You are on page 1of 1
seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopan santun, menggunakan laras bahasa yang sesuai dan lemah-lembut serta menunjukkan sikap adil kepada murid-murid tanpa mengambil kira perbezaan kaum, jurang kelas sosial mahupun perbezaan jantina mereka. Selain itu, penekanan diberikan dalam skop seperti berikut «ISL KANDUNGAN (CONTENT) Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan Konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tmpuan terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah, * MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di Kalangan rakan-rakan mereka dengan : 1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras dan kelompok lain. 2. Menambahkan Kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok keeil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan. * MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF Segala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru Kepelbagaian Pelajar dalam Einik, Ras dan Sosiobudaya Page 9

You might also like