You are on page 1of 23

KOLEJ VOKASIONAL DATO UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

FOLIO AGAMA ISLAM

PERSEDIAAN PERKAHWINAN
DAN HUKUM HUKUMNYA

NUR AFIQA BINTI ANUAR


971105-05-5510
T2 CU1

ISI KANDUNGAN
BIL.

PERKARA

1.

PENGHARGAAN

2.

PENDAHULUAN

3.

ISI

4.

KESIMPULAN / RUMUSAN

5.

RUJUKAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat dianugerahkan
kepada saya dapat juga saya menyiapkan folio ini dengan jayanya. Folio yang ini
amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian
daripada kerja kursus subjek. Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Puan
Fadilah Binti Saperi @ Sapari kerana memberi bimbingan, dan tunjuk ajar kepada
saya. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.

PENDAHULUAN

Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulasan individu seperti yang difahami
dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam
merupakan bahagian penting masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam
pembentukan. Selain itu, pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada
perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad
nikah dan ijab kabul. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah yang tidak
wajar dilupakan oleh seseorang yang beriman.

DALIL PENSYARIATAN
Terdapat 10 ayat dalam Al-Quran menyatakan tentang perkahwinan. Allah
yang Maha Khaliq menciptakan setiap makhluk di dunia ini supaya
berpasang-pasangan dan berkembang biak.

1.

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa 4; Ayat 1 :

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan


kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan
daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya
kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

2.

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa 4; Ayat 3 :

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba
perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk
mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Firman Allah dalam Surah An-Nahl 16; Ayat 72 :

3.

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan
(isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit,
serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah
mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan
berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?

Firman Allah dalam Surah An-Nuur 24; Ayat 32 :

4.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan


kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya pemberianNya), lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21 :

5.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,


bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang


menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Firman Allah dalam Surah Luqman 31; Ayat 10 :

6.

Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia
mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (di permukaan) supaya
bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia memperkembang biakkan
padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami
tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

Firman Allah dalam Surah Yaasin 36; Ayat 36 :

7.

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya


berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka,
ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
.
.
Firman Allah dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 :

8.

Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati
(kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.

9.

Firman Allah dalam Surah Asy-Syuaraa 42; Ayat 7 :


Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab supaya
kamu memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) Ummul-Qura
(penduduk Mekah) dan penduduk (di dunia) sekelilingnya serta memberi peringatan
dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) yang tidak ada syak tentang
masa datangnya; (pada hari itu) segolongan masuk Syurga dan segolongan lagi
masuk neraka.

10. Firman Allah dalam Surah Qaf 50; Ayat 7 :

Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai
hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta
Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur dipandang
mata.

Teristimewa penciptaan manusia adalah suatu ujian, sejauh mana keimanan dan
ketaqwaan seseorang itu terhadap Allah . Jika lulus mengikut garis
panduan Al-Quran dan sunnah, maka akan dijanjikan kebahagiaan dan kenikmatan
yang lebih besar iaitu syurga yang kekal abadi.

MUNAKAHAT
Munakahat bererti pernikahan atau perkawinan.
Dalam istilah syariat nikah bererti melakukan suatu akad atau perjanjian untuk
mengikatkan diri antara seorang laik-laki dan seorang perempuan serta
menghalalkan hubungan kelamin antara keduanya dengan dasar sukarela dan
persetujuan bersama demi terwujudnya keluarga yang bahagia yang diredhai oleh
Allah swt.
Saya solat, tidur, berpuasa, makan dan menikahi wanita. Barang siapa yang tidak
suka dengan perbuatan(sunnah)ku maka dia bukanlah dari golonganku
(H.R. Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik r.a)

Kata nikah berasal dari bahasa arab yang bererti bertemu, berkumpul. Menurut
istilah nikah ialah suatu ikatan lahir batin antara seorang lelaki dan perempuan
untuk hidup bersama dalam suatu rumah tangga melalui aqad yang dilakukan
menurut hukum syariat Islam. Menurut U U No : 1 tahun 1974, Perkawinan ialah
ikatan lahir batin antara seorang lelaki dan wanita sebagai suami isteri dengan
tujuan membentuk rumah tangga (keluarga) yang bahagia dan kekal berdasarkan
Ketuhanan YME. Keinginan untuk menikah adalah fitrah manusia, yang bererti sifat
pembawaan manusia sebagai makhluk Allah SWT. Setiap manusia yang sudah
dewasa dan sihat jasmani rohaninya pasti memerlukan teman hidup yang berlainan
jenis, yang dapat dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang
dapat diajak bekerjasama untuk mewujudkan ketenteraman, kedamaian dan
kesejahteraan hidup berumahtangga. Rasulullah SAW bersabda :

