Dunia Sains Dan Teknologi

You might also like

You are on page 1of 2

Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari.

Sains dan teknologi


membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun,
dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan
yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada
membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat.
Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan
masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam
pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan
kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa
dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang
lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas
yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi
juga mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidak menepati apa
yang telah Islam utarakan.
Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu
melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata
sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut,
ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang
timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir,
bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar
dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan
penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk
menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam
sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan
peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.
Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkan amalannya kian
meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi boleh
menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia
memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai keselamatan
sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan
sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang
tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan
memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia
turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah
yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia
ada.
Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan
masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh
diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan
dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di
sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang

sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan
kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di
mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya,
internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan
kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan
mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.
Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula
pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah
negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas
sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan
fitnah.
Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi
teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food)
yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta
meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang
dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan
pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang
digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-benda yang
dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi
bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.
Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi mampu
memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma
yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak
tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan agama yang
sebenar. Begitu juga dengan teknologi "stem cell" yang banyak kelebihannya dalam membantu
mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan "embryonic stem cell"
bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia.
Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada
kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai
perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah
ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong dan tidak
mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga
yang menciptakannya.

You might also like