You are on page 1of 12

HBMT2103

TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART 1

Konsep Pengetahuan
Matematik merupakan salah satu matapelajaran teras dalam Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (1989), matematik diajar secara susunan yang merangkumi tiga bidang iaitu
Nombor, Bentuk dan Perkaitan. Selain daripada itu, terdapat beberapa aspek sokongan
lain yang terdiri daripada penyelesaian masalah, penakulan serta pemikiran mantik, nilainilai sejagat dan sejarah matematik. Secara tidak langsung aspek- aspek ini memberi
kesan kepada pemahaman proses matematik di kalangan pelajar. Mengikut kefahaman
konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru
kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu
pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan
asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan
oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. FMatematik
ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan
cara mempelajarinya. Matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Desakandesakan untuk perubahan mungkin muncul dari perkembangan dalam ilmu matematik
sendiri, kegunaan matematik dalam masyarakat umum yang kian bertambah ataupun
penemuan-penemuan psikologi mengenai pembelajaran matematik. Bagi ahli matematik,
matematik adalah satu bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsepkonsep melalui simbol.
Menurut Inder (1982), Mathematics is a language - a way of describing, recording in
mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship.

Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan


mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahirankemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan
strategi-strategi heuristik yang tertentu. Oleh itu pemahaman tentang satu konsep adalah
perlu untuk mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami
sesuatu konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Apakah kriteria
yang digunakan oleh seorang pelajar dalam mempelajari matematik? Bagi seorang
pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar kerana ia
melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam
matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan pembuktian.
Kepentingan Kefahaman Konsep
Seseorang pendidik memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu
maklumat secara berkesan kepada pelajar agar pelajar dapat memahami dan seterusnya
menyimpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang panjang. Ini bagi memastikan
ianya boleh digunakan sekiranya pelajar menghadapi masalah yang memerlukan
penyelesaian. Justeru itu, pembelajaran berbentuk pemahaman konsep yang berkesan
dapat meningkatkan daya ingatan seseorang pelajar Pelbagai bentuk persoalan timbul
berhubung matematik pada masa kini. Antaranya, mengapakah pelajar kurang berminat
dan mengapa pelajar kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran matematik.
Dengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan penghafalan dan dengan
bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan mereka tercicir dalam
pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk terus belajar semakin
kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai andaian apabila mereka cuba memahami
sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka dan adakalanya andaian
mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka
adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik.
Kurikulum Matematik Sekolah
Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat
penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran
2

matematik pada masa

kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep

matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah mahupun di
luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan
sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain
sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi
dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan
yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat
memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.Puasat Perkembangan Kurikulum
telah memberi garis panduan berkenaan kurikulum matemaik iaitu Kurikulum Matematik
Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya
penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya
melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu kemahiran berfikir dan
kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan
penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik. Ia juga bertujuan untuk membina
pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Konstruktivisme
merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini
murid dianggap telah mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang
belum dipelajari. Idea tersebut mungkin benar atau tidak.
Konstruktivisme melibatkan lima fasa, iaitu:
1.Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu
pelajaran melalui soal jawab atau ujian.
2.Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea
atau pendiriannya.
3.Guru membimbing murid menstruktur semula idea.
4.Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah
diperoleh untuk menguji kesahihannya.
5.Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama
dengan idea yang baru diperoleh.
Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan
harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan
3

negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran. Sukatan Pelajaran
matematik sekolah rendah juga menyenaraikan kandungan yang perlu dikuasai oleh
murid di peringkat sekolah rendah. Kandungan tersebut diolah mengikut empat bidang
pembelajaran utama iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik. Bagi setiap
bidang, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang
abstrak. Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah menggariskan objektif, Kurikulum
Matematik Sekolah Rendah .

