You are on page 1of 41

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)

1.0 PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen


daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dengan adanya
pelaksanaan program PBS ini, ia akan dapat memberi kefahaman awal kepada
pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru khususnya.
Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memahami
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah
melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta
komuniti yang terdapat di sekolah misalnya pihak pengurusan kantin. Melalui
program PBS ini, pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkahlaku
murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.
Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat:
i.

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah,

ii.

Menghayati kerjaya seorang guru,

iii.

Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah,

iv.

Memdapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid,

v.

Memehami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran,

vi.

Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan


sekolah,

vii.

Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran


pembelajaran dan budaya sekolah,

viii.

Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran bertulis secara


kritis dan analitikal,

ix.

Membina sikap positif terhadap profesion keguruan, dan

x.

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan


semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Penyataan professional / konyrak aktiviti merujuk kepada harapan / aktiviti


yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Focus

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi
mencapai objektif yang diharapkan. Setiap focus aktiviti hendaklah dapat diukur dan
dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.
Tujuan pernyataan professional ini adalah bagi:
i.

Menyatakan focus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas,

ii.

Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang


difokuskan dengan sistematik,

iii.

Membolehkan

pelajar

mengukur

dan

menilai

keberkesanan

pelaksanaan aktiviti yang difokuskan,


iv.

Menjadi asas dan panduan kepda pelajar untuk membuat tindakan


susulan / penambahbaikan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


2.0 BIODATA

Nama

: Aina Husna binti Dilah

No IC.

: 930506 13 5692

No Matrik

: 7247

No Angka Giliran

: 2011012310031

Email

: ainahusnadilah@yahoo.com.my

Tarikh / Tempat Lahir

: 6 Mei 1993 / Kg. Kupang, Saratok, Sarawak

Bangsa / Agama

: Melayu / Islam

No. Telefon

: 014 8755132

Latar belakang persekolahan

: SK Ladang Sandak (2000 2005)


SMK Eopura Bestari (2006 2010)
IPGM Kampus Keningau (2011 kini)

Major / Ambilan

: Pendidikan Prasekolah (SK) Januari 2013

Alamat Sekolah PBS

: SK Muhibbah, Bt 4, Jalan Cecily, 90000


Sandakan, Sabah

Alamat

: Lot 101, G 17, Kem PGA, Bt 10, Jalan Sungai


Batang, 90009 Sandakan, Sabah

Tarikh PBS

: 1 5 April 2013 (1 minggu)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


3.0 PENYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI
3.1 PENYATAAN SEBELUM PBS

Setelah saya menghadiri taklimat program PBS iaitu seminggu sebelum


pelaksanaannya, dapatlah saya rumuskan bahawa PBS ini adalah sebagai satu
usaha pihak IPG dengan kerjasama KPM untuk memperkenalkan para pelatih
kepada suasana sebenar di sekolah apabila para guru pelatih keluar mengajar
kelak. Tidak dapat dinafikan memang saya merasa teruja kerana ini merupakan PBS
fasa pertama bagi kami. Tambahan pula, setiap pelatih itu telah dibekalkan dengan
pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan pada PBS itu juga. Hal ini bermakna
pelatih tidaklah hanya turun ke sekolah hanya untuk suka-suka, tetapi ada tugasan
yang perlu mereka laksanakan dan laporan penulisan yang lengkap perlu disiapkan
selepas itu untuk dinilai oleh pensyarah pembimbing.
Maka, dengan ini, berdasarkan kepada helaian soalan PBS yang diberikan
yang merujuk kepada pemerhatian dan interaksi saya dengan komuniti sekolah
semasa PBS berlangsung, berikut merupakan focus yang telah saya senaraikan
yang perlu saya ambil kira semasa PBS ini:
1) Peranan pihak pengurusan terutamanya Guru Besar dalam mentadbir
sekolah dengan mengambil kira kebajikan murid-murid
2) Peranan Penolong Kanan dalam memperkembangkan aspek intelek murid
khususnya dalam bidang akademik.
3) Peranan Penolong Kanan HEM dalam memperkembangkan kemahiran social
dan emosi murid yang datang dari pelbagai kaum dan latar belakang
keluarga.
4) Peranan Ketua Panitia dalam memastikan rohani dan jasmani murid itu
semasa berada di sekolah dan seterusnya mengamalkannya di luar sekolah
dengan komuniti luar
5) Peranan Guru Bilik Darjah dalam mengendalikan pelajar di bawah
tanggungjawabnya
6) Kepentingan

prasarana

dan

perkembangan fizikal para murid

kemudahan

sekolah

dalam

membina

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


7) Kewujudan prasarana yang menunjukkan keceriaan sekolah dalam memupuk
nilai estetika, kebersihan, dan kecintaan terhadap alam semula jadi
8) Kemudahan fizikal bilik darjah yang kondusif bagi membentuk perkembangan
potensi individu
9) Pelaksanaan

program

aktiviti

kurikulum

dan

kokurikulum

dalam

memperkembangkan intelektual pelajar


10) Sumber pengajaran dan pembelajaran yang membantu perkembangan
potensi pelajar dari pelbagai bidang

Oleh itu, berpandukan kepada soalan dan focus-fokus yang telah saya
senaraikan seperti di atas, saya telah mengenalpasti sebuah sekolah yang sesuai
untuk saya laksanakan PBS ini. Tambahan pula, kami telah diberi kelonggaran untuk
memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah yang berada di lokasi yang sama
daerah bagi memudahkan kami berulang-alik ke sekolah. Saya juga mengambil kira
tugasan tambahan yang diberi oleh pensyarah subjek PRA 3102 yang perlu
dilaksanakn di prasekolah. Ini bermaksud sekolah yand dipilih mestilah mempunyai
kelas prasekolah. Saya memilih SK Muhibbah, Sandakan yang memenuhi ciri-ciri
seperti yang sebut di atas. Saya dan seorang rakan yang lain memilih sekolah yang
sama ini.
Tanpa perancangan yang rapi, sesuatu aktiviti itu tidak mungkin akan
berlangsung dengan jayanya. Dengan ini, saya telah menyediakan draf awal dalam
melaksanakan PBS ini iaitu selama 5 hari persekolahan..

