You are on page 1of 18

MINGGU 4

Teori-teori pembelajaran.
-

Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan implikasi teori pembelajaran
behavioris

terhadap

pengajaran-pembelajaran

kepada

kanak-kanak

berkeperluan khas.

1.0

PAVLOV DAN TEORI PELAZIMAN KLASIK

Ivan Petrovich Pavlov (1849 1936)


Beliau adalah pelopor bagi Teori Pelaziman Klasik selain daripada Watson. Ivan
Petrovich Pavlov adalah seorang ahli fisiologi, ahli psikologi dan ahli perubatan yang
berasal dari Rusia. Beliau pernah mendapat anugerah Hadiah Nobel bagi kategori
Fisiologi Perubatan kerana eksperimen terkenal beliau. Dalam eksperimen tersebut,
beliau telah menjalankan uji kaji mengukur lelehan air liur anjing memandangkan setiap
kali melihat pembantu makmal, mendengar bunyi tapak kaki pembantu makmal atau
melihat baju pembantu makmal yang membawa makanan anjing, air liur anjing tersebut
akan meleleh keluar. Eksperimen inilah yang telah mengasaskan teori behaviouris
dalam bidang psikologi yang menjadi rujukan asas konsep pelaziman klasik pada masa
kini.
Eksperimen anjing
1. Pavlov menyalakan lampu tetapi anjing tidak memberikan sebarang respon
kepada cahaya berkenaan. Hal ini demikian kerana cahaya tidak ada sebarang
hubungan dengan anjing tersebut.
(organisma sama ada manusia ataupun haiwan tidak akan memberikan
sebarang tindak balas atau respon kepada rangsangan dalam persekitaran yang
tidak ada sebarang hubungan langsung dengan organisma)
Rangsangan ini dikenali sebagai rangsangan neutral.

2. Pavlov menyalakan lampu suluh dan seterusnya menunjukkan daging makanan


anjing. Pada ketika ini, air liur anjing meleleh keluar setiap kali proses ini diulang.
Secara semulajadi, air liur anjing akan meleleh keluar apabila melihat
makanannya. Daging makanan anjing adalah rangsangan semulajadi. Oleh itu
gerakbalas anjing juga adalah semulajadi.
cahaya lampu
(rangsangan)

daging
=
(rangsangan)

lelehan air liur


(gerakbalas)

3. Pavlov menyalakan lampu suluh tanpa daging makanan anjing. Apabila anjing
melihat cahaya ini, air liur anjing tersebut meleleh keluar. Hal ini menunjukkan
bahawa anjing telah belajar gerak balas baru terhadap rangsangan suluhan
lampu. Dalam proses ini, cahaya lampu menjadi isyarat yang bermakna kepada
anjing iaitu sebagai masa untuk makan. Anjing telah membuat perkaitan antara
suluhan lampu (rangsangan neutral) dengan daging (rangsangan semulajadi).
Gerak balas yang berlaku menunjukkan bahawa proses pembelajaran telah
berlaku.
Cahaya lampu
(rangsangan)

lelehan air liur


(gerakbalas)

Konsep-Konsep Pelaziman Klasik

Konsep
Rangsangan neutral

Keterangan
Sesuatu perkara dalam persekitaran yang
tidak ada kaitan dengan diri kita dan kita
tidak akan memberikan sebarang respon

Rangsangan semulajadi

kepadanya.
Sesuatu perkara yang ada hubungan
secara semulajadi dengan diri kita dan kita
akan

Rangsangan terlazim

bergerakbalas

atau

memberikan

respon secara semulajadi atau refleksif.


Rangsangan neutral yang wujud berserta
rangsangan semulajadi dan menghasilkan

Gerakbalas semulajadi

gerakbalas yang serupa.


Gerakbalas atau respon yang berlaku
secara semulajadi.

Gerakbalas terlazim

Cth : sejuk tarik selimut, lapar makan


Gerakbalas atau respon yang berlaku hasil
perkaitan antara rangsangan semulajadi
dan rangsangan neutral.

Pelaziman Klasik
Pembelajaran dalam bentuk pelaziman klasik melibatkan pengalaman positif dan
negatif. Hal ini bermaksud, sekiranya seseorang dibiasakan dengan rangsangan yang
menyeronokkan, dia akan menghubungkaitkan pengalaman itu dengan keselesaan bilik
darjah, begitu juga sebaliknya. Penerimaan guru-guru dan rakan-rakan sekelas akan
menghasilkan perasaan selamat dalam diri seseorang dan dia akan suka untuk berada
dalam lingkungan bilik darjah berkenaan.
1. Generalisasi

