You are on page 1of 10

Seandainya kita tidak

dapat menjadi garam


yang dapat menahan
daging daripada busuk,
janganlah kita menjadi
langau yang
membusukkan daging.

Kemuncak segala dosa


ialah bohong. Dua perkara
yang sentiasa mengiringi
bohong ialah banyak
berjanji dan banyak
memberi alasan.

Jangan malu
memberikan sedikit,
kerana pemberian
sedemikian lebih baik
daripada tidak memberi
sama sekali.

Tidak ada yang sulit


bagi orang yang
mahu, tidak ada yang
mudah bagi orang
yang enggan.

Orang sibuk
sebenarnya tidak
cekap, orang yang
cekap tidak sibuk.

Orang yang sibuk


selalunya nampak
bising, orang
bekerja diam-diam
sahaja.

1000 mancis tidak


menerangi kau di dalam
kegelapan buat
selama-lamanya tetapi
cahaya keimanan
dapat membawa kau
ke jalan kesenangan.

Belajarlah bersyukur
ketika mendapat
keuntungan dan
belajarlah tersenyum
ketika menghadapi
kerugian.

Menilai diri
sendiri adalah lebih
susah dari menilai
1000 orang lain.

Manusia yang paling


kerap mencipta bahaya
dan kesusahan ialah
yang mempunyai lidah
terlepas dari hati
tertutup.

You might also like