You are on page 1of 17

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KOLEJ
SASTERA DAN SAINS
:

DISEDIAKAN OLEH

SAFINAZ BT AHMAD
NO. MATRIK :

(210254)

I/C

730424-08-6106
TUGASAN

ZAHARINA
BT HAMZAH
Persamaan

dan Perbezaan KBSR dan KSSR

NO. MATRIK: (210482)


I/C

801005-07-5600

ZASHIMAH BTCHE LAT


NO. MATRIK: (210229)
I/C

730223-02-5120

SHOPIAH BT MAN
NO. MATRIK: (210443)
I/C

741118-02-6192

RIDHUAN BIN AINI


NO. MATRIK: (210502)

I/C

1 (a)

KANDUNGAN

PENGENALAN

A. PERSAMAAN KBSR DAN KSSR


1) Prinsip KBSR dan KSSR berlandaskan FPK
2) Pendekatan Pedagogi dan Peranan Guru

2-8

B. PERBEZAAN KBSR DAN KSSR


1) Reka Bentuk Kurikulum
2) Bahan Kurikulum.

9-11

PENUTUP

12

RUJUKAN

13

LAMPIRAN

14

Soalan:

TUGASAN 1 (a)
Bincangkan dua (2) persamaan dan perbezaan utama
antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Berikan contoh-contoh yang sesuai.

PENGENALAN
KBSR
KBSR atau Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan susulan daripada
perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar
Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet
ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka
tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.
Oleh yang demikian,, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya
pada tahun 1983. Pada tahun 1993, KBSR ditukarkan kepada nama yang baru iaitu Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah.Nama sahaja yang berubah tetapi Kandungan kurikulum itu masih lagi
sama seperti sebelumnya. KBSR disemak semula pada tahun 2003.Penyemakan ini kerana dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan
dilaksanakan KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

KSSR
Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR merupakan satu transformasi
pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan kepada kurikulum persekolahan sedia ada
yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Persamaan dan Perbezaan KBSR dan KSSR


A. Persamaan KBSR dan KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun 2010 adalah transformasi
dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian
global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan
sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju
sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi,
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan
satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.
Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi telah dilakukan, kurikulum KSSR
masih mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah
satu persamaan di antara kurikulum KBSR dan KSSR ialah prinsip kurikulum yang sama iaitu
menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan
sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup (Long Life Learning). Hal ini
ialah untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.
1) Prinsip KBSR dan KSSR berlandaskan FPK
1.1) Pendekatan bersepadu
Pendekatan berspadu merupakan satu pendekatann di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan
nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat
empat konsep pendekatan bersepadu iaitu penggabungjalinan, penyerapan, kesepaduan dua unsur,
dan unsur merentasi kurikulum. Terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran iaitu dalam satu
mata pelajaran dan mata pelajaran yang lain. Contoh penggabungjalinan kemahiran ialah di dalam
matapelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ialah kemahiran mendengar digabung dengan
kemahiran

bertutur.

Manakala

contoh

penggabungjalinan

mata

pelajaran

ialah

aktiviti

menyanyi(muzik) digunakan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Konsep


Penyerapan ialah melalui pelbagai bidang ilmu dalam matapelajaran dan merentasi matapelajaran.
2

Misalnya, unsur Matematik diserapkan dalam matapelajaran Pendidikan Seni. Nilai-nilai turut
diterapkan dalam P&P seperti bekerjasama dan tolong-menolong. Seterusnya ialah konsep
Kesepaduan diantara dua unsur iaitu Kurikulum dan Kokurikulum, pengetahuan dan amalan serta
pengalaman sedia ada dan pengalaman baru. Konsep pendekatan bersepadu yang terakhir ialah unsur
merentasi kurikulum. Di dalam KBSR, terdapat beberapa elemen unsur merentasi kurikulum iaitu
bahasa, alam sekitar, sains, kemahiran berfikir merentasi kurikulum dan sebagainya. Hal ini
bersamaan dengan penambahbaikan yang dilaksanakan dalam kurikulum KSSR iaitu terdapat elemen
EMK (Elemen Merentas Kurikulum). EMK menerapkan 3 elemen baru untuk disepadukan dalam
mata pelajaran dan topik yang bersesuaian. 3 elemen tersebut ialah elemen Kreativiti dan Inovatif,
Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya,

