HBML 2203 Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu

You might also like

You are on page 1of 21

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEMESTER SEPTEMBER / 2013

HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR

ABDUL KADIR BIN MADELI

NO. MATRIKULASI

690429135313001

NO. KAD PENGNEALAN

690429135313

NO. TELEFON

019-4828910

E-MEL

der_udang@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

NAMA PENSYARAH

ENCIK IBRAHIM BIN TAKIB (A.M.N)

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

ISI KANDUNGAN
Bil.

Kandungan

Muka Surat

1.

Pengenalan

2.

Konsep Penggunaan Teknologi Maklumat dan


Telekomunikasi.

3.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

3.1

Mod Tutorial

10

3.2

Mod Penerokaan

12

3.3

Mod Aplikasi

13

3.4

Mod Komunikasi

14

4.

Rancangan Pengajaran Mod Penerokaan.

15

5.

Rumusan

18

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

1.

Pengenalan
Proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu kini telah berkembang

seiring dengan peredaran masa dan zaman. Aspek pedagogi juga turut berkembang
seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ).
Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 2005)
menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi
maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan
pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan
teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan
semua rakyat mendapat manfaat daripada TMK .
Sektor pendidikan adalah sebagai agen perubahan bagi mempertingkatkan
kemahiran penggunaan TMK di kalangan generasi muda. Ledakan teknologi maklumat
dan komunikasi telah menyumbang kepada perkembangan dunia pendidikan.
Penggunaan talian 3 dimensi ( 3D ) oleh perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom,
Digi dan Maxis telah merancakkan perkembangan penggunaan TMK semasa proses
pembelajaran dan pengajaran di Malaysia.
Menurut Seen (1998), definisi TMK adalah merangkumi pelbagai teknologi yang
disepadukan untuk memperolehi , menyimpan , menyebarkan maklumat dalam pelbagai
bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat- alat
elektronik. Manakala definasi Teknologi Maklumat ( TM ) mengikut Abdul Razak (2000)
menjelaskan, TM merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna
menyimpan, menghubung, memproses, mencipta & menyimpan maklumat.
TMK juga boleh ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang
digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan
menyebarkan maklumat melalui media elektronik.
Penggunaan alat bantu mengajar dalam konteks pembelajaran dan pengajaran kini
telah mengalami satu evolusi dan amat mengkagumkan. Penggunaan komputer, internet
dan perisian telah diaplikasikan untuk proses pembelajaran dan pengajaran di dalam
semua mata pelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun

HBML - 2203
university. Kini ia telah menjadi satu keperluan dan bukan lagi sebagai satu alat hiasan
Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

untuk murid melihatnya.


Bagi menghadapinya dan untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasikan
strategi penyelesaian masalah dan menggunakan alat yang sesuai untuk belajar, bertindak
secara kolaboratif dan berkomunikasi. Oleh itu, persekitaran pembelajaran masa kini
perlu melibatkan strategi-strategi dan alat yang bakal menyediakan murid untuk masa
depan mereka.
Menurut Mohammed Sani (1998), penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran itu lebih efisien tanpa
menganggu

objektif

pelajaran

yang

telah

ditetapkan.

Guru-guru

juga

perlu

mengintergrasikan TMK dalam kurikulum sekolah untuk mencapai objektif pembelajaran


dan pengajaran yang telah ditetapkan.
Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep
dunia tanpa sempadan memberikan cabaran pendidikan terhadap guru bagaimana
pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif
global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan
maklumat melalui TMK, pengawalan dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia
pendidikan.
Pada hari ini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan
pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan
datang (Robertson, 1998). Holmes (1999), pula memberikan pandangan bahawa integrasi
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan
fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata
pelajaran yang diajar.
2.