Hari
Isnin (1 April 2013)

Aktiviti
-

Datang awal ke sekolah

Lapor diri kepada Guru Besar dan menyerahkan


surat pengenalan diri

Mendengar taklimat ringkas mengenai pengurusan


pentadbiran sekolah

Mengambil gambar sekitar sekolah

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


Selasa (2 April 2013)

Pemerhatian P&P

dan prasarana Prasekolah

Muhibbah
-

Pemerhatian P&P kelas Pendidikan Khas dan


prasarananya

Meminta kebenaran untuk pengisian slot Permainan


Luar di Prasekolah

Rabu (3 April 2013)

Khamis (4 April 2013)

Pelaksanaan aktiviti projek PRA 3102

Perbincangan dengan guru-guru

Mengambil gambar kemudahan fizikal sekolah

Melawat Prasekolah Integrasi dan prasarananya

Perbincangan dengan staff sokongan

Meninjau dan mengambil gambar persekitaran kelas


dan surau

Jumaat (5 April 2013)

Menyambut kedatangan palajar prasekolah di pintu


pagar

Pemerhatian P&P di makmal Sains

Perbincangan dengan guru Ketua Panitia

Sesi bergambar dengan warga Prasekolah

3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini saya jalankan selama


seminggu iaitu dari 1 5 April 2013. Saya menumpukan kepada focus yang sudah
saya nyatakan sebelum ini yang lebih menekankan kepada amalan sesebuah
sekolah itu dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


HARI PERTAMA (1 APRIL 2013 / ISNIN)
Hari Isnin (1 April 2013) merupakan hari pertama persekolahan dan
merupakan hari perhimpunan rasmi bagi kebanyakan sekolah di Malaysia. Saya tiba
di sekolah pada awal pagi iaitu 6.25 dan rakan saya sedikit lewat. Setibanya saya di
pintu pagar sekolah, saya menjelaskan tujuan kedatangan saya kepada pengawal
keselamatan dan beliau menerangkan bahawa saya perlu melaporkan diri kepada
Penolong Kanan terlebih dahulu kerana Guru Besar adalah sibuk ketika itu. Ketika
ini saya dapat melihat betapa mesranya komuniti sekolah ini walaupun itu adalah
kali pertama saya ke sana. Apa yang menariknya di pondok mengawal ini adalah
pelajar yang lambat akan terus dipanggil oleh pengawal untuk mencatat nama di
dalam buku khas yang akan diambil oleh guru displin kemudian. Hal ini tidaklah
membebankan para pengawas yang perlu komitmen kepada pelajaran lagi pada
ketika itu.
Menurut kerani yang saya temui di pejabat am, ketika itu perhimpunan rasmi
sedang berlangsung dan kami adalah terkecuali daripada menghadirinya. Setelah
perhimpunan tamat, saya melapor diri kepada Penolong Kanan iaitu Puan Qusayla
Abd Razak kerana Guru Besar sibuk ketika itu. Saya dimaklumkan bahawa pihak
sekolah langsung tidak menjangkakan kehdiran kami kerana belum lagi menerima
faks makluman daripada pihak IPG. Saya juga difahamkan bahawa saya perlu
mengisi buku kehadiran kedatangan guru yang berada di dalam bilik guru dengan
menulis catatan IPGM Keningau. Setiap kali kami sampai dan hendak balik, wajib
mengisi buku kehadiran ini. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Penolong Kanan
bagi pihak Guru Besar.
Puan Qusayla menyerahkan kami kepada Guru Besar iaitu Puan Indah Hj.
Santong apabila beliau tidak lagi sibuk. Saya juga faham akan kesibukan beliau
dengan memerhatikan kepada susunan fail yang terdapat di atas meja beliau pada
ketika itu. Beliau menyambut kedatangan kami dengan gembira dan berpesan
kepada kami agar mengamalkan sikap-sikap sebagai seorang bakal guru yang baik.
Beliau juga banyak mencaritakan pengalaman mengajar beliau yang lebih 20 tahun
dalam bidang pendidikan. Pada masa yang sama juga, beliau telah memberikan
satu tugasan kepada saya dan rakan saya. Memandangkan kami mengambil opsyen

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


Pendidikan Prasekolah, kami diminta untuk menyediakan satu slide show yang
dapat memperkenalkan prasekolah SK Muhibbah kepada komuniti luar.
Seterusnya kami melapor diri pula kepada pihak prasekolah. Melalui
penjelasan Guru Besar sebelum ini, prasekolah di sini mempunyai dua sesi iaitu pagi
dan petang yang berkongsi kelas yang sama kerana bangunan prasekolah yang
baru masih dalah kerja pembinaan. Kami telah disambut mesra oleh guru
prasekolah sesi pagi iaitu Puan Dayang Noraaslin Awang Seruji walaupun beliau
sendiri tidak menjangka kehadiran kami opsyen Prsekolah. Secara automatic, beliau
menjadi guru pembimbing ataupun mentor kami selama seminggu kami berada
disini. Walaupun kami diberi kemudahan untuk berada di pusat sumber, tapi saya
lebih memilih untuk berada di dalam kelas ini memandangkan kami dapat
berinteraksi secara lansung kepada komuniti di prasekolah ini.
Dalam masa terluang di kelas ketika pelajar prasekolah makan, saya sempat
berbincang mengenai jadual di prasekolah dan tugasan yang diberikan oleh Guru
Besar. Mentor saya telah membantu dengan memberikan bahan gambar prasekolah
serta banyak lagi maklumat yang kami perlukan berkaitan prasekolah. Saya juga
sempat mengambil gambar sekitar prasekolah dan bangunan baru prasekolah yang
belum siap lagi.
Saya menuju ke kantin hanya selepas semua pelajar prasekolah pulang
diambil para ibu bapa. Di sini, saya dapat melihat tempat makan untuk guru adalah
diasingkan daripada tempat makan murid. Ini juga merupakan tindakan yang betul
memadangkan pelajar akan berebut untuk makan dan mengelakkan makanan untuk
guru cepat habis.

HARI KEDUA (2 APRIL 2013 / SELASA)


Pada hari kedua, saya datang awal seperti biasa dan menndatangani buku
khas di bilik guru. Hari ini saya sempat mengambil video slot rutin perbualan pagi
ketika guru prasekolah sedang mengambil kehadiran. Kebetulan hari ini adalah hari
Selasa maka pelajar prasekolah berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris yang
mudah dan ringkas yang boleh difahami. Saya juga ada mengambil gambar sekitar
kelas prasekolah.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


Saya juga mengambil gambar sekitar kelas pendidikan khas. Kelas ini terletak
di bangunan utama dan mempunyai sejumlah 7 buah kelas. Hal ini kerana setiap
kelas hanya boleh memuatkan 7 orang sahaja dan mengambil kira juga kawalan
setiap guru ke atas murid yang pelbagai karenah malah ada antara mereka ini yang
down sindrome. Saya mengambil keputusan untuk masuk dan meninjau ke dalam
salah satu kelas ini. Dalam kesempatan ini juga, saya sempat merakamkan sesi
hafalan bacaan dalam solat dengan bimbingan seorang ustaz. Saya perhatikan
murid di kelas ini sangat ceria hyperaktif.
Saya kembali ke kelas prasekolah dan berbincang dengan mentor saya, puan
Dayang Noraslin untuk meminta kebenaran bagi melaksanakan tugasan aktiviti
sudut tunjang yang diberi oleh pensyarah. Kebetulan esoknya ada slot permainan
luar, maka beliau memberi kebebasan kepada saya untuk mengendalikan slot
berkenaan.
Seperti hari sebelum ini, saya hanya akan pulang setelah kesemua kanakkanak prasekolah diambil pulang oleh ibu bapa masing-masing. Pada masa ini.
Saya sempat melihat rancangan pengajaran seperti tema mingguan yang dilakukan
oleh guru prasekolah.