di dalam mata

pelajaran Matematik, murid melakukan aktiviti main peranan sebagai penjual dan pembeli di kantin
dengan melibatkan aktiviti tambah dan tolak menggunakan wang. Ini secara tidak langsung telah
menerapkan nilai keusahawanan dalam aktiviti P&P.
1.2) Perkembangan individu secara menyeluruh
Prinsip KBSR dan KSSR dalam perkembangan individu secara menyeluruh ialah selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu setiap individu memiliki pelbagai keupayaan,
bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini
adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan
potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi
tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat
berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri
dan orang lain, termasuk kemajuan negara.
Menurut Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran :
.....individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan
tujuan pembangunan kemanusiaan.
(Para 452, hlm. 277)

Daripada kenyataan diatas jelas menunjukkan bahawa pendidikan adalah asas pembentukkan insan
seimbang, sepadu serta menyeluruh. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, proses pendidikan
hendaklah berpusat kepada pelajar.
1.3) Pendidikan sama rata
Persamaan prinsip KBSR dan KSSR ialah memberikan pendidikan sama rata kepada semua individu.
Pendidikan sama rata atau pendemokrasian pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam
membangunkan pendidikan di Malaysia. Kepentingan kepada keadilan sejagat dalam bidang
pendidikan yang mana membolehkan semua pelajar mendapat faedah dan juga kemudahan yang sama
rata untuk belajar di mana-mana sekolah dan institusi pendidikan. Selain itu, sebagai sebuah Negara
demokrasi berteraskan keadilan, semua warganegara berhak mendapat taraf pendidikan yang baik
tanpa mengira ras, agama, jantina, kekayaan dan lain-lain.. Dalam konteks pendemokrasian
pendidikan, guru-guru haruslah sentiasa memahami bahawa kewujudan mereka adalah bukan sekadar
mengajar tetapi yang utama ialah menyediakan peluang kepada anak didik mereka untuk menikmati
pendidikan berkualiti tanpa mengira batas-batas sosio-ekonomi, sempadan-sempadan geografi
ataupun perbezaan politik. Kedua-dua kurikulum adalah memberikan pendidikan sama rata iaitu
diantaranya menyeimbangkan pendidikan akademik dan ko kurikulum, Selain itu, dari aspek bahan,
organisasi, kandungan kurikulum, bahan dibuat adalah mengambilkira semua peringkat kebolehan
dan kaum. Hal ini adalah penting bagi melahirkn insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek
contohnya dari segi emosi, jasmani, rohani dan pembangunan insaniah
1.4) Pendidikan seumur hidup (Long Life Learning).
Konsep pendidikan seumur hidup di populerkan oleh Paul Lengrand, ahli teori dan praktik
pendidikan orang dewasa. Pada pendapatnya, seseorang tidak dapat menyelesaikan jenjang
kehidupannya dengan serangkaian kemampuan intelektual atau teknis tertentu. Oleh sebab itu, maka
penting pendidikan bukan pada penguasaan atas sekumpulan pengetahuan, melainkan pada
perkembangan pembawaan, yakni pembawaan untuk memperoleh hakikat dari yang makin bertambah
sebagai hasil dari pengalaman berturut-turut. Ia merupakan suatu usaha berterusan untuk
mendapatkan ilmu dan tiada had dari segi jangka waktu.