Konsep Matematik tahun 2


Matematik adalah sains pemerhatian, jumpaan, ramalan/jangkaan dan penyeledikan yang
merupakan sebahagian dari kaedah sains tulin. Cuba jaya, hipotesisi dan penyiasatan,
pengukuran, dan klasifikasi adalah sebahagian dari seni matematik yang patut diajar di
sekolah. Matematik bukan hanya setakat memahami sahaja tetapi perlu dari segi
penggunaan matematik. Makmal matematik selalunya mempunyai alatan seperti
penimbang, kayu atau pita pengukur, blok atau bongkah kayu, baling bagi menyukat
isipadu cecair, jangka lukis, jangka sudut dan sebagainya. Justeru itu kalkulator dan
komputer juga patut ditempatkan dalam makmal matematik kerana ia adalah sebahagian
daripada alatan yang perlu dewasa ini. Ia juga adalah punca data (scientific experiments,
demographic data, opinion polls), bahan bagi pemerhatian dan pengukuran (dice,
blocks,balls) dan alat bagi pembinaan (pembaris, string, jangka lukis, dan kertas graf).
Mengetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang. berkaitan dengan:
nombor, operasi, ruang, ukuran, perwakilan data.
1. Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu: tambah, tolak, darab, bahagi.
2. Mnguasai kemahiran operasi bergabung.
3. Menguasai

kemahiran

asas

matematik

iaitu:

membuat

anggaran

dan

penghampiran, mengukur, mengendali data, mewakilkan maklumat dalam bentuk


graf dan carta.
4. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi. merancang strategi
menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
4

5. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul.


6. Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian. untuk
membina

pemahaman

konsep,

menguasai

kemahiran

matematik

dan

menyelesaikan masalah.
7. Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat . teliti.
8. Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan
matematik.
9. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
Romberg (1988) mengatakan:
Answers to these fundamental question help clarify for both educators and the public
what mathematic is really about what studies, how it operates, and what it is good for.
Appropriate answer would provide a convincing platform on which erect a new
mathematic curiculum of the 21st which children would be introduced not as logic to the
traditional themes of number and space, but also to many newer themes such as logic,
chance, computation and statistics. NRC (1990)
Namun tidak boleh dinafikan bahawa sikap guru terhadap penyelesaian masalah
sedikit sebanyak akan menpengaruhi pelajarnya. Pengalaman guru sendiri dalam
mempelajari matematik di sekolah kurang menekan kepada penyelesaian masalah,
Kaedah pengajaran yang kurang menarik serta terlalu bergantung kepada buku teks
menambahkan lagi masalah iniPenyelesaian masalah kini merupakan fokus pendidikan di
peringkat sekolah rendah dan menengah. Guru merupakan komponen yang paling
penting untuk menjayakan sesuatu kurikulum matematik di dalam bilik darjah. Kualiti
pendidikan matematik sangat bergantung kepada usaha guru dalam bilik darjah. Oleh itu
guru harus bersedia berubah untuk membolehkan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Penekanan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam
bilik darjah adalah satu langkah ke arah mengubah cara pelajar belajar matematik. Guru
boleh membantu dengan mengemukakan masalah yang bermakna dan bernas kepada
pelajar mengikut tahap mereka. Masalah yang diberi seharusnya mencabar, memerlukan
5