HARI KETIGA (3 APRIL 2013 / RABU)


Dari rumah, saya telah bersedia membawa bahan-bahan untuk projek yang
bakal saya laksanakan. Pada hari ini semua pelajar memakai sukan kerada ada slot
permainan luar. Pakaian ini juga memang bersesuaian dengan aktiviti saya yang
memerlukan mereka berlari secara bebas.
Aktiviti saya dapat diselesaikan dengan jayanya dengan pelbagai rangsangan
dan kata motivasi daripada guru pembimbing pada ketika itu. setelah slot permainan
luar, adalah jadual mereka untuk makan. Pada masa ini, saya keluar dari prasekolah
untuk mengadakan kolaborasi dengan guru yang lain di bilik guru mahupun di dalam
kelas.
Di makmal computer pula, saya telah menemubual penyelaras bestari iaitu
Encik Ismail Alpah berkaitan tugasan yang telah Guru Besar berikan. Pada ketika

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


itu, kelas sedang berlangsung dan saya memerhati dari belakang makmal
sehinggalah kelas habis. Beliau banyak memberi nasihat maklumat mengenai cara
pengurusan makmal computer memandangkan sekolah ini adalah sekolah lima
bintang dan sekolah bestari. Daripada beliau juga, saya memperoleh background
yang sesuai untuk penghasilan slide prasekolah itu nanti.
Masa yang terluang pula saya gunakan untuk mengambil gambar sekitar
prasekolah. Pada masa ini saya dapat perhatikan keluasan sekolah ini yang agak
besar. Pelbagai kemudahan seperti kuaters guru dan pusat sumber telah saya rekod
sebagai bukti.

HARI KEEMPAT (4 APRIL 2013 / KHAMIS)


Pada hari ini, sepatutnya semua kakitangan kerajaan memakai baju batik.
Saya dapat lihat semua guru memakai baju batik sekolah mereka. Warna baju batik
mereka adalah coklat. Saya sendiri juga memakai baju batik opsyen kami. Hal ini
kerana pemakaian batik pada hari ini telah dibiasakan ketika di IPG. Pada hari ini
rakan saya pula yang melakukan aktiviti tunjangnya. Saya juga ada membantunya
dalam menguruskan pelajar. Selain itu, masa ini saya gunakan untuk menemubual
pembantu

pengurusan

murid

iaitu

puan

Roslinah

Sukor.

Beliau

banyak

menerangkan tentang menu makan di prasekolah dan pengalaman beliau sepanjang


menguruskan kanak-kanak di sini.
Seterusnya, saya dan rakan meninjau keadaan pengajaran dan pembelajaran
di prasekolah khas yang berada di bangunan yang lain. Ini merupakan kelainan yang
terdapat di sini iaitu mereka menawarkan pendidikan untuk kanak-kanak dengan
perhatian khas ini. Pada mulanya kami merasa agak kasihan melihat pelajarnya
yang memerlukan bantuan dalam setiap perkara yang dilakukan. Namun mereka
tidak banyak membantah dan mengikut segala tunjuk ajar guru walaupun ketika
makan.
Dalam perjalanan balik pula, saya mengambil kesempatan untuk meninjau
keadaan surau dan kelas-kelas perdana di sekolah ini. Saya sempat juga mengambil
gambar. Satu perkara baik yang saya perhatikan adalah semua kasut yang berada
di luar surau adalah tersusun dengan baik. Tempat wuduk juga ada disediakan dan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


ini memudahkan murid. Pondok untuk berehat juga ada disediakan di hadapan
surau ini.

HARI KELIMA (5 APRIL 2013 / JUMAAT)


Pagi ini, saya dan rakan datang lebih awal. Kami bersama pembantu
pengurusan murid akan menyambut kedatangan kanak-kanak prasekolah di depan
pintu pagar sekolah. Mana-mana murid yang datang awal akan duduk di pondok
menunggu. Saya bersama mereka menunggu kedatangan rakan mereka yang lain
dengan kehadiran pengawal keselamatan. Setelah pasti mereka semua sudah
datang, kami bergerak dalam satu barisan yang panjang menuju ke kelas
prasekolah.
Pagi ini juga saya manfaatkan dengan membawa kanak-kanak prasekolah
keluar untuk mencari permandangan sekitar sekolah yang sesuai untuk sesi
bergambar. Pada masa yang sama, mereka ini juga terdedah kepada persekitaran
sekolah dalam keadaan yang terkawal. Tambahan pula, dengan cara ini mereka
tidak akan hanya duduk terperuk sahaja di dalam kelas malah berjalan juga di
sekitar kawasan sekolah mereka. Saya hanya mengambil masa yang sebentar
kerana kanak-kanak ini sangat mudah penat.
Hari terakhir ini saya gunakan dengan sebaiknya untuk menemubual manamana guru. Hari ini juga saya telah melawat ke dalam makmal Sains di sekolah ini.
Kedaannya agak kurang menyelesakan kerana bekalan elektrik bagi kipas dan
lampu tidak disediakan untuk makmal ini. Namun begitu, murid tetap tekun belajar.
Tugasan yang diberikan oleh Guru Besar telah kami siapkan dan kami telah
menghantarnya sendiri kepada guru besar. Beliau ternyata sangat berpuas hati
terutamanya dengan video yang kami sediakan mengenai prasekolah. Beliau juga
mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan kami pada masa akan
datang.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


3.3 PENYATAAN SELEPAS PBS

Selepas menjalani PBS selama seminggu ini, saya telah mengumpul dan
mengemaskinikan data yang telah saya dapatkan. Pengalaman yang sangat
berharga yang saya perolehi adalah semasa berjumpa dengan Guru Besar. Setiap
kali berjumpa, beliau banyak memberi nasihat yang kepada saya bagi menjadi
seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal
menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar
sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga memberi motivasi kepada saya
yang baru mula mengenal alam perguruan ini memandangkan beliau memiliki
pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini. Memang tepatlah beliau
dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang 2012. Apa yang penting bagi beliau
adalah keikhlasan dalam menjalankan amanah.
Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah
serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina
perkembangan murid-murid sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
social. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat
mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Seperti di kelas prasekolah
misalnya, kewujudan tunjang-tunjang mengasah bakat kanak-kanak dalam pelbagai
bidang akademik dan bukan akademik. Mereka akan merasa tertarik untuk hadir ke
sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar.
Guru juga memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, ketika saya
meninjau ke makmal sains. Keadaannya memang agak panas tanpa kipas angin
akibat kekurangan bekalan elektrik namun LCD masih dapat digunakan. Saya dapat
perhatikan murid langsung tidak terganggu dengan keadaan ini malah sangat
memberikan tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Hal ini
langsung tidak mematahkan semangat murid untuk belajar.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