Konsep Penggunaan TMK


Era perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK )

sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia menjadi alat inovasi utama dalam kehidupan dan
pendidikan masa kini.. Penggunaan TMK dalam pendidikan, khususnya dalam
pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan
3

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

bersesuaian

untuk

meningkatkan

kecekapan

proses

dan

HBML - 2203
keberkesanan proses

pembelajaran dan pengajaran. Intergerasi TMK dalam proses pembelajaran dan


pengajaran ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna TMK digunakan sebagai
wahana pembelajaran dan pengajaran dan bukannya belajar tentang TMK.
Peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh pendidik pada abad ini amat
mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar
peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian serta
selari dengan perubahan era TMK.
Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru
terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. British advisory
council for applied Research and Development mentakrifkan teknologi maklumat sebagai
suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang
digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya;
komputer dan saling tindakan antara mesin (komputer dan manusia; dan hal yang
berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. (British advisory council for applied
Research dan Development: Report on Information Technology; H.M. Stationery Office.
1980) Pendapat Pisapa (1994), integrasi TMK dalam Pembelajaran dan pengajaran
bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan
menambah kemahiran.
Penggunaan

teknologi

mesti

digabungjalinkan

bersama

dengan

kaedah

pengajaran. Guru perlu mengintegrasi TMK untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti
pembelajaran dan pengajaran. Ringkasnya peranan TMK dalam pembelajaran dan
pengajaran akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian.
Berdasarkan kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas
TMK mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas. Hal ini disebabkan oleh
penggunaan TMK tersebut tidak lagi diaplikasikan setakat pada bidang pendidikan
sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu
ditegaskan bahawa TMK yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada penggunaan

HBML - 2203
Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau disingkat
Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran Bahasa Melayu.


Matlamat Standard Kurikulum TMK adalah untuk menyediakan penanda aras
pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan
kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanakkanak dan akan kekal sepanjang hayat.
Objektifnya ialah pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid-murid akan
dapat:
i)

Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.

ii)

Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.

iii)

Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul,memproses dan


menggunakan maklumat.

iv)

Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.

v)

Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat


keputusan.

vi)

Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.

vii)

Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif


dan inovatif.

Hasil daripada proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan TMK bagi


mata pelajaran Bahasa Melayu dapati telah berlaku peningkatkan penguasaan murid
dalam mata pelajaran yang ajar. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan sikap, tingkah
laku, minat dan prestasi murid sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran berjalan.

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

Peningkatan penguasaan dalam mata pelajaran murid tersebut dapat saya


rumuskan seperti berikut :
i) Mengubah Stail Pembelajaran Murid-Murid:
Berlaku pembelajaran kendiri dan menggalakkan pembelajaran eksploratori
(Penerokaan). Penggunaan TMK untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran
kendiri dan penerokaan. Ianya berlaku apabila TMK digunakan sebagai medium untuk
mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan
sumber-sumber maklumat yang lain.
TMK juga dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini
murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK. Murid
juga mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan TMK berdasarkan
kehendak mereka. Berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam kelas ketika sesi
pembelajaran dan pengajaran saya memberikan beberapa alamat yang berkaitan yang
boleh dilayari oleh pelajar melalui intenet.
Dengan cara ini membolehkan setiap pelajar mencari dan mengakses sendiri
maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet. Para
pelajar akan mengumpul bahan-bahan ini, dan maklumat ini akan digunakan untuk
menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.
ii)

Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pembelajaran Dan

Pengajaran.
Penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan
masalah bagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan
atau difahami melalui penggunaan teks. Maka penggunaan multimedia dapat
memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan elemenelemen teks, audio,video, animasi, dan grafik.

