You are on page 1of 17

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 17

_______________________________________________________________________________

UNIT 2
PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat:

1.
2.
3.

menerangkan perkembangan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada


KBSR dan KSSR.
menghuraikan latar belakang berkaitan KBSR dan KSSR.
membanding beza antara KLSR, KBSR dan KSSR.

PETA KONSEP TAJUK

Kurikulum Sekolah Rendah

KLSR

KBSR

Latar Belakang

KSSR

Perbandingan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 18


_______________________________________________________________________________

PENGENALAN
Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan merentasi zaman. Setelah
negara mencapai kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada pelaksanaan
pendidikan di negara ini. Pendidikan adalah untuk tujuan perpaduan di samping untuk
membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan
negara. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama serta penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem persekolahan adalah antara perkara
yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Dari semasa
ke semasa beberapa jawatankuasa dibentuk bagi mengkaji seterusnya memberi
cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
dikeluarkan pada 1979 telah membawa impak yang besar kepada senario pendidikan
negara sehingga Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982.
KBSR memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M. KBSR selepas itu ditukar
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mulai 1993. Apabila Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) tersurat pada 1988, orientasi pendidikan adalah berasaskan kepada FPN
(mulai 1996 dikenal FPK). Setelah itu apabila cabaran berubah akibat daripada
perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) pula diperkenalkan pada 2011. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara
ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan
yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam
abad ke-21.

ISI KANDUNGAN
Bagaimanakah kurikulum sekolah rendah berkembang
daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR?
Sebagai yang telah dimaklumi bahawa pendidikan peringkat sekolah rendah di negara ini
telah mengalami perkembangan daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya kepada Kurikulum
Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).

Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika perkembangan


daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR tidak berlaku.

KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)


Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada 1982, kurikulum sekolah
rendah yang sebelumnya, dikenal sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 19


_______________________________________________________________________________

Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila Akta


Pelajaran 1961 diwartakan. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan
dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR
lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah
rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara
compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran
dengan mata pelajaran lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi
pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid.
KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis
dan mengira (3M). Kajian-kajian yang dilakukan pada masa itu mendapati sebilangan
besar murid di negara ini masih belum menguasai kemahiran asas 3M walaupun mereka
telah tamat persekolahan peringkat rendah. Sehubungan itu Perakuan 2a, Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
mengemukakan cadangan seperti berikut.
Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah
bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam
bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Teknik hafalan yang diguna pakai dalam pengajaran kurang berkesan. Terdapat murid
yang tidak dapat mengikuti isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
Sehubungan itu terdapat pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh
murid-murid. Perkara ini seterusnya menjadi sebahagian daripada faktor yang membawa
kepada keciciran murid.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
pada 1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebanyak
305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan
sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983. Keperluan
kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat kelemahan dalam
KLSR. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Sebaliknya lebih bersifat akademik.
KBSR pada asasnya berpegang kepada konsep bahawa murid-murid perlu memperoleh
ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus
melalui pengalaman langsung. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi
memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti
menyelesaikan masalah; berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina
persefahaman dalam pergaulan; memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain
dan sebagainya. Sehubungan itu penglibatan murid adalah secara aktif, ceria dan
progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemulihan diberikan kepada
murid yang lemah, manakala pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. Pemulihan
khas juga diberi kepada murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Setelah masa berlalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah perlu kepada semakan bagi
mengenal pasti kerelevanannya merentas masa. Kurikulum ini perlu disemak semula
untuk,

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 20


_______________________________________________________________________________

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep


kesepaduan,
memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan
unsur-unsur KBKK,
seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan
dari semasa ke semasa,
selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu.
Lanjutan daripada itu pada 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diganti dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) yang tertulis pada 1988.
Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR
diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan. Sehubungan itu, dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, dilakukan penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahirankemahiran; dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai juga
secara sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan
juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh
berlaku secara berasingan, sebaliknya perlu berlaku secara harmonis, menyeluruh dan
sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Selain itu, kesepaduan merangkumi
aspek antara teori dan praktik; dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan
sebenar di luar bilik darjah.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya
dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada
globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh
yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut.
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan
sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang
yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM,
2010). Ucapan dasar Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung
UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan
kepada pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan
warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan
akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. Sehubungan itu mulai 2011 Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan
penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR telah
menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada jumlah tersebut,
50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah
sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Pekeliling Ikhtisas Bil.
11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 21


_______________________________________________________________________________

semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Selain
melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan
dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran.

