You are on page 1of 23

Muhammad Izzad Emir Bin Omar D20102039856

Mohd Akhmal bin Abdullah D20102039866


Mohammad Farhan bin Yahya D20102039863


Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis
penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran mereka.
Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang
mengaitkan antara manusia.


Politik
Ekonomi
Sosial
Intitusi pendidikan

Politik

1Malaysia
1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi
yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan
bersikap menerima di antara satu sama lain.
Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan
etnik sekiranya mereka mempunyai potensi, mereka berhak
mendapat bantuan kerajaan
Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan
dan kekitaan dalam satu keluarga besar


Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan
berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo
Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai semangat cintakan negara berpandukan
Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara
Bangsa.


KEBUDAYAAN
Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan
cara hidup masyarakat yang merangkumi cara
bertindak, berkelakuan dan berfikir.
Kepelbagaian budaya di Malaysia ini sebenarnya
mengandungi potensi yang hebat sebagai aset untuk
memperkukuhkan perpaduan negara.


Antara aktiviti kebudayaan yang biasa dilaksanakan
oleh kerajaan ialah seperti muzik, drama, teater,
sastera dan sebagainya.
Menerusi aktiviti-aktiviti seperti ini setiap kaum
dapat berinteraksi dan memahami adat dan
kebudayaan masing-masing sekali gus dapat
meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara
kaum di Malaysia.

Sosial

MAJLIS RUMAH TERBUKA


Tetamu menghadirkan diri dan mengeratkankan
hubungan mereka dengan masyarakat yang
mempunyai pelbagai kaum dan berbeza latar
belakang.
Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat
memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita
bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata
pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.


AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Memupuk semangat kerjasama dan salingmembantu
antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa
masyarakat.
Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus
dijalinkan sepertiaktiviti gotong royong.


PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari
remaja daripada masyarakat majmuk yang
merupakan bakal pemimpin negara.
Para remaja berbilang kaum berpeluanguntuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya
perpaduandapat disemai melalui aktiviti-aktiviti
berkumpulan yang dilaksanakan

Pendidikan

Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini


adalah sebagai salah satu usaha kerajaan
untuk merealisasikan aspirasi negara bagi
mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum
dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat
di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada
perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan negara.


1. Sekolah Wawasan
Kerajaan mewujudkan Sekolah wawasan yang
meningkatkan proses perpaduan kaum. Antaranya :

Sekolah kebangsaan,
Sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Sekolah jenis kebangsaan Tamil
Contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankandapat
memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah.


2. Penggunaan Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi
negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolahsekolah.
Melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa
Malaysia yang bersepadu, semangat bersatu padu
dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan akan dapat dilaksanakan.


Bahasa Malaysia juga digunakan di semua sekolah
kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib, manakala
bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang
menggunakan bahasa ibunda masing-masing wajib
mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya

3. Peperiksaan Seragam

3. Peperiksaan Seragam
Wujudnya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang
seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu
apabila terpaksa berpindah ke sekolah yang lain.
Kelulusan kepujian Bahasa Malaysia di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu keperluan bagi
mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke
jawatan tetap.
Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat
kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulus
dalam peperiksaan ijazah di universiti.


4. Kurikulum yang sama
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan
untuk memberikan ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan
memupuk semangat perpaduan.
Ianya berorientasikan suasana Malaysia dan
dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.


Contohnya, Mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran
dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan
agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolongmenolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta
membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan
saling menghormati antara satu sama lain.

Ekonomi

Malaysia adalah negara yang sedang membangun,


mengamalkan pasaran berorientasikan negara dan
terbuka.
Negara memainkan peranan yang penting tetapi
semakin berkurangan dalam menjana ekonomi
menerusi perancangan makroekonomi.

1. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu


program
sosioekonomi
di
Malaysia
yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat
tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan
negara dan integrasi nasional
Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak
kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf
kehidupan golongan miskin melaui proses
memodenkan kawasan luar bandar.


Impak positif daripada formulasi ini, wujud
semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat
dalam usaha membasmi kemiskinan.

2. Dasar Pembangunan Nasional

Tujuan nya ialah mengekalkan tujuan asas DEB dan


bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan
kepada Pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu :
Mengurangkan kemiskinan relatif
Menumpukan perhatian perindustrian Bumiputra
Meningkatkan penekanan terhadap sektor swasta
Memberikan tumpuan terhadap pembangunan sumber
manusia

3. Sukan

Banyak keuntungan yang dapat diperolehi melalui


sektor sukan dari segi ekonomi sekaligus
memajukan negara Malaysia dan memupuk
semangat perpaduan kaum.
Iklan pengiklanan di televisyen dan radio.
Penubuhan Kemudahan Sukan - Boleh digunakan
oleh pelbagai kaum untuk beriadah.
Jualan tiket perlawanan pelbagai kaum datang ke
stadium untuk menyokong pasukan negeri masingmasing.

Kesimpulan

Keamanan dan kemakmuran sesebuah negara


perlulah bergantung kepada perpaduan kaumdi
Malaysia.
Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata
dalamiltizam mencapai hasrat keharmonian dan
perpaduan negara bak katapepatah bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

You might also like