3.4 PENILAIAN DAN LAPORAN
Focus utama tugasan ini ialah untuk mengetahui sejauh mana sekolah ini
mengaplikasikan dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sepanjang
PBS ini, banyak objektif sebelum PBS yang saya sasarkan yang telah saya capai.
Tambahan pula, saya dapat merasa sendiri pengalaman berada di sekolah pada
sesi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar serta budaya yang tersendiri
sesuatu sekolah itu. Hal ini tambah meyakinkan saya dan menaikkan semangat
saya untuk bergelar seorang pendidik pada masa yang akan datang.
Melalui objektif dan fokus tugasan PBS yang ingin dicapai, saya dapat
memahami hampir keseluruhannya memandangkan ini adalah pengalaman kali
pertama saya serta masa yang singkat iaitu seminggu. Walaupun hanya seminggu,
sudah banyak perkara baru yang saya pelajari dari persepsi seorang pendidik. Saya
tidak keseorangan kerana dibantu oleh rakan opsyen yang sama. Namun, objektif
utama PBS iaitu membiasakan pelatih dengan persekitaran di sekolah tercapai.
Perbincangan serta perkongsian pengalaman dengan guru-guru disitu banyak
membantu saya dalam mencapai objektif tersebut.
Saya dapat perhatikan walaupun mempunyai tugas yang banyak, pihak
pentadbiran dan para guru tidak jemu untuk membantu saya memperoleh maklumat,
layanan mereka terhadap saya sangat baik terutamanya guru pembimbing saya
ketika itu. Mereka sanggup meluangkan masa bagi melayani saya dalam proses
memperoleh maklumat. Kesimpulannya, semua warga di sekolah ini, merupakan
individu yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada
saya kerana mereka terlebih dahulu makan garam dari saya. Nasihat dan
pandangan mereka akan saya gunakaan sebaik mungkin bagi menjadi seorang guru
yang penuh berketerampilan seterusnya dapat mendidik anak bangsa kita untuk
dijadikan pelapis generasi akan datang.
Tuntasnya, PBS mampu menyediakan pelatih agar lebih terdedah kepada
persekitaran sebenar di sekolah secara tidak langsung dengan menyelitkan tugasan
yang berkaitan major. Melalui tugasan ini juga, hubungan rapat antara pelatih dan
kumuniti sekolah juga dapat terjalin.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

Dalam mana-mana aktiviti pun, instrumen pengumpulan data amatlah


penting. Tanpa data-data ini, maklumat yang tepat tidak akan dapat diperoleh.
Seseorang itu juga haruslah bijak dalam memilih apakah kaedah pengumpulan data
yang sesuai berdasarkan tugasan yang diberi kepadanya. Dalam PBS kali ini
terdapat tiga instrument pengumpulan data yang saya rasakan sesuai dan saya
gunakan iaitu:
i.

Pemerhatian

ii.

Senarai semak

iii.

Temubual

4.1 PEMERHATIAN
Dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah pada kali ini, saya telah mengumpul
data yang diperlukan dengan kaedah pemerhatian. Kaedah ini penting untuk melihat
sesuatu yang abstrak mahupun sesuatu yang boleh dilihat secara fizikalnya. Antara
yang saya perhatikan dalam SK muhibbah ini adalah seperti yang berikut:
a) Pelan fizikal kelas prasekolah
b) Carta organisasi induk sekolah dan pihak pengurusan sekolah
c) Prasarana sekolah
i.

Bangunan akademik

ii.

Padang

iii.

Kantin

iv.

Makmal computer

v.

Makmal sains

vi.

Pusat sumber

vii.

Mural

d) Kurikulum dan kokurikulum


i.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


ii.

Sukatan pelajaran

iii.

Persediaan sukan tahunan

4.2 SENARAI SEMAK


Saya juga ada mengemukakan senarai semak dalam proses pengumpulan
data ini. Kaedah ini penting bagi menyenaraikan apakah focus dalam kajian dan
adakap saya sudah memenuhi focus tersebut. Saya menggunakan senarai semak
bagi menyenaraikan apakah focus aktiviti saya setiap hari semasa PBS. Saya
menyediakannya dengan merancang aktiviti berkaitan dengan soalan tugasan PBS
yang telah diberikan oleh pensyarah. Hal ini juga penting agar setiap masa adalah
terisi dengan aktiviti dan tidak terbuang begitu sahaja.
Seterusnya, saya juga menyenaraikan perkara baru yang saya pelajari dalam
hari berkenaan. Hal ini penting agar setiap maklumat yang saya dapat tidak tercicir
dan tidak berulang pada masa lain.

4.3 TEMU BUAL


Kaedah temu bual merupakan kaedah yang paling biasa digunapakai dalam
mengumpul sesuatu data. Dalam kaedah ini, saya akan menemubual individu yang
berada dalam komuniti sekolah berkenaan. Individu yang terlibat termasuklah
daripada pihak pentadbiran, staf sokongan, para guru dan tidak juga ketinggalan
mana-mana murid yang sempat ditemubual. Walaupun kelihatan senang, namun
setiap temubual haruslah dilakukan secara professional. Soalan berkaitan telah saya
sediakan lebih awal bagi pengisian temu bual. Borang kolaborasi juga digunakan
dalam kaedah ini bagi mengelakkan sebarang penyelewengan. Antara contoh
soalan yang saya kemukakan adalah seperti:
1) Apakah cara-cara pihak sekolah dalam menangani masalah disiplinmurid?
2) Apakah perbezaan pendekatan guru siswazah dan bukan siswazah dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran?
3) Adakah setiap guru wajib menggunakan bahan ICT dalam aktivit pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas?

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


5.0 TUGASAN FALSAFAH PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN BERASASKAN
SEKOLAH
5.1 PENDAHULUAN

Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau


pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini
dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik
dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan
memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan. (Mok Soon Sang,Ilmu Pendidikan untuk KPLI-sem 1, 2000)
Setiap falsafah pendidikan adalah berteraskan kepada satu atau lebih
falsafah umum seperti idealisme, realisme, pragmatism atau eksistensialisme.
Falsafah pendidikan ini dibentuk kerana wujud persoalan yang sering berkaitan
antara falsafah dengan pendidikan yang tidak terjawab secara falsafah semata-mata
atau pendidikan semata-mata. Falsafah pendidikan adalah merupakan cabang dari
falsafah umum. Tidak dinafikan terdapat juga sarjana yang menganggap falsafah
pendidikan

ini

sebagai

teori

pendidikan.

