You are on page 1of 3

Rancangan Harian mesti ditulis dengan ringkas dan tepat.

Dihantar pada setiap hari Jumaat


untuk direkodkan.

Pemantauan yang berkesan. Guru-guru mesti sentiasa bersedia untuk dipantau oleh
Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia.
Mesyuarat Kali Pertama
Penerimaan Murid Prasekolah Sesi 2010
Tarikh : 21 November 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Mutiara
Kehadiran:
1. Guru Besar
2. Guru Prasekolah
3. Pembantu Pengurusan Murid
4. Ibu bapa dan kanak-kanak yang telah terpilih
Agenda:
1. Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Tuan Hj Ali bin Jaafar.
2. Penerangan pelaksanaan program prasekolah oleh Puan Fauziah A. Rahim, Guru
Prasekolah, SK Datuk Usman Awang
3. Pelantikan AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa sesi 2010.
4. Membincangkan kadar perbelanjaan dan sumbangan bulanan bagi sesi 2010.
5. Membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2010.
6. Hal-hal lain.
Ucapan alu-aluan Guru Besar
1. Mengalu-alukan kedatangan ibu bapa.
2. Menerangkan kenapa tempat mesyuarat ditukar di saat akhir. Dewan sekolah digunakan
untuk peperiksaan Darjah 6, Sekolah Agama.
3. Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana anak mereka terpilih mengikuti kelas
prasekolah pada tahun hadapan.
4. Menerangkan tentang peruntukan kewangan yang diterima oleh sekolah bagi membiayai
perjalanan kelas prasekolah.
5. Semua perbelanjaan tambahan akan dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa selepas acara
pemilihan AJK Majlis Pemuafakatan dibuat.
6. Mengalu-alukan ibu bapa yang datang ke sekolah sekiranya berminat untuk bersama-sama
membantu perjalanan aktiviti di prasekolah.
Penerangan Pelaksanaan Program Prasekolah oleh Guru Prasekolah.
1. Puan Fauziah menerangkan tentang matlamat pendidikan prasekolah.
2. Menerangkan objektif pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun.
3. Menjelaskan tentang peruntukan masa selama 4 jam yang akan dimulakan pada tahun
hadapan selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
4. Menjelaskan tentang tujuan dan kaedah pentaksiran diadakan di kelas prasekolah.
5. Menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan di kelas prasekolah yang mesti dipatuhi

oleh ibu bapa dan kanak-kanak sepanjang berada di kawasan sekolah.


- Kehadiran
- Ponteng
- Pakaian gantian
- Pakaian seragam
- Kesihatan dan keselamatan kanak-kanak
- Penggunaan buku latihan / tulis
- Bahan bacaan tambahan kanak-kanak
- Peraturan umum
- Senarai keperluan kanak-kanak
6. Menjelaskan tentang penarafan lima bintang yang bakal dilaksanakan mulai tahun hadapan.
7. Cara-cara pemilihan penerima anugerah pelajar cemerlang.
8. Menerangkan tentang penggunaan buku tulis dan meminta ibu bapa akan sentiasa memantau
kerja anak masing-masing dan menandatangani borang semakan.
Pemilihan AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa 2010
Penasihat - Guru Besar
Pengerusi - Encik Mad Fuad bin Salleh
Cadangan - Puan Rosni bt Taib
Sokongan - Puan Sarina bt Sedu
Naib Pengerusi - Puan Rosni bt Taib
Cadangan - Puan Saadiah
Sokongan - Puan Ermawati
Setiausaha - Puan Fauziah bt A. Rahim
Bendahari - Puan Misnah
Cadangan - Puan Farah Lina
Sokongan - Puan Sarina bt Sedu
Juruaudit - Puan Farah Lina
Cadangan - Puan Misnah
Sokongan - sebulat suara
Ahli Jawatan Kuasa
Semua ibu bapa dilantik sebagai AJK mengikut bidang dan keperluan yang dimaklumkan kelak.
Perbincangan Perbelanjaan 2010
Semua ibu bapa bersetuju dengan kadar yang telah ditetapkan:
Sumbangan bulanan RM10.00
Membeli buku aktiviti Pendidikan Islam - RM8.00
Buku tulis - RM 16.00
Bayaran asas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah juga
dipersetujui sebulat suara.
- Uniform
- Baju sukan
- Baju hari Jumaat
- Insuran

Aktiviti Sepanjang Tahun 2010


1. Program Ziarah dan Marhaban
2. Lawatan
3. Sukaneka
4. Perkelahan dan Hari keluarga
Hal-hal lain
1. Mengukur baju kanak-kanak
Mesyuarat ditamatkan pada pukul 11.30 pagi.

You might also like