AKTIVITI 2.1
Jelaskan rasional mengapa perubahan berikut berlaku:
1. KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
_________________________________________________________
2. Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
_________________________________________________________
3. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kepada KSSR.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
_________________________________________________________

Apakah latar belakang KBSR dan KSSR?


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penegasan adalah kepada kemahiran asas
termasuk kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid dilibatkan
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah mengajar, bahan
pembelajaran dan susun atur kerusi meja dipelbagaikan mengikut latar belakang murid
dan mata pelajaran yang diajar. Penilaian bentuk formatif seperti ujian diagnostik dan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 22


_______________________________________________________________________________

ujian pencapaian sering digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid.
Susulan daripada itu, murid yang cerdas diberi pengayaan, manakala murid yang lemah
diberi pemulihan.
KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, bidang
Manusia dan Alam Kelilingnya, dan bidang Perkembangan Diri Individu sebagai yang
dicadang dalam Perakuan 57 (a), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut.
Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan muridmurid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi,
bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu
sesuai dengan keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan
murid itu.
Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama
untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup. Rajah 2.1
menunjukkan secara grafiknya prinsip KBSR.

PERKEMBANGAN
INDIVIDU SECARA
MENYELURUH

PENDEKATAN
BERSEPADU

PRINSIP
KBSR

PENDIDIKAN YANG SAMA


UNTUK SEMUA MURID

PENDIDIKAN SEUMUR
HIDUP

Rajah 2.1
Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2010)

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 23


_______________________________________________________________________________

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis mulai 1988 dan ditukar namanya kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 apabila Akta Pendidikan 1996
diwartakan. Selaras dengan hasrat FPN yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu
menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah. Kurikulum Baru
Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada 1993.
Melalui konsep kesepaduan, gambaran tentang sesuatu perkara dapat dilihat secara
keseluruhan; yang mana perkara ini lebih baik daripada melihatnya secara cebis-cebisan
atau terasing antara satu dengan yang lain selaras dengan apa yang dikata sebagai the
whole is greater than the sum of the parts.
Dalam konteks kesepaduan KBSR, pembangunan insan adalah dilihat secara seimbang,
meyeluruh dan bersepadu. Sehubungan itu, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan dan
keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses
pembelajaran murid. Selaras dengan prinsip kurikulum bersepadu, kesepaduan dalam
bidang mata pelajaran telah merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni. Walau
bagaimanapun perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk
semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup masih kekal sebagai
prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Penekanan
Kepada Nilai
Murni

Kesepaduan
Unsur Intelek,
Rohani, Emosi dan
Jasmani
Pendidikan
Untuk Semua

Kesepaduan
Dalam KBSR

Pendidikan
Sepanjang Hayat
Meningkatkan
Penggunaan
Bahasa Melayu &
Bahasa Inggeris
serta bahasa
pengantar yang lain.

Rajah 2.2
Kesepaduan Dalam KBSR

Penggunaan
Pengetahuan
dan Kemahiran
Sedia Ada

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 24


_______________________________________________________________________________

Kurikulum Standard Sekolah Rendah


KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan
masa dan pengurusan kurikulum. KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh;
pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan
seumur hidup sebagai yang terdapat dalam Rajah 2.1 sebagai prinsipnya. Dari segi reka
bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian;
Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan
Teknologi; dan Keterampilan Diri.
KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan
berkesan. KSSR juga mementingkan standard, sehubungan itu Dokumen Standard
Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard Pembelajaran diguna pakai.

Jadual 2.1
Definisi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR
(Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, 2011)
Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang


perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan
dalam
suatu
tempoh
persekolahan
merangkumi
aspek
pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau


petunjuk (indicator) kualiti
pembelajaran
dan
pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard
kandungan.

Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah
pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku
untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan,
pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek
dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid
memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai
kemahiran dan mengamalkan nilai murni.

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan


standard terdiri daripada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh
dan tahap persekolahan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011).

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 25


_______________________________________________________________________________

Gambar Hiasan:
(Salah satu dokumen berkaitan KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia)

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 26


_______________________________________________________________________________

AKTIVITI 2.2
Lengkapkan rajah berikut berkaitan enam tunjang dalam KSSR.