Namun

kedua-duanya

adalah

membincangkan tentang pendidikan. (Abu Bakar Nordin, Falsafah Pendidikan


dan Kurikulum, 2003).
"Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang

berilmu

pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara."
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di
Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan
negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan
untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan
yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama
untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia
yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan
adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan
seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan
berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia
yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan
warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu
dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak
pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi
ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan
sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan
sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan
mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan.

Tujuan

pendidikan

bukan

sahaja

untuk

pembangunan

dan

kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap
lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada
masyarakat dan negara.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) Penerbit USM, 2007

5.2 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

Berikut merupakan maklumat umum mengenai sekolah tempat saya


melaksanakan PBS kali ini.
Perkara

Catatan / Data

Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan Muhibbah

Alamat Sekolah

Bt 4, Jln. Cecily, 90000 Sandakan, Sabah

No tel. Sekolah

089 212662

Web Sekolah

http://skmubestari.jimdo.com/

Lokasi

Bandar

Nama Guru Besar

Puan Indah binti Hj. Santong (DGA 38)

Nama GPK 1

Puan Qusayla Abd. Razak (DG 44)

Nama GPK HEM

Puan Romlah binti Hashim (DG 41)

Nama GPK Kokurikulum

En. Mohd Azium M. Saad (DGA 32)

Nama Penyelia Petang

Puan Indah Aliuddin (DG 41)

Gred Sekolah

Bilangan Guru

Lelaki : 17 orang
Perempuan : 50 orang

Kelayakan Profesional Guru

Siswazah : 80 %
Bukan siswazah : 20%

Jumlah : 67 orang

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


*kebanyakan guru berkelayakan siswazah dan
sebilangan kecil sedang dalam proses untuk
mendapatkan ijazah
Bilangan Kelas

Kelas perdana : 24 kelas


Kelas khas : 7 kelas
Prasekolah perdana : 2 kelas
Prasekolah khas : 1 kelas

Purata Saiz Kelas

Standard

Jumlah Murid

Lelaki : 532 orang


Perempuan : 453 orang

Jumlah : 34 kelas

Jumlah: 985 orang

*majority murid adalah daripada kaum Melayu


dan sebahagian yang lain adalah daripada
kaum Cina dan tiada murid daripada kaum
India direkodkan pada tahun semasa
Maklumat Lain yang Menarik

Kewujudan kelas prasekolah khas

Perhatian

Kewujudan kelas khas

Sesi pagi dimulakan secara rasmi pada

Anda

Tentang

Sekolah Ini

pukul 6.30 pagi


-

Orang luar tidak dibenarkan masuk

Profil Sekolah
SK Muhibbah, Sandakan dibuka pada bulan disember 1991. Sekolah ini
dibina di atas sebidang tanah tinggi yang telah diteres. Ia terletak di bt4, Jalan Cecily
Utara. Sekolah ini dirintis oleh 19 orang guru yang datangnya dari seluruh pelusuk
negara. Terdapat 2 bangunan 2 tingkat. Di bangunan ini terdapat satu bilik pusat
sumber, bilik muzik, bilik gerakan, surau, makmal, bilik guru, 2 bilik pendidikan khas,
1 bilik klinik pergigian, 1 bilik kerani dan bilik guru besar. Bermula pada disember
1991, murid-murid tahun satu seramai lebih kurang 440 orang merupakan perintis di
sekolah

ini.

Kelas-kelas

dipecahkan

mengikut

nama-nama

planet

yang

melambangkan sekolah ini berteraskan wawasan dan ilmu pengetahuan.


Apabila sekolah ini dibuka pada awal tahun 1992, ia telah diterajui seorang
Guru Besar wanita iaitu Puan Metlin Rafie Hj.Laten. Beliau memimpin sekolah

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


sehingga pada tahun 1997. kemudian digantikan dengan En. Sahak selama 2 tahun,
kemudian En. Azhar Sani Tamam. Pada hujung tahun 2008 En. Adiah Junang
mengambil alih sehinggalah tahun 2010. Pn. Indah Hj. Santong mengambil alih dari
tahun 2011 sehinggalah sekarang. Sekolah ini dibina dia atas sebidang tanah
berukuran 11.42 ekar yang menempaykan dua bangunan sekolah tiga tingkat. Dua
bangunan flat guru juga terdapat dalam kawasan sekolah yang diduduki oleh
kakitangan sekolah dan staf-staf Jabatan Pendidikan Daerah Sandakan. Sebuah
padang untuk kegiatan sukan juga disediakan. Selain itu, kawasan sekolah juga
telah dibina sebuah bangunan stor pejabat pendidikan daerah bagi penyimpanan
alat-alat sukan.
Kelas prasekolah telah dibina di bahagian tepi bangunan sekolah dan
digunakan sepebuhnya pada tahun 2007 manakala prasekolah pendidikan khas
digunakan sepenuhnya pada tahun 2008. pada tahun 1998, pihak sekolah telah
mendapat peruntukan untuk membina astaka konkrit beratap apabila Sandakan
dilantik menjadi tuan rumah bagi menganjurkan PSKPP peringkat negeri Sabah.
Semua kemudahan yang diterima dari tahun ke tahun telah mengubah lanskap
persekitaran SK Muhibbah, Sandakan.

Visi : SK Muhibbah Menjadi Sekolah Cemerlang di Daerah Sandakan menjelang


Tahun 2014
Misi : Melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang secara bersepadu
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Moto : Berilmu, Berdisplin, Berbakti
Nilai Sekolah : amanah, bertanggungjawab, bermuafakat, berdisiplin, hormatmenghormati

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


Lencana Sekolah

KUNING : kesetiaan kepada Raja dan Negara


MERAH : keberanian
BIRU : perpaduan
HIJAU : kedamaian
PUTIH : kesucian
LAMBANG BUKU : berilmu
SIMBOL OBOR : berdisiplin, iltizam
ALAT JANGKA TULIS : berbakti
LAMBANG BULAN SABIT & BINTANG : Islam