HBML - 2203
Ini membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah dan

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

pantas. Contohnya dalam menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan
manusia. Saya menayangkan rakaman video tentang punca-punca pencemaran dan
gambar-gambar yang dirakam menggunakan kamera digital akibat daripada tindakan
manusia yang tidak bertanggungjawab.
Pada akhir sesi pembelajaran murid-murid dapat menguasai isi pelajaran dengan
lebih cepat. Ini terbukti apabila murid dapat menulis jawapan tentang kesan-kesan
pencemaran alam terhadap manusia dan hidupan air. Bahan-bahan multimedia interaktif
dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta
animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep.
Penggunaan muzik dan video sebagai alat bantu membolehkan murid lebih memberikan
perhatian terhadap apa yang guru ajar. Murid-murid dapat menghayati isi pelajaran
dengan lebih jelas.
iii)

Membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif, Cepat Dan Mudah.

Melalui TMK pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan


dan menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan
dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan
pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan
maklumat dengan lebih efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik.
Penggunaan TMK sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata
dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. TMK membolehkan pelajar dan guru
daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam
pelbagai bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja
berpasukan dalam kalangan pelajar di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi.
Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan,
perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan
menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta
komunikasi para pelajar. Selain itu Interaksi guru dan pelajar dapat dipertingkatkan
melalui TMK di mana guru dan murid berhubung terus melalui internet, e-mail atau
7

HBML - 2203
berkunjung ke laman blog. Melalui internet pelajar dapat berhubung dengan sesiapa
Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

sahaja walau di mana berada kerana kadar caj yang dikenakan jauh lebih rendah dalam
masa yang pantas.
iv)

Pengekalan Informasi Yang Berkesan.

Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau


pesembahan maklumat kepada para pelajar. Ia digunakan oleh individu yang mahukan
kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan maklumat mereka dengan
sesebuah komputer peribadi yang lengkap dengan elemen multimedia dapat memberikan
kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video.
Set komputer yang dilengkapkan dengan multimedia telah diadaptasikan untuk
memberi maklumat-maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pengguna.
Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus
keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan
lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus
daripada apa yang mereka dengar sahaja.
Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan
komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong
keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak
memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka guru
seharusnya tidak teragak-agak menggunakan TMK untuk membantu meningkatkan
keberkesanan pengurusan pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.
v)

Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap.

TMK dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan


tugasan

pembelajaran,

di

samping

sebagai

mekanisma

penyaluran

maklumat

pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemerosesan


perkataan oleh murid dalam penghasilan karangan atau penggunaan perisian hamparan
elektronik akan menghasilkan plot graf.

HBML - 2203
Pelbagai perisian aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft Access, Microsoft


Power Point, Paintshop, dan sebagainya. Murid boleh memilih mana-mana perisian yang
sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat
membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. Perisian aplikasi Microsoft Excell
yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan.
Manakala perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid membuat pembentangan
hasil tugasan yang guru berikan sama ada secara kumpulan atau individu.
Menggunakan komputer semasa belajar dan mengajar dapat meningkatkan
semangat atau motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam
hidup mereka. Aplikasi multimedia yang melibatkan pelbagai jenis media yang menarik
dan dinamik dapat meningkatkan minat seseorang pelajar terhadap bahan pembelajaran
yang disediakan. Selain itu penggunaan TMK dan multimedia daapt mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangsang murid untuk terus belajar.
Melalui penggunaan TMK murid dapat menguasai pelbagai kemahiran
manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan
dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi
akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
3.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


Perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa had

dan sempadan. Segala-galanya boleh didapati dengan segera dan pantas melalui media
elektronik. Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan penggunaan tenaga
malah memudahkan pemindahan dan tranformasi maklumat ini, bergerak dan berlaku
dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya, kini semakin menjadi realiti dalam
dunia pendidikan di Malaysia (Azwan & Rozita. 2002).
Penggunaan komputer sebagai alat penyebaran maklumat dan juga sebagai alat
bantuan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih canggih apabila diperkenalkan
teknologi komunikasi yang disepadukan dengan penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran. Corak pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya lebih berpusatkan
9

HBML - 2203
guru kini berubah kepada corak berpusatkan pelajar, lebih-lebih lagi setelah wujudnya
Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

projek rintis sekolah bestari yang mengaplikasikan ICT dalam sistem pengurusan sekolah
dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat 4 Mod di dalam Penggunaan TMK semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran.
Antara adalah seperti berikut:

3.1

i)

Tutorial

ii)

Penerokaan

iii)

Aplikasi

iv)

Komunikasi

Mod Tutorial .
TMK dalam pembelajaran Tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan

pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini


merangkumi:

:-

3.1.1

Pembelajaran ekspositori.

