You are on page 1of 8

Terdapat pelbagai definisi tentang membaca.

Menurut kamus Dewan edisi Empat,


baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti
dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca
sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg
(1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya
adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid
(1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambanglambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan
mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut.
Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Kaedah dibentuk berdasarkan pendekatan yang dipilih dan telah
dikenal pasti sesuai dengan tujuan dan objektif sesuatu kemahiran bahasa yang akan
diajarkan. Tegasnya, kaedah ialah langkah langkah atau peringkat-peringkat yang teratur
yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan dalam pengajaran. Dalam konteks
pengajaran membaca terdapat tiga kaedah yang popular, iaitu kaedah abjad, Kaedah Fontik
dan Kaedah Pandang Sebut.

Kaedah Abjad
Kaedah ini merupakan kaedah tertua sejak kerajaan Greek dan Rom yang digunakan untuk
mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Kaedah ini lebih dikenali sebagai kaedah huruf dan
mengeja.
Mengikut kaedah ini pelajar-pelajar akan lebih menguasai huruf-huruf terlebih dahulu iaitu
mengenal, mengafal dan menyebut huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang
paling biasa digunakan oleh guru-guru bahasa dalam mengajar mengeja dan membaca
perkataan. Kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf
konsonan. Huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.
Daripada cantuman huruf-huruf, murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau
suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan
dimulakan setelah murid menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat. Kaedah ini
membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas bacaan
ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut.
Konsep Kaedah Abjad
Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan kepada murid-murid 26 huruf iaitu huruf a
hingga z. Kemudian diikuti dengan memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u dan huruf-huruf
konsonan yang mengandungi 21 huruf.Murid-murid perlu mengafal lambang-lambang abjad

untuk membolehkan murid membaca dengan senang. Dalam sistem bahasa Melayu hurufhuruf vokal mengeluarkan bunyi setelah bergabung dengan huruf konsonan. Contohnya:

VOKAL

ba

be

bi

bo

bu

ca

ce

ci

co

cu

da

de

di

do

du

fa

fe

fi

fo

fu

ga

ge

gi

go

gu

KONSONAN

Dalam hal ini, guru dicadang berfungsi sebagai pemudah cara, bukan sebagai pengajar.
Gabungan ai, au, dan oi akan membentuk diftong. Semua bunyi tersebut disambung
sebagai suku kata, contohnta ba + tu = batu.Seterusnya mengenal rangkai kata, ayat dan
diikuti dengan mengajar membaca.
Sebelum diajar membaca perkataan, nama huruf perlu dikenal pasti melalui latihan
menyebut dan mengahafal dari huruf a hingga z mengikut susunan yang betul. Kemudian
diikuti dengan aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Seterunya guru mengaitkan
gambar dengan sesuatu huruf, misalnya a untuk ayam, b untuk buku, c untuk cawan dan
sebagainya. Bagi tujuan pengukuhan, guru juga boleh menyanyi lagu ABC. Lagu boleh
dicipta sendiri atau lagu sedia ada.
Kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf megikut susunan dalam abjad akan
melahirkan generasi murid yang tidak boleh membaca. Safiah Osman (1990) berpendapat
kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada huruf.
Untuk membolehkan murid membaca perkataan mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan
dengan huruf-huruf.

Contoh: Memperkenalkan huruf a - z


Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + ju
Membina rangkai kata baju biru
Membina ayat mudah Ini baju biru Abu

baju

Kelebihan Kaedah Abjad


Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang
terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Misalnya ba bunyinya adalah ba
juga. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baharu
yang belum dipelajarinya kerana mereka sudah dapat mengenal huruf dan membunyikan
vokal konsonan dengan baik. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam
kemahiran membaca. Akhir sekali kaedah ini dapat membantu murid-murid untuk mencapai
tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca serta memberikan keyakinan
kepada mereka untuk terus membaca.
Kelemahan Kaedah Abjad
Terdapat pelbagai kelemahan kaedah abjad iaitu selalunya murid-murid boleh
membaca dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahami apa yang dibacanya.
Selain itu, melalui kaedah abjad ini juga murid masih terbawa-bawa cara membaca sambil
mengeja. Hal ini demikian akan menyebabkan mereka membaca secara merangkakrangkak dan tidak memahami apa yang diucapkan. Seterusnya kaedah ini juga dikatakan
tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran
tidak secara keseluruhannya bermakna. Besar kemungkinan murid-murid akan lupa
pelajaran yang lepas jika tidak diulang sebut berulang kali di dalam bilik darjah. Akhir sekali
kaedah abjad ini akan membosankan murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang
berlebihan. Kaedah ini lebih mengutamakan aktiviti hafalan dan kurangnya penghayatan.
Sebagai kesimpulannya kaedah abjad merupakan kaedah yang memberikan fokus
kepada aktiviti menghafal abjad, proses pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha
menghafal abjad dan membentuk suku kata ini bertujuan untuk memudahkan murid
mengeja perkataan ketika membaca. Dalam kaedah ini murid perlu mengenal pasti namanama huruf dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut
susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan.