Pemindahan pembelajaran berlaku apabila anjing telah dapat memberi respon


kepada rangsangan yang serupa dengan rangsangan terlazim. Sebagai contoh,
sekiranya rangsangan terlazim itu ialah bunyi loceng, maka anjing akan
memberikan respon kepada bunyi-bunyi lain yang serupa seperti bunyi wisel.
Dalam konsep murid pula, sekiranya murid berkenaan takut kepada guru yang
mengajar subjek matematik, maka apa sahaja yang berkaitan dengan subjek
matematik akan ditakutinya.
2. Diskriminasi
Proses diskriminasi berlaku apabila anjing hanya memberikan respon kepada
rangsangan tertentu sahaja. Contohnya, anjing tidak memberikan respon kepada
bunyi lain kecuali bunyi loceng sahaja. Bunyi selain daripada bunyi loceng
adalah rangsangan neutral sahaja. Dalam konsep bilik darjah, pelajar hanya
takut

kepada

guru

matematik

sahaja

tetapi

tidak

kepada

guru

lain

memandangkan perbezaan yang ketara dalam isi kandungan dan kaedah


pembelajaran.
3. Penghapusan
Proses ini bertujuan untuk melemahkan gerakbalas terlazim dengan menidakkan
rangsangan semulajadi. Contohnya, Pavlov membunyikan loceng tetapi tidak
memberikan makanan kepada anjing. Proses ini diulang-ulang sehingga pada
akhirnya, anjing tidak lagi memberikan respon kepada bunyi loceng. Dalam
konsep bilik darjah, perasaan takut kepada guru matematik yang dialami oleh
pelajar dapat diatasi dengan mendapat guru yang memahami keadaan dan
kelemahan pelajar berkenaan. Oleh yang demikian, perasaan takut itu akan
terus berkurang sedikit demi sedikit.
4. Pembelajaran semula
Dalam proses ini, Pavlov telah menyertakan semula rangsangan terlazim iaitu
bunyi loceng dengan rangsangan semulajadi iaitu daging. Oleh itu, anjing akan
melelehkan semula air liurnya apabila mendengar bunyi loceng. Proses inilah
yang dinamakan proses pembelajaran semula. Dalam konsep bilik darjah,
proses ini bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan proses ini melibatkan
proses yang sukar dilaksanakan. Untuk menghapuskan sesuatu yang dipelajari

bukanlah mudah kerana kebiasaan adalah sukar untuk dibuang. Oleh itu, adalah
lebih baik guru menyediakan suasana bilik darjah dengan peraturan yang adil
dan positif agar pelajar selesa dan tidak bersikap negatif.

2.0 TEORI PELAZIMAN KLASIK J.B WATSON

Watson dikenali sebagai bapa behaviorisme. Dalam kuliahnya yang bertajuk


psychology as the Behaviorist views it di Universiti Columba (1913), Watson

menyarankan kajian tingkahlaku secara objektif yang dinamakan behaviorisme.


Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkahlaku manusia yang dapat
dikawal dan diramal.
Watson terkenal dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi
manusia, iaitu uji kaji tentang Albert (1920). Kanak kanak Albert dibiarkan bermain
dengan tikus putih. Ketika Albert sedang asyik bermain, Watson membunyikan ketukan
yang kuat. Gandingan dua perkara ini dibuat berulang ulang kali. Albert terkejut dan
terus menjadi takut kepada tikus putih. Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang
mengejutkan. Albert kemudiannya menjadi takut kepada semua benda putih yang
berbulu termasuk Rambut Watson dan peran muka Santa Klaus. Watson membentuk
teori bahawa kanak kanak memiliki tiga tindak balas emosi yang asas iaitu, takut,
marah dan sayang. Tindakbalas emosi ini dapat dilazimkan.

Gerakbalas Semulajadi
Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim) ~ ketakutan (Gerakbalas Tidak
Terlazim)

Proses Berpasangan:
Tikus (Rangsangan Neutral) + Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim) ~
ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)

Berlakunya Pembelajaran:
Tikus (Rangsangan Terlazim) ~ ketakutan (Gerakbalas Terlazim)

EKSPERIMEN LITTLE ALBERT


Watson telah membuat kajian bahawa emosi manuisa boleh dilazimkan secara klasik.
Beliau menjalankan sebuah eksperimen ke atas seekor tikus putih dan seorang kanakkanak lelaki berumur 11 bulan bernama Albert. Beliau menunjukkan kepada Albert
seekor tikus putih. Pada mulanya Albert tidak takut pada tikus tersebut. Namun, apabila

satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, Albert
menjadi takut dan menangis. Keadan ini diulang sehingga Albert takut kepada tikus
putih.

3.0 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER


Menurut B.F. Skinner, tingkah laku individu juga mempunyai ciri memotivasinya
(individu dapat mengawal tingkah laku dirinya), dan cara pembelajaran juga boleh
berlaku kerana dipengaruhi oleh kesan tingkah laku sebelumnya.

Pelaziman opernan menekankan hasil kesan-akibat membawa kepada tingkah


laku yang baru, tingkah laku diteruskan atau diulang atau sebaliknya.
Kesan dan akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman. Oleh
yang demikian, hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan
yang tertentu kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baru ataupun sebaliknya.
Contoh =

Peristiwa awal
Guru tiada di

C
C

Tingkah laku
Kesan-akibat
dalam Murid mula bergaduh di Murid tidak dibenarkan

kelas

dalam kelas

keluar rehat. Apa yang


akan berlaku kesan dari
peristiwa

Guru

berada

di

luar Murid membuat tugasan

ini?(lihat

bawah)
Murid mendapat pujian.

kelas

Eksperimen
Skinner telah membuat eksperimen ke atas tingkah laku tikus yang
ditempatkan di dalam Peti Skinner bagi membuktikan hipotesisnya.