3.1.2

Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan,


babaknya oleh system.

3.1.3
Bagaimana
(a)

Latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh system.
TMK

digunakan

dalam

pembelajaran

tutorial?

Alat TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer

dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras
ataupun laman web.
(b)

Istilah

Computer

Assisted

Instruction

(CAI)

digunakan

untuk

menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya, istilah Intelligent


Computer Assisted Instruction atau Intellingent Tutoring System pula digunakan.
(c)

Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka

bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan.

10

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

(d)

Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuaikan

maklumat yang disampaikan dengan kemampuan dan keperluan murid.


Secara umumnya, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada
komponen berikut :
i)

mempersembahkan maklumat

ii)

membimbing

iii)

menyediakan / memberi latihan

iv)

menilai pencapaian

Menurut Clack dan Sun, (1996) : " Sebahagian besar perisian pendidikan yang
digunakan dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model
tradisional P&P, model transmisi yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama
dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh
guru."
Walau bagaimanapun, guru terlebih dahulu perlu menilai perisian pendidikan
yang hendak digunakan samada sesuai ataupun tidak.
Kekuatan:
i)

Boleh

dilakukan

secara

individu

ataupun

berkumpulan.

ii)

Sesuai digunakan dalam kelas yang mengandungi jumlah murid yang ramai.

iii)

Ia juga sesuai untuk kelas yang gurunya terpaksa bertugas di luar dan diselia oleh

guru ganti.
iv)

Pembelajaran menjadi lebih menarik.

Kelemahan:

i)

Guru

perlu

memeriksa

terlebih

ii)

Guru perlu menguasai kemahiran menggunakan alat-alat ICT kerana guru

dianggap sebagai role model kepada murid.

11

dahulu

perisian

pendidikan

tersebut.

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

3.2

Mod Penerokaan
TMK dalam mod penerokaan digunakan sebagai medium untuk mencari dan

mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, Portal Maklumat dan sebagainya.


3.2.1

Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.

3.2.2

Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal


oleh murid.

3.2.3

Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan


maklumat yang diterima melalui TMK.

3.2.3

Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima


bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

Bagaimana TMK digunakan dalam pembelajaran penerokaan?


Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori
pembelajaran yang memberi penekanan kepada ;
a)

pemikiran kritis

b)

penyelesaian masalah

c)

pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina


melalui interaksi sosial.

Apakah situasi yang sesuai untuk menggunakan pendekatan mod penerokaan ini?
(a)

Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.

(b)

Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan


sebenar.

(c)

Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan.

(d)

Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

12

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

Kekuatan :
i)

Murid mendapat peluang dan pengalaman sendiri mencari maklumat yang


dikehendaki.

ii)

Murid juga dapat menentukan hala tuju dan kemajuan pembelajaran mereka.

iii)

Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan hebat.

Kelemahan :
i)

Guru perlu memantau aktiviti carian murid.

ii)

Sesetengah murid menyalahgunakan penggunaan ini kepada aktiviti negatif.

iii)

Kemungkinan kesilapan membuka laman web mahupun blog yang salah.

