You are on page 1of 5

SK SEKSYEN 9 KOTA DAMANSARA

TEKS BERCERITA DARIPADA KISAH AL-QURAN


BAHASA MELAYU
(PEREMPUAN)

TAJUK:
PERISTIWA DI LEMBAH SEMUT

TAJUK: PERISTIWA DI LEMBAH SEMUT


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Lafaz bismillah pembuka bicara
Buat guru dan rakan semua
Kisah Peristiwa di Lembah Semut tajuk cerita
Marilah kita dengar bersama
Pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman sebagai raja terdapat sebuah perkampungan
rakyat di mana penduduknya dalam kalangan semut. Perkampungan tersebut dinamakan
Lembah Semut. Semut-semut tersebut hidup harmoni dan saling bekerjasama antara satu
sama lain.
Nabi Sulaiman merupakan raja yang menjadi pemerintah pada zaman tersebut. Beliau
mempunyai keistimewaan di mana beliau boleh mendengar dan memahami bahasa semut.
Wah, Sungguh hebat sekali!

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Naml ayat 15:

Maksudnya:
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi
Sulaiman;
Lembah semut aman sentiasa,
Rakyatnya bersatu taatkan ketua
Nabi Sulaiman menjadi raja
Kebajikan rakyat sentiasa dijaga
Kawan-kawan,
Keamanan negara merupakan impian setiap rakyat. Konsep Satu Malaysia yang
diperkenalkan untuk memupuk semangat perpaduan amat bertepatan dalam menjana
masyarakat majmuk di negara ini.
Ya kawan-kawan,

Suatu rombongan besar Nabi Sulaiman hendak menuju ke Lembah Asgalan bersama-sama
tenteranya daripada golongan jin, manusia dan burung. Apabila ketibaan Nabi Sulaiman
diketahui oleh rakyat semut, keadaan menjadi huru-hara. Permaisuri Semut
mengeluarkan arahan. Hai semut-semut masuklah kalian ke dalam sarang agar selamat
dan tidak dipijak oleh rombongan Nabi Sulaiman. Ucap Permaisuri semut. sesungguhnya
mereka itu tidak menyedarinya.

Lembah Semut menjadi huru hara


Tibanya Sulaiman bersama tentera
Arahan Permaisuri sebagai ketua
Dipatuhi semut selamatlah jiwa.
Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam surah An-Naml ayat 8:

Ertinya:
Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru: Berkat yang melimpahlimpah kepada orang yang berada dekat api itu.
Kawan-kawan,

Sebagai rakyat, kita seharusnya mematuhi arahan ketua atau pemimpin. Misalnya perintah
berkurung 30 hari di Mesir membuktikan bahawa arahan ketua harus dipatuhi bagi
menyelamatkan diri dari segala bahaya.
Ya kawan-kawan,
Mukjizat Nabi Sulaiman, baginda dapat mendengar arahan permaisuri semut kepada
rakyatnya. Maka dipertengahan jalan beliau menyuruh rombongannya berhenti.
Berhentilah sejenak, kita beri waktu kepada makhluk Allah untuk menyelamatkan diri.
Ucap Nabi Sulaiman. Wahai nabi Allah, mengapa kita tiba-tiba berhenti di tengah jalan?
Tanya salah seorang daripada rombongannya. Di hadapan sana terdapat lembah semut yang
di dalamnya terdapat jutaan semut, jawab Nabi Sulaiman.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Naml ayat 18;

Ertinya:
Berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut masuklah ke sarang kamu masing-masing.
Kawan-kawan,

Nabi Sulaiman merupakan nabi yang sangat berilmu dan menghormati orang lain. Kita
seharusnya sentiasa menghormati orang lain dalam membentuk masyarakat yang sentiasa
bersatu padu. Alhamdulillah, di Malaysia telah mengamalkan semangat perpaduan antara satu
sama lain.
Ya kawan-kawan,
Ketika kaum semut itu sedang sibuk menyelamatkan diri, Nabi sulaiaman menyuruh
rombongannya untuk terus memuji dan bersyukur kepada Allah SWT. Tenteranya sangat
takjub di atas keistimewaan Nabi Sulaiman.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Naml ayat 19:



Ertinya:
Ya Tuhanku berila aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah engkau
anugerahkan kepadaku.
Kembang mewangi seharum kasturi
Indah tersusun di tepi taman
Sentiasa syukur ke hadrat ilahi
Sifat mulia jadi pedoman
Kawan-kawan,
Bersyukurlah di atas segala kurniaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
Contohilah tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2012 Profesor Datuk Dr Yaakob
Che Man, bekas Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM. Yang baik jadikan
teladan yang buruk jadikan sempadan.
Ya Kawan-kawan,
Setelah beberapa saat berhenti, Nabi Sulaiman dan rombongannya kembali meneruskan
perjalanan. Ketika melintasi lembah semut, Nabi Sulaiman dan rombongannya mendapat
pujian daripada Permaisuri Semut. Kaum semut bersyukur kerana sarangnya tidak
dirosakkan oleh rombongan Nabi Sulaiman.
Kami takjub kepada Nabi Sulaiman yang mengerti bahasa binatang, sehingga tidak ada satu
pun yang terbunuh di antara kami kata Permaisuri Semut.

Firman Allah S.W.T dalam surah Muhammad ayat 7:

Ertinya:
Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu
dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Ya Kawan-kawan,

Kita seharusnya bersyukur Negara kita Malaysia negara yang penuh dengan keharmonian.
Bantuan awal persekolahan RM100 untuk semua pelajar sekolah dapat meringankan beban
keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan. Hulurkan tangan ringankan beban.
Alhamdulillah.

Ya kawan-kawan,
Peristiwa di lembah semut menjadi teladan bagi umat manusia supaya mereka memahami
keadaan makhluk-makhluk lain ciptaan Allah di muka bumi ini. Kita hendaklah menghormati
setiap kelemahan dan kelebihan agar kita tidak merasa bahawa diri kitalah yang paling
sempurna dan hebat.

Kawan-kawan,
Demikianlah kisah Peristiwa di Lembah Semut, semoga menjadi pengajaran buat kita
semua.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like