You are on page 1of 5

Bahagian A

(Masa dicadangkan :15 minit)


(10 markah)
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.

1.________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

2.________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

3.________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

4.________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

5.________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Bahagian B
(Masa dicadangkan: 40 minit)
(30 markah)
Pilih satu daripada tajuk-tajuk dibawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan

1. Kamu telah menyertai kegiatan gotong royong membersihkan kawasan sekolah.


Tuliskan faedah-faedah yang kamu peroleh setelah menyertai aktiviti tersebut

ATAU

2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu telah memberikan bantuan basikal
kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Kamu merupakan salah
seorang daripada penerima sumbangan tersebut.
Tulis sepucuk surat untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak yang
berkenaan atas sumbangan tersebut.

ATAU

3. Cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Pelbagai aktiviti menarik yang
boleh kamu lakukan pada cuti persekolahan tersebut.

Tulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan kamu rancangkan itu.

Bahagian C
(Masa dicadangkan: 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima pengajaran yang anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda
dalam satu perenggan.

Pada suatu hari, Amir dalam perjalanan pulang dari sekolah. Kali ini Amir pulang
menggunakan jalan pintas yang jarang dilaluinya. Tiba-tiba dia ternampak suatu
objek hitam dalam semak di tepi jalan. Amir mendekati objek hitam tersebut.
Amir menarik keluar objek hitam itu. Rupa-rupanya objek hitam itu merupakan
sebuah beg hitam yang besar dan berat. Lalu, Amir membuka zip beg hitam itu
dengan berhati-hati. Amir tergamam apabila melihat
wang kertas yang
memenuhi beg itu. Amir tidak tahu apakah tindakan yang harus diambil olehnya.
Amir mengambil keputusan untuk menghantarkannya kepada pihak polis. Amir
menyerahkan beg hitam beserta wang tersebut kepada pihak polis. Beberapa
hari kemudian, Amir telah dibawa berjumpa dengan seorang pengurus bank.
Rupa-rupanya dua minggu yang lalu telah berlaku rompakan di sebuah bank.
Wang di dalam beg hitam itu adalah wang yang dirompak oleh perompakperompak itu. Menurut polis, kemungkinan perompak-perompak itu terlalu cemas
sehinggakan salah satu beg tercicir ke dalam semak samun tanpa disedari oleh
mereka. Pengurus bank itu mengucapkan terima kasih kepada Amir dan
memberi ganjaran kepadanya. Amir menolak tawaran tersebut kerana Amir
bukan mahukan ganjaran tersebut.

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 (PENULISAN)


TAHUN 6

BAHAGIAN A
1. menyapu sampah
2. menyiram pokok
3. mengecat pagar
4. menanam pokok
5. membantu
(idea-idea lain berkaitan dengan grafik boleh diterima)

Cemerlang
Baik
Memuaskan
Pencapaian tahap minimum

9-10
7-8
5-6
0-4

BAHAGIAN B
Soalan 1
Kamu telah menyertai kegiatan gotong royong membersihkan kawasan sekolah.
Tuliskan faedah-faedah yang kamu peroleh setelah menyertai aktiviti tersebut.

Cadangan jawapan
1. dapat menyatakan faedah aktiviti gotong royong
- mengisi masa lapang
- mengeratkan hubungan antara guru dan murid
- menyemai sikap suka akan kebersihan
(idea-idea lain berkaitan dengan faedah menyertai gotong royong boleh diterima)

Cemerlang
Baik
Memuaskan
Pencapaian tahap minimum

25-30
15-24
11-14
0-10

Soalan 2
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu telah memberikan bantuan basikal kepada
murid-murid yang kurang berkemampuan. Kamu merupakan salah seorang daripada
penerima sumbangan tersebut.

Tulis sepucuk surat untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak yang berkenaan atas
sumbangan tersebut.

Format- Surat Kiriman Rasmi


- Format tidak lengkap tolak 1 markah
- Tiada format tolak 3 markah

Skema (Idea-idea jawapan)


- tujuan surat
- ucapan terima kasih
- harapan/perasaan
- ucapan terima kasih
Cemerlang
Baik
Memuaskan
Pencapaian tahap minimum

25-30
15-24
11-14
0-10

Soalan 3
Cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh kamu
lakukan pada cuti persekolahan tersebut.
Tulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan kamu rancangkan itu.

Cadangan jawapan
(mana-mana aktiviti yang bersesuaian diterima)
Cemerlang
Baik
Memuaskan
Pencapaian tahap minimum

25-30
15-24
11-14
0-10

You might also like