You are on page 1of 7
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK ES Level, Block £8, KOMPLEKS KERAJAAN PARC Gayernment Comtex Parcel E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman web: http: www.m0e-gov.ny KP(BS-DSR)8787/008/2/ ( 21 ) 23 Disember 2005 ‘Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y. Bhg. Dato'/Datu/Tuan/Puan, ‘SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10 /2005 RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) Kementerian Pelajaran menyedari bahawa perpaduan di kalangan murid-murid berbilang kaum di Malaysia merupakan asas kepada pembangunan, kestabilan dan kemajuan negara. Unsur-unsur perpaduan ini dipupuk dan dimantapkan melalui pelbagai program pendidikan sama ada yang berbentuk akademik mahu pun kokurikulum dalam keseluruhan sistem pendidikan 2. Sebybungan dengan itu, Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Julai 2005, untuk mempertingkatkan dan menyuburkan lagi rasa kerjasama dan hormat-menghormati di kalangan murid-murid sekolah sebagai pemangkin kepada pencapaian matiamat perpaduan nasional dan integrasi kaum. 3. Kerjasama _Y.Bhg. Dato'/Datu/Tuan/Puan, adalah dipohon untuk mengemaskinikan- infrastruktur“dan~jentera~ perpaduan-nasional-dan- integrasi kaum yang ada di peringkat negeri, daerah dan sekolah supaya Program RIMUP dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Untuk tujuan tersebut sila rujuk kepada Lampiran A bagi Panduan Umum Pemantapan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. 4 Surat Pekellling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yé diedarkan ke semua sekolah. 5. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/ Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Dato'/Datu/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” at DATO" Dr: HAJ! AHAMAD BIN SIPON Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia s.k. a 10. n. Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd. Khir Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Puan Komala Devi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Ketua. Setiausaha Kementerian Pelajaran Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran LAMPIRAN A PANDUAN UMUM PEMANTAPAN RANCANGAN INTEGRAS! MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP} . KONSEP RIMUP jalah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarkat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, pevalatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran. . MATLAMAT. Matlamat RIMUP ialah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki fiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. . OBJEKTIF Objektif RIMUP ialah untuk: 3.1 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiaan khas secara bersama. 3.2 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah dan toleransi secara sedar dan terancang, 3.3Melahirkan rasa persefahaman dan toleransi di antara murid pelbagai kaum di sekolah 3:4 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama. }. PENUBUHAN JAWATANKUASA Sebuah Jawatankuasa RIMUP Peringkat Kebangsaan dan Sekretariat Tetap RIMUP telah dibentuk di peringkat kebangsaan. Sehubungan dengan itu jawatankuasa RIMUP perlu dibentuk di semua peringkat

You might also like