pelbagai kemahiran dan prosedur yang dapat diperkukuhkan lagi semasa proses
penyelesaian masalah. Masalah yang diberi juga perlu berkeupayaan untuk dikembang
samada kepada masalah yang berkaitan atau untuk dibuat generalisasi.
Matematik Tahun 2
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam matematik, tidak
hanya melibatkan proses pemindahan fakta dari guru kepada murid semata-mata. Pelajar
mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung
dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Nik Azis 1992). Pertubuhan matematik
profesional seperti National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) dan juga
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui KBSM telah menegaskan bahawa guru-guru
perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana para pelajar digalak untuk
membina secara aktif kefahaman matematik mereka melalui penyiasatan, menguji
hipotesis, membuat anggaran, menyelesai masalah, berbincang dan berkongsi idea
(NCTM 1989; PPK 1987). Masalah tanggapan yang salah terhadap kapasiti serta isipadu
cecair bagi murid-murid Tahun 2 dapat diatasi dengan lebih mudah.Kesimpulannya
dalam menangani transformasi pendidikan pada masa kini kepada amalan yang
dihasratkan oleh kerajaan perlu kita mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat
memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi. Lazimnya sesuatu inovasi itu akan
mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka
guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi
pengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar
hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana.
Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang
berlainan terhadap makna sebenar. Kelemahan kefahaman konsep ini bukan sahaja
berlaku kepada pelajar- pelajar yang lemah malahan ia juga berlaku pada pelajar-pelajar
yang bijak. Kesilapan-kesilapan pelajar biasanya berkaitan dengan pemahaman dan
kaedah penyelesaian. Antara punca kepada kelemahan ini ialah kerana kurangnya
penguasaaan konsep asas matematik justeru mengurangkan minat terhadap pembelajaran
matematik. Oleh yang demikian, adalah amat perlu untuk memberikan perhatian serius
6

serta memberi penekanan kepada pembentukan kefahaman yang betul di peringkat awal
lagi. Beberapa kajian dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa pembelajaran
berlaku apabila murid-murid mengasimilasikan maklumat baru dengan aktif serta
mengalami dan membina skim matematik mereka sendiri (Wang, S. Y. P. et. al 1999;
Steffe, Cobb, & Von Glasersfeld 1988; Schoenfeld 1987). Konsepsi ini merupakan satu
perubahan besar daripada pembelajaran matematik sebagai himpunan fakta dan prosedur
yang tertentu kepada pembelajaran matematik sebagai pembinaan skim-skim tindakan
dan operasi yang tertentu (Nik Azis 1996). Setiap murid perlu menguasai ilmu matematik
pada tahap literasi yang tinggi. Murid-murid hanya mula belajar apabila mereka
meneroka perkara-perkara baru yang melebihi batas dan skop ilmu yang diajar kepada
mereka (Beyer 1987). Ini bermakna literasi matematik pada tahap tinggi membabitkan
aktiviti yang bersifat konstruktif dan bukan pasif, membabitkan pembinaan skim
matematik yang canggih dan bukan hafalan maklumat matematik yang tidak bermakna
(Nik Azis 1996).
Laporan Cockcroff (1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus
diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan.
Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur
konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan
kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran
ini boelh diatasi melalui penggunaan komputer (kalkulator). Berdasarkan kepada objektif
yang ke tujuh, iaitu menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian
untuk

membina

pemahaman

konsep,

menguasai

kemahiran

matematik

dan

menyelesaikan masalah, adalah bersesuaian dengan hujah yang akan dibincangan dalam
kertas kerja ini. Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah kini adalah sangat diperlukan. Kelemahan dan kepincangan yang berlaku
dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan
guru bahawa pengetahuan matematik boleh dipindahkan daripada guru kepada murid
dalam bentuk yang serba lengkap (Von Glasersfeld 1994). Ditambah pula dengan
kelemahan dalam penguasaan isi kandungan serta kejahilan di dalam memilih pendekatan
dan kaedah serta teknik terbaik untuk menyampaikan sesuatu konsep kepada pelajar.
Pengkonsepan pengetahuan matematik bagi seseorang pendidik adalah merupakan aspek
7

penting dan kritikal sebelum mereka mampu membimbing murid menguasainya


(Swafford, et al., 1997). Pengetahuan tentang bagaimana menjadikan pengajaran sesuatu
topik agar menjadi lebih mudah dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk memahami
sesuatu konsep adalah berkaitan dengan kepercayaan dan komitmen seseorang guru
terhadap amalan pedagogi dalam bilik darjah (Fennema, Franke, Levi, Jacobs & Empson
1996; Swafford, Jones & Thornton 1997).
Pengkonsepsian Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PCK)
Satu