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


5.3 PERANAN

PIHAK

SEKOLAH

DALAM

MEMPERKEMBANGKAN

ASPEK JERIS

A. Peranan Guru Besar


Guru besar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam sekolah
yang berada di bawah tanggungjawabnya. Seperti yang dapat saya perhatikan, Guru
Besar SK Muhibbah ini, puan Indah Hj. Santong, sangat prihatin akan guru-guru
serta murid di bawah jagaannya. Seperti yang saya lihat sendiri semasa PBS ini,
beliau selalu berjalan sekitar dalam bilik guru dan bertanyakan khabar malah
bergurau senda bersama guru-guru. Ini penting bagi memotovasikan para guru dan
seterusnya guru membawa mood ini kedalam kelas apabila turun mengajar.
Guru besar juga sentiasa memastikan keselesaan pada muridnya. Hal ini
berikutan sebuah bangunan baru prasekolah yang masih dalam pembinaan yang
pastinya memberi kesan kepada para murid. Beliau kelihatan bertungkus-lumus
mengadakan perbincangan bersama kontraktor syarikat yang terlibat agar
mempercepatkan pembinaan yang sepatutnya sudah siap pada awal bulan April
kalau mengikut jadual yang sebenar.
B. Peranan Penolong Kanan HEM
Puan Romlah selaku PK HEM turut memainakn peranan penting. Beliau
selian menjadi pembantu bagi guru besar, turut ada tugasnya yang tersendiri.
Termasuk dalam bidang kerja beliau ialah hal kebajikan pelajar. Misalnya jika ada
pihak ibu bapa murid yang tidak berpuas hati dengan yuran sekolah atau
sebagainya, beliau adalah orang pertama yang akan dipertanggungjawabkan.
Semua urusan berkaitan murid adalah berkait rapat dengan beliau.
Seperti yang saya perhatikan juga, stok makanan bagi prasekolah juga
adalah melalui bahagian beliau. Bahagian prasekolah akan merujuik kepada beliau
jika ingin memesan stok barangan mentah yang diperlukan untuk kegunaan
praskeolah. Secara tidak langsung, perkembangan kanak-kanak di prasekolah itu
adalah dalam bidang kuasa beliau juga. Segala urusan perfailan juga dikendalikan
oleh beliau sendiri. Meskipun beliau mempunyai individu yang dilantik sebagai

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


pembantu, namun ada juga bidang tugas yang memerlukan beliau sendiri
menguruskannya.
C. Peranan Penolong Kanan Kurikulum
Tugas puan Qusayla selaku PK Kurikulum juga agak mencabar. Segala
urusan pendokumentasian adalah di kendalikan oleh beliau. Beliau terlibat dalam
perancangan penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah berkenaan. Beliau
telah menyediakan Perancangan Strategik Kurikulum bagi setiap tahun dengan
mengemukakan pelbagai kelemahan, kekuatan dan cadangan penambahbaikan
bagi sesuatu isu dalam bidang beliau.
Sudah tentu dalam menyediakan perkara itu, beliau perlu mendapatkan datadata mentah yang diperolehi daripada setiap guru kelas atau guru mata pelajaran.
Hal ini memerlukan beliau untuk berkomunikasi sesame rakan setugas beliau. Ini
dapat saya lihat sendiri ketika memberi taklimat kepada saya, begitu ramai guru
yang ingin berjumpa dengannya meskipun pada waktu awal pagi.

5.4 Prasarana (lain dokumen)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


5.5 KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Dalam meningkatkan pencapaian kurikulum dan kokurikulum dalam sekolah


ini, pelbagai aktiviti telah dirancang. Ini termasuklah menyediakan program kepada
pelajar sukan untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka. Hal ini kerana
ada dalam kalangan murid sekolah ini juga mewakili negeri dan sayang sekiranya
bidang akademik diabaikan begitu sahaja. Murid yang sempurna perlulah seimbang
dari segi akademik dan kokurikulumnya juga.
Bagi memastikan kemenjadian murid yang sempurna, subjek Pendidikan
Jasmani di ajar di semua kelas termasuklah prasekolah. Namun prasekolah
menggunakan istilah yang berlainan iaitu seperti slot permainan luar. Dengan ini,
semua pelajar akan mendapat peluang untuk meneroka bidang baru dan
mengenalpasti kebolehan masing-masing.
Seperti program yang terdapat di mana-mana institusi persekolahan juga,
sekolah ini juga ada mengadakan program NILAM. Program ini bertujuan memupuk
minat membaca dalam kalangan murid. Salah satu caranya adalah dengan
mengadakan sesi P&P di dalam pusat sumber. Guru tidak perlu menunggu slot
NILAM baru hendak ke pusat sumber. Dengan ini, murid boleh bergerak mencari
maklumat dengan bebas dan bersosial dengan rakan lain secara lebih santai.
Setiap Isnin dan Selasa pula, kelas adalah bermula pada pukul 6.30 pagi. Ini
bagi memupuk sikap rajin dan menepati masa dalam kalangan murid termasuklah
guru-gurunya sekali. Pada setiap Rabu pula, aktiviti kokurikulum seperti unit
beruniform diadakan. Pada hari ini, murid diberi kelonggaran untuk memakai
pakaian unit beruniform masing-masing. Disiplin boleh dibentuk dengan cara ini di
samping sifat kerjasama antara ahli unit.
Tradisi tahunan sekolah ini adalah seperti sukan tahunan. Kebiasannya sukan
tahunan diadakan pada hujung tahun selepas UPSR. Ini bagi memberi peluang
kepada murid peperiksaan untuk menumpukan kepada peperiksaan berbanding
latihan semata-mata. Hal ini juga bagi mangatasi masalah kehadiran yang merosot
selepas pepriksaan. Dengan adanya latihan ataupun perjumpaan sukan, maka
mereka aka nada alasan yang menyeronokkan untuk hadir ke sekolah.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


5.6 PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

Oleh kerana saya opsyen Pendidikan Prasekolah, saya lebih menumpukan


kepada kelas prasekolah perdana dan kelas prasekolah khas. Saya telah meninjau
sesi P&P kedua-dua kelas ini dan walaupun kedua-duanya kelas prasekolah,
terdapat banyak perbezaan yang dapat saya lihat.
Persekitaran bilik darjah sememangnya sangat kondusif dengan pelbagai
bahan bantu mengajar yang berbentuk permainan disediakan di dalam kelas.
Kanak-kanak prasekolah perdana boleh bermain sendiri misalnya puzzle tanpa
bantuan guru tapi berlainan pula dengan kanak-kanak khas. Mereka ini tidak mampu
bermain sendiri tanpa bimbingan guru mereka. Mereka juga belum boleh memegang
pensel dengan cara yang betul.
Kanak-kanak berkeperluan khas ini juga tidak mampu untuk berkomunikasi
dengan baik. Ada juga yang hanya mengangguk faham apabila diberikan arahan
dan ada juga yang hanya tahu ketawa sepanjang hari. Dalam hal ini, persekitaran
kelas amat memainkan peranan. Ada satu sudut di luar tandas tempat tuala mereka
digantung. Setiap kali sebelum makan, guru akan mengarahkan mereka untuk
mengambil tuala itu. Perkara ini boleh dijadikan rutin mereka dan mengajar mereka
perkara-perkara asas. Sinki di dapur juga boleh digunakan untuk mendidik mereka
ini. Selepas makan, mereka akan beratur di depan sinki untuk membasuh tangan.
Setidak-tidaknya, dengan cara ini, secara tidak langsung mereka boleh belajar
giliran dan menjaga kebersihan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


