You are on page 1of 5

PENGARUH BARAT TERHADAP SENI TARIAN

Kesenian juga merupakan satu lagi aspek budaya Melayu. Kesenian Melayu indah
seperti yang dipaparkan dalam seni persembahan, lukisan dan kraft tangan. Contohnya seni
tari Melayu yang memaparkan kesopanan dan kelembutan yang menjadikannya satu seni
yang unggul dan unik. Terdapat pelbagai bentuk tarian masyarakat melayu terdapat di
Malaysia seperti tarian zapin, tarian inang, tarian mak yong dan sebagainya. Tarian ini pula
boleh dibahagikan kepada pecahannya yang lebih kecil yakni dari segi kenegeriannya.
Sebagai contoh tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Mengikut
sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari
Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan
amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam. Kini,
tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai
contoh majlis perkahwinan, majlis perasmian dan sebagainya.

tarian zapin
Selain itu, bagi masyarakat cina pula terdapat beberapa tarian tradisional seperti
tarian naga, tarian singa dan juga tarian kipas. Tarian Singa adalah sebahagian daripada
tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua
penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala
kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang

disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang
dikatakan akan membawa tuah.

tarian singa

Bagi masyarakat india pula terdapat beberapa tarian antaranya ialah tarian
bharatanatyam dan tarian bhangara. Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu
di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi
enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya
(Tarian Ekspressi). Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang asas, pergerakan
tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan. Tempoh masa adalah berdasarkan rentak
yang mempunyai kadar yang sama dikenali sebagai Jatis. Muzik bagi tarian ini adalah
berdasarkan kepada nada yang penting ataupun ragas seperti Bhairavi, Kalyani dan
Kambodhi.

tarian bharatanatyam
Namun, dengan perubahan dunia hari ini, seni tari budaya asing semakin mendapat
perhatian terutama sekali seni tari barat. Seni tari barat yang moden dan rancak seperti
tarian breakdance, hip hop, shuffle dan sebagainya menarik perhatian golongan muda yang
mendahagakan sesuatu yang baru. Sebagai contoh tarian shuffle semakin mendapat ruang
dalam kalangan remaja di negara kita pada masa kini. Budaya yang semakin mendapat
tempat dalam kalangan remaja, malah telah menular dalam kalangan kanak-kanak seawal
usia 4 tahun. Tarian shuffle ini mula menjadi popular di Malaysia pada tahan 2008 lagi.
Tarian shuffle sebenarnya bermula di Melbourne, Australia iaitu lewat 1980an lagi. Shuffle
merupakan sebuah tarian gerak pantas yang diiringi muzik Techno. Sebelum bershuffle, para
shuffler akan meminum arak terlebih dahulu untuk mengkhayalkan diri mereka, ini yang
berlaku di negara-negara barat. Seperti yang kita sedia maklum, shuffle adalah tarian yang
sedang popular kepada remaja-remaja Malaysia sekarang ni.

breakdance

street dance
Walaupun shuffle tidak sebahaya tarian breakdance yang boleh menyebabkan patah
tengkuk, dikhuatiri remaja Islam terpengaruh dan terikut-ikut budaya barat yang jelas telah
runtuh kualiti akhlaknya, seperti meminum minuman keras yang menghayalkan sebelum
aksi shuffle dilakukan. Kaki mereka secara automatik bergoyang apabila mendengar muzik
shuffle yang ala-ala disco. Apa yang dirisaukan adalah tarian shuffle menjadikan jiwa remaja
dan kanak-kanak menyintai kepada muzik dan tarian yang akhirnya menjadi "kaki clubbing"
apabila mereka sudah besar nanti. Selain itu, aksi "terkinja-kinja" mereka dihadapan
penonton dan peminat setia mengundang kepada percampuran bebas antara lelaki dan
perempuan yang jelas dan nyata haram disisi agama Islam. Ini secara tidak langsung
mengundang perkara yang negatif seperti penzinaan, pencabulan dan sebagainya. Dengan
ini, remaja akan mudah rosak dan terpengaruh dengn gejala yang negatif.

shuffle

Apa yang pasti, golongan yang terlibat dengan budaya shuffle ini akan berusaha
mempertahankan pandangan positif mereka mengenai budaya barat ini. Antara hujah yang
sering dikemukakan, ianya adalah hanya sejenis tarian yang dapat menyihatkan badan.
Namun alasan itu tidak boleh digunakan lagi kerana masih banyak aktiviti yang bermanfaat
dan tidak mengundang gejala yang negative boleh dilakukan oleh para remaja antaranya
seperti bermain bola, berjoging, beriadah bersama keluarga dan banyak lagi. Dengan secara
tidak sengaja, golongan yang meminati dan terlibat dalam seni tari Melayu, India dan Cina
semakin berkurangan. Seni tari tradisional di Malaysia boleh sahaja pupus dengan arus
perubahan dunia yang pesat. Lebih-lebih lagi, golongan yang arif dalam seni tari tradisional
ini semakin berkurangan dan buku-buku mengenai seni tari juga sukar untuk dicari. Jikalau
kita tidak mengekalkan budaya-budaya dahulu, generasi akan datang tidak akan dapat
menikmati dan menghargai seni tari ini.

You might also like