konsep

matematik

boleh

ditakrifkan

sebagai

corak

asas

yang

menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan
pengajaran konsep-konsep matematik merupakan satu usaha yang kompleks"Pengajaran
pengetahuan matematik selalu dihubungkaitkan dengan pengajaran konsep matematik.
Mengikut Souviney (1989), satu konsep matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas
yang menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan
pengajaran konsep-konsep matematik merupakan satu usaha yang kompleks.
Shulman (1987) telah memperincikan tujuh kategori pengetahuan yang menjadi
asas kepada kefahaman guru untuk mengajar secara efektif . Shulman turut
menghujahkan bahawa PCK ialah pengetahuan yang unik kepada profesion perguruan .
Hanya sedikit kajian yang melaporkan bagaimana pengetahuan matematik seseorang
guru mempengaruhi kognisi mereka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan
pengetahuan tentang amalan pengajaran. Telah banyak kajian menunjukkan bahawa
penggunaan matematik dalam penyelesaian masalah akan menukar sikap murid terhadap
matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap
matematik. Pengetahuan ini membezakan seorang guru daripada seorang pakar bidang
pengetahuan yang tidak mengajar dan perbezaan ini dapat dilihat di dalam pernyataan
berikut:
kebolehan seorang guru untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang
dimilikinya kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai
dengan kebolehan dan latarbelakang pelajar (Shulman 1987:15)

Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan keupayaan guru yang memperolehi PCK bukan
sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi
juga bergantung kepada pengetahuan guru berkenaan dengan pedagogi yang berkaitan
dengan subjek tertentu untuk pelajar yang khusus. Bagi konteks latihan perguruan pula,
ini bermakna program pendidikan guru tidak boleh lagi menghadkan aktiviti berkaitan
pedagogi dan penyeliaan bebas daripada konteks. Konteks di sini bermaksud subjek yang
diajar atau isi kandungan.
Sebenarnya, banyak masalah hanya memerlukan anggaran jawapan dan bukan
jawapan tepat. Oleh itu murid-murid harus diajar cara membezakan dan menentukan
kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan, sama
ada memerlukan hanya anggaran, pengiraan congak, penggunaan algoritma kertas
pensel ataupun kalkulator. Contohnya kemahiran mengganggar adalah satu kemahiran
yang paling berkuasa sekali dalam kehidupan seharian kita. Setelah membeli barangbarang di pasar raya, kita boleh mengganggar sama ada kiraan bil oleh juru wang betul
atau tidak. Seseorang murid yang mahir membuat anggaran akan cepat mengecam
kesilapan kiraan seperti 223 + 489 = 1099 kerana 200 + 400 tidak mungkin menjadi
1000. Oleh itu, murid digalakan membuat anggaran sebelum mengira. Setelah mendapat
jawapan yang betul dengan kalkulator, galakan murid menaakul sama ada jawapan yang
didapati itu munasabah atau tidak ini akan menyebabkan motivasi belajar matematik di
kalangan murid sekolah rendah akan meningkat.
the school curriculum, however is a conservative social institution. In this
context, decisive change, eve though based on logical argument and research likely to be
raised. Some aspect of school activity are treasured as fundamental; and proposals which
appear to devalue these aspects encounter a backlash off personal and political prejudice
and

something

called

common

sense

Costello,

(1993

23).

Penilaian dalam pencapaian matematik harus berubah. Lebih penting ibu bapa dan
komuniti pendidikan perlu bekerjasama dalam membentuk kurikulum penggunaan
kalkulator dalam pendidikan matematik. Komuniti pendidikan harus berhenti dari
menafikan penggunaan kalkulator sebagai alat proses pengajaran dan pembelajaran dan
dimulakan penggunaanya sekarang bermula dari sekolah rendah.
9