-----------------------------

-----------------------------

-----------------------------

INSAN
SEIMBANG

-----------------------------

-----------------------------

-----------------------------

Apakah persamaan atau perbezaan antara KLSR, KBSR


dan KSSR?
Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan
seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan.
Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum, organisasi
kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, bahan kurikulum, fokus kurikulum, dan
penilaian. Daripada aspek reka bentuk kurikulum, pelaksanaan KBSR adalah melibatkan

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 27


_______________________________________________________________________________

tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
Perkembangan Diri Individu. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu
tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal
dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. Reka bentuk kurikulum dalam
KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan didokumentasi berbanding dalam KLSR.
KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Di Tahap
1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran Teras, mata
pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Organisasi kurikulum dalam KSSR pula
memberi tumpuan kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif. Selain akademik KBSR
dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah
selaras dengan FPK. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada
akademik dan kokurikulum sahaja.
Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang
terdapat dalam buku teks. Dalam KBSR, selain bahan-bahan daripada buku teks,
bahan-bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan
pembelajaran di dalam kelas. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk
memperkembangkan secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pelaksanaan KSSR pula melibatkan pembelajaran secara modular. Bahan-bahan
pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on
digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan ceria (learning is fun).
Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M
adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding
dalam KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi.
Pembangunan diri pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan
secara harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga
kurang berlaku dalam KLSR. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M
terus berlangsung. Kemahiran asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi
kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M.
Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai
pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. Dalam
KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak dilakukan.
Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam
menjalani proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai
berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan.
KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang
berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa.
Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid
akan dilakukan. Jadual 2.2 menunjukkan perbandingan antara KLSR dengan KBSR dan
KSSR. Jadual 2.3 pula menunjukkan perbandingan antara KBSR dengan KSSR.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 28


_______________________________________________________________________________

Jadual 2.2
Perbandingan Antara KLSR Dengan KBSR
KLSR

KBSR

Kurikulum bersifat umum dan lebih


kepada hafalan.

Penekanan kepada kemahiran asas


3M (membaca, menulis dan
mengira).

Silibus yang statik dan perlu


diselesaikan untuk peperiksaan.

Gabung jalin kemahiran dan


penyerapan isi daripada mata
pelajaran lain.

Mata pelajaran yang membebankan


murid dengan bidang yang kurang
jelas.

Tiga bidang utama diberi


penekanan dengan jelas iaitu
komunikasi; perkembangan diri
individu; dan manusia dan alam
kelilingnya.

Pengajaran yang tidak melibatkan


penyertaan aktif murid (berpusatkan
guru).

Pengajaran dengan penglibatan


murid secara aktif (berpusatkan
murid).

Pengajaran untuk seluruh kelas dan


ala kuliah digunakan.

Pengajaran dalam bentuk kumpulan


dan individu digunakan

Proses pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran selaras dengan


secara formal
minat, umur dan kebolehan muridmurid.
Tiada pertimbangan perbezaan
individu murid.

Perkembangan pelajaran mengikut


kebolehan murid-murid.

Hanya bergantung kepada


penggunaan buku teks.

Penggunaan bahan dan alat bantu


mengajar yang lebih berkesan.

Tiada program pemulihan kepada


murid yang lemah dan
pengayaankepada yang cerdas.

Program pemulihan kepada murid


yang lemah dan pengayaan kepada
yang cerdas berasaskan keputusan
ujian diagnosis.

Penilaian berbentuk sumatif


dijalankan untuk mengukur
pencapaian murid-murid.

Penilaian formatif juga digunakan


bagi menilai perkembangan dan
kemajuan murid.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 29


_______________________________________________________________________________

Jadual 2.3
Perbandingan Antara KBSR Dengan KSSR
KBSR
REKA
BENTUK
KURIKULUM

Berasaskan 3 Bidang:
- Komunikasi
- Manusia dan Alam
Kelilingnya

- Perkembangan Diri
Individu

KSSR

Berasaskan 6 Tunjang:
- Komunikasi
- Kerohanian, Sikap & Nilai
- Kemanusiaan
- Perkembangan Fizikal
dan Estetika

- Sains dan Teknologi


- Keterampilan Diri
Linear

Modular

BAHAN
KURIKULUM

Sukatan Pelajaran (SP) dan


Huraian Sukatan Pelajaran
(HSP)

Dokumen Standard Kandungan


(DSK)

