You are on page 1of 2

Amalan Kesihatan Pergigian yang Baik

Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?


Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak.
Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan
jelas.

Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?


Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:
1.

Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :

Berus gigi sehingga bersih setiap hari


terutama selepas makan dan sebelum tidur
malam.

Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak


semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi
sebesar biji kacang soya sahaja untuk anak yang
berumur 2 tahun ke atas.

Selia atau bantu anak anda memberus gigi


sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun.

Berkumur-kumur dengan segera selepas


makan atau minum jika tidak berkesempatan
memberus gigi.

o
o

Jangan berkongsi berus gigi.


Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula
kembang.
2.

Makan secara sihat :

Makan makanan yang seimbang.

Lebihkan buah-buahan dan sayursayuran segar.


Elakkan menambah gula ke dalam

minuman
kanak-kanak.
Sekiranya
menggunakan botol susu, pastikan
minuman tersebut tidak mengandungi
gula.
Jangan sekali-kali mencelup puting

botol susu ke dalam gula atau manisan.


Elakkan
minum
minuman

berkarbonat dan jus buah-buahan


bergula kerana kandungan gulanya
tinggi.
Bacaan lanjut :Pengambilan gula
dan kesihatan pergigian

3.

Pemeriksaan pergigian secara berkala :

Bawalah

anak

anda

berjumpa

doktor

pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan


seawal usia untuk membiasakan mereka dengan
suasana klinik pergigian.

Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurangkurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka


yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi
( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin
diperlukan.

Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan


dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi
atau mengalami masalah pergigian.

You might also like