Kesimpulan
Semenjak kebelakangan ini, hasil-hasil kajian tentang proses pembelajaran matematik
telah menunjukkan bahawa pengetahuan matematik adalah dibina dan dikembangkan
dalam minda seseorang individu itu oleh dirinya sendiri.Mengikut Piaget (dalam
Souviney, 1989), semua pengetahuan baru boleh difahami hanya apabila dikaitkan
dengan yang sedia ada. Beribu-ribu pengurusan struktur atau skema dikembangkan di
sepanjang hayat seseorang. Melalui proses interaktif asimilasi dan akomodasi, individuindividu berusaha mencapai keseimbangan yang bersepadu dan mengalami peringkatperingkat perkembangan itu. Seseorang individu dikatakan akan mengasimilasikan apa
yang baru diketahui dengan apa yang sudah diketahui, untuk mencapai pemahaman.
Pengalaman lama akan berubah secara beransur-ansur, atau yang dikenali sebagai
akomodasi, disebabkan oleh pengalaman baru ini. Ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky
(dalam Souviney, 1989) pula mengatakan operasi mental adalah dirangsangkan melalui
interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang dewasa yang lebih
berterampilan. Operasi-operasi ini akan diserap ke dalam minda seseorang dan menukar
menjadi sesuatu yang diperlukannya. Beliau juga membahaskan bahawa pengajaran
berkesan ialah apabila pelajar bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti dalam suasana
yang menyokong pembelajaran dan menerima bimbingan yang berpatutan dari guru.
Guru

berperanan

mengorganisasikan

interaksi

untuk

membantu

kanak-kanak

menyelesaikan tugasan pembelajaranKesimpulannya, untuk mengatasi masalah-masalah


yang dihadapi oleh murid-murid seperti sering salah konsep dan tanggapan terhadap
isipadu cecair atau kapasiti sesuatu bekas, guru Matematik hendaklah mempelbagaikan
dan mengaplikasikan bahan bantu mengajar secara berkesan serta menggunakan pelbagai
strategik yang sesuai. Guru harus menggunakan bahan konkrit semasa menyampaikan
sesuatu konsep atau idea-idea yang mungkin sukar untuk difahami oleh murid-murid
terutamanya murid tahap 1.Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang disediakan
hendaklah bersesuaian dengan tahap murid iaitu sama ada murid yang berpencapaian
rendah ataupun murid yang berpencapaian tinggi. Ini adalah penting supaya sesuatu
pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.Di samping itu,
murid-murid juga dapat mengaitkan pembelajaran mereka dengan pengalaman kehidupan
10

seharian. Guru digalakkan merancang aktiviti yang boleh melibatkan murid-murid secara
aktif serta berkoperatif di antara satu sama lain.

11

Rujukan
Abd. Razak Habib. 1994. Keperluan dan masalah dalam pendidikan matematik dan
sains KBSM dan implikasinya terhadap kurikulum pendidikan guru. Kertas kerja
Seminar Jawatan Kuasa Latihan Keguruan Antara Universiti. UKM : Bangi.
Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Abdullah Md. Noor &

Puteh Mohd.

1996. Pelaksaan KBSM dalam mata pelajaran matematik, sains dan sains sosial di
sekolah. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM.

KPM: IAB.

Agness Voo. 1996. Kesepaduan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik KBSM .
Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.
Nichols, R.G. and L.A. Stevens. (1957) Are You Listening? New York: McGraw Hill.
Paulston, C.B. and M.N. Bruder. (1976) Teaching English As a Second Language Techniques and Procedures. Boston: Little Brown & Company, 1976.
Petty, W.T., D.C. Petty and M.F. Becking. (1985) Experiences in Language. London:
Allyn & Bacon, Inc.
Rivers, W.M. and M.S. Temperley. (1971) A Practical Guide To The Teaching Of English
As A Second Language. New York: Oxford University Press.
Rixon, S. (1986) Developing Listening Skills. London. Macmillan Publishers Ltd.
Tidyman, W.F., C.W. Smith and M. Butterfield. (1959) Teaching the language arts.
London: Macmillan Co.
Wheeldon, P. (1981) "Listening". In D. G. Smith (Ed.) Teaching Languages In Today's
Schools. London: Center for Information on Language Teaching and Research.

12

You might also like