yang daif
tidak dihadkan umur.

m. Bayaran-bayaran hospital adalah ditanggung


oleh PTJ pegawai berkenaan.
Pengawai/tanggungan yang masuk ke dalam
wad dikehendaki membayar kadar wad yang
ditetapkan oleh pihak hospital dari semasa
ke semasa.
n. Rawatan pakar yang diterima dari
hospital/klinik swasta tidak dibayar oleh
universiti.
53

54

You might also like