You are on page 1of 12

PROSES

PEMATERIAN DAN
PEMATERIAN KERAS
MOHD ZAIN BIN MISILAN

DB120050

APAKAH PEMATERIAN?

Terdapat dua proses pematerian iaitu:

Pematerian Lembut

Pematerian Keras

Kedua-dua proses pematerian ini walaupun


menggunakan logam pengisi, perbezaan
hanya terletak pada aras dimana dalam
proses pemateri lembut bahan pengisi
dipanaskan tidak melebihi 450C manakala
pematerian keras pemanasan diatas 450C
tetapi dibawah suhu lebur logam induk.

APAKAH ALATAN YANG DIGUNAKAN


SEMASA MELAKUKAN PEMATERIAN?

Pematerian Lembut
Alat Tangan

Mesin
Alat pematerian
elektrik
Bahan pateri

Penyedut timah

Kertas las

Mesin
pematerian
automatik

BAGAIMANAKAH PROSES
PEMATERIAN DILAKUKAN?

Pematerian Lembut
Langkah 1
Sambungkan wayar ke tamatan. Panaskan alat
pemateri. Pastikan bit cukup panas dan sentuh bit
pada bahagian sambungan.

Langkah 2
Sentuhkan dawai pateri ke bahagian yang telah
dipanaskan.
Langkah 3
Pastikan pateri mengalir ke bahagian sambungan.
Angkat dawai pateri dahulu diikuti dengan alat
pemateri. Elakkan penggunaan pateri yang
berlebihan.
Langkah 4
Pastikan pematerian dalam keadaan sempurna dan
kukuh. Biarkan pateri membeku dengan sendiri.

Pematerian Keras
Alat pematerian
keras

Proses pematerian
keras

Kimpalan pateri
keras

Bagaimanakah reka bentuk


sambungan PEMATERIAN?

DALAM BIDANG APAKAH


PEMATERIAN DIGUNAKAN?
Pematerian lembut
Bidang elektrik dan elektronik merupakan bidang yang
paling banyak menggunakan proses pematerian
lembut, contohnya menyambungkan komponenkomponen pada papan litar tercetak, televisyen, radio,
telefon, mesin taip dan sistem pencucuh bahan api
automobil.

Pematerian keras
Syarikat pembuat peti sejuk, alat hawa dingin dan
vakum menggunakan proses ini dengan banyaknya
untuk membuat penyambungan yang tidak bocor.
Industri automobil turut menggunakanya untuk
menghasilkan aksesori, roda stering dan tiup
penyambung.

APAKAH KELEBIHAN
PEMATERIAN?
Pematerian lembut
Suhu penyambungan adalah rendah, sesuai untuk
penyambungan yang mempunyai takat lebur
rendah dan barangan yang peka haba.
Disebabkan suhu pateri yang rendah, maka ianya
mudah dicairkan, masa untuk mempateri adalah
singkat dan tidak mengubah sifat-sifat logam. Suhu
yang rendah turut merendahkan paras kos.

Pematerian keras
Kawasan yang tidak boleh sampai dengan
menggunakan proses kimpalan seperti kimpalan
arka gas, arka tungsten, kimpalan bintik dan kelim
boleh disambung dengan menggunakan proses ini.

APAKAH KELEMAHAN
PEMATERIAN?

Antara kelemahan pematerian lembut


ialah kekuatan mekanikal sambungan
yang terhad berbanding dengan
pematerian keras dan kimpalan.
Walaubagaimanapun, sambungan yang
kuat untuk kebanyakan penggunaan
boleh dihasilkan melalui reka bentuk
sambungan yang sesuai dan
menggunakan logam pengisi dan
tatacara pematerian yang betul.

KESIMPULAN

Pematerian kebanyakannya digunakan


dalam bidang elektrik dan elektronik.
Perkembangan teknologi pada masa ini telah
menyebabkan terhasilnya mesin pematerian
yang canggih sehingga semua proses
pematerian boleh dilakukan dalam satu
mesin sahaja. Penciptaan mesin ini juga telah
meningkatkan pengeluaran produk yang
menggunakan proses pematerian.

MINDMAP

You might also like