Antara kajian yang dibuat ialah tikus hanya akan mendapat makanan apabila
tuil suis ditekan. Sebagaimana biasa, tikus akan melakukan tingkah laku tikus, iaitu
menghidu, merayap, mencari-cari sehingga dia tertekan tuil suis dan mendapat
ganjaran makanan hasil perlakuan tersebut. Kesan daripada tingkah laku rawak
tersebut, tikus telah mengulangi menekan tuil suis untuk mendapatkan makanan.
Peneguhan dan Hukuman.
Peneguhan bermaksud mengukuhkan lagi tingkah laku yang memungkinkan
tingkah laku diulang atau diteruskan. Skinner telah memperkenalkan dua ketogori
peneguhan iaitu peneguhan positif dan negatif.
Peneguhan positif berupa peneguhan yang diberikan menjadi ransangan
kepada tingkah laku seterusnya.contohnya apabila diberi pujian, galakan dan ganjaran
tingkah laku akan diteruskan. Contohnya guru memberikan pujian kepada pelajarnya
kerana menyiapkan kerja. Hal ini menyebabkan pelajar akan menyiapkan tugasan
seterusnya dengan baik dan tepat pada waktunya.
Peneguhan negatif ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah
laku diteruskan apabila ransangan yang tidak selesa disingkirkan. Kebarangkalian
tingkah laku diteruskan adalah tinggi apabila leteran atau teguran tidak lagi diberikan.
Contohnya, guru menegur pelajar yang berambut panjang setiap kali memasuki kelas.
Akhirnya pelajar memotong dan menyikat kemas rambut. Dengan itu, guru tidak lagi
mengkritik dan pelajar kekal menjaga kekemasan rambut.
Hukuman pula ialah peristiwa yang mengurangkan kemungkinan tingkah laku
diulang.

Skinner

telah

memperkenalkan

dua

jenis

hukuman

iaitu

hukuman

beri(persembah) dan hukuman tarik(singkir).


Hukuman beri (persembah) mengurangkan kemungiknan tingkah laku diulang
hasil daripada ransangan yang diberi. Contoh hukuman ialah rotan, tampar dan lain-

lain. Hukuman tarik (singkir) mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulang hasil
daripada rangsangan yang selesa ditarik balik (biasanya sesuatu yang digemari).
Contohnya peluang keluar malam, menonton rancangan kegemaran.
Skinner juga telah membahagikan peneguhan positif kepada dua ketogori iaitu
peneguhan berterusan dan peneguhan berkala. Peneguhan berterusan bermaksud
memberikan peneguhan kepada setiap tingkah laku yang dilakukan. Peneguhan
berkala bermaksud memberikan peneguhan pada kala atau masa tertentu dan bukan
semua tingkah laku diberi peneguhan. Peneguhan berkala juga dapat dibahagikan
kepada dua iaitu mengikut selang masa dan mengikut nisbah pencapaian tingkah laku.
Peneguhan mengikut selang masa dan nisbah juga boleh dibahagikan kepada nisbah
tetap dan berubah.

4.0 TEORI PELAZIMAN THORNDIKE


Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu
pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas.
Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan
berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai

perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu
untuk bergerak balas kepadanya. Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan
dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf. Keterangan R-G mengenai
pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa
faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik
dan memuaskan pengalaman.
Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike
adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:
i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh
Thorndike sebagai:
a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah
memuaskan,

tiada

suatu

yang

dibuat

untuk

mengubah

tindakkannya

itu.

b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak
mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan
oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.
c) Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir,
maka pengalirannya adalah menyusahkan.
ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan
bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak
dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah
lemah.
iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas
terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian
antara ransangan dan gerak balas.

Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang
perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua,
sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau
dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah,
teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti,
imaginasi atau keindahan bahasa.
Eksperimen Thorndike
Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang
direka bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan anjing,
Thorndike kerap menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam
puzzle box yang mempunyai kunci.
Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci
peti itu, pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan yang
disediakan. Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan bermacammacam tindakan (proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu tertekan kunci
dan pintu terbuka. Masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box
dicatat.
Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang sama.
Kali ini, haiwan itu berjaya menekan kuci pntu dalam masal yang lebih singkat
berbanding dengan percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau
belajar. Iaitu, organisme itu telah mempelajari gerak balas yang betul untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Eksperimen "Cuba Jaya" Thorndike yang dilakukan ke atas seekor kucing

TEORI PELAZIMAN OPERAN - THORNDIKE

Pemerhatian berdasarkan eksperimen Thorndike

Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku


hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response
(gerak balas).

Semakin banyak percubaan untuk membuka pintu, semakin singkat masa yang
diambil oleh kucing tersebut untuk keluar dari sarang.

Tiga Prinsip Pembelajaran Thorndike

You might also like