6.0 KOLABORASI
6.1 PENGURUSAN SEKOLAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


6.2 PENOLONG KANAN KURIKULUM

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


6.3 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


6.4 KETUA PANITIA

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


6.5 PENYELARAS BESTARI

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


6.6 GURU KELAS PRASEKOLAH (GURU PEMBIMBING)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


6.7 KAKITANGAN SEKOLAH

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


6.8 INTERAKSI DENGAN MURID

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


7.0 ILMU PENGETAHUAN BARU
7.1 PEMERHATIAN
Daripada pemerhatian yang saya lakukan sepanjang PBS kali ini, terdapat
banyak perkara baru yang saya pelajari. Misalnya pada hari pertama saya masuk ke
sekolah ini, saya melihat ada beberapa orang pelajar yang datang dan terus menulis
nama mereka dalam buku khas yang diletakkan di pondok pengawal. Saya bertanya
kepada pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu dan difahamkan pelajar
yang menulis nama itu adalah mereka yang lewat datang ke sekolah. Ini
menunjukkan betapa bertanggungjawabnya komuniti sekolah dalam mendisiplinkan
pelajar dengan cara menegur mereka yang lewat untuk menulis nama di buku
berkenaan. Pelajar yang berkenaan juga sedar akan kesalahan meerka yang lewat
dan tanpa berlengah terus menulis nama mereka walaupun mungkin mereka
mempunyai alasan yang kukuh atas kelewatan itu. Ini menunjukkan betapa
bermoralnya mereka walaupun tanpa kehadiran guru pada ketika itu. Sikap inilah
yang kita mahu dalam diri setiap pelajar.
Saya juga dapat perhatikan nilai-nilai murni yang dipraktikkan oleh komuniti di
skeolah ini terutamanya para murid. Setiap kali bertembung dengan seseorang,
mereka akan mengucapkan salam dan menegur dengan baik. Misalnya saya,
merupakan komuniti baru dalam sekolah ini, apabila berjumpa saya, mereka akan
memberi salam. Hal ini merupakan tingkahlaku yang baik kerana secara
kebiasaanya, seseorang itu tidak akan menegur orang yang baru mereka kenali atau
yang mereka jarang jumpa.
Di sini juga saya perhatikan pihak pengurusan telah mengatur sistem jadual
waktu dengan begitu baik. Sebagai contoh tempoh rehat kelas perdana biasa
dengan kelas pemulihan khas. Masa rehat mereka ini adalah berbeza. Masa rehat
kelas pemulihan khas adalah awal setengah jam. Ini memberi mereka peluang untuk
berdikari sendiri tanpa gangguan murid kelas lain yang mungkin mereka tidak
mampu untuk kendalikan. Selain itu, pemberian metapelajaran mengikut opsyen
para guru juga adalah tindakan yang baik. Ini bagi memberikan didikan yang
sempurna kepada murid. Hal ini kerana ramai guru mengeluh diberikan subjek
bukan opsyen yang pada akhirnya akan memberi kesan negative sendiri kepada
para murid andainya guru itu mengajar tanpa minat dan komitmen yang tinggi.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


Hubungan baik antara staf akademik dan staf sokongan juga dapat dilihat
dengan ketara. Setiap mereka tidak mengamalkan perkauman atau mementingkan
diri sendiri. Setiap kali bertemu, pasti ada saja perkara yang akan dibualkan.
Hubungan ini adalah contoh yang baik untuk ditunjukkan kepada para murid. Seperti
yang saya biasa lihat di sini adalah Guru Besar dan Penolong Kanan HEM selalu
meronda sekitar sekolah untuk melihat perkembangan fizikal sekolah di bawah
pentadbirannya. Dalam masa yang sama, beliau juga akan berinteraksi dengan
mana-mana individu yang beliau jumpa. Murid akan biasa dengan hubungan yang
mesra antara komuniti dan membuatkan mereka lebih selesa untuk berada di
sekolah. Secara tidak langsung, ini akan memupuk lebih banyak nilai murni dalam
diri murid itu.
Amalan lestari juga boleh dilihat dengan jelas dalam persekitaran di SK
Muhibbah ini. Jalan masuk ke sekolah ini ditanam dengan pokok sederhana besar
bagi menyambut kedatangan komuniti ke sini. Koridor di bangunan juga diletakkan
pasu pelbagai saiz dengan tumbuhan yang pelbagai. Hal ini sangat menyenangkan
sesiapa

yang

memandangnya.

Kesemua

ini

memang

sangat

menyokong

perkembangan JERIS dalam diri murid itu sendiri.

7.2 SENARAI SEMAK


Senarai semak sememangnya penting dalam PBS kali ini. Proforma bagi
tugasan kami sendiri adalah dalam senarai semak. Dengan penggunaan senarai
semak ini, kerja atau aktiviti kami lebih teratur. Senarai tugasan yang perlu
dilengkapkan juga adalah mengikut susunan. Jadi, dengan cara ini, sesuatu
maklumat itu tidak mungkin boleh tercicir. Hal ini memudahkan kami sendiri juga
dalam pemurnian fail dan pengumpulan maklumat.
Senarai semak ini juga boleh digunakan sebagai salah satu perancangan
tugasan. Dengan adanya senarai semak, kefahaman adalah lebih mudah dicapai
berbanding dengan perancangan dalam esei. Senarai semak juga boleh dijadikan
panduan, misalnya dalam sesi pengumpulan bahan bergambar. Gambar-gambar
yang perlu ada adalah diutamakan dengan ada juga gambar tambahan sebagai
sokongan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)

7.3 TEMU BUAL


Dalam sesi temubual, banyak juga perkara baru yang saya pelajari. First
impression itu memainkan peranan yang penting apabila pertama kali berjumpa
orang yang baru kita kenali. Dalam temubual bersama orang yang professional,
penampilan luaran itu adalah perkara pertama yang akan dinilai. Oleh itu, seseorang
itu haruslah menggunakan pakaian yang formal dengan tanda nama. Hal ini bagi
memudahkan orang mengenali kita dan tidak menyalahanggap kita sebagai orang
yang punya niat yang tidak baik.
Intonasi dalam temubual juga perlu diambil berat. Saya sebagai seorang
perempuan juga perlu mengambil berat akan hal ini. Secara semulajadinya memang
seorang perempuan itu dilahirkan dengan suara yang perlahan. Namun apabila
berkecimpung dalam bidang pendidikan, saya haruslah meningkatkan tahap intonasi
saya. dengan latihan yang ada di kelas, saya telah biasa memberi arahan dan
berkomunikasi dengan suara yang kuat dan lantang namun masih bersopan.
Rangka soalan dalam temu bual juga sangat memainkan peranan yang
penting. Sebagai persediaan, rangka soalan ini haruslah disediakan lebih awal.
Soalan ini juga perlulah merangkumi setiap aspek yang perlu dilengkapkan dalan
tugasan. Tanpa persediaan ini, temu bual tidak dapat dijalankan secara lancar
dengan pelbagai soalan yang mungkin tidak berkaitan langsung. Ini juga bagi
mengelakkan perbualan yang tidak mempunyai isi tugasan langsung.
Dalam temu bual ini juga, saya dapat mendengar pendapat para guru secara
peribadi khususnya berkaitan peruntukan yang lambat diperolehi. Misalnya, guru
prasekolah seringkali mengeluarkan duit poket sendiri untuk perbelanjaan bahan
mentah keperluan prasekolah. Namun prasekolah ini beruntung kerana guru mereka
adalah tidak lokek untuk mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan mereka.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