3.3

Mod Aplikasi
TMK dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid

melaksanakn tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat


pembelajaran dan pengajaran.
Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, computer aided design (CAD) dan
lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk
membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran aplikasi apabila ICT digunakan sebagai
medium bagi membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.Contoh: Microsoft
Word, Excel, Encarta dan CAD. Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak
menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses
perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja.
Bagaimanapun, apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah
kandungan

esei

atau

huraian

dengan

bantuan

pemproses

perkataan

dan

mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah
digunakan secara yang bermanfaat.
13

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

Kekuatan :
i)

Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang praktikal.

ii)

Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid.

iii)

Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

Kelemahan :
i)

Hanya murid yang menguasai kemahiran ini dapat mempraktikkannya.

ii)

Guru perlu prihatin terhadap kemampuan penerimaan seseorang murid.

3.4

Mod Komunikasi.

TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan
murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat yang pelbagai bentuk.
Kemajuan TMK pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod
seperti berikut;
4.1

teks

4.1

grafik

4.3

audio

4.4

video

4.5

kombinasi pelbagai mod

Bagaimana TMK digunakan sebagai alat komunikasi dalam pembelajaran dan


pengajaran?
Terdapat 4 teknik untuk komunikasi melalui TMK, iaitu ;
i)

Teknik Seorang - Sendirian

14

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

ii)

Teknik Seorang Kepada Seorang

iii)

Teknik Seorang Kepada Ramai

iv)

Teknik Ramai Kepada Ramai

Kekuatan :
i)

Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.

ii)

Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang
bersifat global.

iii)

Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran

Kelemahan :
i)

Perlu mempunyai alat ICT yang sesuai untuk menggunakan teknik-teknik di atas

ii)

Teknik-teknik

di

atas

boleh

dijalankan

bergantung

kepada

pihak

kedua.Maknanya,pihak kedua juga perlu mempunyai peralatan ICT juga.


4.

Rancangan Pengajaran Mod Penerokaan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INTEGRASI TMK


Mata pelajaran

: Bahasa Melayu

Kelas

: Tahun 5 A

Tarikh

: 1 November 2013

Bilangan Murid

: 40 orang

Masa

: 10.30 pagi 11.30 pagi

Tunjang

: Kekeluargaan

Tajuk

: Keluarga Harmoni Hidup Diberkati

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

15

i)

HBML - 2203
Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.

ii)

Membaca dan memahami sajak yang diberi.

iii)

Membina ayat dengan peluasan subjek dan predikat.

Murid mengetahui keluarga masing-masing dan

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

Pengetahuan Sedia ada

mengetahui asas penggunaan komputer.


Kemahiran Berfikir

Nilai Murni

Murid akan dapat :

i)

Memberi pendapat.

ii)

Menjana idea

iii)

Berfikiran kreatif

:
i)

Menghargai dan menyayangi orang yang


tersayang.

ii)
Laman Web Berkaitan

Bertanggung jawab.

i. http://jomlibur.blogspot.com
Bahan Bantu Mengajar

: Komputer dan LCD, slaid power point, teks dan brosur.

Pendekatan

: Simulasi, penerangan, perbincangan dan pembentangan.

Langkah /

Kandungan

Aktiviti

Catatan/Elemen

Masa

Bestari

Set Induksi

Menjana idea dan

Guru akan memainkan lagu ayah Perisian power

( 6 minit )

pengetahuan sedia ada

dan ibu Nyanyian Allahyarham point

murid dengan

Sudirman Hj Arshad.

Menjana idea

memperdengarkan lagu. Guru bersoal jawab dengan murid Memberi


mengenai keluarga mereka.
16

pandangan

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

Pengenalan

Murid membaca petikan Guru mengedarkan petikan teks

( 10 minit )

teks dengan sebutan dan kepada semua murid.


intonasi yang betul.

Teks petikan

Guru membimbing murid

Memberi

membaca petikan teks dengan

pandangan.

sebutan dan intonasi yang betul.