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya KBSR dan KSSR
adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian,
persamaan utama yang kedua dalam kurikulum KBSR dan KSSR adalah dari segi pedagogi dan
peranan guru di sekolah.
2) Pendekatan Pedagogi dan Peranan Guru
2.1) Pedagogi
Kedua-dua kurikulum melibatkan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan
sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara
aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh
yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya caracara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan
berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok
menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya
kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru
boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik
mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contohcontoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran
yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada
sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak,
konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh
dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan
analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
2.1.1) Kemahiran berfikir dan aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P
5

Kurikulum KBSR dan KSSR masih mengaplikasikan kemahiran berfikir sebagai item asas dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu objektif KBSR ialah untuk
mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar. Cara untuk meningkatkan daya
pemikiran kreatif pelajar ialah di dalam aspek gaya pengajaran guru. Sebagai contohnya, dalam
KBSR gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid. Hal ini ialah bersamaan dengan kurikulum
KSSR di mana kaedah pengajaran guru yang berpusatkan murid turut digunakan. Kemahiran berfikir
yang perlu diperkembangkan di kalangan pelajar anda dalam P&P. Ini kerana setiap pelajar
mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu diperkembangkan Selain itu,
kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. Untuk menguasai
sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Adalah penting bagi seseorang guru itu selain daripada penguasaan isi
kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan
kecerdasan tersebut di kalangan pelajar. Sebagai contoh aktiviti dalam P&P seperti membuat analisis
seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir, membuat sistesis
seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan, membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, menaakul secara logik dan membuat kiraan.
2.1.2) Peranan guru sebagai pembimbing
Di dalam kurikulum KBSR dan KSSR, guru tetap memainkan peranan utama dalam keberkesanan
P&P di bilik darjah.
i) Guru sebagai pemimpin
Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah
tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh
itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk
membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh
membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan
aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalah
matematik yang kompleks dan sebagainya.
Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan dan
sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka dapat
6

membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif
dengan murid-murid yang lain. Guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid
mencari cara menyelesaikan masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah
tidak wujud. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid
menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya
proses P& P dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan
objektif pembelajaran dapat dicapai.
ii) Guru sebagai perancang
Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif
pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan. Didalam
kurikulum KBSR dan KSSR, konsep pembelajaran secara kontruktivisme, pembelajaran
secara kontekstual, Masteri dan akses kendiri masih digunakan. Objektif pelajaran
haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif
pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada
murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip
bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas
aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang
telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid mencapai
objektif pelajaran mereka. Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan
pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan
guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid
mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki. Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi
usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau
murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermaknadan lebih berkesan.
Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam
bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi
dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran. Perlakuan mengajar guru dalam segala
proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang
ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan
7

proses dan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai

objektif pelajaran yang diharapkan.


Walaubagaimanapun, di kurikulum KBSR istilah huraian sukatan pelajaran digunakan
manakala di dalam dalam kurikulum KSSR, istilah sukatan di tukar kepada Standard
Dokumen Pelajaran. Walaupun istilahnya ditukar, namun fungsinya tetap sama iaitu guru
perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk memilih isi pelajaran, memilih strategi dan
kaedah, menyediakan bahan pengajaran dan merancang aktiviti P&P.
iii) Guru mengembangkan potensi murid
Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara
umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana
dan lemah. Persamaan kurikulum KBSR dan KSSR, guru masih perlu menyediakan
pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka. Ini telah
menggalakkan urid-murid secara aktif dalam pembelajaran. Sebagai contoh, bagi murid
yang lemah dalam matematik, guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan serta
memberikan bimbingan matematik yang lebih banyak kepada mereka. Di samping itu,
guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan
diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan akan
melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Tambahan pula, guru boleh
menggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi dorongan
kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Sama ada kurikulum KBSR
atau KSSR, tujuan utama pendidikan ialah potensi dan kebolehan murid mestilah
dikembang dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan sosial).

B. PERBEZAAN KBSR DAN KSSR


1. Reka Bentuk Kurikulum
Reka bentuk kurikulum KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu:
1.1.Bidang komunikasi,
Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi
mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil.
Antara objektif penting pembentukan

KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap

kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira

1.2.Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar


Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian,
Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili
bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral.