8.0 REFLEKSI

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


9.0 LAPORAN AKHIR

Sepanjang seminggu saya menjalankan PBS di SK Muhibbah ini, terdapat


banyak pengalaman baru yang saya perolehi. Saya sangat berpuas hati kerana
telah ditempatkan di sekolah ini yang mana para guru dan murid serta keseluruhan
komunitinya adalah mudah mesra dan mudah untuk didekati. Secara umumnya,
sekolah ini sememengnya mempraktikkan amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
di sekolah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Saya sebagai bakal guru juga telah terbiasa untuk menandatangani buku
catatan kehadiran setiap kali datang dan keluar dari sekolah. Dengan ini, secara
tidak langsung juga mampu mendisiplinkan diri saya agar sentiasa datang awal dan
balik pada jam yang sepatutnya, bukan mencuri tulang. Cara ini juga mendidik saya
mengenai pentingnya rekod secara bertulis terutamanya kehadiran. Meskipun saya
hadir namun tanpa apa-apa bukti, saya tetap akan dikira tidak hadir tanpa rekod. Ini
akan memberi kesan yang negative kepada saya sendiri mahupun pihak sekolah
tempat saya menjalankan PBS.
Dari aspek kurikulum dan kokurikulum, saya dapat lihat pihak pengurusan
sekolah

ini

telah

menjalankan

tugas

mereka

dengan

baik

dalam

memperkembangkan aspek JERIS samaaa secara langsung atau tidak langsung..


Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti bagi memastikan perkara ini terlaksana
dengan jayanya. Sebagai contoh, sukan tahunan. Jika agensi luar lebih cenderung
untuk mengupah seorang programme planner, institusi sekolah pula hanya disokong
oleh warga gurunya sendiri. Guru yang mengatur pelbagai acara sukan, guru juga
yang melatih para murid untuk acara yang tertentu. Hal ini jelas menunjukkan guru
itu sendiri memainkan peranan dalam amalan memperkembangkan JERIS.
Dalam aspek prasarana pula, saya melihat prasarana penting seperti dewan
tidak terdapat di sekolah ini. Namun hal ini tidak menghalang mereka daripada
melakukan perhimpunan rasmi. Prasarana lain tidak kurang juga hebatnya seperti
makmal computer baru yang menempatkan 40 buah computer yang sedia
digunakan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini ditambah lagi dengan pertambahan
bangunan prasekolah baru yang masih dalam pembinaan. Sekiranya dibuka kelak,

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


pasti ia akan menjadi tumpuan penduduk yang menetap di sekitar sana untuk
menghantar anak-anak mereka. Namun demikian, sepanjang PBS saya di sana,
saya dapat melihat kanak-kanak prasekolah tidak dibenarkan keluar dari kelas atas
aspek keselamatan. Hal ini kerana projek pembinaan itu terletak betul-bertul
berdekatan dan hanya bersebelahan tanpa ditutupi apa-apa pagar keselamatan.
Penglibatan saya secara langsung dan tidak langsung memberi banyak
pengalaman. Saya merasai sendiri bagaimana susahnya untuk mengawal dan
memberi arahan kepada kanak-kanak prasekolah yang rata-ratanya hanya
memahami arass bahasa yang rendah dan sangat suka bermain pada bukan
waktnya. Dengan ini, saya menggunakan pendekatan bercerita kepada mereka.
Mereka akan tekun mendengar dan mudah menerima arahan. Setiap aktiviti juga
dapat dilaksanakn dengan sempurna dengan cara ini. Pada masa ini, PPM sangat
memainkan peranan dan beliau banyak menasihati saya atas pengalaman beliau
yang banyak dan saya pula baru saja PBS kali pertama.
Dalam PBS ini juga, saya mengetahui bahawa tugas guru itu sebenarnya
bukanlah mudah. Sebagai contoh, seorang PK HEM. Beliau menyandang jawatan
bidang pentadbiran sekolah. Namun pada masa yang sama juga beliau seorang
guru yang perlu masuk ke kelas untuk mengajar subjek yang telah ditentukan.
Bayangkan saja dengan urusan perfailan dan mensyuarat pentadbir, bagaimana
seorang itu terutamanya perempuan membahagikan masa untuk rancangan
pengajarannya? Oleh itu, profesion guru ini tidak harus dipandang ringan. Hanya
orang yang berada di tempat itu akan merasainya. Namun begitu, dalam kesibukan
itu, seorang guru memperoleh kepuasannya yang tersendiri apabila melihat
kejayaan anak-didiknya. Itulah istimewanya seorang guru.
Perkara lain yang dapat saya pelajari semasa PBS ini ialah perancangan P&P
yang sempurna amat penting dalam sistem pendidikan. Prasekolah sememangnya
telah menyediakan takwim tahunan yang menyatakan tema secara bulanan
mahupun mingguan. Ini memudahkan guru untuk merangcang P&P pada masa
berkenaan. Dengan ini, pembelajaran akan lebih sistematik dan teratur. Kanakkanak akan dapat menghubungkait maklumat yang dikumpul pada hari pertama
hinggalah hari kelima pada minggu yang sama dengan tema yang sama yang telah
ditetapkan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


Sebagai
pengalaman

kesimpulannya,
yang

sangat

PBS
berharga.

sememengnya
Saya

menjanjikan

sebagai

pelatih

pelbagai
haruslah

menggunakannya dengan sebaiknya dengan menimba ilmu dengan mereka di


skeolah yang telah banyak pengalaman dalam bidang ini. Tanpa PBS ini, saya tidak
akan dapat merasai pengalaman masuk ke kelas mengikut sudut pandangan
seorang guru dan berhadapan dengan pelbagai lagi karenah pelajar. Dengan
pengalaman kali pertama ini, saya berharap agar dapat melaksanakan PBS yang
akan datang dengan lebih baik lagi.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 (2013)


10.0

LAMPIRAN

You might also like