Kaedah Fonetik
Fonetik berasal daripada perkataan Yunani (phone) bunyi atau suara yang
bermaksud kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Bidang ini berkaitan dengan
sifat fizikal bunyi, serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi
neurofizikal.
Kaedah fonetik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh para guru
kerana kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru
mengenal huruf. Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan hurufhurufny(simbol). Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri
daripada suku kata yang tetap bunyinya. Penggunaan kaedah lain bukan sahaja tidak
sesuai

untuk

kanak-kanak

peringkat

ini,

malah

menyusahkan

kerana

lambat

meguasainya,mengelirukan dan membebankan memori mereka.


Konsep Kaedah Fonetik
Menurut kaedah fonetik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu, kemudian
diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Mereka
juga perlu kenal huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa, dan cara menulis huruf tersebut di
samping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang dilafazkan.Pendek kata,
bunyi huruf akan diperkenalkan bukan nama huruf.Ertinya lambang huruf terus kait dengan
bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa, t dibunyikan teh dan sebagainya. Murid-murid akan
dilatih membunyikan huruf secara terasing dan kemudian menggabungkan dengan bunyibunyi huruf yang lain bagi membentuk suku kata dan perkataan.

Contoh :
[ beh ] + [ a ] = [ ba ]
[ ceh ] + [ a ] = [ ca ]
[ beh + a = ba] + [ceh + a = ca ] = [ baca ]

Huruf Dan Bunyinya


Huruf

Bunyi

Huruf

Bunyi

Huruf

Bunyi

aaa

keh

uuu

beh

el

veh

ceh

mmm

weh

deh

nnn

xeh

eee

ooo

yeh

feh

peh

zeh

geh

qeh

hh

rrr

eee

sss

jeh

teh

Kanak-kanak seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan
bentuk-bentuk. Oleh itu, dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan
mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat.
Anak-anak dapat menyebut bunyi aa apabila melihat huruf a (nama huruf ei) dan bunyi ii
apabila melihat huruf e. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat perkataan ani, dia
akan menyebut bunyi aa nn ii

( bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai).

Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi
adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi aa tersebut boleh dikaitkan dengan
aksi terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit aaa... panasnya! bunyi
eee dikaitkan untuk rasa geli dan jijik melihat kotoran eee kotornya atau bunyi ooo
dikaitkan dengan bunyi ooo macam itu sebagai tanda setuju terhadap tindakan yang
disenangi.Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih
berkesan, cepat dan berkekalan.

Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar beberapa bunyi
asas terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi
dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada
gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal a i dan u lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi
a i u diperkenalkan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut

oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu ,


contohnya t h m n dan g.

Kelebihan Kaedah Fonetik


Melalui kaedah fonetik murid dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi
seperti huruf c disebut cah, d disebut dah dan sebagainya. Selain itu, kaedah ini juga
mengurangkan bebanan memori murid kerana murid tidak perlu menghafal huruf-huruf.
Seterusnya, guru tidak perlu memperkenalkan semua huruf vokal dan konsonan sekaligus.
Akhir sekali penggunaan asosiasi bunyi dan gambar dapat mempercepat proses mengingat.
Kelemahan Kaedah Fonetik
Dalam menjalankan kaedah fonetik, beberapa kelemahan dapat dikenal pasti.
Antaranya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang
kurang bermakna pada permulaannya. Kaedah ini juga tidak sesuai diaplikasikan kepada
murid-murid yang slow learner dan hanya sesuai digunakan oleh murid-murid yang pandai.
Selain itu, kaedah ini memerlukan masa yang panjang untuk murid mengenal semua bunyi
huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.
Murid juga perlu bersedia lebih awal sebelum membaca. Akhirnya kaedah ini hanya sesuai
untuk murid-murid yang telah mahir menyebut dan boleh mengingati bunyi huruf yang telah
diajarkan.
Sebagai kesimpulannya, kaedah fonetik menekankan penguasaan murid terhadap
hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah ini hanya memerlukan mereka mengingat
bentuk huruf dan bunyinya tanpa perlu menghafal nama-nama huruf berkenaan