Ertinya :Hai para pemuda, barang siapa diantara kamu telah sanggup menikah,
maka nikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj
(kelamin) dan barang siapa tidak sanggup maka hendaklah berpuasa kerana puasa
itu dapat melemahkan nafsu. (HR. Bukhori Muslim)

HUKUM BERKAHWIN
WAJIB NIKAH Bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa
serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.

HARAM NIKAH Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.

SUNAT NIKAH - Bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih
sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.

MAKRUH NIKAH Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak
memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya
untuk melakukan hubungan kelamin.

HARUS NIKAH Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak
ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong
dirinya berkahwin.

PEMILIHAN CALON
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut
di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut
panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami


1. beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
2. bertanggungjawab terhadap semua benda
3. memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
4. berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anakanak ke jalan yang benar
5. tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
6. rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari
rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri


1. beriman & solehah
2. rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan
hati suami
3. memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
4. menentukan mas kahwin yang rendah
5. wanita yang subur
6. masih dara
7. berasal dari keturunan yang baik
8. bukan keturunan terdekat

MERISIK
Merisik merupakan langkah pertama untuk mendirikan rumahtangga. Amalan ini
menjadi kebiasan bagi pihak lelaki yang berkenan kepada seseoang perempuan
untuk dijadikan teman hidupnya. Walaupun begitu tidak salah sekiranya pihak
perempuan merisik lelaki yang menjadi pilhannya. Amalan ini biasanya dilakukan
sendiri oleh ayah atau ibu pihak lelaki atau menghantar wakil berkunjung ke rumah
keluarga perempuan yang menjadi pilihan pihak lelaki.Tujuannya ialah hendak
bertanya-tanya perihal anak perempuan keluaraga tersebut sama ada sudah
dipinang orang atau belum,serta menyatakan hajat pihak lelaki untuk melamarnya.
Sekiranya risikan itu mendapat jawapan yan positif,maka pihak lelaki boleh membuat
keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya atau membatalkannya.

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik gadis pilihan, mereka perlulah
memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama.
Antaranya ialah:

Cincin belah rotan. (cincin tanda)

Wang tanda (hantaran)

Baju sepasang atau kain

Buah-buahan

Kuih-muih

Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa
saudara)

PERTUNANGAN
Pertunangan adalah satu perjanjian untuk mendirikan rumahtangga melalui orang
perantaraan yang biasanya diadakan di dalam sebuah majlis meminang.

BATASAN PERGAULAN SEMASA BERTUNANG


Syariat Islam membenarkan lelaki melihat perempuan yang menjadi pilihan hatinya
untuk dijadikan isteri dengan:
1)mengenalinya dengan lebih jelas
2)mengetahui tahap keteguhan agamanya
3)mengetahui tahap pemikiran dan emosinya
4)mengetahui hal-hal peribadi yang lain

Batas utama ialah bahawa Islam hanya membolehkan:


a) lelaki melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh
bersentuhan
b) pertemuan yang sopan dan ditempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan
maksiat.
c) Pertemuan antara lelaki dan perempuan bertunang hendaklah ditemani
mahramnya.
d) Pertemuan itu tidak terlalu kerap sehingga menimbulkan fitnah

Perempuan yang boleh dipinang :

Perempuan yang sedang berada dalam ikatan perkawinan meskipun dalam


kenyataan telah lama ditinggalkan oleh suaminya.

Perempuan yang di tinggal mati oleh suaminya, baik ia telah digauli oleh
suaminya atau belum dalam arti ia sedang menjalani iddah mati dari mantan
suaminya.

Perempuan yang telah bercerai dari suaminya secara talak rajI dan sedang
dalam masa iddah raji.

Perempuan yang telah bercerai dari suaminya dalam bentuk talak bain dan
sedang menjalani masa iddah talak bain.

Perempuan yang belum kahwin.

RUKUN DAN SYARAT


Rukun nikah

Syarat bakal suami

wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut

n isteri

Syarat bakal isteri

Wali
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada
ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini merupakan
salah satu rukun dalam perkahwinan.

