You are on page 1of 1

Gual Pasung Hantu(Kelantan)

Bukit Kemunting terletak di seuah hutan tebal. Di pinggir ukit kecil itu terdapat beberapa
buah kampung Melayu. Antara kampung itu termasuklah Kampung Tasik Seluang dan kampung
Jejawi. Penduduk Kampung Tasik Seluang tidak berani masuk ke hutan Bukit Kemunting, walaupun
terdapat banyak pokok kayu jenis yang baik di situ. Kononnya sesiapa yang berani menebang atau
memotong kayu-kayu di sana, pasti akan ditimpa malapetaka. Kononnya seekor hantu yang sangat
ngeri menjadi penunggu di situ. Hantu itu menjadikan sebatang pohon merbau berdarah sebagai
tempat tinggalnya.
Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke Kampung Jejawi. Namanya Buyong. Buyong
tinggal di surau dan dengan sukarela menjaga surau itu. Buyong mengajar anak-anak penduduk
Kampung Jejawi belajar mengaji al-Quran. Dia seorang pemuda yang alim. Setelah bebrap alam di
Kampung Jejawi, Buyong mencadangkan kepada orang kampung supaya surau daif itu dibaiki.
Buyong mencadangkan mereka menebang kayu di Bukit Kemunting. Penduduk kampung
menghalang niat Buyong itu. Mereka takut kepada hantu yang menjadi penunggu di situ.
Namun Buyong berkeras juga mahu pergi. Penduduk kampung terpaksalah mengikut
Buyong. Sampai di Bukit Kemunting, Buyong ternampak sebatang pokok merbau berdarah yang
sangat besar. Buyong segera mendekati pokok itu. Kita tebang pokok merbau berdarah ini. Cukup
sebatang ini saja, kata Buyong. Ketua kampung segera menghalang. Jangan, pook ini ada
penunggu. Usahkan nak tebang, kita tunjuk saja ke arah pokok ni, jari kita dah berkerekot, kata
Ketua Kampung.
Jangan percayakan kuasa hantu, Allah yang Maha Berkuasa, kata Buyong seraya
mengangkat kapak tinggi-tinggi. Baru sahaj tangannya terangkat, tiba-tiba jari-jemarinya menjadi
mengerekot. Kapak besar itu terjatuh dari tangannya. Semua yang memandang menjadi terkejut dan
takut. Itulah aku kata tadi, pokok ini ada penunggu. Entah hantu apa. Mari kita balik, kata ketua
kampung.
Namun Buyong tetap juga degil menahan kesakitan. Dia mengangkat kakinya lalu menyepak
batang pohon besar itu. Tiba-tiba kakinya pula menjadi lembik tidak bermaya. Buyong jatuh
terjelepok. Ketua kampung dan beberapa orang lain mengangkat Buyong. Kita mesti balik. Ini
rumah hantu, kata ketua kampung. Tidak! jerit Buyong. Kita tak boleh menyerah kalah, kata
Buyong lagi.
Buyong cuba sedaya upaya untuk berdiri. Dilekatkan tubuhnya ke batang pokok besar itu.
Tiba-tiba Buying melaung. Yang benar-benar berkuasa cuma Allah. Kalau sungguh kamu yang
menjaga pokok ini lebih berkuasa daripada Allah, nah ambillah nyawa aku! Ambil!
Seolah-olah satu ribut petir mengaum di sekitar rimbunan pokok besar itu. Anehnya, tangan
dan kaki Buyong pulih seperti sedia kala! Buyong berpaling menghadap ketua kampung. Diambilnya
kembali kapak besar dan mula menakik pokok merbau berdarah itu. Semuanya berjalan lancer.
Kalau dahulu hantu itu yang jaga pokok ni, sekarang kita pula yang pasung hantu itu di bukit
kecil ini, kata Buyong. Biarlah gual(tanah tinggi) ini jadi bukti bahawa kekuasaan Allah lebih besar
daripada kekuasaan makhluk-Nya, kata Buyong lagi. Sejak itu, Bukit Kemunting dikenali sebagai
Gual Pasung Hantu.

You might also like