1.3.Bidang perkembangan diri individu


Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen
Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani.

Manakala KSSR terbahagi kepada 6 Tunjang.Tunjang-tunjang KSSR adalah seperti berikut:

1.3.1 Tunjang Komunikasi


Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

1.3.2 Tunjang .Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

1.3.3. Perkembangan Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

1.3.4.Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai


Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

1.3.5.Tunjang Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan
global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
1.3.6. Tunjang Keterampilan Diri
10

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

2. Bahan Kurikulum.
KBSR menggunakan sukatan pelajaran dan huraian pelajaran.
Sukatan pelajaran dokumen rasmi yang merupakan rangka atau garis panduan berkenaan sesuatu
subjek Dalam KBSR juga terdapat Huraian Sukatan Pelajaran

yang diperincikan daripada

Sukatan Pelajaran Guru mestilah merujuk kedua-dua dokumen ini unuk perancangan tahunan
sepanjang tahun yang mengandungi Objektif,Hasil Pembeajaran,aktiviti dan nilai-nilai.
Selain itu dalam KBSR penggunaan buku teks dan buku panduan guru juga untuk dibekalkan
untuk pengajaran dan pembelajaran.

Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu
2.1 Dokumen Standard.
Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran
mereka. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat
dalam dokumen standard.Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif
(pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran
pula ialah kenyataan khusus kepda murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep
dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.

2.2 Modul Pengajaran.

11

Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran
manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman
terhadap sesuatu isi pembelajaran.
2.3 Modul pembelajaran.
Modul Pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap
sesuatu isi pembelajaran.
Penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku teks yang akan digunaka pakai oleh
guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam focus 4M iaitu membaca ,menulis, mengira
dan menaakul seperti mana terdapat dalam KBSR iaitu membaca,menulis dan mengira

PENUTUP
Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KSSR ialah rancangan yang dilakukan dengan
terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSR dibina dan
digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru memainkan
peranan yang penting di dalam bilik darjah dan sebagai pembimbing, guru menjadikan kurikulum
12

sebagai panduan bagi merancang

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata

pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan
pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.
Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan
negara. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Di
samping itu faktor persekitaran sosial,ekonomi dan politik yang semakin mencabar dan kompleks,
memainkan peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum
supaya kurikulum itu sendiri sentiasa releven dengan keperluan.Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan
metamorphistik. Segala perubahan kurikulum adalah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk
memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999).
Berteraskan FPK, konsep kurikulum yang dibina tidak hanya menfokus kepada akademik sematamata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk
insan yang berketrampilan. Kurikulum yang terbaru digubal dengan penambahbaikan dan elemenelemen baru serta memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran supaya
aktivit P&P didalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan
menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai disamping menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran persepadu dan bertema, Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa
berkembang sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Keseluruhannya, ini bagi memastikan
para pelajar di sekolah dapat diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan masa hadapan mereka
yang semakin mencabar
RUJUKAN

Dr.Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan,Pengetahuan Dan Ketrampilan Ikhtisas,


Fajar Bakti: Selangor,Darul Ehsan.

13

Mohd nizar Mohd Latib. (2010), Falsafah Pendidikan Kebangsaan Retrived October 9, 2011,
from http://www.scribd.com/doc/47760112/FPK-Pendekatan-Bersepadu.

Mok Song Sang. (2001). Pendidikan Di Malaysia,


Kumpulan Budiman: Subang Jaya.

Robiah Saidin. (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan.


Fajar Bakti: Kuala Lumpur.

Sahbulah Darwi. (2007), Peluang Pendidikan Sama Rata Retrived October 12, 2011,
from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1217&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm.

Syuhada Choo Abdullah. (2010, September 12). Subjek baru diperkenal- Dunia Sains dan Teknologi
dedah murid kemahiran ICT Retrived October 12, 2011.
from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Subjekbarudiperkenal/Article.

14

15

You might also like