Jenis-jenis wali

Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada
bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau
cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu
mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi
wali.

Wali abad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali,
jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali abad ini akan berpindah kepada
wali abad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat
lagi.

Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah
atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan
tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.

Syarat wali

Baligh

Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya
syarat2 wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan
itu.Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal2 yag
wajib seperti ini.Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Saksi
Saksi adalah orang yang dapat memberikan keterangan guna kepentingan perkara
tentang suatu perkara yang ia dengar sendiri, ia lihat dan ia alami sendiri dengan
menyebut alasan dari pengertahuannya itu.

Syarat-syarat saksi
-kurangya dua orang

-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosadosa kecil)

Ijab dan Qabul


Ijab dan qabul berperanan sebagai sighah akad iaitu ungkapan-ungkapan yang
menunjukkan persetujuan dan persepakatan dua pihak yang berkontrak. Para
fuqaha berbeza pendapat dalam memberikan definisi ijab dan qabul.

Sighah akad ialah apa jua cara yang digunakan untuk berakad sama ada berupa
perkataan, perbuatan atau sebagainya. Perlu kita fahami bahawa apa yang tersirat
dalam hati seseorang tidak akan diketahui oleh orang lain. Ia hanya dapat diketahui
jika ia dikeluarkan dalam bentuk perkataan, perbuatan dan sebagainya.

Akad ini membawa maksud dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Akad akan sah
sekiranya kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak yang berakad dapat difahami
dengan jelas. Para fuqaha berpendapat apa jua lafaz boleh digunakan ketika
berakad dengan syarat setiap perkataan itu dapat difahami dengan jelas.

Syarat ijab

eperti mutaah(nikah kontrak perkahwinan


(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam
persetujuan nikah muataah)

Syarat qabul
ai dengan ucapan ijab

-sebab tertentu)

dilafazkan)

MAHAR

Maksud mahar :
Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk

wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah

Hukum nahar :
Wajib

Jenis nahar :

Mahar musamma:
-

Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

Mahar misil :
-

Mahar yang ditentukan kadaarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara

perempuan pihak isteri

Kadar mahar:

Islam tidak menetapkan kadar mahar

Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal
suami dan isteri

Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan

Hikmah kadar mahar tidak ditetapkan oleh islam:

Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai
dan berpatutan

Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang


diluar kemampuan dan taraf umatnya

Islam mahu umatnya mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja


mengikut kemampuan masing-masing

Syarat mahar :

Ulamak mazhab syafie dan hanbali berpendapat bahawa semua barang atau
manfaat yang boelh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar

harta yang bernilai

bukan harta yang dirampas

bersih dan halal

kadar dan jenis disebut dengan jelas

Hikmah diwajibkan mahar :

Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama

Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga

Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab


memberikan nafkah kepada isteri

Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita

WALIMAH / KENDURI
PENGERTIAN WALIMATUL ARUS
Walimatul arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana
Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan
duniawi.

PENSYARIATAN WALIMATUL ARUS


Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam:
Maksudnya:

Abdul Rahman bin Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu alayhi
wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun
dengan seekor kambing.(Al-Hadith)
TUJUAN WALIMATUL ARUS
Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping
menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai
tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang
sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul
gendang dan rebana.

HIKMAT WALIMATUL ARUS


-

Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina


rumahtangga

Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan

Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin

Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami


isteri yang sah

Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan


beberapa syarat seperti berikut:
1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wataala.
4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak
sopan.

KESIMPULAN
Perkahwinan adalah ikatan lahir dan batin antara seorang lelaki dan seorang
perempuan untuk hidup bersama. Rumah tangga yang ideal menurut ajaran Islam
adalah rumah tangga yang diliputi Sakinah (ketentraman jiwa), Mawaddah (rasa
cinta) dan Rahmah (kasih sayang).
Adapun kesimpulan yang dapat dihimpun dari sebuah perkawinan, antaranya:

Nikah itu wajib bagi yang mampu

Dapat menjaga kemaluan dan pergaulan

Melahirkan keturunan yang sah

Melahirkan kasih sayang yang abadi (mawaddah wa rahmah)

Mengikuti sunnah Nabi dan membangun syiar Islam.

RUJUKAN

http://secretadmire01.wordpress.com/2011/12/15/pernikahan-dalam-islam/

http://inasukarno.blogspot.com/p/rukun-syarat-sah-nikah.html

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam//munakahat/jemputan.html

http://sediakawin.blogspot.com/

You might also like