Indonesia Muncul Kuasa Ekonomi Ke10 Terbesar Di Dunia

You might also like

You are on page 1of 1

merdeka-online.

com

http://merdeka-online.com/home/indonesia-muncul-kuasa-ekonomi-ke-10-terbesar-di-dunia/

Indonesia Muncul Kuasa Ekonomi Ke-10 Terbesar Di Dunia


administrator

MO,KUALA LUMPUR ,6/5/2014- Indonesia muncul kuasa


ekonomi kesepuluh terbesar di dunia dengan menyumbang
sebanyak 2.3 peratus bagi keluaran ekonomi global, menurut
laporan Bank Dunia.
Laporan tersebut dikeluarkan berdasarkan keputusan
Program Perbandingan Antarabangsa 2011 (ICP) yang
mengukur ekonomi-ekonomi berdasarkan pariti kuasa
membeli (PPP) dan menunjukkan bahawa Indonesia
melonjak enam anak tangga melepasi negara-negara yang
lebih membangun seperti Sepanyol, Korea Selatan dan Kanada.
Negara lain yang berada pada kedudukan sembilan ke atas adalah Amerika Syarikat (AS), China, India, Jepun,
Jerman, Rusia, Brazil, Perancis dan Britain.
Negara ekonomi berpendapatan pertengahan iaitu Indonesia, China, India, Rusia, Brazil dan Mexico kini
menyumbang 32.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia, berbanding 32.9 peratus
yang disumbangkan oleh enam negara ekonomi berpendapatan tinggi iaitu AS, Jepun, Jerman, Perancis, United
Kingdom (UK) dan Itali.
Jelas laporan itu lagi, AS dilihat bakal kehilangan status ekonomi terbesar dunia apabila China mungkin
mengatasinya menjelang akhir tahun ini, lebih pantas daripada jangkaan.
AS telah menjadi ekonomi terbesar di dunia sejak berjaya memintas UK pada 1872.
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah meramalkan China akan mengatasi AS
menjelang 2016 manakala China sendiri menyasar untuk menjadi kuasa ekonomi nombor satu dunia menjelang
2019.
Mengikut laporan itu, KDNK China hampir 87 peratus, berbanding KDNK AS pada 2011, manakala India telah
meningkat daripada kedudukan kesepuluh pada 2005 kepada ekonomi ketiga terbesar, mendahului Jepun.

Utusan
2014 Merdeka Online

You might also like