Guru bersoal jawab dengan murid Murid berfikir
berkaitan dengan petikan teks.

secara kreatif dan

Murid menjawab soalan yang

kritis.

dikemukakan oleh guru secara


lisan.
Aktiviti

Perbincangan secara

Perbincangan secara kumpulan

Kumpulan

kumpulan dan melayari mengenai percutian bersama

(20 minit)

internet berkaitan dengan keluarga.


tajuk yang diajar oleh

Cara-cara mengeratkan nilai

guru.

kekeluargaan ialah bercuti

Power point
Brosur
Komputer

bersama keluarga.
Murid-murid diedarkan brosur

Internet

cara-cara untuk melayari internet.


Setiap kumpulan dikehendaki

Mod penerokaan

mencadangkan satu tempat yang


menarik untuk dilawati bersama

Laman web

ahli keluarga.
Murid dikehendaki menyediakan Rajin
power point yang ringkas
berkaitan dengan tajuk.
Pembentangan Membentangkan power

Guru akan member peluang

Bekerjasama

kumpulan

point ringkas ( Gambar murid memberikan pendapat dan

(15 minit)

dan tempat yang menarik kebebasan murid-murid memilih Memberi


17

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

untuk dikunjungi )

sesuatu tempat.

HBML - 2203
Pandangan

Murid juga memberikan pendapat


bagaimana tempat ini dapat
mengeratkan hubungan

Power point

kekeluargaan.
Pengukuhan/ Membina ayat dari
Penilaian/
Latihan

Murid membina 5 ayat dari

Yakin diri

gambar yang di ambil

gambar yang di ambil dari

dari internet.

internet.

Gambar

Murid dan guru bersoal jawab

Yakin diri

(5 minit)
Kesimpulan/ Merumus isi pelajaran
Penutup

tentang tajuk yang diajar. mengenai pelajaran tajuk yang

(4 minit)

telah dibincangkan.

Berani

Murid juga memberikan beberapa mengemukan


cadangan tentang cara-cara

pandangan.

mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
5.

Rumusan
Sememangnya penggunaan TMK dalam bidang pendidikan adalah sangat

bersesuaian dengan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
yang bertaraf dunia. Institusi pendidikan atau sekolah memainkan peranan bagi
meningkatkan kadar celik komputer di kalangan murid sekolah. Ini penting dalam
melahirkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran komputer ke arah
melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan.
Kaedah pengajaran tradisional kini telah diubah untuk disesuaikan dengan kaedah
mengajar menggunakan peralatan TMK seperti projektor LCD, komputer dan
persembahan power point yang bersesuaian dengan perkembangan semasa.

18

HBML - 2203
Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi maklumat dan

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

komunikasi (TMK) adalah merujuk kepada kebolehan seseorang guru mengintegrasikan


aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan murid
tersebut mengakses dan belajar daripada bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun
jika infrastruktur TMK tidak lengkap dan tidak efisien, guru dan murid tidak dapat
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan. Oleh yang
demikian, prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah diberi perhatian dan
dititikberatkan bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru
dan murid.
Secara umumnya, sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dapat
menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar.. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita
juga haruslah berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang
tidak terkawal.
Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam
pembelajaran dan pengajaran bahasa sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak
pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan
pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini agar
matlamat yang luhur ini dapat dicapai dengan jayanya.

RUJUKAN

19

HBML - 2203

Penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Melayu

http://abdulraisothman.blogspot.com/2012/06/definasi-tmk-tm.html
http://bmm3105seberiismail.blogspot.com/2011/09/huraikan-kekangan-yang-perludihadapi_27.html
http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pengtingnya-integrasi-ict-dalam-prosespengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam/
http://faridahrahman.blogspot.com/2012/06/salam-sejahtera-buat-pelajar-pelajar.html
http://iptho.edu.my/jtp2011/kursus_tmk_konsep.html
http://ipislam.edu.my/edu3105/artikel/artikel%20math.htm
http://sukriyusup69.blogspot.com/2012/09/tugasan-bmm-3105-kepentingan-tmk-dalamp.html
http://www.slideshare.net/tharanisupramaniamtharani/empat-penggunaan-tmk-dalam-p

20

You might also like