ORGANISASI
KURIKULUM

Tahap 1

Tahap 1

- Mata pelajaran Teras,


Wajib & Tambahan

Tahap 2

KEMAHIRAN
BERFIKIR

FOKUS

- Modul Teras Asas, Modul


Teras Tema & Modul
Elektif

Tahap 2

- Mata pelajaran Teras,


Wajib & Tambahan

- Mata pelajaran Teras &


Elektif

Elemen Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif

Elemen Kreativiti dan


Inovasi, Keusahawanan dan
Teknologi Maklumat & ICT
secara eksplisit

3M
- Membaca, menulis dan
mengira

4M
- Membaca, menulis,
mengira dan menaakul

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 30


_______________________________________________________________________________

RUMUSAN
Dalam unit ini telah dijelaskan tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada
KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. Perubahan berlaku atas rasional-rasional
atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak
perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. KLSR, KBSR dan KSSR
mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan
antara satu dengan yang lain, namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum
yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru KSSR
telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan
pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan melahirkan
insan ulul al-bab.

KATA KUNCI
Kurikulum bersepadu

- kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan,


kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya
terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur
intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses
pembelajaran.

Kurikulum standard

kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti


standard kandungan, standard pembelajaran dan
sebagainya.

Prinsip KSSR

ada empat prinsip iaitu perkembangan individu secara


menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua
murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur
hidup.

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut


ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti


pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan.

Tunjang KSSR

Enam tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi;


kerohanian,
sikap
dan
nilai;
kemanusiaan;
perkembangan fizikal dan estetika; sains dan teknologi;
dan keterampilan diri

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 31


_______________________________________________________________________________

PENILAIAN KENDIRI
Jawab semua soalan berikut.
1.

Dalam tahun 1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar


Pelajaran Kebangsaan telah diterbitkan. Berdasarkan laporan tersebut
pendidikan
sekolah
rendah
perlu
memberi
penegasan
kepada
________________
A.
B.
C.
D.

2.

disiplin
kemahiran 3M
pencapaian akademik
pembangunan sahsiah

Manakah antara berikut menunjukkan terdapatnya kekurangan dalam Kurikulum


Lama Sekolah Rendah (KLSR)?
I.

Tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata
pelajaran yang lain.
II. Sukatan pelajaran sekolah vernakular yang beorientasikan penjajah
masih diguna pakai.
III. Antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran
yang berikutnya tiada kesinambungan.
IV. Pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan
berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan.
A.
B.
C.
D.

3.

I dan III sahaja


II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengganti


Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Manakah perbezaan antara KBSR
dengan KLSR berikut yang benar?

A.
B.
C.
D.

KBSR
Murid lebih aktif dalam proses
pembelajaran.
Hubungan yang harmonis
antara guru dengan murid.
Penekanan kepada
pengetahuan.
Berpusatkan guru dan bahan
pembelajaran.

KLSR
Guru bersifat autokratik dalam
pengajarannya.
Guru bertindak sebagai
fasilitator di dalam bilik darjah.
Penekanan kepada kemahiran
3M.
Berpusatkan murid untuk
perkembangan mereka.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 32


_______________________________________________________________________________

4.

KSSR ialah penambahbaikan daripada KBSR. Manakah antara berikut benar


perbandingan antara KBSR dengan KSSR?
A.
B.
C.
D.

5.

Di Tahap 2 KSSR, terdapat mata pelajaran teras, wajib, dan tambahan.


Bahan kurikulum dalam KBSR adalah dalam bentuk dokumen standard.
Reka bentuk KBSR dan KSSR adalah berasaskan kepada enam tunjang.
KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul.

Apakah kelebihan KSSR berbanding KBSR?


I.

Selain membaca, menulis dan mengira, elemen menaakul terdapat


dalam KSSR.
II. Elemen ICT tidak diintegrasikan merentas kurikulum dan pengajaran
dalam KBSR.
III. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran
dalam KSSR.
IV. KSSR bertujuan membekali generasi masa hadapan untuk
menghadapi cabaran abad ke-21.
A.
B.
C.
D.

I dan III sahaja


II dan III sahaja
II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja

CADANGAN JAWAPAN:

1. B; 2. C; 3. A; 4. D; 5. D

RUJUKAN
Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers.(1996)
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku
Panduan Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR I.
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 33


_______________________________________________________________________________

Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1992). Asas KBSR II.,
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala

Sufean Hussin. (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif falsafah dan pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

You might also like