Kaedah Pandang Dan Sebut


Kaedah Pandang dan Sebut lebih popular dalam pengajaran bacaan Bahasa
Inggeris. Ia merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid menyebut
perkataan yang disebut oleh guru terlebih dahulu setelah ditunjukkan gambar atau
perkataan tersebut. Melibatkan dua aktiviti, iaitu membunyikan ayat berdasarkan gambar
dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. Kaedah ini juga dikenali
sebagai kaedah seluruh perkataan kerana pengajaran dimulakan dengan memperkenalkan
perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.

Aktiviti dijalankan bertujuan membiasakan murid untuk mengecam perkataan atau ayat dan
tidak mengeja perkataan atau ayat tersebut.Melalui kaedah ini murid akan dilatih bagaimana
untuk mengenali sesuatu perkataan atau ayat,tanpa mengejarnya terlebih dahulu melalui
latih tubi. Kaedah itu dapat memendehkan masa murid untuk tujuan pemahaman apa jua
yang dibaca. Kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya adalah kepada perkataan dan
ayat yang bermakna. Selain itu, pengajaran kaedah ini mengambil kira pengalaman yang
sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan
yang dicam. Walaupun ia tidak memfokuskan pengajaran kepada bunyi huruf.Ini boleh
membatas perbendaharaan kata mereka.

Menurut Hj Daud Mhd Saman dan Muhaiyuddin Mohamad Azizi (2010) perkataan
diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad
diimbasi murid-murid akan menyebut perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang
ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah
perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
Konsep Kaedah Pandang dan Sebut
Menurut kaedah ini guru-guru perlu menunjukan gambar terlebih dahulu kemudian
murid-murid akan menyebut perkataan dan ayat pendek yang ditulis pada kad imbasan
secara beramai-ramai dengan bimbingan guru. Setelah murid mampu menyebut perkataanperkataan yang ditunjukkan, guru bolehlah mencerakinkan perkataan tersebut menjadi suku
kata agar mudah difahami oleh murid-murid.
Apabila murid sudah dapat menyebut dan mencerakinkan perkataan berdasarkan
gambar, guru bolehlah membimbing murid-murid membina ayat yang mudah berdasarkan
perkataan-perkataan yang telah pun dipelajari.
Kelebihan Kaedah Pandang dan Sebut
Antara kelebihan pengajaran menggunakan kaedah pandang dan sebut ialah ia
sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu secara
keseluruhan dan ianya dapat menarik minat murid. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang menarik seperti menggunakan gambar dan

kad imbasan yang menarik dapat

memotivasikan murid-murid untuk belajar. Kaedah ini juga menjimatkan masa sebab tidak
perlu belajar mengeja perkataan terlebih dahulu. Selain itu, kaedah ini juga mementingkan
makna dari awal lagi, oleh itu, murid-murid mudah memahami maksud apa yang dibaca oleh
mereka.Kaedah ini merupakan kaedah terpantas mempelajari kemahiran membaca. Akhir

sekali, guru dapat melatih murid-murid membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun
alunan suara yang betul dari awal lagi.
Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut
Walaupun kaedah pandang dan sebut ini sesuai dengan kehendak kanak-kanak
namun bacaan mereka terhad kepada perkataan, rangkaikata dan ayat-ayat yang telah
diajarkan sahaja. Oleh itu perbendaharaan kata murid-murid amat sedikit. Selain itu, melalui
kaedah ini juga tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat
mengenal bunyi dan suku kata. Seterusnya murid-murid juga tidak mempunyai asas yang
kukuh untuk membolehkan mereka membaca sendiri kerana tahap penguasaan perkataan
lain adalah terhad.Maka kaedah ini sesuai untuk pelajar pandai sahaja. Selain itu murid
akan pandai menyebut perkataan malah tidak pandai mengejanya dan gagal menyebut
bunyi perkataan baharu sebab tiada pendedahan.
Sebagai kesimpulannya, kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan
kerana proses pembelajaran dimulai dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya
huruf atau suku kata. Aktiviti yang utama adalah pandang dan sebut, iaitu perkara yang
dipandang ialah gambar manakala yang disebut ialah perkataan pada bahan yang
ditunjukkan.

You might also like